[HADIS PALSU] Beribu Hadis Bermula Dengan "Ya Ali" Adalah Palsu

  Рет қаралды 41

Video Ringkas Tentang Hadith

Video Ringkas Tentang Hadith

Ай бұрын

darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
PERINGATAN - Menyebarkan Hadith Palsu Adalah Haram Dan Berdosa Besar Walaupun Dengan Tujuan Untuk Menggalakkan Orang Beribadat. Nabi s.a.w. Mengancam Orang Yang Berdusta Atas Nama Baginda Dengan Ancaman Seolah-olah Menempah Tempatnya Di Dalam Neraka.
USUL DIRAYAT KE-13 - Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan "Ya (Wahai) Ali" Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih.
NOTA - Hanya satu hadith yang menyebut "Ya Ali" yang sahih, iaitu, hadith:
"Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa. Tetapi Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku"
KETERANGAN MAKSUD HADITH SAHIH - "Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa"
Hadith ini hanya menyatakan peranan Saidina Ali sebagai pengganti Nabi untuk mengawal Kota Madinah semasa ketiadaan Baginda yang berangkat ke medan peperangan Tabuk, sebagaimana Nabi Harun menggantikan Nabi Musa semasa Baginda mengadap Allah di Bukit Tursina. Tetapi pihak Syiah telah melampau dalam mengangkat Saidina Ali sehingga ada sesetengahnya menganggapnya sebagai Tuhan!
PERINGATAN
Kebanyakan filem-filem Hindustan yang memaparkan orang Islam sebenarnya menonjolkan amalan dari golongan Syiah atau Brelwi. Pengaruh Syiah adalah seperti menyeru, "Ya Ali Madad" (Wahai Ali tolonglah aku") apabila berdoa manakala pengaruh Brelwi pula ialah dengan meminta pertolongan dari kubur-kubur.
CONTOH HADITH PALSU
1) "Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar" dan "Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak"
2) "Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu"..."Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang 'sulah' (berkepala botak dan perut buncit)".
3) "Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram"
PERINGATAN - Ada beribu-ribu riwayat yang dikatakan hadith yang bermula dengan ungkapan "Ya Ali" sehinggakan ada kitab khusus yang mengumpulkan "hadith-hadith" ini.
( Video Penuh - • Sesi 30 - Riwayat Berm... . )
MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF
----------------------------------------------------------------------------------------------
1. CONTOH HADITH PALSU PERTAMA
"Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar" dan "Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak"
KOMENTAR
i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan "Ya (Wahai) Ali"
ii. Hadith ini dusta dan karut. Ianya direka oleh golongan Syiah untuk menghina dan mempersenda Rasulullah dan juga Sayyidina Ali (Walaupun Syiah mengaku mengasihi Saidina Ali tetapi mereka sebenarnya membenci Saidina Ali)
2. CONTOH HADITH PALSU KEDUA
"Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu"..."Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang 'sulah' (berkepala botak dan perut buncit)".
i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan "Ya (Wahai) Ali!"
ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Daud Bin Sulaiman al-Ghazi seorang pendusta besar.
iii. Adanya ungkapan penghinaan "Seorang yang sulah" (botak dan buncit) adalah bertentangan dengan pujian kepada Saidina Ali di permulaan hadith.
3. CONTOH HADITH PALSU KETIGA
"Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram"
KOMENTAR
i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan "Ya (Wahai) Ali!"
ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama az-Zara' seorang pendusta besar dan pereka hadith.
iii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Saidina Ali menyediakan maskahwin seperti kuda
iv. Terdapat pengaruh Syiah yang jelas dalam hadith ini.

Пікірлер
Prof Dr Rozaimi - Penjelasan Kategori Hadis Daif
24:12
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 26 М.
kompilasi hadis palsu & penyelewengan don daniyal
19:56
NUR PUTERI DAYANA
Рет қаралды 80 М.
No empty
00:35
Mamasoboliha
Рет қаралды 3,9 МЛН
Inside Out 2: Who is the strongest? Joy vs Envy vs Anger #shorts #animation
00:22
Best Toilet Gadgets and #Hacks you must try!!💩💩
00:49
Poly Holy Yow
Рет қаралды 16 МЛН
Heartwarming Unity at School Event #shorts
00:19
Fabiosa Stories
Рет қаралды 22 МЛН
SIRAH DHAIF & PALSU POPULAR
37:40
THE AMIN IDRIS SHOW
Рет қаралды 34 М.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw
0:26
Miss Liyn
Рет қаралды 420 М.
#779 Ummu Hani Tolak Pinangan Rasulullah? Ustaz Don Buat Cerita Lagi?
20:29
Imam Syafie Mensunnahkan Qunut Subuh. Tetapi Ada Yang Membidaahkan! Macam Mana?
20:10
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 396 М.
SURAT AL WAQIAH PEMBUKA REZEKI DAN DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN
1:06:36
No empty
00:35
Mamasoboliha
Рет қаралды 3,9 МЛН