[HADIS PALSU] Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya

  Рет қаралды 1,063

Media Hadith Darulkautsar

Media Hadith Darulkautsar

Ай бұрын

darulkautsar.wordpress.com/
[Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM [USUL DIRAYAT HADITH]
USUL DIRAYAT KETIGA - Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka. CONTOH - Nabi Daud a.s. Jatuh Cinta Kepada Isteri Pahlawannya Bernama Uria Dan Merancang Pembunuhan Uria
( Video Penuh -
1- • Sesi 7 - Riwayat Tidak...
2- • V2 Bina Masjid Pulau Mojo
3. • Sesi 9 - Riwayat Tidak...
4. • Sesi 10 - Riwayat Tida...
Maulana Muhammad Asri Yusoff
CONTOH HADITH PALSU (VERSI 1) - Antara riwayat Israiliyat yang mengaibkan kedudukan Nabi-Nabi dan bercanggah dengan kema’shuman mereka ialah apa yang disebutkan oleh sesetengah ahli tafsir berhubung dengan kisah Nabi Daud yang terpaut hati kepada isteri pahlawannya Uria. As-Suddi, al-Kalbi, Muqaatil bin Sulaiman dan lain-lain meriwayatkan bahawa: “Terlintas di hati Daud kalau beliau diuji tuhan, tentu beliau dapat mengawal diri. Pada ketika itu dikatakan kepada beliau: “Hari ini engkau akan diuji dan akan rnengetahui apa bentuk ujian terhadapmu. Oleh itu berwaspadalah engkau.....Pada ketika itu beliau ternampak seorang perempuan yang sedang mandi bersuci di kolamnya dalam keadaan bogel. Bila perempuan itu terperasan ada orang melihatnya, teruslah dia membuka rambutnya lalu menutupi seluruh tubuhnya. Keadaan itu membuatkan hati Daud semakin terpesona dengannya. Suami perempuan itu ialah seorang pejuang di jalan Allah. Daud menulis surat kepada ketua sekalian tentera supaya meletakkan suami perempuan itu di dalam kumpulan pembawa Tabut. Pembawa Tabut sama ada memperoleh kemenangan atau kematian, salah satu daripada dua perkara itu sahaja menanti mereka. Suami si perempuan tadi diletakkan dalam kumpulan pembawa Tabut dan akhirnya dia terbunuh..."
CONTOH HADITH PALSU (VERSI 2) - Pengarang ad-Durrul Mantsur menyebutkan bahawa Hakim at-Tirmizi di dalam Nawadirul Usul, Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka masing-masing dengan sanad dha`if telah meriwayatkan daripada Anas r.a. Katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Daud, bila terpandang kepada perempuan berkenaan, meletakkan suaminya dalam satu pasukan yang berada di hadapan Tabut. Orang-orang yang membawa Tabut pada masa itu tidak akan pulang tanpa mendapat kemenangan atau terbunuh. Suami perempuan itu akhirnya terbunuh dan Daud mengahwini isterinya. Maka turun 2 orang malaikat kepada Daud a.s., menyebabkan Daud insaf, lalu bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya. Disebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi, tanah pula telah memakan dahinya. Di dalam sujudnya Daud terus berkata: “Tuhanku! Daud betul-betul telah menjadi manusia yang paling hina di atas muka bumi. Tuhanku! Jika engkau tidak mengasihani, lemahlah Daud. Jika engkau tidak mengampuni dosanya, nescaya dosanya akan menjadi buah mulut manusia buat selama-lama.” Setelah 40 malam, datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil. "Tidak", Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepada-Ku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.”
KOMENTAR
Antara alasan yang mendorong para ‘ulama’ memaudhu’kan riwayat-riwayat Israiliyat tersebut ialah kerana hadith-hadith atau riwayat-riwayat tersebut tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka. Ia tidak mungkin berpunca daripada Rasulullah s.a.w. Tentu sekali merancang membunuh seseorang muslim semata-mata untuk berkahwin dengan isterinya tidak layak dengan kedudukan seorang nabi.

Пікірлер
Kisah NABI DAUD , TALUT & JALUT  - Kitab Zahratul Murid | Ustaz Muhaizad Muhammad
19:49
CAN YOU HELP ME? (ROAD TO 100 MLN!) #shorts
00:26
PANDA BOI
Рет қаралды 36 МЛН
UFC 302 : Махачев VS Порье
02:54
Setanta Sports UFC
Рет қаралды 1,3 МЛН
The Worlds Most Powerfull Batteries !
00:48
Woody & Kleiny
Рет қаралды 25 МЛН
Cat story: from hate to love! 😻 #cat #cute #kitten
00:40
Stocat
Рет қаралды 15 МЛН
DR. DANIAL : BENARKAH ZULAIKHA ITU ISTERI NABI YUSOF ?
11:47
JEF'STEAMMEDIA Tube
Рет қаралды 142 М.
[Ceramah Penuh] Kisah Nabi Daud AS | Ustaz Wadi Annuar
1:03:14
Ustaz Wadi Annuar
Рет қаралды 412 М.
Hukum melakukan ritual agama lain
8:31
mrz islamic
Рет қаралды 4,7 М.
Ustaz Nazrul Nasir Menjawab Tuduhan Dari Dr Rozaimi -  Isu Menyebarkan Hadis Palsu
11:16
Ustaz Auni Mohamed - Solar Storm Menakutkan Seluruh Manusia Dimuka Bumi
1:33:13
Pencinta Taman Syurga
Рет қаралды 204 М.
CAN YOU HELP ME? (ROAD TO 100 MLN!) #shorts
00:26
PANDA BOI
Рет қаралды 36 МЛН