[HADIS PALSU] TALKIN - Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan

  Рет қаралды 3,077

Media Hadith Darulkautsar

Media Hadith Darulkautsar

Ай бұрын

darulkautsar.wordpress.com/
[Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM [USUL DIRAYAT HADITH]
USUL DIRAYAT KEEMPAT - Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka.
KETERANGAN - Hadith-Hadith Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka Seperti Menampakkan Mereka Sebagai Makhluk Yang Bodoh, Telah Tersalah Melaksanakan Tugas, Menderhakai Allah, Melakukan Dosa (Tidak Ma'shum) dsb Adalah Palsu Dan Karut. Begitu Juga Hadith Atau Riwayat Yang Menggambarkan Malaikat Seperti Kartun-Kartun Dan Menyatakan Kejadian Mereka Selain Dari Nur.
CONTOH - Malaikat Munkar Dan Nakir Tertipu Dan Tidak Menyoal Orang Yang Telah Ditalkinkan Mayatnya
( Video Penuh - • Sesi 11 -Hadith Tak La... )
Maulana Muhammad Asri Yusoff
HADITH PALSU -
Abu Umamah Berkata, Rasulullah s.a.w. Menyuruh Kami Dengan Katanya, "Apabila Ada Sesiapa Di Antara Saudaramu Meninggal Dunia Dan Kamu Selesai Mengebumikannya Maka Hendaklah Ada Seseorang Di Antara Kamu Berdiri Di Kepala Kuburnya. Kemudian Hendaklah Dia Berkata, 'Wahai Fulan Bin Fulanah....Si Mati Akan Berkata: Tolong Bimbinglah Aku, Semoga Engkau Dirahmati Allah....Ingatlah Penyaksian Mu Ketika Hendak Keluar Dari Dunia Iaitu Tiada Tuhan Selain Allah Dan Sesungguhnya Muhammad Adalah Hamba-Nya Dan Rasul-Nya...Pada Masa Itu Munkar Dan Nakir Akan Saling Memegang Tangan, "Marilah KIta Pergi, Buat Apa Kita Duduk Dekat Orang Yang Telah Diajar Hujahnya". Pada Masa Itu Allah Akan Menjadi Pembela Si Mati Dalam Menghadapi Dua Malaikat Tersebut...
KOMENTAR
Hadith ini Menggambarkan Betapa Lemah Dan Bodohnya Malaikat Munkar Dan Nakir Yang DItugaskan Untuk Menyoal Orang-Orang Mati. Mereka Tidak Berani Lagi Bertanya Seorang Mati Yang Telah Ditalkinkan Kerana Sudah Tentu Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan Akan Dapat Menjawab Segala Soalan Yang Akan Dikemukakan Mereka. Malah Allah Sendiri Akan Membela Simati Yang Ditalkinkan Dalam Menghadapi Soalan Munkar Dan Nakir

Пікірлер: 39
@mohdazuanabubakar1894
@mohdazuanabubakar1894 Ай бұрын
ALHAMDULILLAH... Terima kasih Tuan Guru diatas pencerahan ilmuNya INSYAALLAH
@firdausue8713
@firdausue8713 Ай бұрын
Talkin tu tuk org yg idup...agr dpt pengajaran
@drmdzakariahmdali6677
@drmdzakariahmdali6677 Ай бұрын
Alhamdulillah. Terang dan jelas.
@ishakismail9402
@ishakismail9402 Ай бұрын
Alhamdulillah terima kaseh ust, maaf bulih jadi malaikat tu pati sama dgn simati kut! bagi ambo takkanlah malaikat tu bodo bedo'ah lalu. Maaf sekali lagi terima kasih semuga ust sihat walafiat Aamiin.
@ASWTKB
@ASWTKB Ай бұрын
In Shaa Allah saya tahu semua kenyataan tentang Para Malaikat , tetapi belum masanya untuk meluahkan , sehingga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri yang beritahu bila sudah bersedia untuk berterus terang kepada dunianya .
@ishakismail9402
@ishakismail9402 Ай бұрын
Maaf, setahu ambo yg jahil ni, Allah itu maha kaya dan maha pengampun kaseh Sayang nya mendahului murka nya, kalu ambo silap mintak ust betulkan terima kaseh teruskan ust mencerdikan dan luaskan akal kpd yg kurang cerdik❤
@ASWTKB
@ASWTKB Ай бұрын
Bukan semua dosa² akan diampuni oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang maha tahu segala²nya , sebelum menciptakan semua mahluk²nya sehingga semuanya mati ?
@ahmadsafrimatjebah4738
@ahmadsafrimatjebah4738 Ай бұрын
Arahan nabi Muhammad Saw lebih kuat dan dihormati oleh para malaikat dan Allah meredhoinya.. Tidak membodohkan para malaikat dengan doa nabi Muhammad Saw yg makbul dan dikasihi Allah swt.. Kalau Rasulullah yg kata sudah pasti benar dan semua makhluk terutama malaikat mendengar dan menghormati.. Talkin itu diajarkan oleh Rasulullah saw dan Allah izinkan.. Kenapa nak pertikaikan.. Kenapa tuduh malaikat bodoh?? Malaikat boleh dihalang dari menyoal simpati sekiranya dengan izin Allah swt.. Tidak mustahil.. Salah satu caranya adalah talkin oleh orang yg hidup.. InsyaAllah..
@muhammadhafizh8684
@muhammadhafizh8684 Ай бұрын
Talkin yg nabi ajar, adalah syahadah ketika org itu masih hidup, dlm keadaan mgkin nak meninggal. Talqin mayat pula, tidak dilakukan oleh nabi, 4 khalifah dan org islam zaman nabi. Basically, nabi xajar talkin mayat. Sebab tuh xda hadis soheh psl talkin mayat. Namun, ulamak khilaf bab talkin mayat, sebab ada sahabat nabi lain, pernah buat (Nabi xbuat, 4 sahabat khalifah xbuat, bkn juga amalan org muslim semasa nabi hidup). Nak buat talkin mayat, buatlah kalau pegang yg tuh sebab sebahagian mazhab syafie mengatakan sunat sebab ada sahabat lain buat. Tapi jgn sandar pada nabi sebab nabi xpernah buat n ajar, apatah lagi siap ada fadhilat lagi. Even mazhab syafie yg menyunatkan talkin mayat xnyatakan fadhilat sebab bab2 fadhilat dlm agama ni, samaada Al-Quran @ Nabi jek boleh bgtau sebab perkara ghaib.
@ahmadsafrimatjebah4738
@ahmadsafrimatjebah4738 Ай бұрын
@@muhammadhafizh8684 Seluruh mazhab yang empat menyatakan talqin adalah sunah dibacakan. terlalu banyak hadis hadisnya nabi bertalkin setelah jenazah dikebumikan.. sebuah hadis daripada Uthman bin ‘Affan beliau berkata: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ Maksudnya: Adalah Nabi S.AW. W apabila selesai sahaja dari pengebumian jenazah, baginda berdiri lalu bersabda : Mintalah pengampunan untuk saudara kamu, dan mintalah kepada Allah supaya dia mendapat tsabat (ketetapan), kerana dia sekarang ini sedang disoal. Riwayat Abu Daud (3221) Nabi bertalkin pada orang perang Badar, Nabi bertalkin pada mak sedara nya dalam liang lahad kubur..
@cintaqurandansunnahnabi
@cintaqurandansunnahnabi Ай бұрын
​@@ahmadsafrimatjebah4738bukan talqin. Tu memberi tazkirah kematian kepada orang yg datang dekat Kubo tu
@cintaqurandansunnahnabi
@cintaqurandansunnahnabi Ай бұрын
​@@ahmadsafrimatjebah4738mana ada.mazhab hambali tak ada talqin. Kecuali laqqinu mautakum lailahaillallah. Katakan lailahaillallah kepada orang yg tengah nazak. Ada faham.
@ahmadsafrimatjebah4738
@ahmadsafrimatjebah4738 Ай бұрын
@@cintaqurandansunnahnabi tazkirah kat masjid bukan atas kubur time orang mati
@NDE825
@NDE825 Ай бұрын
Qur'an tu pun hadis juga. Pasti adalah kesalahan kan?
@Aaameenn
@Aaameenn Ай бұрын
Quran tu kalamullah jadi x mungkin ada kesalahan..
@NDE825
@NDE825 Ай бұрын
@@Aaameenn Zero evidence bahwa Qur'an tu dari Allah. Jadi utk menpercayai Qur'an tu dari Allah adalah blind faith. Dgn ini kita ke level lagi satu iaitu bagaimana Qur'an ini dihasilkan dan dihasilkan oleh siapa dan bila ianya siap di compile. Dlm process menlengkapkan text hadis² ini, berapa kah chapter dibuang dan yg diubah dan sebab apa ianya diubah.
@Aaameenn
@Aaameenn Ай бұрын
@NDE825 evidence quran dari Allah adalah dari pembuktian kisah dan ayat yang ada dalam Al quran yg melangkaui zaman ia diturunkan dan disampaikan oleh nabi muhammad. Evidence nabi muhammad utusan allah adalah dari pembuktian mukjizat yang dilihat oleh orang2 zaman itu baik yg muslim or yg kafir. Yang kate Al Quran adalah hadis tu yg salah.. ia adalah 2 benda yang berlainan. Penulisan Al Quran telah bermula sejak awal penurunan ayat, pengumpulan oleh khalifah al rasyidin yg hidup sezaman dengan nabi muhammad. Susunan ayat2 dan surah semuanya telah disahkan oleh nabi muhammad semasa baginda masih hidup jadi tidak ada persoalan bab terkeluar or termasuk or terpadam seperti yg terjadi pada gospel2 bible. Yg tak ada evidence tu adalah siapa penulis bible, siapa penulis vedas, kewujudan inter species manusia haiwan, dan kewujudan manusia dan alam ini secara rawak. Tu yg tak ada evidence.
@NDE825
@NDE825 Ай бұрын
@@Aaameenn You cannot use any evidence from your book before you can prove it from Allah. Muslim always use what is written but they have no evidence about the book. Do you know the Qur'an was compiled after Muhammad died? So now we know it's not written when Muhammad was alive. On Christianity pula, Islam, Muhammad, location dan Allah wujud selepas 600 thn selepas Jesus. Terlalu lama dan segala prophet yg tertulis dlm Torah atau pun bible is out of questions sebab nampak sangat Qur'an adalah a copy dari Torah, old testament bible dan kitab² yg lain ditulis pada masa itu. 600 thn adalah masa yg panjang utk mana tuhan bertindak. Furthermore, Bible dan Torah pun aku tak percaya langsung. Lebih² lagi "the virgin birth of Jesus"
@camelurine9667
@camelurine9667 Ай бұрын
​@@NDE825benar kata kamu, jika tidak ada kitab2 yg lebih dahulu , tidak adalah kitab terkemudian . 😅
@yakuzanoob5356
@yakuzanoob5356 Ай бұрын
Ustaz apa ini yg membahas malaikat itu urusan allah apa saja yg mereka buat dengan izin allah mereka tidak bertindak sesuka hati mcm manusia apa punya manusia ni
ХОТЯ БЫ КИНОДА 2 - официальный фильм
1:35:34
ХОТЯ БЫ В КИНО
Рет қаралды 2,7 МЛН
когда достали одноклассники!
00:49
БРУНО
Рет қаралды 3,9 МЛН
E62063
1:25
Braem nv - Trucks
Рет қаралды 3,3 М.
Baba Ismail & Ritual Renjis Kenderaan
22:53
Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Рет қаралды 11 М.
Hukum melakukan ritual agama lain
8:31
mrz islamic
Рет қаралды 4,6 М.
BETULKAH IBLIS DULU ADALAH MALAIKAT?!!
12:19
Kilauan Sunnah
Рет қаралды 16 М.
[HADIS PALSU] Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya
11:38
Media Hadith Darulkautsar
Рет қаралды 1 М.
Don D & Kedudukan Roh Sebelum Kemalangan
12:39
Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Рет қаралды 6 М.
ХОТЯ БЫ КИНОДА 2 - официальный фильм
1:35:34
ХОТЯ БЫ В КИНО
Рет қаралды 2,7 МЛН