Рет қаралды 4,711
imbuhan merupakan unsur bahasa yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Imbuhan tidak boleh wujud bersendirian, sebaliknya hanya hadir secara bergabung dengan kata dasar. Proses penggabungan ini disebut PROSES PENGIMBUHAN. Terdapat tiga proses pengimbuhan iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan. Salah satu imbuhan awalan ialah imbuhan meN- iaitu me-, men-, mem-, meng-, dan menge-.
Berdasarkan pengalaman ramai pelajar melakukan kesalahan dalam proses pengimbuhan terutamanya bagi kata dasar berhuruf p, k, seperti berikut:
pukul dieja mempukul sepatutnya memukul. kerja dieja mengkerjakan sepatutnya mengerjakan..pelajar tidak mengetahui beberapa proses pengguguran huruf bagi sesetengah hurup kata dasar tertentu..