Рет қаралды 6,572
Bismillahirrahmanirrahim. Video di atas menunjukkan penglibatan pasukan unit beruniform Pengakap Perempuan SK Taman Pasir Putih dalam pertandingan kawad kaki kategori sekolah rendah peringkat Negeri Johor. Pertandingan ini berlangsung pada 6 Mei 2018 di Sutera Mall, Johor Bahru.
Pasukan Kawad Kaki SK Taman Pasir Putih merupakan pemegang Johan daerah Pasir Gudang dan Negeri beturut-turut sejak dari tahun 2013. Pasukan ini juga pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan (zon selatan) dan berjaya menjadi Johan pada tahun 2013, 2017 serta Naib Johan pada 2014.
Alhamdulillah, SKTPP telah menjadi Johan (P) dalam pertandingan kawad kaki peringkat negeri Johor pada tahun ini. Anugerah ketua platun terbaik perempuan juga telah dimenangi oleh SKTPP. Tahniah dan syabas diucapkan! InsyaAllah pasukan kawad kaki SKTPP akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan nanti.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru, murid serta ibu bapa yang menyokong penuh pasukan kawad SKTPP. Terima kasih juga kepada AJK pengurusan kawad kaki serta Outpost yang telah menaja hadiah pertandingan kawad kaki ini. Tidak dilupakan juga Sutera Mall kerana telah menyediakan tempat serta kemudahan untuk pertandingan . Saksikanlah. Enjoy!
*Warning: Tonton dalam HD untuk view yang mantap!!
🍟 "LIKE" jika anda suka dengan video ini.
🍗 "COMMENT" yang membina amat dialu-alukan untuk penambahbaikan video yang seterusnya.
🍔 Klik "SUBSCRIBE" untuk lebih banyak lagi video yang akan datang.
My Equipment:
📷 GoPro Hero 6
🎥 Feiyutech G5 gimbal
Jangan lupa untuk SHARE video ini!
• JOHAN(P) NEGERI JOHOR ...