Рет қаралды 33,427
Gulai Kepala Ikan | Ita Khairi
Resepi turun temurun dari arwah nenek dan mak Cik Ta. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Jangan lupa Like, Share & Subscribe channel Cik Ta 💕
__________________________________________
Resepi:-
Bahan tumis:
Daun Kari
Bawang kecil
Bawang putih
Halba campur
Bahan-bahan blend:
100g Rempah kari ikan
20g Serbuk cili
200g Bawang besar
30g Bawang putih
2 biji Buah keras
25g Halia
800g Kepala ikan (boleh guna macam-macam jenis)
200ml Santan
1 1/2 cawan minyak
1 liter air
Asam jawa (direndam)
Asam keping (direndam)
Bendi
Cabai muda
__________________________________________
Cara-cara:
Blend semua bahan-bahan yang untuk diblend dan tambah air sebanyak 2 cawan metrik, dan blend sehingga lumat. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan semua bahan-bahan untuk tumis, tumis semua bahan sehingga keperang-perangan. Masukkan bahan yang telah diblend tadi dan masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga pecah minyak.
Setelah pecah minyak, masukkan air, asam keping, asam jawa, gula dan garam secukupnya ke dalam kuali, kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan bendi, dan kepala ikan ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan santan dan cabai muda dan biarkan mendidih sekali lagi.
__________________________________________
Semoga resepi ini bermanfaat untuk semua 💕