KHASIAT DAUN PECAH BELING ATAU PECAH KACA DAN CARA MEMBUAT TEH DAUN PECAH BELING

  Рет қаралды 5,841

Cikgu Najwa Berkongsi

Cikgu Najwa Berkongsi

Күн бұрын

ASSALAMUALAIKUM
Pokok pecah beling yang sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengurangkan kesakitan pada tubuh badan. Pecah beling yang lebih dikenali sebagai pecah kaca penting dalam rawatan anti kanser.
Nama bagi pecah kaca dikaitkan apabila daunnya dihancurkan, ia menghasilkan bunyi seperti kaca pecah. Mempunyai sifat antioksidan yang tinggi di mana ia penting bagi mencegah kanser. Hasil kajian dilakukan pokok pecah beling mempunyai sangat banyak khasiat yang diperlukan dalam mana-mana rawatan tradisional.
Daun pecah beling juga dikenali dengan nama Bayam karang, pecah kaca, keji beling (Pahang), pecah batu (Negeri Sembilan) dan jin batu
Hasil kajian dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bagi pokok pecah beling, ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi seperti kalium ( 51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).
Daunnya mempunyai bahan yang bersifat anti oksidan seperti katekin, tannin dan kafeina. Ia berkesan untuk membunuh sel kanser, merencatkan sel kanser dan juga mengaruh sel kanser bagi menjalani apoptosis ( mati secara semula jadi ).
Ekstrak daun mampu memadam gen yang memyebabkan kanser, ditambah kajian ke atas haiwan (tikus) dengan kepekatan 2.5% dan 5% mengurangkan risiko bagi kanser hati.
Fitosterol yang hadir mampu menurunkan aras kolesterol darah, sekali gus boleh mengurangkan risiko bagi sakit jantung.
Ingredien aktif wujud seperti flavanoid, mineral, kafeina, vitamin C, Fitosterol, phenolic acids, alkaloids
Ekstrak teh daun pecah beling dikenali bagi sifat diuretik dan anti diabetes. Ia digunakan bagi rawatan kanser prostat, kanser payu dara.
Air daun pecah beling yang diestrak mempunyai fungsi sebagai agen antidiabetis. Ia mampu menurunkan aras glukosa bagi yang normal dan mempunyai penyakit kencing manis. Turut berkesan bagi mencegah ulser gastrik.
Cara Guna (Perubatan Traditional)
1) Melawaskan Kencing
Satu setengah liter air direbus bersama 7 helai daun pecah beling sehingga mendidih. Air rebusan diminum 2 kali seminggu
2)Melegakan Sakit Sendi
Sejemput daun pecah peling direbus bersama-sama daun bangun-bangun, hempedu bumi, setawar dan mutiara. Campuran direbus dalam periuk tanah. Air rebusan diminum 3 kali sehari pada waktu pagi, petang dan malam.
3)Merawat Gout
Tujuh helai daun pecah beling direbus bersama satu setengah liter air sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua kali seminggu
4) Rawatan Jerawat Batu
Tujuh helai daun pecah beling dibersihkan dan urat daun dibuang. Getah dikeluarkan dengan cara meramas daun pecah beling menggunakan air. Ia disapukan pada bahagian muka yang berjerawat sekali sehari sehingga sembuh
5) Rawatan Cirit Birit
Seluruh bahagian pokok beling direbus selama setengah jam dan segalas airnya diminum.
6) Rawatan Kecing Manis
Daun pecah beling dibersihkan dan beberapa helai daun pecah beling dijadikan sebagai salad dalam hidangan makanan.
7) Rawatan Sakit Pinggang
Sepuluh helai daun pecah beling diambil, dicuci dan dan direbus. Sehingga ia mendidih, daun kemudian diangkat. Air rebusan disejukkan selama dua jam dan diminum satu gelas tiga kali sehari.
Sumber Rujukan
Khazanah Perubatan Melayu Tumbu #khasiatmanfaat han Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Taman Etnobotanu & Pusat Interaktif Sains
BMC Complementary Medicine and Therapies
International Food Research Journal
www.sinarharia...
jiwasihat.com/...
#khasiatmanfaat
#daunpecahbeling
#tehpecahbeling

Пікірлер: 33
@AbepaRealme
@AbepaRealme 5 ай бұрын
Assalamualaikum cikgu Najwa.. terima Kasih banyak banyak atas ilmu yang diberikan
@norjanidris2393
@norjanidris2393 11 ай бұрын
T.kasih cgu atas perkongsian..halal kan ilmu yg di beri..
@samsuddinmanaf7073
@samsuddinmanaf7073 10 ай бұрын
Terima kasih Cikgu
@ZurinaWahat30
@ZurinaWahat30 10 ай бұрын
Assalamualaikum cikgu..saya tertunggu nak belajar buat roll on aura terapi ..semoga ada rezeki saya
@WanNorahayuWanAbdulHadi
@WanNorahayuWanAbdulHadi 11 ай бұрын
😀terima kasih cikgu Najwa. kat rumah saya ada pokok ni, baru ada idea nak buat tea
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 11 ай бұрын
Boleh beli teabag kosong di shopee. Senang nk minum hari2. shp.ee/kj4ujd4
@WanNorahayuWanAbdulHadi
@WanNorahayuWanAbdulHadi 11 ай бұрын
Baik Cikgu
@jackdin5479
@jackdin5479 9 ай бұрын
​@@cikgunajwaberkongsi6900 Asalamualaikum cikgu, kalau rebus banyak terus boleh contoh dari 1500ml sampai tinggal 750ml makna untuk minum 3 hari terus, pastu letak dlm peti ais
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 9 ай бұрын
@@jackdin5479 InshaaAllaah ada je org yg buat mcmtu.
@jackdin5479
@jackdin5479 9 ай бұрын
​@@cikgunajwaberkongsi6900ooo baik2 cikgu, cikgu untuk gout apa yg elok ye cikgu? Saya mkn ubat gout allupurinol dgn colchicine semacam kena jugak gout 🥲
@AbepaRealme
@AbepaRealme 5 ай бұрын
Cikgu Najwa.. saya sangat berminat untuk belajar buat ubat gigi homemade
@Samsimarmdyunus
@Samsimarmdyunus Ай бұрын
Salam puan.... Puan tinggl dimn ye. Blh x bg tau pokok ni ditnm btng nye ke
@ayunirazali9503
@ayunirazali9503 10 ай бұрын
Boleh ke ajar macam mana buat detergen guna eco enzym dgn mes? Saya tgk ramai youtuber indon buat. Bila saya buat, pH jd berasid iaitu 5. Harap dpt buat video psl ni😊😊😊
@icalcal3662
@icalcal3662 9 ай бұрын
Cikgu next buat hair tonic boleh❤
@amirsyj155
@amirsyj155 9 ай бұрын
Assalammualaikum cikgu minyak zaitun exra virgin boleh dak digunakan untuk buat minyak aromaterapi?
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 9 ай бұрын
Boleh, tapi kadang mi yak zaitun ni dia ada bau dah, tapi try la.
@ayeenhafeezy6737
@ayeenhafeezy6737 10 ай бұрын
Assalamualaikum cikgu najwa.. saya masih menunggu pembuatan minyak menggunakan borneol flakes.. boleh ke bf larut dlm minyak?
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 10 ай бұрын
Boleh. Borneol flake lebih mudah larut berbanding camphore. Ada satu video yg gunakan borneol flake. Minyak telon rasanya
@ayeenhafeezy6737
@ayeenhafeezy6737 10 ай бұрын
@@cikgunajwaberkongsi6900 tq cikgu.. saya masih belajar buat minyak dri vd² cikgu...
@Awttimur
@Awttimur Ай бұрын
Klu tak kering daun rebus mcm tu je boleh ke
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 Ай бұрын
@@Awttimur NAK minum TERUS MEMANG BOLEH. Keringkan TU misalnya KITA NK simpan LAMA.
@YanaYusri-b6k
@YanaYusri-b6k 9 ай бұрын
Asalammulaikum cikgu..utk yg ada gastrik bole minum tak?
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 9 ай бұрын
Maaf. Tak berani nk bagi comfirmation
@sarimahchan2258
@sarimahchan2258 8 ай бұрын
Salam... Cikgi.. Boleh tambah gula tak.. bila buat teh o
@sarimahchan2258
@sarimahchan2258 8 ай бұрын
Cikgu
@rashdanzuhri2273
@rashdanzuhri2273 9 ай бұрын
Cikgu ade buat kelas online buat sabun tak ?
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 9 ай бұрын
Maaflah tak berapa nk sempat
@KhalidAlWalid-mu9ev
@KhalidAlWalid-mu9ev 5 ай бұрын
Ada jual X the daun pecah beling saya nak beli
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 5 ай бұрын
Nak banyak ke tuan. Boleh je dtg petik. Tn di mana
@khamidahaziz9243
@khamidahaziz9243 Ай бұрын
Kenapa 3 ke bawah
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 Ай бұрын
@@khamidahaziz9243 katanya yg pucuk kurang minyak
@mozammelhoque2575
@mozammelhoque2575 9 ай бұрын
Assalamu alaikum cikgu..ada buka kelas on line untuk buat minyak atau balm???
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 9 ай бұрын
InshaaAllaah kalau kelas balm boleh juga
Rebusan Pecah Beling
7:12
Amoijamu
Рет қаралды 45 М.
22 Kebaikan DAUN PANDAN | Dr. Noordin Darus
29:25
Dr. Noordin Darus
Рет қаралды 1,6 МЛН
Как подписать? 😂 #shorts
00:10
Денис Кукояка
Рет қаралды 8 МЛН
РОДИТЕЛИ НА ШКОЛЬНОМ ПРАЗДНИКЕ
01:00
SIDELNIKOVVV
Рет қаралды 3 МЛН
Ketahui Berbagai Daun Manfaat Tempuyung Bagi Kesehatan | Hidup Sehat tvOne
9:14
GULA OH GULA HANYA SATU CARA TERBAIK UNTUK TURUNKAN 2
32:36
Dr. Noordin Darus
Рет қаралды 57 М.
CARA MENJAGA KESEHATAN GINJAL - DOKTER SADDAM ISMAIL
9:47
Saddam Ismail
Рет қаралды 4,3 МЛН
@Taman Herba UKM - Pokok Pecah Beling/ kaca
0:32
UKM Tube - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Tube)
Рет қаралды 94 М.
Hanya 4 Bahan! Ini Cara Buat Peluruh Batu Ginjal Alami | Hidup Sehat tvOne
11:01
4 Manfaat Daun Kumis Kucing untuk Kesehatan
3:07
TV Tani | Kementerian Pertanian Indonesia
Рет қаралды 331 М.