Kisah HIdup S. SUDARMAJI | Kisah Seorang Lagenda - KeliBiru

  Рет қаралды 61,297

iSham Story

iSham Story

Күн бұрын

Kalau nak tahu perjalanan Seni AYU, anak kepada Seniman S. Sudarmaji, Boleh ke CHANNEL Beliau. Link di bawah.. Boleh SUBSCRIBE Sekali..
Sumber Rujukan: Channel Ayu 20 Sen
/ @ayu20sen78
S. SUDARMAJI DALAM KENANGAN
Allahyarham S. Sudarmaji atau dengan panggilan “Pak Maji” merupakan seorang seniman yang berbakat dan kreatif. Selain daripada berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis skrip, pengubah lagu dan penulis lirik terkenal. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Tan Sri P. Ramlee.
Allahyarham S. Sudarmaji atau nama sebenar beliau, Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah dilahirkan pada tanggal 19 Jun 1923 di Jogjakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Kasini binti Kamijo dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Sri Rahayu atau lebih dikenali dengan watak Ayu, kanak-kanak yang sering meminta upah 20 sen daripada Sudin dalam filem Bujang Lapok
S. Sudarmaji telah diserap ke dalam Angkatan Tentera Laut Jepun sebagai Juruteknik Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kesusteraan di Taman Siswa Jogjakarta. . Kemudian beliau telah dihantar untuk berkursus di Shonan Training School Sailors. Ketika usia S. Sudarmaji 21 tahun, beliau telah memperolehi Diploma dalam bidang Injin pada tanggal 25 May 1945.
S. Sudarmaji kemudiannya menyertai Kapal dagang Belanda sebagai jurumudi setelah menamatkan perkhidmatan dengan Tentera Laut Jepun. Apabila kapal dagang Belanda singgah di pelabuhan Singapura, S. Sudarmaji mengambil keputusan untuk meninggalkan Kapal dagang Belanda untuk melibatkan diri dalam bidang yang sangat diminatinya iaitu bidang seni.
Kemudian S. Sudarmaji telah bertemu dengan dua orang pelakon filem melayu ketika itu iaitu Bachtiar Affendi dan jaafar Wiryo dan kemudiannya beliau dibawa ke studio Malay Filem Production (MFP) Jalan Ampas, Singapura. S. Sudarmaji memulakan karier di (MFP) sebagai pembantu pejabat dengan gaji sebanyak 30 ringgit sebulan. S. Sudarmaji menerima pekerjaan tersebut dengan penuh kesyukuran dan berharap ianya sebagai batu loncatan demi memenuhi impiannya.
S. Sudarmaji dan Tan Sri P. Ramlee merupakan dua karyawan sealiran tetapi berlainan kepakaran telah mencorakkan lanskap seni budaya tanah air. Hampir 240 lirik lagu yang dicipta beliau untuk melodi emas gubahan lagu Tan Sri P. Ramlee. Selain itu S. Sudarmaji telah menulis skrip filem sebanyak 16 skrip yang lengkap dengan kata bual yang diarah oleh Tan Sri P. Ramlee.
Antara lirik lagu sentuhan S. Sudarmaji yang popular ialah "Getaran Jiwa", "Putus Sudah Kasih Sayang", "Jeritan Batinku", "Bunga Melor", "Rukun Islam Lima Perkara" dan "Bahtera Merdeka".
S. Sudarmaji dan Tan Sri P. Ramlee saling berkerjasama untuk menghasilkan karya filem. Pada tahun 1955, S. Sudarmaji telah menulis skrip filem pertamnya yang berjudul “Penarik Beca”.
Karya Skrip Filem S. Sudarmaji
1. Penarik Beca - 1955
2. Panca Delima - 1957
3. Bujang Lapok - 1957
4. Sumpah Orang Minyak - 1958
5. Pendekar Bujang Lapok - 1959
6. Musang Berjanggut - 1959
7. Nujum Pa’ Belalang - 1959
8. Antara Dua Darjat - 1960
9. Ali Baba Bujang Lapok - 1961
10. Seniman Bujang Lapok - 1961
11. Ibu Mertuaku - 1962
12. Labu Labi - 1962
13. Nasib Si Labu Labi - 1963
14. Madu Tiga - 1964
15. Tiga Abdul - 1964
ANTARA FILEM LAKONAN
1. 1959 - Pendekar Bujang Lapok - Pekerja Taukeh Sampan
2. 1960 - Antara Dua Darjat - Pemain Biola / Marakas
3. 1961 - Seniman Bujang Lapok - Penolong pengarah
4. 1962 - Nasib Si Labu Labi - Cikgu Sudar
S. Sudarmaji bukan sahaja teman seperjuangan Tan Sri P. Ramlee, tetapi berperanan sebagai sumber ilham penyediaan skrip filem, penasihat dan tempat P. Ramlee mencurahkan permasalahannya.
Apabila Malay Filem Production melabuhkan tirainya pada tahun 1967, beliau meneruskan kerjayanya sebagai penulis skrip filem dan drama serta pentas untuk Syarikat Perfileman Perbadanan Penyiaran Singapura serta badan-badan Budaya.
Pada tahun 1968, S. Sudarmaji Berjaya mengarahkan filem pertamanya yang berjudul “Ibulah Syurga” terbitan Gafico Film.
Pada tahun 1970, S. Sudarmaji telah berhijrah ke Studio Merdeka Filem Production di ulu Klang, Kuala Lumpur, beliau diberi kepercayaan untuk menulis dan mengarah filem “Pedang Sakti” tahun 1971, filem “Belang Petanda” tahun 1971 dan filem “Cengkaman Maut” tahun 1972.
Beliau juga pernah mengarahkan filem di bawah Sarimah Filem Production, seperti filem “Detik 12 Malam” tahun 1979, filem “Langit Tidak Selalu Cerah” tahun 1981, Filem “Perjanjian Syaitan” tahun 1981 dan filem “Kabus Tengah Hari” tahun 1982.
Sumber Rujukan 1: Channel Ayu 20 Sen
/ @ayu20sen78
Sumber Rujukan 2: Wikipedia
Background music: instrumental lagu melayu -selara - • instrumental lagu mela...

Пікірлер: 41
Sindiran dalam Seniman Bujang Lapok
21:41
Bangau Tube
Рет қаралды 37 М.
PERMAISURI PERAK 'KELUAR ISTANA' Demi Kejar Cinta P. Ramlee 😱
7:38
SULALATUS SALATIN
Рет қаралды 637 М.
Крутой фокус + секрет! #shorts
00:10
Роман Magic
Рет қаралды 29 МЛН
Which One Is The Best - From Small To Giant #katebrush #shorts
00:17
Noam Chomsky - Why Does the U.S. Support Israel?
7:41
Chomsky's Philosophy
Рет қаралды 6 МЛН
SEJARAH | LENYAPNYA SEBUAH ISTANA | ISTANA MAHKOTA PURI | KLANG | SELANGOR
8:43
Channel 20 sen (Channel 20 sen)
Рет қаралды 153 М.
Dimana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
3:49
Pakcummy
Рет қаралды 4,7 МЛН
TRIVIA | LOKASI SAMA FILEM MOGOK IBU MERTUA KU & MADU TIGA
8:34
Channel 20 sen (Channel 20 sen)
Рет қаралды 428 М.
S Shamsudin - Lawak Komedi Yang Bersahaja
15:45
Bangau Tube
Рет қаралды 110 М.