No video

Kuih Seri Muka Tak Mungkin Berpaling

  Рет қаралды 834,736

Che Nom

Che Nom

4 жыл бұрын

Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi. Resepi dari ibu mertua sahabat baik Che Nom iaitu Cikgu Jun, terus Che Nom rasakan inilah The Perfect seri muka yang di cari-cari selama ini. Cuma ada sedikit penambahan sahaja dari resepi asal. Kalau buat minum petang dengan Teh 0 sambil membawang confirm tak sedar dah habis setalam.
//Bahasa Melayu
------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut):
2 cawan/ 400 g pulut
2 cawan/ 500 ml santan cair
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):
8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan air
*kita nak blend hasilkan 1/2 cawan pati pandan
Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):
1 ½ cawan/ 375 ml santan pekat
1 cawan/ 200g gula putih
1/2 cawan/ 60g tepung gandum
5 biji telur size A
1/2 cawan/ 125 ml pati pandan (Bahan A)
1 sudu kecil garam
setitik dua pewarna hijau
//English
------------------------------------
Ingredients for the bottom layer (glutinous rice):
2 cups / 400 g of glutinous rice
2 cups / 500 ml light coconut milk
1 tbsp white sugar
1 tsp salt
1 piece of pandan leaf
Ingredients for the top layer (A):
8 pieces of pandan leaf
1/2 tsp fennel seed
3/4 cup water
* We need 1/2 cup of pandan juice extract
Ingredients for top layer (B):
1 ½ cup / 375 ml concentrated coconut milk
1 cup / 200g white sugar
1/2 cup / 60g of flour
5 eggs size A
1/2 cup / 125 ml pandan juice extract (from A)
1 tsp salt
two drops of green food colour
---------------------------------------------------------------------
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...

Пікірлер: 399
@rosilahros2842
@rosilahros2842 Жыл бұрын
Saya dah buat,..buat berbuka puasa.derhaka skit,sy kurang kn telor,telor susah dpt loni😂😂.mmg jd sedap resepi chenom..lembut ats nya..cuma manis sgt😂sape2 nk buat,x suka mnis sgt, kne kurang kn gula, 1cawan tu kurang kn jadi 3/4 cawan gula.sedap ngm sgt dh tu👍
@zarinaadam21
@zarinaadam21 4 жыл бұрын
Saya baru terjumpa Che Nom sejak PKP ni. Hehe. Suka sangat! Senang nak faham, slow n steady jer Che Nom! Kemas, tertib dan bersih sangat. Skrg setiap hari saya tgok video resepi Che Nom tau. Terimakasih Che Nom kongsi ilmu masakan sedap2. Resepi Kuih Seri Muka ni mmg precious! Saya dah subscribed! :) Terimakasih Che Nom!
@hariatisaadon7686
@hariatisaadon7686 4 жыл бұрын
Sama lah Kita, setiap Hari tgok video che nom
@nabilahsaifulbahrin5123
@nabilahsaifulbahrin5123 4 жыл бұрын
Samalah kita. Waktu biasa jarang bukak KZbin tengok2 resipi. Al-maklumlah kerja kan, masa PKP ni macam addicted pulak setiap hari nak bukak tengok resipi apa lagi nak try. Hehehe
@nurfarahwahidamatyusof9382
@nurfarahwahidamatyusof9382 4 жыл бұрын
Kita serupa la Zarina Adam..hehe..first resepi yg saya cuba ialah donat.Alhamdulillah..kena dengan selera anak2,suami dan ibu mertua (bukan senang kan nak pikat tekak mertua dgn kuih feveret budak2 ni...) Terima kasih banyak Che Nom..bertambah pahala Che Nom kerana berkongsi resepi masakan pada kami yang amatur ni...hehe
@khugenpriya5406
@khugenpriya5406 3 жыл бұрын
Setuju
@sidana7797
@sidana7797 4 жыл бұрын
Saya dah cuba, memang marvelous! Terima kasih Che Nom. Dah makan takkan berpaling! 😊😘
@shazariahselamat9200
@shazariahselamat9200 2 жыл бұрын
Saya dah cuba, sedap sangat. Saya kurangkan sikit gula utk bahagian atas & omit gula utk bahagian bawah sebab parents diabetic. Walaupun guna byk telur, takde bau & rasa hanyir. Make sure guna telur yg betul2 fresh. Thanks Che Nom!
@ayangkartina7696
@ayangkartina7696 4 жыл бұрын
Ini kuih melayu yg paling saya suka, tp Susah nak dpt yg prefect...Alhamdullilah che nom dah bg resepi...insyaAllah boleh belajar buat...thanks che nom..🌷🙏🏻
@fairixvinna
@fairixvinna 4 жыл бұрын
. c
@salinajaafarsidik8624
@salinajaafarsidik8624 4 жыл бұрын
Suka tengok che nom masak. Sgt teliti, kemas, bersih dan penuh info yg sgt berguna. tqvm
@hayatiradzuan9624
@hayatiradzuan9624 4 жыл бұрын
Saya dah try resepi ni.. Sedap sgt. Lg sedap dari kat kedai. Tak sangka boleh masak kuih melayu. Hehe. Terima kasih che nom.
@puanbella
@puanbella 4 жыл бұрын
Assalamualaikum Che nom.. Sy dh buat.. Menjadi dgn jayanya.. Tp sy kurangkan telur guna 4 biji jek.. Terima kasih ya. First timer buat dh jadi hehe.. Sy suka dan dah try resepi Che nom yang lain.. Memg terbaik!
@drhaspgr9764
@drhaspgr9764 4 жыл бұрын
Salam Che nom, I have tried a few of your recipes and all turned out well. And this is the first time ever buat kuih after 20 years marriage. On top of that Che nom’s presentations are superb! Many thanks
@anismokhti1952
@anismokhti1952 2 жыл бұрын
Syukur alhamdullillah dipertemukan dengan Che Nom. Resepi Che Nom memang terbaik dan memang anti gagal. Terbaik Che Nom. Halalkan setiap yang dikongsi ya. Semuga Che Nom & famili sentiasa diberkati Allah s.w.t 💕
@missqueenb3438
@missqueenb3438 4 жыл бұрын
ya Allah!!sedapnya...kuih kegemaran saya ni tapi kalau di Singapura kita panggil kuih putri salat....terima kasih Che nom untuk resepi nya!
@mrs.w9262
@mrs.w9262 4 жыл бұрын
Semua resepi masakan che nom mmg terbaik...👍👍😍
@nursolihinkamarulbahrin4798
@nursolihinkamarulbahrin4798 4 жыл бұрын
saya dah cuba . ikut satu per satu .memang betul sedap .terima kasih che nom . resepi tak pernah mengecewakan😋😋😋😃
@FSakinah
@FSakinah 4 жыл бұрын
Tq Che Nom. Dah lama teringin nak buat sendiri seri muka. Tak ramai yg pandai buat. Sbb tu dah lama tak beli. Harap menjadiklah percubaan ni 🤲🏼
@Salbiyyah
@Salbiyyah 3 жыл бұрын
Favourite kueh ni, kalau yang sedap tu,kejap je habis..nak cuba lah nanti 😊 Terima kasih Che Nom..
@dakengine1
@dakengine1 3 жыл бұрын
Pulut sekaya ni mmg favourite saya. Tapi susah nak cari resepi yang sedap. Tapi resepi che nom ni mmg sedap. Tak manis sgt. Lembut ja. Tapi saya guna tepung separuh dari resepi asal. Sebab saya tak suka bahagian atas tuh keras. Overall mmg sedap sgt! Tq che nom share resepi ni.
@rohanibaharom3261
@rohanibaharom3261 4 жыл бұрын
Kuih ni klau kena gaya masaknya mmg sedap..masak sendiri ada lah yg terbaik..tq che nom
@suvaiyanaveetusamayal20
@suvaiyanaveetusamayal20 4 жыл бұрын
Terima kasih...ka Che Nom atas recipe ini...saya sangat suka kuih ini...sy mesti nak cuba....
@rasiatiwijaya7447
@rasiatiwijaya7447 Жыл бұрын
Saya BKN orang mlsyia tp lihat rancangan masak cik nom suka..pasal selalu sy coba sangat sedap
@cahaya9788
@cahaya9788 4 жыл бұрын
Alhamdulillah..orang utara pggel pulut sekaya naaaa...tot2..bukak..betoi kak sebut nooohhhh😍💥💐🌷
@nomeames2164
@nomeames2164 3 жыл бұрын
Saya utara.tapi panggei seghi muka
@habebahhjmokti5857
@habebahhjmokti5857 4 жыл бұрын
Hai Che Nom, eh eh Kuih Seri Muka, pagi tadi mak I jual kuih ni, Alhamdulillah habis juga sis, memang sedap kuih ni sis❤
@ramlahramlah9288
@ramlahramlah9288 4 жыл бұрын
Cik Nong punya resipi mmg gam, resipi Cik Nong yg saya buat cantik sedap, saya sume ikut resipi Cik Nong. Tks Cik Nong
@ramlahramlah9288
@ramlahramlah9288 4 жыл бұрын
Maaf Cik Nom bkn Cik Nong
@iamaku60
@iamaku60 4 жыл бұрын
Kuih ni la yg plg akak suka tp plg tak confident utk buat.. bila ngk resepi n cara2 che nom ni npk senang je... tetiba mcm konfiden plak nk buat... tq che nom
@kueteowgoreng3961
@kueteowgoreng3961 4 жыл бұрын
Dh try utk brbuke ari ni...sdp sgt...slu dok pasang cenel che nom.sjk pkp ni,asyik brkumandang je sore che nom k dapo...en.shuben pon dh cam dah
@user-jk6rd4tp8o
@user-jk6rd4tp8o 4 жыл бұрын
MasyaAllah♥️ heheh jatuh cinta♥️ dah dgn resepi2 Che Nom, suka tips & petua yg Che Nom kongsikan♥️ resepi ni pun dah try tadi, paling best bau jintan manis dlm lapisan hijau tu!! huhuhu memang tak mungkin berpaling !!! Thank you dear♥️
@Faridah-si5yc
@Faridah-si5yc 4 жыл бұрын
Jintan manis yg kecil warna coklat tu ke atau yg besar putih sikit?
@indafamilyvlog4844
@indafamilyvlog4844 4 жыл бұрын
@@Faridah-si5yc jintan manis yang biji besar sikit warna terang sikit,klu yg kecil tu namanya jintan putih walau pun warna gelap tapi nama jintan putih(atau biji fennel)
@aliahmasrom3167
@aliahmasrom3167 3 жыл бұрын
Sàya bru tengok masakan sis saya dah tri ayam. Masàk. Hijaú daging masak. Hitam ayam masak bawang. Memang. Sedap harini. Saya. Nk. Masak kuih. Seri muka. Terimakasih. Kerana. Konsi. Resepi semuanya sedap². Belake
@rogayahradzi3932
@rogayahradzi3932 4 жыл бұрын
Assalamualaikum. Trima kasih Che Nom share recipe Sy dah try senang n sedap .Halalkan recipe
@sbsmanutube
@sbsmanutube 4 жыл бұрын
Setakat ni Channel Che Nom yg terbaik pernah saya jumpa. Bahasa pun sempoi. Tk tips balut kain kat penutup kukus
@danisheeman4640
@danisheeman4640 4 жыл бұрын
Ya betullah sjk pkp tengok msakan che nom trus sampai sekarang melekat ,mudah faham dan dapur pun sentiasa kemas.
@zalinazakaria3910
@zalinazakaria3910 11 ай бұрын
Sy ikut resepi buku, guna sebiji telor, ½ cwn gula, campur 2sk tpg kastard, tiada jintan manis, lain2 sama, gedik² sedap jgk
@sitibazla
@sitibazla 4 жыл бұрын
Sejak mengandung, sy memang teringin nak makan kuih ni. Balik kampung sebelum PKP pun sy tak merasa makan sebab tak jumpa. Hari ni sy buat sendiri je laa. Harapnya menjadi.
@who4572
@who4572 4 жыл бұрын
Sis dah buat..nyata sedap sgt tapi tak berapa nak cantik macam Che Nom buat..terima kasih sharing resepi. Semoga dimurahkan rezeki.
@ummihashyati9621
@ummihashyati9621 4 жыл бұрын
Waah resepi kali ni best.. Lengkap snng nk fhm. Confirm sedap.. Tkasih che nom...
@norhafizah-jn1ew
@norhafizah-jn1ew 4 жыл бұрын
Wow....mmg sedap nmpk mcm mudah je.tq che Nom sudi kongsi resepi kuih legend ni.....bkn mudah nk buat.tp step yg di ajar nmpk senang di fahami😘😘😘😍
@norhafizah-jn1ew
@norhafizah-jn1ew 4 жыл бұрын
Ok che Nom...timekasih tunjuk ajar😘👍👍👍
@keechinghing9472
@keechinghing9472 4 жыл бұрын
Terima kasih Che Nom Suka sangat , senang dan simple 👍👍👍
@ashsara9170
@ashsara9170 4 жыл бұрын
Thanks..Ikut resepi ni menjadi. Mmg mcm resepi arwah nenek.Dah lama cari resepi cmni
@mamamo2385
@mamamo2385 4 жыл бұрын
U are my favourite chef. Semua masakan dan kuih saya rujuk chef nom resepi.
@Apet2744
@Apet2744 4 жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom....Satu dari kueh favourite saya. Sangat teringin nak makan kueh seri muka yang sedàp. Sebab tinggal di United Kingdom. Pernah cuba resipi lain tapi tak best. Resipi Che Nom best dan sangat harum bau pandan.
@blackrose1077
@blackrose1077 4 жыл бұрын
Ciknom saya ada ambil resepi kuih bakar pandan dari chnnel cik nom dan dgn resepi tu sye buat jualan..majoriti customer puji kuih tu sedap sya minta halal ye resepi nye
@azlinaabdaziz7329
@azlinaabdaziz7329 3 жыл бұрын
Tgh Buat, menjadi ALHAMDULILLAH 🤲💚
@sitisaodah4831
@sitisaodah4831 2 жыл бұрын
Slmt Hari Raya terkejut² che Nom. Sy buat sehari sblm Raya kt rmh mak mentua. Pertama Kali buat alhamdulillah menjadi. MIL cakap atasnya mcm kue akok. Tp pd sy sedap jek. TQ share resepi
@masniedlamsin9618
@masniedlamsin9618 4 жыл бұрын
My fav. ni che nom prnah cuba tpi tak mmuaskn tpi saya yakin guna resepi ni mesti jadi .. nti saya share dgn che nom 😀
@norazura5444
@norazura5444 4 жыл бұрын
Alhamdulillah syukur..TQ Che nom..dh 2 Kali buat mmg menjadi..semoga Che nom murah rezeki❣️
@sitizulaiha842
@sitizulaiha842 3 жыл бұрын
Seronoknya.sy dah 2kali buat tak jadi.bahagian atas lembik sgt.hari ni cubaan Kali ke3.harap2 menjadi la.klu tak jadi juga, memang kena Mandi Bunga ni😂
@nissaapip7891
@nissaapip7891 4 жыл бұрын
Resepi ni menjadi sedap. Suami approved. Thank you che nom share resepi. Moga murah rezeki che nom sekeluarga
@shamshulanuar1097
@shamshulanuar1097 4 жыл бұрын
Mengingatkan saya pada aruah mak. Dia pandai masaka kuih tradisi
@anasolehsoleh2496
@anasolehsoleh2496 4 жыл бұрын
wah...che nom ..mkin byak resepi yg dipost..terbaiklh che nom.yg tk tahan..kalau tk jadi ..kena ' mandi bunga'. .comfirm habis setalam...😁😅
@izanhazim2369
@izanhazim2369 3 жыл бұрын
Alhamdulillah memang terbaik Che Nom! ❤️
@lilieksuprihatin9850
@lilieksuprihatin9850 4 жыл бұрын
Tme ksh bnyk2 ye che nom,sy org indonesia tp sy p ape yg che nom ckp,sy mhn resepi kuah rojak asma ye che nom....tqvm...🙏🙏🙏
@ferdygianto1525
@ferdygianto1525 4 жыл бұрын
kue ini pastilah lezat ya puan?? ada perasa kayu manisnya. makasih resepnya puan...... amboi cara membuatnyapun mudah.
@masha2488
@masha2488 3 жыл бұрын
Dh bnyk kali bt ikut resepi cik nom..tq cik nom share resepi..moga btmbh rezeki cik nom
@thil28
@thil28 4 жыл бұрын
Thank you ! One of my favourite kuih Melayu! Yay!! 😋😋😋
@rajajunizahrajajaafar1508
@rajajunizahrajajaafar1508 4 жыл бұрын
Sedap buat minum ptg always the best kalau dari che nom
@rumiatirmt3852
@rumiatirmt3852 4 жыл бұрын
Resep Che Nom selalu bagus bagus hasilnya. tks ya resepnya.
@sorrowzombie
@sorrowzombie 4 жыл бұрын
Alamak sis..back to back semua kegemaran saya.. Jarang sekali nampak resipi kuih ni.. Tapi kat spore kita panggil dia puteri salat
@zunikatailor8918
@zunikatailor8918 Жыл бұрын
semua resepi che nom mmg sedap
@sridiahdiah1346
@sridiahdiah1346 4 жыл бұрын
Tq che nom..sri dah buat ondeh2 yg che nom ajar..dah 3x buat memg mudah hasil tunjuk ajar che nom..😘😘😘😍
@khairiahalias4701
@khairiahalias4701 4 жыл бұрын
Tq che nom..sy dh buat.. sgt2 sdap ..smpai skrg ni ipar2 duk puji..
@amoyycomel7282
@amoyycomel7282 4 жыл бұрын
Sedap nya che nom !! Saya likee 🔥
@RosmawatiRose
@RosmawatiRose 4 жыл бұрын
Lembut lemak dan sedap aroma pandan membangkitkan rasa mewah.
@puansyazs5577
@puansyazs5577 3 жыл бұрын
Kuih seri muka tak mungkin berpaling (tajuk lagu kump. Slam) , febret juga ni.. 😃👍
@uminazssulung6116
@uminazssulung6116 3 жыл бұрын
Dua2 favourite sye😁💕
@hanizjim
@hanizjim 4 жыл бұрын
mmg confirm sedap... Abah saya siap minta lagi.. rasa mcm kuih org lama. saya cuma guna rice cooker 🤭. terima kasih cik nom
@AliffBusu
@AliffBusu 4 жыл бұрын
Agak agak kalau makan kuih ni naik tak seri muka? Hhe. Terbaiklah Cik Nom. Kertas baking tu memang sngt membantu biar tak melekat.
@asnahabdrahman629
@asnahabdrahman629 3 жыл бұрын
Ya..tepung baru menjadi...asli..lembut n x melekat ...sangat bagus...mak sy pun buat macam ni...org utara
@azlinasaad5364
@azlinasaad5364 4 жыл бұрын
Nmpk sdp..tq 4 sharing..nnt nak try buat😊
@mettymarianti5
@mettymarianti5 4 жыл бұрын
Salam kenal Che Nom... terimakasih untuk resep2nya.. sangat bermanfaat.. 'from indonesia
@sunsetgaming425
@sunsetgaming425 4 жыл бұрын
Perghh che nom ni memang pandai buat org kelaparan...
@ahmadjasmine1
@ahmadjasmine1 7 ай бұрын
Kuih favourite.😋👍👍terima kasih cik nom untuk resipi.
@deeelee4682
@deeelee4682 2 жыл бұрын
Dah 2/3 hari mak nak makan kuih seri muka, so hari ni buat la utk berbuka puasa kejap lagi. First time buat, harap menjadi la>.
@ijahlee3609
@ijahlee3609 4 жыл бұрын
Saya dah cuba sedap sangat sebab lemak. Cuma mungkin klau saya buat lagi akan kurang kan separuh adunan. Btw, thnk u che nom
@hanifchannel6054
@hanifchannel6054 3 жыл бұрын
Kuih favorite zaman Sekolah dulu hingga lah skrg....
@pontianchainsawmassacare9157
@pontianchainsawmassacare9157 4 жыл бұрын
Cantik dulang kayu yg melentik tu. Taste Chenom ni mmg best lah. Tq for the receipe!😀
@suriani3213
@suriani3213 4 жыл бұрын
Che Nom sedap kuihnya.. nak tanya botol minyak tu beli kat mana
@noorsieh4145
@noorsieh4145 4 жыл бұрын
Salam syg dari sis..sis byk masak dari resepi che Nom semua senang..tersusun nk ikut..semua jadi mudah...tq sgt2
@roslinapmariasoosai9377
@roslinapmariasoosai9377 4 жыл бұрын
Banyak nya telur.saya Cuba dgn sebiji telur.OK now I'll try with many eggs like ur recipe. Tq.
@rohanihamzah3123
@rohanihamzah3123 3 жыл бұрын
Tq Che Nom. Resepi u memang terbaik.tahniah
@alan058
@alan058 4 жыл бұрын
siapa yg mkn kuih ni muka pasti berseri...sungguh!!
@drnurainmdali5382
@drnurainmdali5382 4 жыл бұрын
sedap sangat! dh cuba. gantikan dengan susu segar low fat milk pun menjadi. thumbs up!
@drnurainmdali5382
@drnurainmdali5382 4 жыл бұрын
@@CheNom sama2 kasih che nom. Harini repeat lagi sekali resepi ni. Buka puasa nk ada kuih, semoga berhasil dan sedap macam sebelum ni. 🤲🏻
@rafizaradzi7203
@rafizaradzi7203 Жыл бұрын
Salam che nom. Resepi ni memang best sedap. Saya dah try. Tq che nom.
@jubedahgilas9211
@jubedahgilas9211 4 жыл бұрын
Assalamualaikum. Trimk ksih..mmbagikn ilmu dn dikongsi kn dgn iklas..🤗✌👍👍
@indahdiman5114
@indahdiman5114 4 жыл бұрын
Alhamdulillah... Sume resepi ciknom mudah nk faham.. X Sbr nk cba
@indahdiman5114
@indahdiman5114 4 жыл бұрын
@@CheNom ❤❤
@SitiAminah-sd1mb
@SitiAminah-sd1mb 3 жыл бұрын
Mmg sedap blka resepi che nom.
@rozana5376
@rozana5376 4 жыл бұрын
Kalau resepi dari Che Nom memang xkan berpaling😋😋
@kaknur_fluffy
@kaknur_fluffy 4 жыл бұрын
minum petang sambil membawang 😂😂 adeh lawak...thanks che nom share resipi, nanti nak try 👍
@cikputeri9886
@cikputeri9886 4 жыл бұрын
Suka sangat tngok che nom punya chennal💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
@kombisolarmelissa
@kombisolarmelissa 4 жыл бұрын
Che nom ni comel laaa suka dengar suara che nom
@salimahsaid3804
@salimahsaid3804 4 жыл бұрын
Alhamdulillah....terbaik mudah ..resepi dari cik nom.timekasih
@salimahsaid3804
@salimahsaid3804 4 жыл бұрын
InnSyaa Allah ..mcik mesti cuba
@user-xz8mi6pf7n
@user-xz8mi6pf7n 4 жыл бұрын
Alhamdulillah Terima kasih..
@mrs.w9262
@mrs.w9262 4 жыл бұрын
Terima kasih che nom utk resepi ini. Sy dah pun share kpd kawan2.🤗🤗
@jayagading8625
@jayagading8625 4 жыл бұрын
Tajuk tu penting 🤣 memang kalau makan kuih ni tak berpaling lah sebab sedap sangat 🤣🤣🤣🤣
@SpiceTable
@SpiceTable 4 жыл бұрын
Hi akak. Saya sangat kagum dan gembira bila tengok resepi-resepi akak. So beautiful and on point. Banyak saya boleh belajar dari akak. Channel saya kecil je, resipi Malaysian Indian. Tq sebab bagi semangat untuk saya terus merekeod resepi tradisi Malaysia. Tq! You are awesome!
@MuhammadFikri-ig5il
@MuhammadFikri-ig5il 3 жыл бұрын
resepi che nom mmg trbaikkk
@Syahiziq99
@Syahiziq99 4 жыл бұрын
Silap la tngok bulan puasa ni... 🤤
@azmihairudin
@azmihairudin 4 жыл бұрын
You tau je apa yang I suka makan 🤔awesome..!
@sharifahlukluk6280
@sharifahlukluk6280 4 жыл бұрын
Tp puan for the resepi. Saya dah buat 2 kali. Mak, Kakak n kawan2 pun mtk resepi. Saya share you tube puan.
@zainalarifin4565
@zainalarifin4565 3 жыл бұрын
Pandai lah che Nom ni cakap,sambil membawang lah pulak kata nya..hu hu..
@cikbunga503
@cikbunga503 4 жыл бұрын
Che nom mak sy kalo buat atas dia licin je. Cantik sgt. Tp sy pun x tau resepi dia. Mak guna resepi original. Asli
@cikbunga503
@cikbunga503 4 жыл бұрын
Che nom punya pun nmpk sedap.. Nk belajar ngn mak xde masa. Belajar ngn che nom jela. Hehe
@cikbunga503
@cikbunga503 4 жыл бұрын
@@CheNom alahai che nom. Mak buat niaga. Tp dia buat time pagi2 sgt. Sblm. Subuh. Sy subuh baru bgn. Hehe. Sebab tu nk belajar ngn che nom
@cikbunga503
@cikbunga503 4 жыл бұрын
@@CheNom amin. Terima kasih.
@maanasadevi4859
@maanasadevi4859 4 жыл бұрын
Hi che nom pumpkin serimuka pulut hitam boleh buat video ? saya suka sangat tapi tak tahu na buat.. buat dengan pumpkin pun healthy..Thank You😊
@srimatsarip9
@srimatsarip9 4 жыл бұрын
Che nom terima kasih atas resepi..che nom boleh share resepi kuih lapis
@fazeeramarena6515
@fazeeramarena6515 4 жыл бұрын
Salam Che Nom lately ni saya masak semua pakai resipi che nom. Nak request resipi utk masak ikan tenggiri pulak please
@fazeeramarena6515
@fazeeramarena6515 4 жыл бұрын
Che Nom thank you!!🥰❤️
@KakLongkakLisa-ot4vs
@KakLongkakLisa-ot4vs 4 жыл бұрын
sedap jer suara n cara che nom ni...
@annielim6101
@annielim6101 2 жыл бұрын
Dah cuba... sedap
@DiybyUnclenui
@DiybyUnclenui 4 жыл бұрын
👍👍👍 V e r y n i c e 👍👍👍
@DiybyUnclenui
@DiybyUnclenui 4 жыл бұрын
@@CheNom 👍👍👍
Kuih Seri Muka | Puteri Salat | Kue Talam Ketan Pandan
9:07
Che Nom
Рет қаралды 1,6 МЛН
Get 10 Mega Boxes OR 60 Starr Drops!!
01:39
Brawl Stars
Рет қаралды 15 МЛН
Пройди игру и получи 5 чупа-чупсов (2024)
00:49
Екатерина Ковалева
Рет қаралды 2,7 МЛН
Бутылка Air Up обмани мозг вкусом
01:00
Костя Павлов
Рет қаралды 2,2 МЛН
Kuih Seri Muka 咖椰糯米糕
10:08
Kathrine Kwa
Рет қаралды 2,3 МЛН
Kuih Serimuka resipi ibu mertua yang sedap, lembut dan lemak secukup rasa
4:57
Kuih Nona Manis | Semanis Janji Manismu
4:59
Che Nom
Рет қаралды 450 М.
Sajat Sebak Makan Kuih Seri Muka.. Dah Lama Teringin Nak Makan
17:09
Selebriti Malaysia
Рет қаралды 13 М.
Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap
5:10
Azie Kitchen
Рет қаралды 105 М.
Talam Pandan sesuai buat berniaga.
8:11
Che Nom
Рет қаралды 356 М.
Kuih Pulut Sekaya @ Tok Haji Serban / Lembut Dan Lemak Mesti Cuba
6:34
TM6: KUIH SERI MUKA THERMOMIX
6:16
Fadzielah Ayub
Рет қаралды 3,2 М.
Get 10 Mega Boxes OR 60 Starr Drops!!
01:39
Brawl Stars
Рет қаралды 15 МЛН