Mee Hoon Goreng Singapore - Mudah dan Cepat

  Рет қаралды 11,025

Nasser's Kitchen

Nasser's Kitchen

Күн бұрын

Resepi mee hoon putih Singapura
yang mudah. Selamat mencuba
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee hoon singapura yang mudah. Tonton hingga ke akhir video untuk tips dan rahsia mee hoon seperti ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur!
Bahan yang kita perlukan, 400g mee siam/bihun. Rendamkan mee dengan air sejuk untuk 30 minit untuk melembutkan mee hoon. Elakkan merendam dengan air panas kerana ini akan mengeluarkan terlalu banyak kanji dan menjadikan mee terlalu lembut. Buangkan air selepas 30 minit dan ketepikan mee hoon.
Kita juga perlukan 200g daging lembu, dihiris nipis. 200g udang yang dibuangkan kulitnya, untuk kita buat air rebusan undang. 13 ulas bawang putih, dicincang halus. 300g sawi. Dipotong seperti ini, asingkan batang dan daunny dan 2 biji buah tomato. Dipotong seperti ini.
Masukkan kulit udang dalam periuk kecil dan goreng dengan sedikit sahaja minyak. Rahsia air rebusan udang yang sedap ialah , kulit undang perlu dibakar sebelum direbus. Bila sudah garing dan baunya seperti udang bakar, masukkan 2 cawan air. Didihkan, dan renihkan untuk 10 minit. Keluarkan kulit udang dan ketepikan air rebusan kulit udang.
Panaskan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih. Bila bawang putih mula kelihatan garing, masukkan udang. Gunakan api yang kuat. Tujuan kita sekadar manggaringkan bahagian liar udang sahaja, dan bukannya untuk masak sepenuhnya. Bila undang kelihatan garing , keluarkan dahulu. Ini untuk mengelakkan udang terlalu masak dan menjadi kering dan liat. Ketepikan dahulu udang.
Sekarang masukkan daging. Goreng sehingga garing bersama bawang putih. Bila daging sudah garing seperti ini, masukkan 1 cawan air rebusan kulit udang. dan 1 lagi cawan air. Bila air sudah mendidih, masukkan 2 sudu kecil garam. 1 sudu kecil gula. Kacau! Jangan tak Kacau! Jika suka boleh tambah 1 sudu kecil serbuk perasa. Masukkan batang sawi dahulu kerana bahagian ini perlu dimasak lebih lama berbanding daun. Masak untuk 2-3 minit. Sekarang masukkan mee hoon. Gaulkan rata. Balikkan mee di bahagian bawah ke atas seperti ini. Mee akan meresap air tumisan daging. Sekarang masukkan daun sawi. Gaulkan. Daun sawi akan kelihatan layu.
Tambah 2 sudu kecil serbuk lada putih Aji Shio. Masukkan potongan buah tomato. Dan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan supaya rata. Jika terlalu kering tambah sedikit lagi air. Mee hoon goreng singapura siap untuk dihidangkan dihiaskan dengan bawang goreng. Dan dipadankan dengan cili jeruk. Jika berminat untuk dapatkan resepi cili jeruk, tinggalkan komen di bawah. Selamat mencuba!

Пікірлер: 15
@agnes709
@agnes709 6 ай бұрын
Thanks for this tasty recipe. I will try it!
@pelangijantan3653
@pelangijantan3653 Жыл бұрын
Resepi nasser kithcen simple dn senang pham..terbaik chef trme ksih share resepi smga sntiasa murah rezeki chef aminnn🤲🤲
@kapalapi422
@kapalapi422 11 ай бұрын
Suka stail ni spt yg saya blaja, mee grg singapore hanya dgn bawang putih, saya biasa guna campuran lada benggala campuran merah, hijau dan kuning
@kaknor6617
@kaknor6617 2 жыл бұрын
Salam Isyak chef, wow! Super sedap mee goreng Singapore ada bawang goreng dan lada jeruk . Tq chef
@wanmohddesah
@wanmohddesah 7 ай бұрын
Kalau nak sedap guna sawi bunga pendek + tauge pendek.. last sekali tabur telur dadar + hirisan cili merah
@Aduhh33165
@Aduhh33165 2 жыл бұрын
Resipi mee hoon ni kgemaran kluarga Sy...trutama anak gadis Sy..beliau mmg 'hantu' mee ni ..
@nasserskitchen
@nasserskitchen 2 жыл бұрын
Selamat mencuba! 😀
@qasehjana6395
@qasehjana6395 Жыл бұрын
Thanks
@nasserskitchen
@nasserskitchen Жыл бұрын
You're Welcome 😀
@sygduh7
@sygduh7 2 жыл бұрын
Thank You. I always cook lousy mee hoon. I shall follow your style. 😘
@nasserskitchen
@nasserskitchen 2 жыл бұрын
My pleasure 😊
@noneyyyyy721
@noneyyyyy721 Жыл бұрын
Bisa di taroh tauco koo pakk 😂😂😂
@syasya117
@syasya117 Жыл бұрын
Di Singapore panggil mi birthday
@qasehjana6395
@qasehjana6395 Жыл бұрын
Thanks
@nasserskitchen
@nasserskitchen Жыл бұрын
Thank you 😀
Effa Rizan - Mee Birthday - Beehoon Goreng Singapura
15:25
Effa Rizan
Рет қаралды 58 М.
Fried Mee Hoon
6:51
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 42 М.
ССЫЛКА НА ИГРУ В КОММЕНТАХ #shorts
0:36
Паша Осадчий
Рет қаралды 8 МЛН
Vampire SUCKS Human Energy 🧛🏻‍♂️🪫 (ft. @StevenHe )
0:34
Alan Chikin Chow
Рет қаралды 138 МЛН
Bee Hoon Goreng - Malaysian Street Food Favourite
15:55
Flo Lum
Рет қаралды 40 М.
Bihun Goreng Singapore | Tak Banyak Bahan Tapi Sedap
4:45
Rezeki Dapur Kita
Рет қаралды 14 М.
Bihun Singapore dan Sambal Kicap
11:28
Che Nom
Рет қаралды 479 М.
Maggi Goreng Mamak Recipe
5:01
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 32 М.
EPISODE 21: MEE HOON GORENG SINGAPORE - CHEF DAVE
6:02
ChefDave VeganJourney
Рет қаралды 4,5 М.
Masak Apa Masak Mystyle Fried Bee Hoon (Bee hoon Goreng Putih)
14:33