Panduan menanam keledek/ubi jalar/ubi manis yang mudah dan cepat. Cara ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu membuat penanaman keledek yang rumit. Selamat menonton.
@DapurAnokPokmat4 жыл бұрын
Kak mung nok cuba lah nanti. Kadang2 beli ubi dok igt nok wak masok 😅
@CarlzJafran4 жыл бұрын
Try lah kak. kat sana bermacam-macam jenis ubi ada dijual. Banyak pilihan...
@DapurAnokPokmat4 жыл бұрын
@@CarlzJafran selepas cabut tunas dari ubi tu...nanti ubi tu akan sambung bertunas banyok2 lagi dok?
@CarlzJafran4 жыл бұрын
Ya. Dia bertunas semula.. tunggu panjang sikit cabut dan tanam.. hihi
@martinahadok8932 жыл бұрын
Garnet ni adakah jenis ubi madu yg rasanya manis
@CarlzJafran2 жыл бұрын
Garnet adalah keledek jenis lembut dan kurang manis tak mcm keledek celembu.
@martinahadok8932 жыл бұрын
@@CarlzJafran ohhh tk
@syahyacob25742 жыл бұрын
Makan masa berapa bulan ye tuan utk proses menuai?
@CarlzJafran2 жыл бұрын
4 bulan dah boleh tuai.
@martinahadok8932 жыл бұрын
Mau tanya kalau tanam dlm pasu atau polybag kalau sudah memanjang boleh kah dipangkas supaya x menjalar sangat.
@CarlzJafran2 жыл бұрын
Boleh aja..
@azurasaid8124 жыл бұрын
Boleh ke sy tanam dalam pasu yg jenis empat segi tepat sbb xde tanah lapang utk tanam
@CarlzJafran4 жыл бұрын
Boleh jer Azura. Tiada masalah tanam keledek dlm pasu...
@azurasaid8124 жыл бұрын
@@CarlzJafran Ook terima kasih
@CarlzJafran4 жыл бұрын
@@azurasaid812 sama2
@shidarose88034 жыл бұрын
Saya kurang faham dgn tanah kebun. Klu tk de tanah kebun boleh ganti ngan tanah ape? Mklum la duk bandar semuanya nk kena tanam dlm pasu.
@azurasaid8124 жыл бұрын
@@shidarose8803 tanah Kebun tu apa? Hihii sy pon x pasti tp sy beli tanah hitam siap baja punya.. Sis beli tanah dekat Kedai rm2 pon ada dekat DIY pon ada kalau tak silap sy
@Azls08104 жыл бұрын
Macam mana penjagaan pokok ni bila dah tanam ya? Sebab saya nak cuba tanam depan rumah, tp taktau kalau tanah dkt rumah tu subur atau tidak.
@CarlzJafran4 жыл бұрын
Hai....Siti nak tanam kat batas? atau dalam bekas? Jika nak tanam kat batas, kena gembur tanah tu dulu korek 1 kaki dan gembur tanah. Bubuh kapur pertanian, klao tak de kapur kumpul daun kering/rumput kering bakar atas tanah yang digembur. Jika tak de rumput/daun kering. Kumpul kertas yg tak digunakan longgokkan kat atas tanah yg digembur dan bakar. Ia sebagai pengganti kapur pertanian dan dolomite. Tetapi elakkan buat pembakaran jika tinggal kat perumahan. Kemudian tabur baja subur NPK 15:15:15 (boleh dibeli kat nusery atau kedai dan Siti boleh tabur rock phosphate utk galakkan akar keledek. Keledek menyukai rock phosphate (boleh beli kat shopee). Rehatkan 3 ke 5 hari bolehlah tanam keledek tersebut. 14 minggu selepas tanam tabur baja subur, cabut rumput jika ada. 30 hari kemudian tabur baja subur dan baja isi, dan kompos untuk jaga kualiti tanah. 45 hari tabur baja isi dan tunggu keledek berisi dan bolehlah tuai. Keledek tak cerewet sgt nak tanam... Cuma keledek menyukai chy matahari melebihi 6 jam sehari utk penghasilan dan produktiviti ubi yang baik. Kat pasu sama kaedah di atas dan masukkan dlm pasu/karung/bekas tanaman. Selamat bertani
@Azls08104 жыл бұрын
@@CarlzJafran wow! Terima kasih kongsi ilmu camgini. Saya akan cuba! Thanks again!
@CarlzJafran4 жыл бұрын
@@Azls0810 sama2... selamat bertani
@Azls08104 жыл бұрын
@@CarlzJafran oh satu lagi soalan, kalau sweet japanese potato (putih/kuning di dalam) pun boleh guna kaedah tanaman ni ke?
@CarlzJafran4 жыл бұрын
@@Azls0810 asal keledek boleh guna kaedah di atas.
@farriz61834 жыл бұрын
Jika ubi yg bertunas dibiarkan saja dlm tanah , dan biarkan terus menjalar, adakah hasilnya berbeza drp pokok keledek yg tumbuh asal drp tunas yg tlh dipotong spt dlm video ini ?
@CarlzJafran4 жыл бұрын
ianya tidak ada beza sgt cuma hasil dapatan ubi itu yg dituai banyak dan tuai sedikit. Jika ditanam dan dikambus batang pangkal pokok, ubi banyak terhasil berbanding keledek yg dibiarkan sahaja. Tetapi ia masih boleh berisi sebenarnya...
@petersetiawan37854 жыл бұрын
Klu cara nanam kentang bagaimn nanamnya yah? Mksh buat balasannya
@CarlzJafran4 жыл бұрын
Nanam kentang jgn di musim hujan, bagus nanam di musim kemarau. Guna pupuk kambing atau kohe bagus bangat utk kentang. Makasih nontonnya.
@CarlzJafran4 жыл бұрын
kzbin.info/www/bejne/nHrPnox_fdlgqMU Ya check link nya ya cara tanam kentang
@mausihatempire12434 жыл бұрын
Siram hari-hari ke?
@CarlzJafran4 жыл бұрын
siram 2 kali sehari jika musim kemarau dan tak perlu jika musim hujan. tetapi jika tanam dalam pasu, polibag atau box. Siram ikut kelembapan tanah.
@rosnanisaari46004 жыл бұрын
Kenapa tak becakap. Susah nk baca panjang sgt
@CarlzJafran4 жыл бұрын
In sha Allah akan datang buat video guna suara. Terima kasih kerana menonton.