Рет қаралды 38,525
Dr Rafidah Abdullah adalah seorang pakar perunding buah pinggang yang menceritakan tentang pemakanan pesakit buah pinggang kronik tahap 5 yang belum dialisis. Pemakanan pesakit buah pinggang bukannya boleh dipukul rata sama untuk semua orang. Saranan adalah berbeza-beza antara satu individu ke individu lain. Tidak betul jika saranan minyak-minyak khas, contohnya tapi penjagaan aspek lain ke laut. Jadi setiap pesakit perlu penjagaan dan pendekatan secara menyuluruh.
Video ini memberi maklumat dari beberapa segi:
1.1 Pengambilan garam 02:28
1.2 Pengambilan Air 03:38
2. Pengambilam potasium 06:26
3. Pemakanan protein 09:45
4. Kolesterol 12:25
Adalah menjadi harapan pesakit-pesakit boleh membuat keputusan sendiri apa yang terbaik untuk anda. Yang eloknya - masak sendiri dan olah cara masakan untuk penjagaan komprehensif menerapkan segala saranan yang diberikan didalam video ini.