My FIRST BABY Was Born [ALFA] Bersalin Anak Pertama di Hospital Putrajaya & CUCI - TANAM URI BAYI

  Рет қаралды 552

Zhairul Shaqiz

Zhairul Shaqiz

Күн бұрын

Setelah hampir 9 bulan mengandung, akhirnya giliran kami untuk menimang cahaya mata telah pun tiba manakala sahabat kami Syahmi dan Mai telah selamat melahirkan anak mereka seminggu awal dari kami. Selepas melawat mereka di Puncak Alam, kami menikmati makan malam bersama rakan di Suzy's Corner Jalan Ampang.
Pada 25 Oktober 2022, hari terakhir untuk pemeriksaan kandungan isteri saya di Klinik As Salam Bandar Baru Bangi yang dijadualkan pada waktu pagi. Selepas konsultasi oleh Dr Aina Farhana, kami diarahkan untuk ke Hospital Putrajaya pada hari yang sama untuk proses bersalin. Kami pulang ke rumah untuk mengambil beg persediaan keperluan bersalin sebelum terus ke Hospital Putrajaya untuk serah diri.
Pada malam pertama di Hospital, aku tidak pulang ke rumah dan hanya menunggu di tempat letak kereta di banggunan CAC. Aku menjangkakan anakku mungkin lahir pada awal pagi sebelum Subuh kerana itu merupakan rutin aktif harian baginya semasa di dalam perut namun ramalanku tidak tepat hingga setelah Subuh tiba, aku memandu Ford Ranger ku ke Masjid besi untuk menunaikan Solat Subuh.
Adzan pada pagi itu sungguh indah,syahdu, nyaman dan mendamaikan hingga aku terlena di dalam trak selepas solat Subuh. Aku hampir lemas mujur aku tersentak dari tidur dan mendapati banyak panggilan telefon dari isteriku yang tidak aku jawap. Aku menelefon semula dan dimaklumkan bahawa beliau telahpun dibawa ke bilik bersalin. Aku bergegas naik ke Masjid untuk mandi dan terus pandu dengan tenang ke Hospital.
Sebagai suami, di saat saat genting begini kita jangan panik, sentiasa fokus dan tenang. Kita juga seharusnya bersedia untuk apa apa kemungkinan yang akan berlaku dan berserah kepada Nya.
Tiba di hospital, aku melakukan ujian saringan Covid terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin. Aku dapat bertemu dengan isteri selama kira kira setengah jam sahaja, difahamkan situasi bayi dalam kandungan memerlukan kelahiran segera. Sebelum habis Doktor pakar memberi taklimat dan penerangan tentang Emergency Caesarean Section, aku mengarahkan untuk teruskan pembedahan dengan kadar segera kerana kami telahpun bersedia serta mendalami ilmu tentang apa apa kemungkinan yang akan terjadi terhadap kandungan termasuk emcs ini sejak awal kandungan.
Kira kira 30minit menunggu, tepat jam 11.22 pagi tarikh 26 Oktober 2022 anakku telah selamat dilahirkan dan dihubungi oleh Dr Nadiah Wahab, yang mengetuai misi pembedahan tersebut. Aku pertama kali berjumpa dengan anakku lalu melaungkan adzan di telingannya, mak dan abahku tiba dari Kajang untuk melawat cucu pertama mereka.
Aku diberikan bungkusan beg berisi Uri oleh jururawat bertugas dan kami pulang ke rumah untuk menanam dan membersihkan uri tersebut. Pada keesokkan harinya, aku dimaklumkan bahawa anakku di masukkan ke NICU kerana jaundis nya amat tinggi dan mereka juga ingin memastikan darah anak kami betul betul bersih dari sebarang kuman.
After almost 9 months of pregnancy, it was finally our turn to give birth, our friend have already gave birth to their son a week earlier. After visiting them we had a great dinner with friends and cousin at Jalan Ampang.
On 25 October 2022, it was our last pregnancy check-up at As Salam Clinic Bandar Baru Bangi in the morning, and we were instructed to go to the Hospital on the same day for the labor process or ready for giving birth to our child.
We returned home to collect the birth preparation bag before going straight to the Hospital to surrender.
On the first night in the Hospital, I didn't go home and just waited in the parking lot of the CAC building to wait for my son until Fajr prayer arrived.
After Dawn, I went to the hospital again after my wife informed me she was in the labor room, I did a Covid screening test first before being allowed to enter the labor room and just met my wife for about half an hour only, due to the situation of the baby in the womb that needs to be out immediately. Before the specialist doctor gave a briefing and explanation about the Emergency Caesarean Section, I ordered to proceed with the surgery as soon as possible because we had already prepared and studied the possibilities of what would happen to the pregnancy including emcs since the beginning of the pregnancy.
About 30 minutes of waiting, exactly at 11.22 am on October 26, 2022 my son was born safely and after I was contacted by Dr Nadiah Wahab, who led the surgery mission. I met my son for the first time and chanted the call to prayer in his ear, my mother and brother arrived from Kajang to visit their first grandchild.
I was given a bag containing the placenta by the nurse on duty and we went home to implant and clean the placenta. The next day, I was informed that my son was admitted to the NICU because his jaundice was very high and they also wanted to make sure that our son's blood was completely clean of any germs.

Пікірлер
Kesihatan: Perlukah Berpantang Selepas Bersalin?
22:40
Mingguan Wanita
Рет қаралды 31 М.
Nastya and balloon challenge
00:23
Nastya
Рет қаралды 34 МЛН
A day in the life of a child with autism
18:00
The Star
Рет қаралды 10 М.
MY SURGERY FULL EXPERIENCE
33:59
Eliya Farhana
Рет қаралды 172 М.
Kesihatan: Baik Buruk Beranak Caesar
17:01
Mingguan Wanita
Рет қаралды 29 М.
Kejutan TERBESAR untuk wife sempena melahirkan baby ke 3
8:36
Nubhan ahamad
Рет қаралды 104 М.
Pengalaman Kembar Seiras
5:30
ML Studios
Рет қаралды 110 М.
2/5 Remaja Malaysia Mengalami Anxiety
4:22
ML Studios
Рет қаралды 90 М.
Dr. Catherine Monk: The Mother-Infant Relationship Before Birth & Why it Matters
24:35
Majalah 3 Raya (2020) | Mon, May 25
1:32:17
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 270 М.
Ya Allah !! Dato Aliff Syukri terkejut abah masuk ICU
3:40
TV Terlajak Laris
Рет қаралды 572 М.