--SILA BACA-- Versi lagu kebangsaan 1957 adalah rakaman lama bagi Lagu Negeri Perak kerana lagu itu mengandungi melodi pembukaan yang turut terdapat dalam lagu negeri berkenaan. Saya ingin meminta maaf atas kesilapan tersebut. Note/Nota: Most of these are once (and are currently) in use as the official versions for Malaysia’s anthem. I’ll release another video; a compilation of Malaysia’s anthem played internationally. Please stay tuned! Kesemua versi ini pernah (dan sedang) diguna pakai sebagai versi rasmi lagu kebangsaan Malaysia. Saya akan memuat naik lagi satu himpunan lagu kebangsaan Malaysia yang dimainkan oleh pancaragam-pancaragam antarabangsa. Semoga kekal menanti! Bahasa Melayu:- 1957 Disusun oleh: Alfonso Soliano, D.S.P Croff, Kapten Lenthall & A.T Reed Kunci & Rentak: A flat major, 96 Tarikh Digunakan: 31 Ogos 1957 - 16 September 1963 Penerangan: Versi ini merupakan susunan pertama buat lagu kebangsaan Tanah Melayu, atau Malaya. Susunan ini dimainkan sewaktu Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja. Bahagian permulaan ala British menunjukkan bahawa Tanah Melayu merupakan bekas tanah jajahan Britain dan membuktikan kewujudan sembilan raja-raja Melayu dalam Tanah Melayu. Dalam versi-versi seterusnya, not-not permulaan itu tidak lagi digunakan. 1963 Disusun oleh: Alfonso Soliano, D.S.P Croff, Kapten Lenthall & A.T Reed Kunci & Rentak: A flat major, 96 Tarikh Digunakan: 16 September 1963 - 1983? Penerangan: Versi ini telah dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja semasa Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 1983-1987 Disusun oleh: -tidak diketahui- Kunci & Rentak: A flat major, 96 Tarikh Digunakan: 1983 - 1987 Penerangan: Versi ini biasanya disiarkan sewaktu penutup rancangan TV1 milik Radio Televisyen Malaysia, RTM dari tahun 1983 hingga 1987. Versi ini mengandungi koir peniuh dan ‘snare drum’ sahaja. 1985 Disusun oleh: -tidak diketahui- Kunci & Rentak: A flat major, 96 Tarikh Digunakan: 19??-1985-19?? (Dijangkakan 1970-an - 1992) Penerangan: Versi ini pernah disiarkan dalam penuntup rancangan TV2 milik Radio Televisyen Malaysia dan TV3 milik Fleet Holdings dalam satu tempoh masa yang belum dikenal pasti. Versi ini hanya dimainkan secara latar. Berkemungkinan versi ini dimainkan oleh Orkes RTM. 1992-2003 Disusun oleh: -tidak diketahui- Kunci & Rentak: A flat major, 120 Tarikh Digunakan: 27 Ogos 1993 - 31 Ogos 2003 Penerangan: Digubah pada tahun 1992, versi ini adalah berdasarkan tempo yang seerti dengan lagu mac atau kawad. Versi ini merupakan hasil inisiatif Perdana Menteri Keempat, Dato Sri (kemudian Tun) Dr. Mahathir Mohamad sebagai sebahagian daripada pembaharuan lambang-lambang negara. Nama lagu kebangsaan ini juga dicadang untuk ditukarkan kepada ‘Malaysiaku’ serta pengubahan sedikit lirik pada tahun 2003, tetapi cadangan ini tidak dilaksanakan. Pada asalnya, versi ini diperkenalkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, namun dikritik kerana versi ini menyerupai lagu sarkas. 2003-2006 Disusun oleh: -tidak diketahui- Kunci & Rentak: F major, 100? Tarikh Digunakan: 31 Ogos 2003 - 14 Julai 2006 Penerangan: Versi ini merupakan susunan moden versi pra-1992 yang dikembalikan selepas kegagalan versi yang sebelumnya. Rentak versi ini diubah menjadi sedikit laju berbanding versi asal. 2006-kini Disusun oleh: Dato’ Johari Salleh Kunci & Rentak: A flat major, 96 Tarikh Digunakan: 14 Julai 2006 - Kini Penerangan: Versi rasmi terkini berdasarkan Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Pindaan 2006). Dengan menggunakan susunan pra-1992 dengan rentak asal, versi ini digunakan secara meluas dalam kesemua urusan rasmi dan program daripada perhimpunan pagi di sekolah hingga ke peristiwa penting di seluruh negara. Versi ini dipertimbangkan sebagai versi rasmi terbaik yang wujud (catatan 2022). Versi ini dimainkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra. 2022-kini (de facto) Disusun oleh: -tidak diketahui- Kunci & Rentak: G major, 96 Tarikh Digunakan: 29 Januari 2022 - Kini Penerangan: Versi ini merupakan versi de facto yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada 29 Januari 2022. Menurut JPM, versi ini boleh digunakan untuk urusan rasmi kerajaan walaupun masih tidak diisytiharkan secara rasmi. Nota: - Lagu kebangsaan ini mula memasukkan elemen maestoso, atau ‘alunan megah’ ke dalam bahagian permulaan dan pengakhiran selepas tahun 1968 untuk menggantikan permulaan ‘snare drum’ ala British. - Versi-versi sebelum tahun 1993 menggunakan susunan tahun 1957.
@enchemimpi43602 жыл бұрын
Kompilasi=Himpunan*
@NormanThe_FreedomHope22-52 жыл бұрын
Fui, pinlah komen kau
@AminTerendak2 жыл бұрын
Ohhh betulah sejarahnya yg versi rancak tu adalah ilham oleh Tun M. Versi laju tu di katanya adalah disebabkan seiring dengan pembangunan Malaysia yg sedang rancak membagun..
@apuspeak8764 Жыл бұрын
Harap Bang Non buat la dua versi lagu Negaraku, satu berentak rancak untuk menaik semangat patriotik, pendek (tak perlu berdiri lama masa perhimpunan) dan satu lagi berentak perlahan untuk hari berdukacita.
@LaguPatriotikMY Жыл бұрын
Versi yang baru (2022) sebenarnya dah diputarkan di radio dan televisyen RTM, serta banyak majlis rasmi kerajaan sudah gunakan versi ini. Walau bagaimanapun, versi-versi lain sebenarnya masih boleh digunakan dan boleh buat versi sendiri asalkan tidak melanggar Akta Lagu Kebangsaan. Video kompilasi yang baik.
@TGFP1945 Жыл бұрын
Itu lah, saya pun perasan juga bahawa versi baru ini sering diguna pakai apabila ada wakil kerajaan yang hadir dalam majlis-majlis tertentu. Tetapi dalam acara-acara tertutup, masih ramai yang menggunakan versi Dato Johari Salleh* (versi yang selalu diperdengar sebelum versi baru dikeluarkan). Terima kasih atas perkongsian & komen tuan ini 👍 *ralat pada nama penyusun lagu
@LaguPatriotikMY Жыл бұрын
@@TGFP1945 ini saya jumpa surat edaran tentang versi baru: drive.google.com/file/d/1UgSERNhbUSjkJLCrMqRdOqKmKm5Cl0n_/view
@PaehShorts Жыл бұрын
Yang baru punya tak sedap..
@JianDanJiBen Жыл бұрын
@@PaehShortsYalah saya pun suka lagu itu yang sebelum punya, lebih baik
@johanramli612 ай бұрын
Versi 2006 paling majestic...
@ipodfourthgeneration Жыл бұрын
How i think of the Malaysian Anthem Sounding 1957: Kingdom Anthem 1963: Radio Playing Anthem 1983-1987: Secondary Students Singing Anthem 1985: Instrument Only 1992-2005: Malaysian Parade During Merdeka 2003-2006: Saluting On Prime Minister 2006-2023: Choir Singing Anthem 2022-present: Saluting on Army's How does it sound to you? For me are like these.
@edouardfelicite69 Жыл бұрын
Not the secondary students 😂😭
@MalaysianBallProductions4 ай бұрын
The secondary students one sounds like 40 year old women singing it But being present there woudve sound much greater i can confirm it
@solomonchow64942 жыл бұрын
Lagu Negaraku terlalu indah 🇲🇾
@rioyodhatama46372 жыл бұрын
Lagu yang singkat tapi begitu khidmat, salam serumpun dari Indonesia
@HyFazzreen2 жыл бұрын
@rioydhatama4636 salam Dari Malaysia
@Despotic_Waffle11 ай бұрын
Salam kepada negara rumpun yang penuh sejarah dan semangat kenegaraan. Lagu kebangsaan Indonesia juga sangat enak didengar oleh saya rakyat Malaysia.
@lsenv355 Жыл бұрын
Mendengar lagu kebangsaan negara ku pasti mengalir airmata ku.betapa ku mencintai tanah air ku.❤🇲🇾
@abglongizz2 жыл бұрын
Yang terkini (2006-terkini bukan de facto) paling indah. Macam tarannum. Dimulakan dengan perlahan, melodinya semakin rancak, puncaknya ada getaran jiwa dan diakhiri dengan perlahan semula tempo yang sesuai. Harap dikekalkan.
@AbnerAcuna-ju1mq Жыл бұрын
I'm a pilipino but I love this national anthem very solemn to hear
@aerynazri97272 ай бұрын
Terima kasih
@004號天天甜甜SorryBro8 ай бұрын
Negaraku, tanah tumpahnya darahku; 我的國家,我出生成長的地方; Rakyat hidup, bersatu dan maju! 各族人民,團結進步安康! Rahmat bahagia, tuhan kurniakan; 祈願上蒼,福佑萬民安康; Raja kita, selamat bertakhta. 祝吾君王,國祚萬壽無疆。 Rahmat bahagia, tuhan kurniakan; 祈願上蒼,福佑萬民安康; Raja kita, selamat bertakhta! 祝吾君王,國祚萬壽無疆!
@simonsimon28883 ай бұрын
Two years singing 'Negaraku' 63/64 in Singapore have a great impact of feelings in me as i grow old...sampai bila?
@mz62282 жыл бұрын
2003 - 2006 alunan yang megah bergaya
@fairuzzaman70136 ай бұрын
betul saya suka sangat
@AminTerendak2 жыл бұрын
Versi 92 -03... terkenang zaman sekolah... sedap rancak... tetapi x berapa sentimental kalau dimainkan waktu sukan atau ketibaan YDP Agong... tapi versi tu best. Sebab dah tertanam jiwa sejak sekolah
@amazingrace83 Жыл бұрын
Versi tahun 80an (1983-1987 dan 1985) 👍 Chord progression dia sangat2 cantik dan menyentuh hati.
@afiqbrownfox2 жыл бұрын
The version before the "de facto" version is obviously superior. Why fix it if it's not broken? Like other redundant government agencies, i guess Jabatan Penerangan has nothing much to do nowadays except wasting time and resources.
@PaehShorts Жыл бұрын
Baru punya tak sedap
@inspiredme7030 Жыл бұрын
Exactly
@zarifzailan65865 ай бұрын
couldn’t agree more, the before de facto one lebih megah
@Valli-o6mАй бұрын
Have any idea where is MH17 located? 🤔 instead of crossing PACIFIC, it went up ⬆️ up to INDIAN ocean 🌊 🙏💜🙏
@Valli-o6mАй бұрын
@@zarifzailan6586 Tungu sekacap…
@chrisdelano3532 жыл бұрын
The 1985 version was first used on TV2/TV3 then RTM TV1 in 1987
@samuelyee40175 ай бұрын
8:19-9:25 i knew the Rhythm of Negaraku is the one that played in AFF Suzuki Cup 2014 final
@alwisobrie79522 жыл бұрын
Pada pendapat saya gubahan Dato Johari Salleh lebih sesuai digunakan dan kedengaran gah berbanding versi de facto 2022 yang cuma menggunakan keyboard. Baru-baru ini pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Putrajaya versi yang dimainkan adalah versi 2006 Dato Johari Salleh namun menggunakan visual versi 2022 terbitan RTM. Harapnya mereka kembali menggunakan versi 2006.
@Excellent1352 жыл бұрын
I want to notice that in 2003-2006 version, the key should be F major and in the latest (de facto) version, the key should be G major
@TGFP19452 жыл бұрын
Alright, thank you for the input
@fairuzzaman70136 ай бұрын
lagu negaraku 2003-2006 sangat sesuai dilaungkan apabila ketibaan YDPA
@Pristya21OwO2 жыл бұрын
Waaaat, I already listening to all of these come back here :0
@CUMIZERO3 ай бұрын
1985 version gave me goosebumps
@mrmochi2133 Жыл бұрын
I prefer 1985 version. Sounds way better than current one
@amazingrace83 Жыл бұрын
I agree. I love it as well
@inspiredme7030 Жыл бұрын
YaTuhan Yang Maha Esa Rahmatilah Raja kami Lindungilah Negara kami. Amin..
@matfaizin65462 жыл бұрын
Terbaik
@FayyadhgamingYT2 ай бұрын
Negara ku tanah tumpah nya darah ku rakyat hidup bersatu dan maju rahmat bahagia tuhan kurniakan raja kita selamat bertakta
@enoasan3796 Жыл бұрын
teringat versi tahun 1992 rentak march masa mula di perkenalkan kat sekolah dulu jenuh penat tul aku nyanyi laju tul hahah..
@wadoy5 ай бұрын
i had to stand still 8 times while watching this video
@spiderlol8220 Жыл бұрын
Aku lagi suka yang versi lama
@alifeshalzahra2513 Жыл бұрын
1992-2003 paling best dengar
@mohdnazrulali8856 Жыл бұрын
Versi 1985 adalah yg paling sedap melodinya. Harap ada remake balik utk versi tu dgn letak vocal skali. Sayang melodinya sangat indah.
@spiderlol8220 Жыл бұрын
Tambah bunyi meriam kerana versi lama ada bunyi meriam pada akhir akhir lagu
JPM later reverted back to 2006 version in December 2022: kzbin.info/www/bejne/hIvUpax8hq1_ldE
@gitafaranita42474 ай бұрын
0:25 Negaraku (Retro Version)
@Bubu_RB3 ай бұрын
Very epic!
@StartupsClosedownsNetwork Жыл бұрын
Nice! How did you get this versions of Negaraku from these sources?
@TGFP1945 Жыл бұрын
Thanks! I simply got most of these versions from youtube (Retrospektif FINAS, Jabatan Penerangan, tv broadcast sign off videos, Malaysian Philharmonic Orchestra) since a lot of people have already posted them here. This is just a way to better organise them into one compilation for future references.
@StartupsClosedownsNetwork Жыл бұрын
@@TGFP1945Can you give me the links of these sources please!!!
@FayyadhgamingYT2 ай бұрын
Saya paling suka yang 1992-2003
@Squiny2310 ай бұрын
i like the 2022 version.sounds way better than 1957
@razif925 ай бұрын
I’m growing up singing 2003-2006 version in my school, usually they will turn the volume full blast LOL 😂😂😂
@ศิริญาอินทร์สุวรรณ Жыл бұрын
Malaysia (31 Aug 1957 - present)
@hafizunnaili7332 Жыл бұрын
Aku adalah anak Malaysia negaraku tetap hati ku
@syawalhamidi2 жыл бұрын
Versi 1985 😭 Terlalu indah
@mohdnazrulali8856 Жыл бұрын
Betul. Melodi dia betul2 indah. Patut diangkat sebagai versi rasmi.
@amazingrace83 Жыл бұрын
Agree
@wws202010 ай бұрын
As a 90s kid, the 1992 version should make a come back
@johnlye Жыл бұрын
Is there a version by the Police Band where there's a trumpet solo played for the second part of the 'Rahmat Bahagia ...' and this version is played only when the YDP Agung is present?
@TGFP1945 Жыл бұрын
Did you mean the abridged version?
@johnlye Жыл бұрын
@@TGFP1945 No. It was played only by the Police Band and it's a full version with additional solo trumpet playing a sort of fanfare 'above' the melody for the last phrase.
@TGFP1945 Жыл бұрын
@@johnlye Oh, I see. I don’t have a recording of that rendition yet, and I didn’t include it in this compilation as it might be exclusively used within the nation’s police wing itself (unless other departments also used similar arrangements). It is not publicly used like the ones we usually hear in typical ceremonies, as what this video’s entire purpose is about.
@sharonchong631 Жыл бұрын
1957-2020-2021-2022-🎉2023🎉
@drummer_mtseng Жыл бұрын
2006 version is known by most Malaysian
@hissamuddinraznan9163 Жыл бұрын
The best anthem 🙃
@wahyurozana34447 ай бұрын
Lagu Terang Boelan.
@MalaysianBallProductions4 ай бұрын
2003-2006 😮
@ellysoepie37559 ай бұрын
I like 1222
@tfn2126 ай бұрын
Koreksi dari saya Yang pertama itu bukan yang sebenarnya ditampilkan, melainkan rekaman lama lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan, versi sebelumnya yang menggunakan irama lagu ini yang kemudian dijadikan nada lagu negaraku Versi pertama yang benar ada di sini: kzbin.info/www/bejne/e3vYl4iMr7-riKssi=zXnuotWl6gUqd1VS Dan yang versi 1985 itu sepertinya dipakai di TV3, lihat di channel Abgcantik Salam damai dari Indonesia
@TGFP19456 ай бұрын
Maaf bertanya, tetapi boleh tujukan sumber bagi rakaman lama itu? Saya ingin membuat pengesahan. Untuk versi tahun 1985, baik saya akan tambah. Terima kasih atas pemberitahuan. Salam damai dari Malaysia.
@tfn2126 ай бұрын
@@TGFP1945 Yang ini yang Allah Lanjutkan Usia Sultan yang ramai disangka Lagu Negaraku versi 1957: kzbin.info/www/bejne/nZ_JZ5KcgMiod9Esi=UG6ncp7wXOJ29uUL
@tfn2126 ай бұрын
@@TGFP1945Yang Lagu Negaraku 1985 di TV3 kzbin.info/www/bejne/e6mQe4h3r9uXj5osi=sSM0CMBV7Wvjlupj Allah Lanjutkan Usia Sultan instrumental yang sering disangka Lagu Negaraku versi 1957: kzbin.info/www/bejne/nZ_JZ5KcgMiod9Esi=UG6ncp7wXOJ29uUL
@TGFP19456 ай бұрын
@@tfn212 Sudah diubah, terima kasih atas informasi yang diberikan.
@tfn2126 ай бұрын
@@TGFP1945 Sama-sama
@DudeisPerfect2012 Жыл бұрын
My country is epic
@ellysoepie37559 ай бұрын
I like 1957
@Squiny2310 ай бұрын
I like the 1957
@ArasyNaufal-lt5sn6 ай бұрын
Malaysia 1957-1963-1983-1987-1985-1992-2003-2006-2022
@เอมรีสาอุด Жыл бұрын
2 ถุงนี ทำงาน แล้วออกมาดี เปิด ถุง4xนี อันตราย
@omega_AH7 ай бұрын
i hate the 2022 version so much. when i first heard it in my school assembly, i thought it was some old cover replayed but nope it’s actually new 💀
@HataHafiy Жыл бұрын
1985 versi yang paling sedap
@ahmadfirazal1843 Жыл бұрын
First time
@佚名-w1t2 жыл бұрын
80-90年代的国歌速度很快(2分钟多),但到了2000年-至今速度就稍微有点慢了一点(3分钟多)
@johnlye3 ай бұрын
The 1992-2003 version is what I consider the 'clown' or 'circus' version. Should have never been made official.
@prach4733 ай бұрын
look at the state elbem it so old
@VarathammalThannimaly6 ай бұрын
1957
@joncn0059 ай бұрын
I grew up singing the 1992-2003 version.
@apuspeak8764 Жыл бұрын
2006 patut ada versi pendek dan rancak sikit sebab lama sangat berdiri. nak menyanyi pun semput sebab bukan untuk suara orang kebanyakan.
@NormanThe_FreedomHope22-5 Жыл бұрын
as a Sarawakian, I only love Malaysia in 1957 only, the true Malaysia, Not the present
@MalaysianBallProductions4 ай бұрын
Not surprised you're here
@NormanThe_FreedomHope22-54 ай бұрын
@@MalaysianBallProductions Yo, wassup mate
@destergaming293 Жыл бұрын
TV3 2000
@เอมรีสาอุด Жыл бұрын
ไทยตั้งชื่อว่าไก่สี่อะไร ทีสวยบ้านพี่ลา
@mohdrahimi4609 Жыл бұрын
new version is more majestic (2006) (2nd phase). De facto version is ugly