Рет қаралды 10
Tarian ngajat adalah merupakan indentiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.