Рет қаралды 366
Tajuk : Sejarah (Ting 4): Nasionalisme di Negara Kita
Guru : Norhayati Binti Mohd Razan
Dalam episod ini, murid akan memahami berkaitan perkembangan nasionalisme di negara kita yang dipelopori golongan intelektual, nasionalisme melalui penulisan serta melalui persatuan. Amat penting bagi murid memahami bahawa perkembangan nasionalisme ini memberikan kesan dalam aspek politik ekonomi dan sosial. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid juga akan dapat memahami kepentingan semangat cinta akan negara. Guru penyampai turut berkongsikan soalan respons terbuka/KBAT agar murid dapat mengetahui dan mengaplikasikan amalan penulisan jawapan yang menepati kehendak soalan dan format KSSM terkini.
#DidikTV #MenengahAtas