Panduan Apa Nak Bawa Untuk Travel Umrah. Masuk Mekah dulu. Hand carry luggage

  Рет қаралды 42,368

Len Kamal

Len Kamal

Жыл бұрын

Assalamualaikum.
Soalan lazim, apa yang perlu dibawa ke Tanah Suci. Ini lebih kepada Jemaah yang masuk ke Mekah dahulu. Pertama sekali kita biasakan dengan terma beg bawaan dalam pesawat.
1. Checked Luggage / Check-In luggage : ialah beg yang kita bawa dalam perut pesawat, perlu diselesaikan sewaktu di kaunter boarding. Biasanya luggage tag akan ditampal di belakang boarding pass kita. Jika 3 luggage, aka nada 3 sticker tagging di letak di pass masuk. Dan jika melalui Travel Agent (TA), biasanya wakil TA akan pegang semua tagging sticker, jadi Jemaah jangan risau. Timbangan dibenarkan adalah mengikut airlines, ada yang benarkan 20kg, 35kg dan 40kg. Check dengan airlines masing-masing.
2. Hand luggage / Hand-carry / Cabin Luggage : ialah beg yang kitab awa Bersama ke dalam pesawat. Bermakna beg ini ada Bersama kita sepanjang penerbangan. Hand-luggage ini biasanya dibenarkan 2 beg iaitu, handbag (jika pergi dengan TA, handbag ini ialah beg paling kecil yang kita dapat), dan beg kedua ialah beg luggage berukuran kabin (jika pergi dengan TA, beg kabin ini ialah luggage yang berukuran paling kecil). Beg ini perlu diletakkan di kompartmen bahagian atas tempat duduk. Timbangan dibenarkan adalah 7kg sahaja.
.
.
.
.
Tetapi di sini saya hanya membicarakan tentang apa perlu dibawa di dalam beg Perkara 2 di atas iaitu Beg Bawaan-Tangan (hand-carry) iaitu beg yang akan bersama kita dalam pesawat. Apa yang perlu dalam hand-carry - Handbag (lelaki atau perempuan, beg kecil akan disebut handbag di sini) :
1. Passport, Visa dan Duit / Kad bank.
2. Handphone.
3. Ubatan, medicine supply untuk keperluan 24jam - inhaler, pil, insulin dan apa saja keperluan ubat.
4. Cermin mata
5. Pen - untuk isi apa saja keperluan boring (jika perlu)
6. Snack - jenis kering dibenarkan, gula-gula untuk pesakit diabetic elakkan hypo (kurang gula).
7. Tisu basah - lebih bagus jika 99% pembasmi kuman, tiada wanigan bagi menjaga larangan ihram.
8. Berus gigi dan ubat gigi kecil - kesegaran diri bermula dari mulut.
9. Powerbank dan wire.
10. Botol air kecil (dikosongkan sewaktu boarding) - kekal hidrasi, kekal sihat.
.
.
.
Apa yang perlu dalam hand-carry - Cabin Luggage :
1. Ubatan, medicine supply untuk keperluan 3 hari.
2. Satu persalinan baju (seluar dalam, jubah, stokin)
3. Kain ihram spare bagi lelaki. Telekung atas bagi perempuan.
4. Tuala kecil.
5. Gunting ihram yang berukuran kurang 6cm (lebih 6cm akan dibuang-dilarang)
6. Charger plug handphone.
7. Lotion UV, pencuci muka, krim muka atau apa saja keperluan dengan ukuran kurang 100ml.
8. Selipar ke umrah dan beg kasut.
.
.
.
Item yang perlu dibawa dalam hand-carry pada asasnya adalah item keperluan penting jika beg tersebut tertinggal pesawat, hilang, salah arah atau lambat sampai - (missing, late delivery). Dengan item yang dibawa dalam hand-carry, Jemaah tetap dapat menyegerakan umrah pertama dengan sempurna dan selesa. InsyaaAllah.
Semoga bermanfaat. Wassalam.
#tipsumrah #panduanumrah #belajarumrah #umrah #solat #ziarah #mekah #madinah

Пікірлер: 45
@sitiraha3494
@sitiraha3494 Жыл бұрын
Alhamdulillah ..jazakillahukhairon... kathiro..info yg sangat membantu
@aziea8861
@aziea8861 Жыл бұрын
Alhamdulillah syukur sgt2 membantu .🕌🕋🤲🏻🤲🏻🤲🏻🧕💖🧕🏻💪🏻✊
@ctmaryam8874
@ctmaryam8874 Жыл бұрын
Jazakallah khairan ukhti. info yg sangat berguna buat saya yg pertama kali menunaikan umrah InsyaAllah
@mercedesden7917
@mercedesden7917 11 ай бұрын
Alhamdulillah puan saya selamat sampai di kota suci Madinah hari ini video puan banyak membantu terimakasih....
@rohaidazakaria4556
@rohaidazakaria4556 Жыл бұрын
Alhamdulillah.. terima kasih atas info yg diberi.. sngt2 membantu saya..
@yuliatirodi2663
@yuliatirodi2663 Жыл бұрын
Alhamdulillah...saya dpt belajar serba sikit ttg Umrah dari Puan...
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Syukur. Semoga sedikit ilmu saya dapat membantu.. alhamdulillah.
@harahazitis
@harahazitis Жыл бұрын
Alhamdulillah thank you puan 👍🏻👍🏻👍🏻
@hidupsementara8630
@hidupsementara8630 Жыл бұрын
Terima kasih info. Sangat bermanfaat. Jelas dan lega
@cardigan2707
@cardigan2707 Жыл бұрын
Sharing yg amat brmanfaat.. Halalkan ye
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Alhamdulillah. Silakan
@nazzazah1525
@nazzazah1525 Жыл бұрын
Terima kasih. .. info amst membantu
@koleksict
@koleksict Жыл бұрын
Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian info yang sangat berguna...moga Allah membalas segalanya dengan kebaikan...
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Alhamdulillah syukur
@virgopedas7153
@virgopedas7153 Жыл бұрын
Salam terimakasih kasih awak sgt² mmbantu dgn penjelasan yg sgguh jelas dn teratur insya Allah akan saya jadikan panduan tuk saya kelak..😀👍🙏🤝🤲
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Wsalam. Sama².. alhamdulillah kalau bermanfaat. Terima kasih sebab tengok.
@mamaen1149
@mamaen1149 Жыл бұрын
Alhamdulillah. Terima kasih ukhti. Moga dipermudahkan smua urusan dan Dalam rahmat Allah selalu 😊
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Syukur jika bermanfaat. Sama². Alhamdulillah
@noorizanahmadmustaffa2492
@noorizanahmadmustaffa2492 Жыл бұрын
Jazakalahu khaira
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Sama².. terima kasih juga
@rokiahhassan7624
@rokiahhassan7624 Жыл бұрын
T. Kaseh, atas perkongsian
@subaidahmustapa6431
@subaidahmustapa6431 Жыл бұрын
Aslm.kum ic kena bawa
@msrubiah5289
@msrubiah5289 Жыл бұрын
Terima kasih atas infonya
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Alhamdulillah, sama².
@nnlizalklasik5707
@nnlizalklasik5707 7 ай бұрын
Alhamdullillah, jazakillah khairan katsiran .. terima kasih atas info yg bermanafaat ini hajah .. maaf sy bermye dimana hajah bli mask yg hajah pkai yea .. blh bg taw.. terima kasih.
@lenkamal
@lenkamal 7 ай бұрын
Sama2 semoga bermanfaat ilmunya. Ini mask belinya di shopee saja. Dah lama waktu pandemik dulu.
@helinalin5669
@helinalin5669 7 ай бұрын
100ml boleh bawa masuk dalam bag kabin?
@tehnorma6230
@tehnorma6230 10 ай бұрын
30 kg je di benarkan
@nazihahakhirahyaakub9830
@nazihahakhirahyaakub9830 8 ай бұрын
Salam..nk tanya..bl kita dh niat kt miqat..pastu bl check in hotel dan mandi..xpe ke kalau rambut gugur?
@lenkamal
@lenkamal 8 ай бұрын
Wsalam. Jika Puan nak mandi, dan ada rambut gugur mesti bayar dam. Kerana itu sebaiknya refresh dengan tukar baju (jika dah tak selesa, berpeluh atau tukar ke pakaian putih yg sunat), refresh dengan cuci muka dan berwudhu tanpa buka anak tudung sepenuhnya. Umrah tawaf saei tahalul tak lama, biasanya selesai kurang dua jam. Lepas bertahalul, Puan dan terlepas dari larangan ihram, boleh balik mandi seperti biasa. Cuci rambut, sabun badan wangi, semua tak masalah dah.
@zauyahlatiff7443
@zauyahlatiff7443 Жыл бұрын
ic kena bawa tak p umrah
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Tiada keperluan untuk bawa IC untuk ke Umrah. Tetapi jika perjalanan jauh dari bandar lain, ke KLIA, kemudian nak check in hotel dan sebagainya, keperluan IC tu ada untuk urusan di Malaysia. Di Saudi, airport, perjalanan dan umrah, tak perlu IC. Passport saja.
@azurabakar1405
@azurabakar1405 Жыл бұрын
Salam,saya nak bertanya,power bank boleh bawak ke
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Waalaikumsalam. Power boleh bawa dalam kabin (hand luggage / handbag). Dalam check in luggage tak boleh.
@azurabakar1405
@azurabakar1405 Жыл бұрын
@@lenkamalow..ok2 faham...sbb tengok viral baru ni dlm kapal trbang trbakar disebab kn power bank,risau plak,
@fadzlinamohamad9479
@fadzlinamohamad9479 Жыл бұрын
Masa ke klia tu pakai telekung siap2 ke atau pakai jubah biasa ye puan?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Pada pendapat saya yang masih kurang ilmu ni, sebaiknya pakai jubah biasa, yang kita selesa, pakai saja tudung yang labuh menutup dada. Tudung labuh bulat boleh, tudung bawal bidang besar pun boleh. Di KLIA, dalam pesawat, sampai Jeddah, di hentian on the way Mekah.. kita nak ke tandas, amik wudhu dan solat. Pergerakan pun kena pantas supaya tak melewatkan jemaah lain. Telekung tu OK, tapi saiznya payah juga nak handle waktu ke tandas. Terkena kotoran atau najis, solat pun tak suci nanti.
@ani_6042
@ani_6042 Жыл бұрын
Blh bwk foldable bucket?hotel xde baldi kan?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Boleh.. foldable bucket bagus. Zaman sebelum ada foldable bucket, kebanyakan jemaah bawa beg plastik yang agak tebal atau yang plastik besar ada seal untuk simpan toto tu. Rendam baju dalam tu satu malam. Pagi basuh macam biasa. Sama saja fungsinya. Tapi zaman dah berubah, banyak gadget baru yg lebih memudahkan kita. Foldable bucket sangat sesuai kerana ringan dan mudah bawa, tak makan banyak space.
@ani_6042
@ani_6042 Жыл бұрын
Bilik hotel ada 1 plug je ke?kena bwk extension socket x?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Bergantung pada hotel. Minima hotel ada 2 plug point. Ada yang hingga 6. Sebaiknya kalau duduk hotel 4 orang, bawa la extension, saya pun bawa yang 4gang panjang tu, tarik ke sebelah katil. Nak caj powerbank, phone, kalau saya sambil kerja nak caj laptop lagi.
@suzitahbintijoaskpm-guru6683
@suzitahbintijoaskpm-guru6683 Жыл бұрын
Gunting tu klu bila dilipat dpt kurng 6 cm ok? Atau dikira bila gunting tu dibuka?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Dikira bila gunting itu dibuka. Panjang keseluruhan gunting tersebut.
@nuriman4604
@nuriman4604 Жыл бұрын
Oh kecik betul. Try cari nnti. Puan len, jika x keberatan bole tunjukkn cth gunting yg sesuai. Terima kasih 😊
@sitinoranizamzamri2390
@sitinoranizamzamri2390 11 ай бұрын
Mmg kena gunting lipat ke? Kalau gunting biasa yg kecik tp tak lipat tak blh ke? Mksd Sy kalau check in luggage
Pakaian dan Situasi Umrah Jika Terus Ke Mekah. Masuk Mekah
23:55
Perbelanjaan Pergi Umrah. Berapa duit nak bawa.
11:29
Len Kamal
Рет қаралды 31 М.
Smart Sigma Kid #funny #sigma #comedy
00:25
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 16 МЛН
Final muy increíble 😱
00:46
Juan De Dios Pantoja 2
Рет қаралды 51 МЛН
Tawaf Terbatal Wudhu. Tempat Wudhu Dekat Kaabah.
4:22
Len Kamal
Рет қаралды 7 М.
Packing umroh wanita buat 9 hari #familyvlog #bandung #umroh
6:50
Musim Di Mekah. Pilih panas atau sejuk?
17:04
Len Kamal
Рет қаралды 4,6 М.
Solat Jenazah, Mesti Belajar Sebagai Persediaan Ke Umrah.
8:46
Panduan : Kegunaan Kasut / Selipar Umrah
4:03
Len Kamal
Рет қаралды 21 М.
Niat dan Cara Tawaf Selamat Tinggal, Tawaf Wada
6:00
Len Kamal
Рет қаралды 30 М.
Wudhu Pakai Spray Wanita. Cara Mudah. Panduan Umrah.
15:19
Len Kamal
Рет қаралды 262 М.
3 Tips Hilangkan Rasa Was-was Sebelum Ke Umrah.
9:53
Len Kamal
Рет қаралды 16 М.
Persiapan umrah bagi wanita (Nak bawa apa pergi umrah?) #umrah
32:49
munifahtasnim
Рет қаралды 247 М.