Panduan : Kegunaan Kasut / Selipar Umrah

  Рет қаралды 22,037

Len Kamal

Len Kamal

Жыл бұрын

Assalamualaikum.
Panduan Kasut dan Selipar untuk kegunaan Umrah.
1. Kasut sukan
cari yang selesa dipakai, jika baru beli biasakan pakai sebulan awal pakai setiap hari. Boleh tambah padding jika perlu. Bagus untuk kekuatan kaki ketika perlu berjalan laju, menjaga kaki terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis waktu mendaki Gua Hira atau ziarah lain. Juga untuk yang sakit lutut atau sakit buku lali.
2. Selipar hotel-masjid.
Ini selipar tak kisah macam mana, tapi perlu cari yang ringan, ringkas dan grip bawahnya bagus. Sebaiknya cari yang senang dibasuh dan senang kering.
3. Stokin tawaf.
Ini adalah stokin tambahan dari stokin yang kita pakai. Dipakai waktu tawaf dan sai. Boleh juga pakai kasut tawaf jenis tapak getah yang digunakan untuk diving atau ke pantai, banyak dijual di shopee.
4. Selipar tandas.
Ini adalah selipar yang sering dilupakan. Selipar tandas sangat penting, kerana menjaga kesucian kita keluar masuk tandas. Hotel tidak provide selipar tandas, jadi bawa sendiri. Beli yang murah-murah biasa dan boleh ditinggalkan terus waktu nak check-out balik. Ingat, kita akan ambil wudhu di bilik hotel waktu nak ke masjid, jadi jaga adab kita dalam tandas sebaiknya, selipar tandas adalah mesti untuk memastikan tiada najis atau kotoran yang nampak atau tidak nampak terkena kaki kita sewaktu melangkah keluar tandas selepas wudhu.
Sekian, semoga bermanfaat.
#selipar #seliparumrah #kasutumrah #umrah #panduanumrah
#vlogumrah

Пікірлер: 27
@zaharahmahamud3369
@zaharahmahamud3369 25 күн бұрын
Terima kasih shbt jazakillahukhoir
@haslizayaakob7100
@haslizayaakob7100 6 ай бұрын
Terima kasih puan..sangat membantu untuk persediaan ibadah
@norsidaahyasar2548
@norsidaahyasar2548 Жыл бұрын
Alhamdullillah.. Terima kasih perkongsian nye..
@junaidajamin8704
@junaidajamin8704 8 ай бұрын
Terima Kaseh info ya
@virgopedas7153
@virgopedas7153 Жыл бұрын
Salam puan len infor yg baik..terima kasih moga di prmudah urusan anda dunia dan akhirat..
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Terima kasih mendoakan saya.. amin Ya Allah
@mazlindawangabdullah3464
@mazlindawangabdullah3464 Жыл бұрын
Great sharing n Tq so much kak Len ❤
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Welcome. Alhamdulillah
@lailakamaruddin3442
@lailakamaruddin3442 Жыл бұрын
Selipar unggu tu brand apa ye
@rynnramon
@rynnramon Жыл бұрын
Assalam , leh saya tahu di mana nk dpt kan stokin yg di tunjuk tu...trima kasih
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Waalaikumsalam. Stokin tawaf ni boleh beli di kedai umrah, atau di shopee. Apapun, stokin banyak di jual di Mekah nanti. Di dalam tower ada, di kedai tepi jalan pun ada. InsyaaAllah tak susah nak cari. Sama².
@chaosy4106
@chaosy4106 Жыл бұрын
boleh saya tahu akaun shopee utk selipar tandas tu?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Boleh search : foldable slipper travel Atau folding slipper
@aisazlan607
@aisazlan607 Жыл бұрын
Puan, kalau kita pakai sandal je dari klia..( senang keluarmasuk bilik air) ..mcmana?
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Pakai sandal je dari KLIA pun ok je. Biasa orang lelaki lebih mudah pakai sandal je, kalau masuk Mekah terus, nampak lain pula dah berkain ihram, sekali pakai kasut ye kan, lagipun dalam ihram bila dah bermiqat nanti jari² kaki kena nampak untuk lelaki.. cuma kalau perempuan, kita pakai kasut sukan ni, meringankan lah beg sikit, kerana kasut ni nak guna untuk ziarah, lagi² untuk mendaki Jabal² di sana. Jadi suami punya kasut sukan bawa dalam luggage, isteri punya pakai saja dari KLIA. Ziarah digalakkan pakai kasut, diulangi terutama yg ada sakit lutut, sakit buku lali, berat badan berlebihan dan jarang exercise. Kurangkan risiko kecederaan.
@nadhilizwayne4310
@nadhilizwayne4310 Жыл бұрын
Selipar jalan jalan tu kita boleh pakai tuk tawaf saie ke?? Maksud sy kasut tu kan dah kotor bolej ke jejak dataran
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Selipar jalan tu nak masuk masjid kena buka masuk karung. Perempuan boleh pakai stokin tawaf atau kasut tawaf, terpulang kepada keperluan dan keselesaan masing². Lelaki memang berkaki ayam, selipar yg dari hotel ke masjid tadi pun masuk karung kasut.
@rahmah2905
@rahmah2905 Жыл бұрын
@@lenkamal pn. Len,. Kasut atau stokin tawaf tu boleh pakai terus ke mcm mana? Selain stokin atau kasut tawaf yg lembut yg pn. Len tunjuk tu, saya tgk ada satu lg kasut tawaf jenis getah kat shopee
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Bila panggil stokin tawaf, kasut tawaf.. itu pakai waktu masuk kawasan tawaf tu (masuk pintu ke mataf - dataran kaabah, boleh pakai dah). Selipar atau kasut dari hotel itu lain, itu buka masa nak masuk, masukkan ke beg kasut, jika nak bawa pastikan tiada najib, jika tak nak bawa, letak di rak kasut. Buka kasut/selipar yg kita pakai dari hotel tu, lepas tu kan tinggal stokin je.. lepas tu pakai pula stokin tawaf atau kasut tawaf tu. Itulah dia kegunaannya. Saya jika tawaf sunat yang sebelum atau selepas solat, saya pakai saja stokin biasa tu. Buka selipar kat pintu masuk, stokin tu je saya buat tawaf sunat. Jika buat umrah, barulah saya pakai sekali stokin tawaf atau kasut tawaf.. kerana pusingan di mataf tu saya mampu lagi.. tapi jika umrah tu, sekali saei, sejuk juga kaki bagi saya. Ada yang tahan, ok je, stokin biasa pun ok tak perlu stokin tawaf kasut tawaf.
@rahmah2905
@rahmah2905 Жыл бұрын
@@lenkamal Pn. Len terima kasih byk² ya puan. Jelas sangat penerangan puan. Semoga Allah swt merahmati puan sekeluarga yg tak jemu² bg ilmu kpd kami yg belum ada pengalaman ke Tanah Suci Mekah lg.
@nurtaqwa_mocha3955
@nurtaqwa_mocha3955 15 күн бұрын
Trm ksh banyak... sangat membantu untuk saya yang nk umrah
@noorsiahhamzah7599
@noorsiahhamzah7599 Жыл бұрын
Salam...sekadar bagitau...suara Len x berapa jelas
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
Tq.. iya ke.. terima kasih bagitau. Sy beli mic mahal sikit lepas ni. Yg ni RM7.90 punya.. insyaaAllah.
@aisyahbaco1760
@aisyahbaco1760 Жыл бұрын
Assalamualaikum... terima kasih atas perkonsiannya.
@lenkamal
@lenkamal Жыл бұрын
@@aisyahbaco1760 alhamdulillah. sama2..
@zawiahhamid6623
@zawiahhamid6623 Жыл бұрын
trm ksh Len di atas perkongsian...
@zainahsahyun1189
@zainahsahyun1189 Жыл бұрын
Salam t.kasih bnyak len kamal info yg sgt2 bermanfaat..utk akk yg bru nk terbang.insyallah.
Persiapan umrah bagi wanita (Nak bawa apa pergi umrah?) #umrah
32:49
munifahtasnim
Рет қаралды 249 М.
Perbelanjaan Pergi Umrah. Berapa duit nak bawa.
11:29
Len Kamal
Рет қаралды 32 М.
Who has won ?? 😀 #shortvideo #lizzyisaeva
00:24
Lizzy Isaeva
Рет қаралды 64 МЛН
WHAT’S THAT?
00:27
Natan por Aí
Рет қаралды 13 МЛН
Cara Mudah Bawa Selipar Dalam Masjid.
5:52
Len Kamal
Рет қаралды 29 М.
13 Larangan Ihram. Last Ada Soal Jawab. Panduan Umrah Ringkas.
15:40
20 Tips Persediaan Untuk Menunaikan Umrah
31:19
Nanaker Katakan
Рет қаралды 278 М.
Tawaf Terbatal Wudhu. Tempat Wudhu Dekat Kaabah.
4:22
Len Kamal
Рет қаралды 7 М.
Solat Jenazah, Mesti Belajar Sebagai Persediaan Ke Umrah.
8:46
Wudhu Pakai Spray Wanita. Cara Mudah. Panduan Umrah.
15:19
Len Kamal
Рет қаралды 263 М.
Tips Haji 2024| Barang-Barang Yang WAJIB Bawa Ke Haji
4:08
Kembara Qatar
Рет қаралды 24 М.
Pakaian dan Situasi Umrah Jika Terus Ke Mekah. Masuk Mekah
23:55
Who has won ?? 😀 #shortvideo #lizzyisaeva
00:24
Lizzy Isaeva
Рет қаралды 64 МЛН