Рет қаралды 535
Dalam bahasa Inggeris, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai ‘Pennywort’ ataupun ‘Gotu Kola’, manakala nama saintifiknya adalah Hydrocotyle asiatica atau Centella asiatica. Ia disebut sebagai ‘Pennywort’ disebabkan oleh rupa daunnya yang nipis dan berwarna hijau-kuning yang mirip kepingan duit syiling. Ia merupakan tumbuhan yang tumbuh asli di negara kita dan juga di beberapa negara lain seperti Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia yang lain. Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa atau Pegaga ubi.