No video

PM Anwar Ibrahim - Hari Pertama Lawatan Rasmi Di Hanoi, Vietnam

  Рет қаралды 41,491

JASON Update

JASON Update

Күн бұрын

Dari PM Anwar Ibrahim:
Alhamdulillah, tiba di Hanoi, Vietnam ditemani Azizah dan delegasi dari Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri, TYT Pham Minh Chinh.
Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.
Kunjungan ini memberi peluang kepada kami untuk menilai kerjasama terutamanya dalam bidang halal, pertanian, pertahanan dan keselamatan, pendidikan, dan pembangunan modal insan antara Malaysia dan Vietnam.
Lawatan ini juga adalah sebagai pengiktirafan terhadap hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Vietnam sejak lima dekad yang lalu.
Selain bertemu pemimpin tertinggi Vietnam, saya juga akan mengadakan pertemuan bersama komuniti perniagaan serta rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.
Semoga lawatan ini dapat membawa manfaat buat kedua-dua negara, Insya-Allah.
Sejurus tiba di Hanoi, saya terus memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat saya Perdana Menteri Vietnam TYT Pham Minh Chinh.
Usai sambutan rasmi oleh Kerajaan Vietnam, kami meneruskan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara.
Banyak perkara positif yang terpancar menerusi pertemuan ini dan saya turut menegaskan keseriusan kepada PM Chinh untuk mengukuhkan kerjasama Malaysia dan Vietnam terutamanya dalam bidang pelaburan dan perdagangan, pertanian, pertahanan dan keselamatan serta industri halal.
Selain itu, saya dan PM Chinh turut menyentuh isu-isu serantau dan ASEAN yang menjadi kepentingan bersama.
Saya dan PM Chinh kemudiannya menyaksikan pengesahan minit hasil Mesyuarat Ketujuh Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia dan Vietnam.
JCM ini merupakan antara mekanisma dua hala yang utama, bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri.
Suruhanjaya ini telah diwujudkan pada tahun 1992, susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara Malaysia dan Vietnam.
Kami berdua turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) dan Vietnam Chamber of Commerce and Industry (VCCI).
Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta memberi faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.
Saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agong Parti Komunis Vietnam, TYT Nguyen Phu Trong.
Dalam pertemuan ini, kami berpeluang untuk berbincang berkenaan hubungan dua hala Malaysia dan Vietnam yang terjalin sejak 50 tahun dahulu.
Saya menzahirkan perasaan gembira di atas status kerjasama dua hala sedia ada, serta usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Saya juga turut dimaklumkan bahawa TYT Nguyen Phu Trong sering berbicara soal anti rasuah dan tata kelola yang baik di Vietnam dan kami berdua dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi anti rasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama.
Saya, Azizah dan delegasi Malaysia diraikan dalam majlis makan malam sempena lawatan rasmi ke Vietnam oleh Perdana Menteri TYT Pham Minh Chinh dan isteri.
Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan kerana lawatan pada kali ini membuahkan hasil yang positif.
Semoga kerjasama antara Malaysia dan Vietnam ini dapat terus diperkukuh sekali gus membawa manfaat bersama kepada kedua-dua buah negara.
Saya turut mendoakan agar PM Chinh dan keluarga diberi kesihatan yang baik.
#MalaysiaMADANI

Пікірлер: 164
@rizypherc
@rizypherc Жыл бұрын
Bangga melihat PMX membawa jiwa Melayu nya ke persada dunia...Terbaik Malaysia Madani
@ruslansamsudin8140
@ruslansamsudin8140 Жыл бұрын
Maju bersama asian dan ekonomi serantau.
@SuperBroJoe
@SuperBroJoe Жыл бұрын
Aku pon turut berbangga bro.......inilah pemimpin yg kita nanti²kan.....#PMX TERBAIK
@michaelgiri4338
@michaelgiri4338 Жыл бұрын
PMX yang terbaik
@FaisalAlNahyan
@FaisalAlNahyan Жыл бұрын
Saya Kagum Dengan PM Anwar Ibrahim Orangnya Sangat Berwibawa dan Kharismatik 🇲🇾 Salam Dari Indonesia 🇮🇩
@dindeendin8382
@dindeendin8382 Жыл бұрын
Ya. Xhenti2 buat kerja, dgn hasil yg positif sambil mertabatkn ngra..istiqomah dgn perjuangan reformasi, membela rakyat marhean
@muhammadaidilputra278
@muhammadaidilputra278 Жыл бұрын
Org bdh je kagum
@FaisalAlNahyan
@FaisalAlNahyan Жыл бұрын
@@muhammadaidilputra278 saya hanya hamba allah yang miskin ilmu.
@ghauthothman1411
@ghauthothman1411 Жыл бұрын
​@@muhammadaidilputra278koyak ke tengok pmx bergaya macam tu di sambut kemana pergi
@khabalisaari988
@khabalisaari988 Жыл бұрын
Pasti ada aura
@fqr3879
@fqr3879 Жыл бұрын
Bangga dngan pmx kita
@zukaplijaffar8048
@zukaplijaffar8048 Жыл бұрын
Nyayian NegaraKu.....bangga bersama PMX di Negara Vietnam
@BlackRose-ir2fj
@BlackRose-ir2fj Жыл бұрын
Bangga tengok Menteri2 dan pejawat awam juga bersama2 PMX memakai songkok melambangkan dan mewakili Islam, bangsa melayu di luar negara untuk lawatan rasmi
@KalanaLana-oo4st
@KalanaLana-oo4st Жыл бұрын
Terbaik pmx ini la pemimpin kesayangan rakyat membawa mlysia ke hadapan hidup madani
@arlianastory25
@arlianastory25 Жыл бұрын
Dsai terbaik
@ghimaumelaya
@ghimaumelaya Жыл бұрын
Terima kasih Vietnam, menyantuni PMX kami sebaiknya. Jemput datang ke Malaysia ya! 🙏🏻 #worldclassleader #fromMalaysiatotheuniverse
@abduljalal4446
@abduljalal4446 Жыл бұрын
Bersama seAsean meluncur laju ke hadapan
@xeovanka3787
@xeovanka3787 Жыл бұрын
Xịn chào thủ tướng Malaysia đã đến thăm với Việt Nam chúng tôi.chuc 2bac luôn mạnh khỏe
@anlchannel9034
@anlchannel9034 Жыл бұрын
Nice semua dari Malaysia bersongkok 👍
@mohdnawiyaacob6817
@mohdnawiyaacob6817 Жыл бұрын
Terimalah kenyataan dengan hati yang terbuka dan ikhlas, sekiranya hati masih berkeras tak nak menerima DS Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia, mohonlah , mintalah , berdoalah kepada Allah, supaya keegoan dan kesombongan didalam hati Allah buang jauh jauh, mintalah kepada Allah supaya hidupkan semula hati yang telah mati supaya menerima DS Anwar Ibrahim sebagai PM yang disayangi.
@deen3690
@deen3690 Жыл бұрын
aaaaminnn ya rabb
@andiyusri8749
@andiyusri8749 Жыл бұрын
AAMIN 3X YRA
@michaelgiri4338
@michaelgiri4338 Жыл бұрын
Aamin2 Ya rabbal Alamiin
@peaceofmind7390
@peaceofmind7390 Жыл бұрын
Kan bagus tu...semua deligasi bersongkok...Thank PMX sbb memperkenalkan semula budaya lama kita.
@ezat2007
@ezat2007 Жыл бұрын
Betullah.. Nampak semua bersongkok. Sampai semua yg duduk belakang pakai songkok. Yg sebelah zambry tu mcm cina dap ker.. Pun pakai songkok. Terbaikkkk 👍👍👍👍👍
@amarkhansyah4873
@amarkhansyah4873 Жыл бұрын
@@ezat2007 ya smua yg bjawatabmn bsar kena pakai songkok
@mahadiyop-hs7rx
@mahadiyop-hs7rx Жыл бұрын
3 penggal utk PMX Integriti penting dlm sesebuah NEGARA utk maju
@drmuhammadfaizabdulrahmana4280
@drmuhammadfaizabdulrahmana4280 Жыл бұрын
thanks ! amin amin semoga DSAI panjang umur !
@Kelvinkuok
@Kelvinkuok Жыл бұрын
yep. 15 tahun kerja sampai 90 tahun
@solarcityuk9945
@solarcityuk9945 Жыл бұрын
terima kasih pmx kerja keras untuk pulih kan negara semoga Allah beri kesihatan yang baik dan bantu urusan pmx amin.
@dindeendin8382
@dindeendin8382 Жыл бұрын
Ngra2 Asean, asia, eropah, timur tengah semua terima PMX..berwibawa, telys, berintegriti, cekap, bnyak pengetahuan... Alhamdulillah muga ngra mkinakmur, aman, dihormati
@samselvamgrolier
@samselvamgrolier Жыл бұрын
PMX is Proud of our country
@mannorizah4944
@mannorizah4944 Жыл бұрын
Alhamdulillah 🤲
@saeffareez3337
@saeffareez3337 Жыл бұрын
PMX🇲🇾 not only he's humble and down to earth but charming and charasmatic. Sosok n Figura inilah yg akan mengangkat Negara M'sia 🇲🇾 ke satu taraf yg lebih tinggi dan maju lagi dan menjadikan M'sia one of the Young Asian Tiger again where's its belong!!! As a M'sian i really proud of you and owned a leader like PMX🇲🇾🙏❤️
@benglim226
@benglim226 Жыл бұрын
Bangga PM kita, rajin menjalin hubungan koperasi dgn negara2 jiran utk pembangunan ekonomi,kemakmuran dan kedamaian di rantau Asean.❤Msia
@raphaelbala2149
@raphaelbala2149 Жыл бұрын
I'm Malaysia proud of PMX positive PM ..can speak English very well and honestly person ❤
@ezat2007
@ezat2007 Жыл бұрын
Kuat kerja betul DSAI. 👍👍👍👍👍terbaik.
@syam5634
@syam5634 Жыл бұрын
Cari duit utk anak bini kita dan memajukan negara utk 10/20tahun akan dtg bro.supaya anak2 kita nnti tdk kebuluran pabila jatuh ke tangan puak sakau.kos semakin tinggi nnti ko nk berak pun kena bayar rm50.20 tahun akan dtg mana kita tahu bila puak sakau penyamun printah..
@mahariphmtahir7230
@mahariphmtahir7230 Жыл бұрын
Mudahan walaun cepat taubat, luarbiasa lawatan demi lawatan atas nama pelaburan
@suasinlanggong6425
@suasinlanggong6425 Жыл бұрын
Alhamdulillah, semoga negara Malaysia aman sentosa dibawah pentadbiran PMX kita
@zamzamzam3323
@zamzamzam3323 Жыл бұрын
Alhamdulillah syukur.. semoga dsai di permudahkan urusan nya
@mohdnizammahdnor7423
@mohdnizammahdnor7423 Жыл бұрын
Insyaallah UMNO akan terjaga dan melayu lebih dipelihara adanya parti DAP bersama dlm kerajaan perpaduan dan sekalung ucapan tahniah dan terima kasih DSAI Perdana Menteri Malaysia.
@rashrecordsmusic9612
@rashrecordsmusic9612 Жыл бұрын
Walaupun umno kalah 2 penggal.. Tapi walaun lupa.. BN skrg bergabung dgn PH.. PH yg menang 2 penggal.. Bila BN/PH bergabung makin kuat la kerajaan perpaduan 💪💪 skrg ni walaun dh gelabah tak tentu hala 🤣🤣 fitnah terus hari2
@manjazana
@manjazana Жыл бұрын
simple je kak wan❤
@abah14678
@abah14678 Жыл бұрын
Alhamdulilah. Moga dipermudahkan urusan.
@julianfai2564
@julianfai2564 Жыл бұрын
Hidup Malaysia ~Hidup PMX yang kami kasihi~
@Komrad525
@Komrad525 Жыл бұрын
Segak bersongkok delegasi Malaysia. Syabas. Terharu,
@tajudinabdaziz4702
@tajudinabdaziz4702 Жыл бұрын
SYABAS PMX, kuat berkerja kesana kesini cari pelabur untuk naikan ekonomi negara dan rakyat.
@suhaimiomar3779
@suhaimiomar3779 Жыл бұрын
Terbaik pmx sejuta penghargaan kepada pmx kebangan rakyat Malaysia dihormati diparsada antarabangsa syabas pmx teruskan perjuangan untuk Malaysia
@matrawks
@matrawks Жыл бұрын
Janganlah sakit hati tgk PMX.. dia kan Melayu dan Islam..
@muhammadaidilputra278
@muhammadaidilputra278 Жыл бұрын
Tapi mun-f-k
@hishamyaacob2643
@hishamyaacob2643 Жыл бұрын
Apa yg baik psl pmx kita sokong, apa yg xbaik psl pmx kita benci sbb byk sgt bohong dan menzalimi.. klu dia boleh eradicate sifat mazmumah dia, he can be a remarkable.. pm.. until now he is not.. so much driven by the DAP.. an attacking political opponents wth cruelty.. seolah sifat balas dendam yg menebal.. a vangeance
@matrawks
@matrawks Жыл бұрын
@@hishamyaacob2643 teruk betul kene Kau kene brainwash dgn siapa ni? Kau punya fakta tu memang bertentang langsung. Kau ckp dia zalim, mazmumah, driven by DAP dan mcm2 lagi. Sbb apa Kau ckp mcm ni? Sbb ketaksuban melampau Kau dlm menyokong Kononnya pemimpin nak tegakkan Islam tp hakikatnya Penuh dgn adu domba memfitnah. Islam ajar untuk taat pemerintah. Kene ubat mindset kau tu bro
@spelok66
@spelok66 Жыл бұрын
​@@matrawks Setuju sangat dgn anda. Berfikiran matang dan komen yang membina.🎉🎉🎉🎉🎉🎉
@bosousada
@bosousada Жыл бұрын
Sape yg sakit ati tue😂😂😂
@avanazhar3843
@avanazhar3843 Жыл бұрын
ya Allah panjangkan umur DSAI
@Namasiand
@Namasiand Жыл бұрын
PROUD😊
@baharbahar3884
@baharbahar3884 Жыл бұрын
Kami bersyukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan seorang pemimpin negara kami yang penuh kesungguhan dan keiklasan dalam pemerintahan. Sehingga pemimpin negara besar memberi kehurmatan kepada pemimpin negara kami yang kecil ini
@namasayashah477
@namasayashah477 Жыл бұрын
Bangga aku melihat PmX mamakai songkok.macam zaman 60an..semoga Allah melindungi pmx
@NURULSYARMILAHBTALIMADDIN6789
@NURULSYARMILAHBTALIMADDIN6789 Жыл бұрын
🌏🇲🇾☂️🕺💃💒🌜⭐NEGARA MALAYSIA🇲🇾
@andiyusri8749
@andiyusri8749 Жыл бұрын
Semuga dsai dan kerajaan sentiasa di bawah lindungan Allah.
@abdullahothman7683
@abdullahothman7683 Жыл бұрын
Malaysian delegate pakai songkok🇲🇾
@user-oy1ms5vm5r
@user-oy1ms5vm5r Жыл бұрын
PAS/PN hari hari pakai songkok,kopiah tapi hari hari juga fitnah hancur negara klu mereka jadi kerajaan🤣🤣🤣🤣🤣
@norsilakhalid5923
@norsilakhalid5923 Жыл бұрын
Ya Allah peliharalah Dan lindungilah PM DSAI Aamiin
@karthigesukarthigesu3548
@karthigesukarthigesu3548 Жыл бұрын
Baguuus.🎉. Wow many changes n development had taken place in Vietnam 🇻🇳.
@bicarapositif
@bicarapositif Жыл бұрын
bangga dengan penampilan bersongkok delegasi Malaysia ke Vietnam...keunikan kerajaan perpaduan..
@syam5634
@syam5634 Жыл бұрын
Tulah kita kena belajar cara main bola sama.asyik kalah je ngan vietnam..tahniah dato sri..
@ganesmages
@ganesmages Жыл бұрын
DSAI hubungan dgn Agong cemerlang, hubungan dgn Sultan n raja cemerlang, hubungan dgn rakyat cemerlang, hubungan dgn penjawat awam cemerlang, hubungan dgn negara luar cemerlang. Soalannya apa lagi org melayu nak drp DSAI?
@suhaimigharapar4786
@suhaimigharapar4786 Жыл бұрын
Dsai hanya pinjaman sementara buat bangsa melayu,soalnya adakah mampu dsai lahirkan lebih ramai pemimpin hebat sepertinya sebagai pewaris pimpinan dan pembela bangsa masa hadapan.
@awequayzngs1780
@awequayzngs1780 Жыл бұрын
Very humbling ! Vietnam 🇻🇳 💋 Malaysia 🇲🇾 ❤️ 👍.
@SuperBroJoe
@SuperBroJoe Жыл бұрын
Alhamdullilah.......
@zirseron7827
@zirseron7827 Жыл бұрын
subhanallah Alhamdulillah Laillahailallah Allahuakbar semoga PM kita dan seisi keluarga sentiasa di beri keberkatan dan di permudahkan segala urusan...aamiin aamiin
@FakhrulRadzi-si6hf
@FakhrulRadzi-si6hf Жыл бұрын
Cume nk bagi tau.. perdana menteri paling handsome kekal milik pmx🤩
@muhammadaidilputra278
@muhammadaidilputra278 Жыл бұрын
Nak muntah aku
@FakhrulRadzi-si6hf
@FakhrulRadzi-si6hf Жыл бұрын
@@muhammadaidilputra278 bnde simple.. pergi makn ubat
@mohdsobranibrahimsobran8130
@mohdsobranibrahimsobran8130 Жыл бұрын
Stratigi terbaik, 8 bulan memerintah hubungan Asia Tenggara di rapatkan dulu, sebelum melebar ke seantaro Dunia. Malaysia ankat bangkit semula.
@sulaimangangut7809
@sulaimangangut7809 Жыл бұрын
Terbaik pmx.rakyat malaysia kagum dengan pm.
@Maie-iz3qz
@Maie-iz3qz Жыл бұрын
DSAI PM Rakyat Malaysia moga Allah berkati perjuangan nya dgn diberi kesihatan n kekuatan berterusan demi kesejahteraan rakyat n negara tercinta ..in shaa Allah
@camelgreen4212
@camelgreen4212 Жыл бұрын
ni yang kita nak. Mempunyai pemimpin bukan sahaja berani didalam tapi berani di luar membawa pelaburan masuk meyakinkan negara luar selain mengeratkan hubungan diplomatik kedua negara.terima kasih pmx anda seorang permimpin yang hebat.👍
@hermankanai7186
@hermankanai7186 Жыл бұрын
Alhamdulillah 👍 👍 👍 Terbaik DSAI PM 10. Semoga Malaysiaku terus maju jaya aman makmur
@dirvenrcpile2599
@dirvenrcpile2599 Жыл бұрын
Tenggok lah pmx kita tak henti henti cari pelabur ke Malaysia. Masih ada lagi rakyat yang benci kerajaan pmx. Saya akan sokong pmx sampai dia pencin jadi perdana menteri.
@mus762
@mus762 Жыл бұрын
PMX diapit oleh 2 menteri UMNO. Tengku Zafrul dan Dr.Zamri. Koyak Pas dan Bersatu. Isu Sulu dan Sabah, sekali lagi menteri menteri umno terserlah, Datuk Azalina dan Dr.Zamri. Kerjasama PKR UMNO membanggakan memacu kemajuan dan kestabilan negara.
@eddiekohkoh4696
@eddiekohkoh4696 Жыл бұрын
Dear Anwar Ibrahim as of today you are the best PM that Malaysians have look up to . Long live Anwar Ibrahim as PM.
@Sang_Algojo
@Sang_Algojo Жыл бұрын
𝐒𝐭𝐞𝐚𝐝𝐲 𝐏𝐌𝐗 !!!
@iflixonetflixo9619
@iflixonetflixo9619 Жыл бұрын
ni baru PMX kita, level international punya! dikenali di mata dunia..! hidup kerajaan PERPADUAN!
@hairulanuar9672
@hairulanuar9672 Жыл бұрын
Alhamdulillah...
@J91SRWK
@J91SRWK Жыл бұрын
Saya bangga ada PM mcm DSAI. Terserlah kewibawaan beliau sampai ke luar negara.
@mdnasser6651
@mdnasser6651 Жыл бұрын
Secara jujur Ana kata kan P. M Dato Seri Anwar adalah P. M terbaik setakat 2023 ini.
@julinsansinaga8689
@julinsansinaga8689 Жыл бұрын
PM Dato' Sri Anwar Ibrahim is the best ❤️❤️❤️👍👍👍🙏🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇨🇲🇨🇲🇨
@wanhariahwanjalil4537
@wanhariahwanjalil4537 Жыл бұрын
PM yg terbaik Saya sokong PM yg betul bawak negara yg terunggul dan dimata dunia. Alhamdulullah
@shazmaliq8351
@shazmaliq8351 Жыл бұрын
Terbaik pmx dan istri❤
@aliasahmad1232
@aliasahmad1232 Жыл бұрын
Walaupun segelintir Rakyat Malaysia menghina dia hasil agenda Atok dulu, tapi ALLAH memelihara dn menaikkn balik kehormatannya hasil kesabarannya. Inilh contoh org beriman walaupun xpakai jubah
@khalidbashakhalid1573
@khalidbashakhalid1573 Жыл бұрын
Moga gemilang...moga d beri pertunjuk...kerja kuat sedaya mampu..
@chorbahrin491
@chorbahrin491 Жыл бұрын
Bila Dapat PM Malas Negara hancur rakyat Pacak Bendera untuk hidup. Alhamdulillah Allah kurniakan Sebutir Bintang yg Berminar untuk RAKYAT MALAYSIA. AMIN ....
@zamzamry6616
@zamzamry6616 Жыл бұрын
Pm kita terbaik ❤❤
@Kelvinkuok
@Kelvinkuok Жыл бұрын
DSAI had gone through a really difficult period with 11 years sitting in jail. Really a pity to see his young daughters in school uniform up and down the courthouse to follow his court case. Now is his turn, his chance to work hard and serve the country. Wish you all the best and revive our economy.
@rimalsamah6728
@rimalsamah6728 Жыл бұрын
Lagu back ground tu YG menakukan ITU je comment Saya.. congratulations pmx.
@shtan9586
@shtan9586 Жыл бұрын
Anwar Ibrahim is the best and most competent PM since independence compared to the previous Prime Ministers!
@pjsmalaya89
@pjsmalaya89 Жыл бұрын
KERAJAAN PERPADUAN TAK BUAT APA-APA UNTUK BANTU RAKYAT?? Sering kedengaran pimpinan PN menyerang kerajaan kerana tidak berbuat apa-apa untuk membantu kehidupan rakyat . Saya tergerak hati untuk menulis fakta-fakta ini selepas mendengar satu ceramah Selangor Baru oleh Perikatan Nasional di kawasan parlimen Sepang. ( Ceramah Sokong PN, Anwar turun) Ketika itu, seorang pemimpin tertinggi PN telah memberitahu bahawa sesebuah kerajaan baru akan dinilai pada 100 hari pertama. Beliau telah bertanya soalan sambil menawarkan rm10 kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan “ Cuba bagitau saya satu ja saya bagi rm10. Apa dia buat dalam 100 hari?” Merujuk kepada apa yg PMX dah buat dalam masa 100 hari. Saya selaku rakyat biasa yang bukan ahli kepada mana-mana parti politik ( tidak berminat utk menjadi ahli) dan bukan kakitangan dari mana mana kementerian kerajaan terus mencari fakta sebenar apa yg PMX dan pasukannya dah usahakan dalam 100 hari pertama. 100 HARI PERTAMA ( kerja PMX dan pasukannya sehingga awal bulan 3) 1. Bantuan khas RM 10 JUTA untuk pesawah pada Disember 2022 & rm 50 JUTA pada 2023 untuk 240,000 pesawah ( hasil rundingan PMX dan TS Syed Mokhtar) 2. PMX umumkan tarif elektrik tidak dinaikkan kepada rakyat dan PMKS melalui mekasnisma ICPT. ( Cuba faham apa itu tarif, kWh, bil akhir) 3. Kerajaan tambah peruntukan rm 4.5 Juta untuk perolehan mesin CT scan di Hospital Pendang. 4. PMX mengarahkan penaikkan taraf infrastruktur dan fasiliti penjaja di WPKL. Seterusnya kita nampak hasilnya ketika lawatan PMX ke gerai di jalan TAR pada 15 Jun 2023. 5. KKM melancarkan label ubat mesra OKU penglihatan pada awal Januari yg akan dilaksanakan di klinik kesihatan seluruh Malaysia. 6. Kuota haji Malaysia dapat dikembalikan kepada kuota asal sebelum covid iaitu daripada 14306 menjadi 31600 semula. 7. Bayaran STK fasa 1 bernilai rm 1.67 billion kepada 8.7 juta rakyat mulai 17 januari. 8. PMX meluluskan peruntukan rm 1 billion untuk pembangunan Sarawak & rm 30 juta geran ( kenaikan 19 X ganda) 9. Sebelum ni saya tak pernah dengar MA63. Tapi apabila PMX naik, beliau tekad utk melaksanakan janji-janji di dalam perjanjian tersebut. Antara yg saya faham adalah projek JKR negeri bawah rm50 juta tidak perlu mendapat kelulusan persekutuan , mempercepatkan projek itu siap. 10. Tambang percuma pengangkutan awam kepada OKU dan pelajar sekolah rendah/menengah mulai 15 feb 23. ( Melalui apps KTMB mobile) 11. PMX arah edar 1 juta naskah Al-Quran ke seluruh dunia susulan insiden bakar AL-Quran di Sweden. Bagi saya, ini sangat membantu mententeramkan penduduk islam di Malaysia daripada membuat pemberontakan di jalanan, cara ini lebih baik utk kita sebagai komuniti muslim respons. 12. Pakej internet perpaduan khas buat B40, warga emas, veteran, dan OKU ( Prepaid mobile data RM 5, fixed broadband rm 69) 13. Internet percuma selama 9 bulan di 30 PPR untuk 53000 isi rumah mulai 6 febuari 23. 14. Pengenalan menu rahmah. 15. Kerajaan menanggung bayaran rm 15 proses permohonan UPU untuk lebih 350000 calon. 16. Malaysia telah menghantar pada awalnya 70 anggota pasukan SMART ke Turkiye untuk operasi menyelamat mangsa gempa bumi pada 6 feb 23. Saya sebagai rakyat Malaysia sangat bangga dengan bantuan ini kerana Turkiye juga dekat di hati saya ( pernah ke sana, sampai sekarang teringat kebab Istanbul). PMX juga mencadangkan pemberian elaun dan pingat khas kepada semua yg terlibat. 17. KPM umum 7 langkah atasi beban guru pada 20 feb 23. ( batal majlis kurang impak, SKPM sekali setahun, lanjutkan waktu isi kehadiran murid, isu pengawas peperiksaan, hadkan sambutan hari guru, ringkasan RPH, guru diberi autonomi utk rancang PDP da PBD) 18. Kerajaan setuju berikan warganegara automatik kepada anak yg lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia. 19. 401 rakyat Malaysia yg menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara telah diselamatkan ( 15 feb) 20. Kajian semula subsidi elektrik ( multinasional corporation dan lain lain) telah menurunkan beban subsidi elektrik kerajaan daripada rm 14.91 billion kepada 10.76 billion ( penjimatan rm 4.16 billion yg dapat disalurkan kepada pembangunan dan bantuan lain) Dari penijmatan ini jugalah dapat juga kerajaan salur dana kepada sabah dan Kelantan utk selesaikan masalah air. 21. Kerajaan terima komitmen swasta untuk wujudkan wakaf Madani yang dianggarkan bernilai lebih rm 1 Billion ( tanah, masjid, bangunan kesihatan dan pendidikan) 22. Hasil rundingan antara PMX dan TS Syed Mokhtar, Bernas setuju ssumbangkan 30 % keuntungan balik kepada pesawah ( sebelum ini tiada perkongsian keuntungan) 23. Sumbangan tunai RM 200 sebulan untuk tempoh 3 bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan rm 228 juta. 24. Inisiatif Pendapatan Rakyat ( IPR) telah diusahakan oleh menteri ekonomi untuk membantu menokhtakhkan miskin tegar ( seramai hampir 130, 000). Sejumlah rm 750 juta peruntukan telah disediakan kepada kementerian ekonomi untuk menjayakan 3 komponen di bawah IPR. a) Inisiatif usahawan tani ( INTAN) b) Insiatif usahawan makanan ( INSAN) c) Inisiatif operator perkhidmatan ( IKHSAN) Dan berbagai-bagai inisiatif lagi yg saya tak larat nak carik dah. Maksudnya, ada jugak la perkara yg kerajaan cuba usahakan utk membantu rakyat. Sebenarnya, saya juga ada senarai dari bulan 3 hingga sekarang, tapi nanti jadi terlalu panjang pula. Biarlah kita beri peluang kepada kerajaan untuk merealisasikan bantuan kepada rakyat ini.
@jelajah1031
@jelajah1031 Жыл бұрын
Pmx terbaik Pmx terbaik Pmx terbaik 👍👍👍👍👍👍
@jelajah1031
@jelajah1031 Жыл бұрын
PN MENANGIS, DAN SAKIT HATI..MELIHAT PMX DI HORMATI DI SEGANI PEMIMPIN DUNIA
@BlackRose-ir2fj
@BlackRose-ir2fj Жыл бұрын
Terima kasih tulis panjang lebar berkenaan tugas dan kerja Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 6/7 bulan ini untuk rakyat baca dan tengok sendiri pencapaian Kerajaan. Hanya yg buta tuli dan gelap hati saja yg masih menafikan. Hati manusia Allah yang pegang, semoga Allah bolak-balik hati mereka untuk melihat kebenaran berbanding fitnah dan tohmahan. Terima kasih atas tulisan sedara.
@mohdridzuan5113
@mohdridzuan5113 Жыл бұрын
Terbaik
@mohdsaifullahkasbi8605
@mohdsaifullahkasbi8605 Жыл бұрын
Terima kasih atas perkongsian.Terbaik PMX
@vivonew8647
@vivonew8647 Жыл бұрын
Good Luck Anwar
@aminahahmad8123
@aminahahmad8123 Жыл бұрын
Terbaik PMX dan isteri...moga berkat utk rakyat Malaysia🤲
@pintoeangen1213
@pintoeangen1213 Жыл бұрын
Mahyudin iri ke?
@n0ahem1nl19
@n0ahem1nl19 Жыл бұрын
Terbaik PMX
@joerizaali877
@joerizaali877 Жыл бұрын
DSAI padu 👍🇲🇾 kerajaan perpaduan madani terbaik 👍🇲🇾
@alvinneo1057
@alvinneo1057 Жыл бұрын
PMX make our nation great again the fastest growing tiger in Asean we Malaysian of multi races & religion stand united as One Malaysian race before PMX Thank you DSAI
@mhazim1824
@mhazim1824 Жыл бұрын
alhamdulilah...slmt sampai
@Reformist101
@Reformist101 Жыл бұрын
kak wan boleh je pakai glove. sian plak pm vietnam tu duk terhulur-hulur tangan nak bersalam,huhu
@s.vragunathan4403
@s.vragunathan4403 Жыл бұрын
## Let's further Enhance bilateral Cooperation & Trade , with Economic and Political partnership in Asean .👍🏼🙏👌😅🥰
@mohdnizammahdnor7423
@mohdnizammahdnor7423 Жыл бұрын
Terbaik PMX kita
@mustafakamalmohdtaib
@mustafakamalmohdtaib Жыл бұрын
🎉🎉🎉🎉🎉🎉❤❤❤❤❤❤
@junnaui5525
@junnaui5525 Жыл бұрын
🥰🥰🥰🥰🥰
@metalicyborg
@metalicyborg Жыл бұрын
Berdarah air mata Midin Tompok dan Edeng Mereng 😂😂😂😂
@mariappansinnappan6511
@mariappansinnappan6511 Жыл бұрын
Happy long life DSAI
@chengimthong1309
@chengimthong1309 Жыл бұрын
HARAPAN
@rosleeabdulaziz7733
@rosleeabdulaziz7733 Жыл бұрын
Anthony loke tak pergi
@Kelvinkuok
@Kelvinkuok Жыл бұрын
Can see Malaysia flag is there
@Inspirasi_Publik
@Inspirasi_Publik Жыл бұрын
KIRA .NYA MALAYSIA SEDANG LEBIH GEMILANG JIKA DI PERINTAH OLEH KERAJAAN BERMULA LAMA DAHULU DAN SABAH PUN TIDAK TIDAK DI ABAIKAN DENGAN TERUK :::: SEMOGA FASILITI KESIHATAN DI LENGKAP SAMA SEIRING DENGAN YANG TERDAPAT DI MALAYA ::: SEMOGA DAN MESTI
@salehuddinabdulrazak6793
@salehuddinabdulrazak6793 Жыл бұрын
Ya selama tempoh 24tahun di nafikan hak nya sebagai PerdanaMenteri........
@khabalisaari988
@khabalisaari988 Жыл бұрын
Gigih berkerja tanpa cuti selam 7 bulan tetap sihat kuat memerah otak bangun semula negaratelah punah dek politikus simpan labu
@Lee16031
@Lee16031 Жыл бұрын
PHBN❤💙❤💙❤💙
@jacksonwong90
@jacksonwong90 Жыл бұрын
Malaysia have anwar , singapore have dr . Chee but unfortunately being contained by singapore pap , Anwar can help dr. Chee to rise up .
@putih8828
@putih8828 Жыл бұрын
Lagi benkak hati la....kawan nengoknya.
@jacksonwong90
@jacksonwong90 Жыл бұрын
Malaysia cpib dont need pm najib permission to arrest najib but why singapore cpib needs pm permission to act to investigate and arrest singapore ministers , why ?
@Samuelsitg
@Samuelsitg Жыл бұрын
It's unprofessional of Vietnamese diplomatic protocol to let Anwar open the door himself 😥
@muhamaddafa2168
@muhamaddafa2168 Жыл бұрын
🤝🦜
@muhamaddafa2168
@muhamaddafa2168 Жыл бұрын
🤝
@chorbahrin491
@chorbahrin491 Жыл бұрын
Walauun sengaja buat buat Bodo.
@barlinggimong2980
@barlinggimong2980 Жыл бұрын
Disambut dengan perdani mirah. Bini nyonya Muslim tapi pakai tudong. Bini PM yang lain asli Melayu Muslim tapi tak pakai tudong. Itu perbeza PMX dengan PM yang lain di Malaysia.
Presiden Jokowi Tiba di Hanoi, Vietnam, 11 Januari 2024
2:11
Sekretariat Presiden
Рет қаралды 249 М.
Oh No! My Doll Fell In The Dirt🤧💩
00:17
ToolTastic
Рет қаралды 12 МЛН
АЗАРТНИК 4 |СЕЗОН 1 Серия
40:47
Inter Production
Рет қаралды 557 М.
白天使选错惹黑天使生气。#天使 #小丑女
00:31
天使夫妇
Рет қаралды 15 МЛН
Bekas kakak ipar Ira Kazar dah insaf, minta maaf kepada Puteri Sarah
4:48
mStar Online Malaysia
Рет қаралды 3,6 М.
Return of Soviet-Union | Soviet march 2019
2:54
Dietse Rijck
Рет қаралды 22 МЛН
What Did Dr Mahathir Do on His Recent Trip to Japan?
11:44
Dr Mahathir Mohamad
Рет қаралды 106 М.
Prof Dato Dr MAZA - Muslim Sahaja Masuk Syurga? Non Muslim Tak Masuk?
9:58
Did Israel Steal Palestinian Land?
35:02
Ayn Rand Institute
Рет қаралды 3,1 МЛН
Soal Jawab Iran Khianat
15:07
ZRA Strim
Рет қаралды 331 М.
Oh No! My Doll Fell In The Dirt🤧💩
00:17
ToolTastic
Рет қаралды 12 МЛН