Рет қаралды 151
Sedang mencari maklumat terkini tentang industri Electric Vehicle (EV) di Malaysia? Jom sertai perbincangan menarik dalam podcast SIRIM kami! Industri EV semakin berkembang dalam sektor automotif negara, dan SIRIM Berhad sebagai agensi kualiti dan penyelidikan industri utama kita turut terlibat dalam usaha ini.
Podcast SIRIM kali ini menghadirkan Dr Abdul Hakim Bin Hashim, Pengarah Industrial Centre of Innovation SIRIM Kulim. Kepakaran beliau dalam R&D tenaga Bateri dan Bateri Kenderaan Elektrik akan membawa pendengar bersama-sama menerokai pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi yang ditawarkan oleh SIRIM untuk meningkatkan produktiviti industri tempatan serta perkongsian mengenai peranan SIRIM Kulim.
#SIRIM #Podcast #EV #Inovasi #IndustriAutomotif #Teknologi #SIRIMKulim