Рет қаралды 2,579
0:06 langsung ke cara buat😄
Popiah sayur paling senang nak buat sebab:
✅bahan perencah 2 bahan je iaitu bawang putih dan lada putih, serta isi ayam potong dadu kecil
✅2 sayur saja iaitu lobak dan sengkuang
✅sayur tu tak perlu ditumis, hanya masukkan bahan perencah siap tumis ke dalam sayur dan kacau rata.. siap inti popiah
✅cecah dengan sos cili thai.. yummy
Resepi Popiah Sayur Mudah
Bahan-bahan:
1 1/2 labu bawang putih
1 1/2 sudu besar lada putih
2 keping dada ayam cincang
1 biji sengkuang
4 batang lobak
Kulit popiah
1/2 cawan air + 1 sb Tepung gandum ( gam untuk popiah)
Minyak untuk mengoreng
Untuk frozen, susun popiah(belum goreng) dalam loyang dan masuk freezer. Selepas 3 jam baru boleh simpan popiah dalam bekas bertutup atau plastik.
Resepi ni hasilkan 40-45 biji popiah (kulit popiah saiz 8.5 inci)
--------------------------
Vegetables Spring Rolls Recipe
Ingredients:
1 1/2 bulb garlic
1 1/2 tablespoons white pepper
2 pieces of chopped chicken breast
1 sengkuang
4 stalks of radish
Popiah skin
Wheat flour + water to stick popiah
Oil for frying
This recipe can produce 40-45 popiah
🌹🌹🌹