Рет қаралды 64,360
Mak nak kongsi cara membuat resipi Kuih Bakar Kentang. Kali ini, saya bawa anak sulung saya, Qistina, bersama untuk belajar cara-cara membuat resipi warisan ini.
Terima kasih kepada Harvey Norman Singapore kerana sudi bekerjasama dalam video ini.
Buku Resepi Kelentang Kelentung akan siap 27 April ini. Bagi yang nak tempah ikut link ini kedaisujimy.com/products/kk-w...
Biskut Very Nyaman: kedaisujimy.com/products/very...
Resipi Kuih Bakar Kentang
Bahan-Bahan:
1/2kg Tepun Gandum
2 Cawan Gula Pasir
400ml Santan
4 Sudu Besar Minyak Sapi
2 Biji Telur
Pewarna Kuning
Mentega
1 Kilo Kentang
2 Cawan Air
Garam
Cara-caranya:
1. Rebus dahulu kentang hingga empuk. Kemudian dilenyek kentang hingga lumat.
2. Tepung gandum diayak dahulu.
3. Campurkan 2 cawan air bersama santan dan masak diatas api yang kecil. Masukkan daun pandan dan gaul perlahan-lahan. Kemudian masukkan minyak sapi dan gaul lagi hingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan garam dan gaul hingga mendidih. Kemudian, keluarkan daun pandan.
5. Dalam mesin pengadun, ,masukkan cecair santan, tepung gandum, gula dan telur. Digaul rata hingga sebati.
6. Kemudian masukkan kentang yang telah dilenyek ke dalam mesin pengadun, gaul semuanya hingga sebati.
7. Letakkan sedikit pewarna kuning dan gaul hingga warna sama-rata.
8. Salutkan loyang dengan mentega lalu tuangkan adunan kedalam loyang.
9. Dibakar pada suhu 180°C selama 50 minit dengan pilihan api atas dan bawah. Periksa jika belum garing di atasnya, tukar pilihan api tanya di bawah dan bakar sekitar 40 hingga 50 minit lagi. Potong bila sudah sejuk dan siap untuk dihidang.