Рет қаралды 126,832
Assalamualaikum w.b.t.
Vertigo adalah satu keadaan di mana seseorang itu merasakan keadaan sekeliling mereka berpusing, atau mereka merasakan diri mereka sendiri berpusing.
Vertigo adalah berbeza dengan pening kepala biasa. Pening kepala biasanya pesakit merasakan dirinya terasa ringan, melayang dan berpinar.
Seterusnya, di pertengahan video, saya akan huraikan jenis-jenis vertigo dan bagaimana tanda-tanda vertigo yang boleh dikenal pasti jika seseorang itu menghidap penyakit ini.
Boleh dikatakan, sekiranya serangan vertigo berlaku, keadaan pesakit adalah teruk sehinggakan mereka tidak boleh berjalan dan membuat aktivit harian biasa.
Rawatan BPPV juga akan dihuraikan di akhir video nanti, iaitu berkaitan ubat dan juga sejenis pergerakan yang dipanggil sebagai Epley Maneuver.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
#vertigo
#penyakitvertigo
#peningkepala