SEMINAR AQIDAH - USUL DAN FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH DAN SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff

  Рет қаралды 14,024

Komuniti  Darulkautsar

Komuniti Darulkautsar

8 жыл бұрын

darulkautsar.wordpress.com/ - SEMINAR AQIDAH - Mendamaikan Aliran-aliran Dalam Ahli Sunnah Waljamaah
USUL DAN FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH DAN SALAFIAH
Oleh Maulana Muhd Asri Yusoff
Kota Bharu, Kelantan
26 -Mac-2016
ARTIKEL ASAL - darulkautsarpencerahanaqidah....
MUAT TURUN KERTAS KERJA SEMINAR:
darulkautsarpencerahanaqidah....
[Nota - NOTA KULIAH boleh dimuat turun menggunakan browser SELAIN dari Google Chrome kerana Google Chrome menyekat akses kepada fail di atas]
atau
www.mediafire.com/download/1fd...
USUL DAN FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH DAN SALAFIAH
1.0 - PENDAHULUAN
Rata-rata umat Islam hari ini tidak mengetahui tentang adanya usul dan furu’ dalam aqidah. Mereka menyangka feqah dan lain-lain cabang ilmu agama sahaja mempunyai usul dan furu’nya. Lebih mendukacitakan apabila ramai di kalangan yang berpendidikan agama juga didapati tidak menyedari dan memahami hakikat ini.
Akibatnya sebahagian Sunni disisih mereka dari kalangan Ahli as-Sunnah, kerana semata-mata berbeza dalam furu’ aqidah. Walhal perbezaan dalam furu’ aqidah di kalangan ulama’ silam dapat dikesan dengan begitu banyak sekali. Apa yang mengikat mereka dalam ikatan Ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah hanyalah persamaan dalam usul aqidah bukan dalam furu’nya.
Umat Islam kebelakangan ini juga malangnya tidak mengetahui apa sebenarnya perkara yang harus diterima sebagai usul aqidah dan dan apa pula sebagai furu’ aqidah. Sebagai akibatnya lahirlah berbagai-bagai kecelaruan pemikiran, sangka buruk dan tuduh menuduh antara sesama Ahli as-Sunnah.
Kertas kerja ini disusun untuk merungkai kemusykilan dan persoalan berkenaan dengan serba ringkas.
1.1 Di bawah ini dikemukakan beberapa sahaja daripada contoh-contoh penerimaan dan pengiktirafan oleh tokoh-tokoh ulama’ Sunni tentang istilah usul dan furu’ aqidah.
1.1.1 Imam Nawawi (m. 676H) di dalam al-Majmu’ Syarah Muhazzabnya menulis:
ولو تشكك والعياذ بالله في شئ من أصول العقائد مما لا بد من إعتقاده ولم يزل شكه الا بتعليم دليل من أدلة المتكلمين وجب تعلم ذلك لا زالة الشك وتحصيل ذلك الاصل
Bermaksud: Sekiranya seseorang ragu terhadap mana-mana usul aqidah yang tidak dapat tidak mesti dipercayai, dan keraguannya tidak hilang melainkan dengan mempelajari dalil-dalil mutakallimin, wajiblah atasnya mempelajari dalil-dalil itu demi menghilangkan keraguan dan mendapatkan usul tersebut. (lihat al-Majmu’ jil. 1 m.s. 25).
Abu Hayyaan al-Andalusi (m. 745H) di dalam Tafsirnya al-Bahru al-Muhith ketika mentafsirkan firman Allah: [وإن هذه أمتكم أمة واحدة] menulis:
ويحتمل أن تكون { هذه } إشارة إلى الطريقة التي كان عليها ألأنبياء المذكورون من توحيد الله تعالى هي طريقتكم وملتكم طريقة واحدة لا اختلاف فيها في أصول العقائد , بل ما جاء به الأنبياء من ذلك هو ما جاء به محمد صلى الله عليه وسلم
1.1.2 Bermaksud: Perkataan هذه di dalam firman Allah ini mungkin juga mengisyaratkan kepada jalan-jalan yang diikuti para nabi tersebut berupa mentauhidkan Allah s.w.t. ialah jalan dan laluan yang sama. Tiada khilaf padanya dalam usul ‘aqidah. Malah apa yang dibawakan oleh para nabi itulah juga jalan (yang diikuti) Muhammad s.a.w. (lihat al-Bahru al-Muhith jil. 8 m.s. 197)
1.1.3 Ibnu ‘Ajibah (Ahmad bin Muhammad bin al-Mahdi m. 1224H) di dalam Tafsirnya al-Bahru al-Madid ketika mentafsirkan firman Allah [ وإن هذه أمنكم أمة واحدة ] menulis:
[ وإن هذه أمنكم أمة واحدة ]
أي : ملتكم وشريعتكم التي أنتم عليها [ أمة واحدة ] أي : ملة واحدة , متحدة في أصول الشرائع , التي لا تبدل بتبدل الأعصار , وهو التوحيد وما يتبعه من أصول العقائد
Bermaksud: Jalan dan agama yang kamu ikuti itu adalah sama dalam usul aqidahnya. Ia tidak berubah dengan berubahnya masa, iaitu tauhid dan lain-lain usul aqidah. (lihat al-Bahru al-Madid jil. 4 m.s. 186).
1.1.4 al-‘Allamah Mahmud al-Aalusi (m. 1270H) di dalam Tafsirnya Ruhul Ma’ani ketika mentafsirkan firman Allah وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لأِبْرِاهِيمَ menulis:
ورأيت في بعض الكتب ولا أدري الأن أي كتاب هو أن نوحا عليه السلام لم يرسل إلا بالتوحيد ونحوه من أصول العقائد ولم يرسل بفروع
Maksudnya: Pernah saya lihat sebuah buku. Saya tidak pasti sekarang namanya, bahawa Nuh a.s. tidak diutuskan selain untuk membawa ajaran tauhid dan lain-lain usul aqidah. Baginda tidak diutuskan membawa ajaran furu’. (lihat Mahmud al-Aalusi-Ruhul Ma`ani j.17 m/s 149)
(SAMBUNGAN ARTIKEL DALAM RUANGAN KOMEN KZbin)

Пікірлер: 26
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION KZbin - BAHAGIAN 1 DARI 3) 1.1.5 Ketika ditanya tentang orang mati yang dikatakan diseksa dan diberi ni’mat di dalam kuburnya itu adakah tubuhnya atau ruhnya atau kedua-dua sekali yang merasai azab atau ni’mat itu? Al-Allamah Rasyid Ridha (m.1354H) setelah mengemukakan perbezaan pendapat ulama’ tentangnya, menulis: ونحمد الله تعالى أنهم لم يجعلوا هذه المسألة من أصول الأقائد التي يكفر منكرها Maksudnya: Syukur kepada Allah s.w.t. kerana mereka (para ulama’) tidak menganggap masalah ini sebagai salah satu usul aqidah yang dihukum kafir orang yang tidak mempercayainya. (lihat Majallah al-Manaar j. 8 m.s. 256). 1.1.6 'Allamah ‘Abdur Rahman al-Mu’allimi al-Yamani (m. 1386H) di dalam bukunya “at-Tankil bima fi Ta’nib al-Kautsari minal Abaathil” menulis: وهذا إنما يحتاج إليه في فروع العقائد التي لا يضر عدم استيقانها Maksudnya: Perkara ini hanya diperlukan dalam furu’ aqidah yang tidak mengapa tidak mempercayainya. (lihat at-Tankil Bima Fi Ta’nib al-Kautsari Minal Abaathil j. 3 m.s. 282). 2- USUL DAN FURU’ AQIDAH 2.1 Usul aqidah ialah perkara-perkara yang mesti dipercayai dan ia menentukan Islam atau tidaknya seseorang. 2.2 Usul aqidah adalah perkara-perkara yang diterima oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagai aqidah pokok dan usul bagi Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 2.3 Ayat-ayat al-Qur’an yang muhkam dan qath’i dalalahnya sahaja merupakan satu-satunya sumber usul aqidah yang disepakati oleh semua golongan Ahli as-Sunnah. 2.4 Antara usul aqidah yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jama`ah ialah: 2.4.1 Percaya kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifat-Nya yang sempurna. Maha suci Ia daripada segala kekurangan. Tidak ada suatu apa pun yang menyerupai-Nya. 2.4.2 Percaya bahawa tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib secara mutlaq selain Allah. 2.4.3 Percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi lagi rasul dan beliau adalah utusan Allah yang terakhir. 2.4.4 Percaya akan adanya hari kemudian dan hari pembalasan, merangkumi alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka sebagai perkara-perkara yang benar. 2.4.5 Mempercayai adanya dosa dan pahala bagi amalan baik atau buruk yang dilakukan oleh manusia mukallaf. 2.4.6 Mempercayai bahawa Allah ada mengutuskan sekian banyak hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia sebagai nabi-nabi dan rasul-rasul untuk membimbing manusia di dunia ini. 2.4.7 Mempercayai Allah ada menurunkan kitab-kitab suci-Nya kepada rasul-rasul tertentu sebagai hidayat kepada kaum mereka masing-masing. Antaranya ialah kitab Taurat, Zabur dan Injil. 2.4.8 Mempercayai Al-Quran sebagai kitab dari Allah yang terakhir dan ia terpelihara daripada sebarang tokok tambah dan penyelewengan. 2.4.9 Mempercayai kewujudan Malaikat dan mempercayai bahawa mereka adalah makhluk Allah yang sangat taat kepada-Nya. Mereka sama sekali tidak menderhakai Allah. 2.4.10 Mempercayai qadha’ dan qadar (taqdir), baik dan buruknya adalah daripada Allah s.w.t. 2.4.11 Percaya tentang adanya makhluk-makhluk lain yang terlindung dari pandangan mata kasar manusia seperti jin syaitan dan lain-lain. 2.4.12 Percaya tentang para rasul ada dikurniakan mu’jizat-mu’jizat tertentu oleh Allah ‘Azza wa jalla. 2..4.13 Dan lain-lain. 3- FURU’ AQIDAH Furu’ aqidah ialah perkara-perkara aqidah yang tidak disepakati di kalangan Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Ia tidak menentukan Islam dan kufurnya seseorang. Berbeda pendapat tentangnya juga tidak mengeluarkan seseorang dari daerah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 3.1 Al-Qur’an yang tidak qath’i dalalahnya dan hadith-hadith yang sahih merupakan sumber furu’ aqidah. 3.2 Antara usul dan furu’ aqidah, furu’ aqidah terbukti lebih banyak dan lebih luas berbanding dengan usul aqidah. 3.3 Perbezaan dalam furu’ aqidah tidak menjadikan seseorang kafir dan tidak mengeluarkan dari Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Paling tinggi pun dalam setengah-setengah perkara ia membawa seseorang menjadi ahli al-bid’ah wal al-ahwa’ atau pendapatnya dianggap syaz (ganjil) sahaja, tetapi ia masih lagi Islam. 3.4 Termasuk di bawah furu’ aqidah antara lainnya ialah kepercayaan-kepercayaan dan perkara-perkara berikut: 3.4.1 Adakah iman itu “basith” atau “murakkab” dan adakah ia boleh bertambah dan berkurang? 3.4.2 Dapat atau tidak manusia melihat Allah semasa hidup di dunia ini. 3.4.3 Nabi-nabi, adakah terdiri dari kalangan laki-laki sahaja atau ada juga dari kalangan perempuan. 3.4.4 Setelah mati apakah semua bahagian tubuh manusia akan binasa atau ada yang tidak binasa. 3.4.5 Kalam Allah itu bersuarakah atau ia tidak berhuruf dan bersuara. 3.4.6 Ibu bapa nabi kita Muhammad s.a.w. telah meninggal dunia sebagai muslim atau tidak? 3.4.7 Adakah Allah s.w.t. itu “sesuatu‟ atau tidak? 3.4.8 Sifat-sifat Allah itu adakah ia ‘ain zat-Nya (zat Allah itu sendirikah) atau bukan ‘ain zat-Nya. 3.4.9 Khadhir yang tersebut di dalam hadith-hadith sahih dan hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s. itu adakah nabi atau wali atau malaikat? Bahkan kepercayaan tentang akan muncul di akhir zaman Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan lain-lain, meskipun sahih berdasarkan Hadith Mutawatir ma’nawi, namun masih lagi dianggap oleh sekumpulan besar ulama’ sunni sebagai furu’ aqidah. 4- CONTOH-CONTOH PERBEZAAN PADA FURU’ AQIDAH ADALAH ANTARA ASYA’IRAH DAN MATURUDIYAH: 4.1 Perbedaan pendapat dalam menentukan elok atau tidak eloknya sesuatu. Adakah ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal atau Syara’. Maturidiyah berpendapat ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal. Asya’irah pula berpendapat ia bergantung kepada ketentuan Syara’. 4.2 Kedua-dua golongan, Asya’irah dan Maturidiyah menerima kalam Allah yang sebenarnya ialah kalam nafsi-Nya. Tetapi adakah kalam nafsi Allah itu boleh didengar atau tidak. Kata Maturidiyah, tidak boleh didengar. Apa yang didengar oleh Nabi Musa a.s. misalnya hanyalah sesuatu yang menunjukkan kalam nafsi Allah sahaja. Asya’irah pula berpendapat ia boleh didengar. 4.3 Allah tidak mentaklifkan (membebankan) manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Asya’irah pula berpendapat, ia (menurut ‘aqal) boleh jadi berlaku. Al-Isfiraini dan al-Ghazali adalah antara tokoh Asya’irah yang tidak bersetuju dengan Asya’irah dalam masalah ini. 4.4 Menurut Maturidiyah, Allah tidak berlaku zalim. Mustahil pada akal Tuhan berlaku zalim. Asya’irah pula berpendapat, tidak mustahil (pada akal). 4.5 Menurut Maturidiyah, mengenal Allah wajib atas seseorang dengan sebab ia berakal (ada akal). Menurut Asya`irah pula ia wajib dengan sebab Syara’, bukan dengan sebab akal semata-mata. 4.6 Menurut Maturidiyah, setiap perbuatan Allah mesti ada hikmat dan illatnya. Sedangkan Asya’irah berpendapat tidak, malah tidak boleh dikatakan begitu. 4.7 Maturidiyah berpendapat, iman muqallid (orang yang mengikut orang lain semata-mata tanpa menggunakan pemikiran sendiri) adalah sah. Asya’irah pula berpendapat tidak sah. Kerana syarat sah iman di sisi mereka ialah mengetahui setiap masalah aqidah dengan dalil ‘aqli yang putus. 4.8 Manusia mempunyai usaha ( كسب ) dan ikhtiar dalam melakukan sesuatu perkara. Usaha dan ikhtiarnyalah yang memberi bekas terhadap sesuatu yang dibuatnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Tetapi Asya’irah berpendapat, semua perbuatan ikhtiari manusia berlaku dengan kudrat Allah semata-mata. Allah jualah yang memberi bekas pada semua perbuatannya. 4.9 Menurut Maturidiyah iman tidak bertambah dan berkurang. Sedangkan menurut pendapat yang masyhur dan popular di kalangan Asya’irah ialah iman boleh bertambah dan berkurang. 4.10 Asy’irah berpendapat, taubat orang yang sedang nazak tidak diterima Allah. Sedangkan Maturidiyah berpendapat taubatnya masih diterima Allah. 4.11 Menurut Maturidiyah, menanggap dan merasai sesuatu dengan pancaindera bukanlah ilmu. Ia tidak lebih daripada sarana untuk mendapat ilmu. Sedangkan Asya’irah sudah mengiranya sebagai ilmu. 4.12 Kata Maturidiyah, orang celaka boleh menjadi bahagia dan orang yang bahagia pula boleh menjadi celaka. Sementara golongan Asya’irah pula berpendapat, kecelakaan dan kebahagiaan seseorang itu hanya akan pasti ketika ia meninggal dunia. Penghujung hidupnyalah yang menentukan sama ada ia seorang bahagia atau celaka. 4.13 Bagi Maturidiyah, orang kafir tidak boleh dimaafkan (diampunkan) Allah menurut (hukum) akal. Sedangkan bagi Asya’irah, kalau menurut akal boleh saja. Tetapi menurut Syara’ pula tidak boleh. 4.14 Menurut Maturidiyah sifat takwin adalah sifat zat yang azali bagi Allah s.w.t. Takwin di sisi mereka bukan mukawwan. Bagi Asya’irah, ia adalah sifat fi’il Allah. Justeru ia merupakan sesuatu yang haadith. 4.15 Di sisi Maturidiyah, tidak harus pada ‘aqal dan Syara’ Allah menyalahi janji baik atau janji buruk yang dibuat-Nya, misalnya dengan mengekalkan orang-orang mu’min di dalam neraka dan mengekalkan orang-orang kafir di dalam syurga. Di sisi Asya’irah, meskipun semua itu harus pada akal, namun ia tidak harus pada Syara’. 4.16 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang sifat (كن) “kun‟ yang dengannya Allah menjadikan segala sesuatu. Maturidiyah berpendapat ia kinayah kepada segeranya penciptaan Allah. Ia bukan perkataan sebenar. Dikatakan perkataan hanya secara majaaz sahaja. Asya’irah pula berpendapat, kejadian segala sesuatu berkait dengan kalam azali Allah s.w.t. Dan perkataan “kun‟ (كن) menunjukkannya itu. 4.17 Maturidiyah berpendapat, taufiq bererti Allah memudahkan dan menolong seseorang. Menurut Asya’irah pula taufiq bererti Allah menjadikan kemampuan di dalam diri hamba-Nya untuk melakukan ketaatan. (SAMBUNGAN ARTIKEL KE BAHAGIAN 2) .
@solehah8652
@solehah8652 Жыл бұрын
Assalamualaikum.mana boleh dptkan nota2 ni? jazakallahu khair
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 Жыл бұрын
@@solehah8652 boleh download dari ruangan description video ni (ada link disediakan) atau copy and paste nota yg disertakan dalam ruangan description dan komen youtube ni
@user-qk2el4et1q
@user-qk2el4et1q Жыл бұрын
mantap maulana.syukkraan smoga Allah melindungimu
@muhammadhilmi5746
@muhammadhilmi5746 8 жыл бұрын
terbaik ustaz maulana asri.pncerahan yang mdah utk difahami
@mohdsuhaimiyusoff8426
@mohdsuhaimiyusoff8426 2 жыл бұрын
Alhamdulillah terima kasih maulana dan semoga murah rezeki tuan yang upload video ni
@abdhalimustafakedah4342
@abdhalimustafakedah4342 7 жыл бұрын
jelas dan padat.mudah faham.penting .ckp mustahak utk dihayati.
@ownrana5321
@ownrana5321 Жыл бұрын
Selesai tonton 2
@musa21127
@musa21127 Ай бұрын
Join.
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION KZbin - BAHAGIAN 3 DARI 3) 8- SIAPA AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH? Beberapa jawapan berupa ta’rif dan pengenalan telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan persoalan ini. Di bawah ini dikemukakan dua sahaja daripadanya: 8.1 Ahlus Sunnah Wal Jama’ah itu terdiri daripada tiga golongan (1) Ahlu al- Hadith wa al-atsar (2) al-Asya’irah dan (3) al-Maturidiyah. Demikianlah pengenalan yang diberikan oleh as-Safaarini dan lain-lain. 8.2 Ahlus Sunnah Wal Jama`ah itu terdiri dari tiga golongan. Mereka ialah (1) Ahlu ar-Ra’yi wa an-Nazar (2) Ahlu al-Hadith wa al-atsar dan (3) Ahlu al-Kasyfi wa al- Wijdaan (Ahli Tasauf). 8.3 Dan banyak lagi yang lain. 8.4 Sebaik-baik ta`rif Ahlus Sunnah Wal Jama`ah ialah yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda s.a.w. bersabda: وَإِنَّ بِنَي إِسْرَائِيلَ تفرِّقتْ على ثِنْتيْنِ وسَبْعِينَ مِلَّةَ وتفترق أمّتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومَنْ هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي Bermaksud: Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya di neraka melainkan satu puak sahaja. Para Sahabat bertanya: “Siapakah satu puak itu wahai Rasulallah?”. Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah puak yang berada di atas landasanku dan landasan para Sahabatku”. (Hadith riwayat at-Tirmizi, at-Thabaraani, al-Haakim dan lain-lain). Jika hadith Rasulullah s.a.w. ini dijadikan panduan, nescaya ta’rif Ahlus Sunnah itu dapat menampung lebih banyak jumlah pengikutnya dan lebih luas konsep penerimaannya. Ia tentunya akan merangkumi golongan Asya’irah dan Maturidiyah yang mewakili Ahli ar-Ra’yi wa an-Nazar dan juga golongan Salafiyyah yang mewakili Ahli al-Hadith wa al-Atsar. Jika Ahli Sunnah hanya Asya’irah dan Maturidiyah sahaja, bagaimana dengan orang-orang yang telah berlalu sebelumnya seperti Imam Malik, Abu Hanifah, as-Syafi’e, Ahmad dan lain-lain. Adakah mereka itu bukan Ahlus Sunnah kerana pada masa itu belum wujud lagi Asya’irah dan Maturidiyah atau mereka itu juga Ahlus Sunnah? Jika mereka itu diterima sebagai Ahlus Sunnah, apakah nama yang sesuai untuk mereka? Berdasarkan bukti sejarah, mereka dikenali sebagai golongan Salaf atau Salafiyyah. 9- PENUTUP Kesatuan dan kesefahaman antara golongan-golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sangat perlu bagi menjamin keharmonian umat Islam. Kesepakatan mereka boleh membentuk satu kuasa besar untuk menghadapi pelbagai cabaran terhadap agama Islam. Untuk itu mereka mestilah saling berkasih sayang, tolong menolong, bertolak ansur, mencari titik persefahaman, tidak tuduh menuduh dan tidak mengkritik tokoh-tokoh setiap aliran sebagai sesat dan menyeleweng. والله المستعان وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
@kingkai3862
@kingkai3862 13 күн бұрын
16.7.2024
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
(SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION KZbin - BAHAGIAN 2 DARI 3) 4.18 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang amalan orang murtad yang terhapus dengan sebab kemurtadannya. Adakah ia dikira semula setelah si murtad itu kembali memeluk agama semula atau tidak? Maturidiyah berpendapat, ia dikira semula. Asya’irah pula berpendapat, tidak, malah ia terhapus terus. 4.19 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang orang-orang kafir, adakah mereka akan diseksa kerana meninggalkan segala perkara yang difardhukan dan diwajibkan, di samping kerana kekufuran mereka? Maturidiyah berpendapat, mereka akan diseksa kerana kekufuran, bukan kerana meninggalkan perkara-perkara yang difardhu dan diwajibkan. Asya’irah pula berpendapat, mereka akan disekasa kerana meninggalkan kedua-duanya. 4.20 Mereka berbeda pendapat tentang kema’shuman (عصمة) para nabi. Asya’irah menafikan kemungkinan para nabi melakukan dosa-dosa besar secara mutlaq. Mereka hanya mengharuskan berlaku dosa-dosa kecil pada para nabi secara tidak sedar. Ada juga di kalangan Asya’irah orang-orang yang menafikan kemungkinan para nabi ada melakukan dosa-dosa secara mutlaq, seperti al-Isfiraini dan Qadhi `Iyaadh. Begitulah pendapat Maturidiyah. 5- CONTOH-CONTOH PERBEZAAN FURU’ AQIDAH ANTARA ASYA’IRAH DAN TOKOH-TOKOH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH YANG LAIN 5.1 Asya’irah berbeda dengan Imam al-Bukhari daripada segi menanggap kalam Allah itu tidak berhuruf dan bersuara. Adapun al-Bukhari, beliau mempercayai kalam Allah itu bersuara, hanya ia tidak berhuruf sahaja. 5.2 Jumhur Asya’irah dan Maturidiyah berbeda dengan Ibnu Hazam daripada segi mereka misalnya tidak menerima adanya nabi-nabi dari kalangan wanita. Sedangkan Ibnu Hazam berpendapat ada juga wanita yang dipilih menjadi nabi seperti ibu Nabi Musa a.s. dan ibu Nabi Isa, Maryam a.s. 5.3 Ahlu Hadith dan Salafiyah menerima tauhid al-Uluhiyah, Rububiyah dan al-Asmaa’ wa as-Sifat sebagai landasan aqidahnya. Asya’irah pula menerima 20 sifat Tuhan yang wajib diimani. Pada asalnya mereka menerima hanya 13 sifat Tuhan sahaja. Setelah ditambah dengan 7 sifat ma’nawiyah yang diterima Maturidiyah, jadilah 20 kesemuanya. 5.4 Asya’irah dan Maturidiyah tidak menerima hadith ahaad sebagai sandaran dalam bab aqidah, sedangkan Salafiyah dan Ahli al-Hadith menerimanya. 5.5 Qadha’ dan qadar menurut Asyairah terbahagi kepada mu’allaq dan mubram. Salafiyah dan Ahli al-Hadith pula membahagikannya kepada kauni dan syar’i. Ibnu al-Qayyim telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perbezaan pembahagian seperti itu di dalam kitabnya Syifaa’ al-‘Alil. 5.6 Asya’irah pada umumnya memakai kaedah ta’wil apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat. Golongan Salafiyah pula mentafwidhkan terus (menyerahkan) ma’nanya kepada Allah. Sementara segolongan Salafiyah yang lain pula mengitsbatkan terlebih dahulu ma’na asalnya, kemudian baru diserahkan hakikat ma’nanya kepada Allah. Bagaimanapun kesemua mereka tetap tidak menyerupakan Allah dengan sekalian makhluk-Nya. 6- ANTARA SEBAB KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM DALAM MEMAHAMI METODOLOGI ALIRAN-ALIRAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH 6.1 Tidak memahami konsep usul dan furu’ aqidah dengan baik. 6.2 Asya’irah dianggap golongan yang mesti menta’wilkan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat. Padahal mereka adakalanya menerima saja ayat-ayat dan hadith-hadith itu tanpa sebarang ta’wilan. Sementara golongan Salafiyah pula dianggap langsung tidak menerima kaedah ta’wil. Padahal mereka juga adakalanya tidak dapat mengelak diri daripada ta’wil. 6.3 Penggunaan istilah-istilah oleh ulama’ tertentu yang disalah ertikan. Misalnya penggunaan istilah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah untuk kumpulan mereka sahaja, penggunaan perkataan ضل atau ضلال dan sebagainya. 6.4 Ta`sub, jumud, tidak mahu menerima langsung perbezaan dalam perkara-perkara yang masih boleh berbeza. 7- SIKAP DAN PENDIRIAN YANG SEHARUSNYA DIAMBIL OLEH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH DALAM MENDEPANI GEJALA-GEJALA INI 7.1 Meraikan setiap perbezaan antara aliran-aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam permasalahan furu’ aqidah. 7.2 Saling bantu membantu antara kesemua aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam usaha menegakkan Islam. 7.3 Menegur secara bijaksana dan berhemah jika berlaku kesilapan. 7.4 Tidak mentohmah, memfitnah, menuduh, mencerca, dan memaki hamun antara sesama Ahli Sunnah Wal Jama’ah, sebaliknya memperakui dan mengenang setiap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh setiap ulama’ dari setiap aliran. 7.5 Mengenepikan perbezaan furu’ aqidah antara Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan memberi sepenuh tumpuan kepada ancaman sebenar terhadap Islam. 7.6 Meneladani tokoh-tokoh ulama’ Sunni di seluruh pelosok dunia yang berfikiran terbuka dan bersangka baik terhadap semua aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah. 7.7 Mempelajari kitab-kitab aqidah semua aliran Sunni dengan saksama. Lebih baik lagi jika kesemuanya dimasukkan dalam sukatan pengajian di pusat-pusat pengajian. (SAMBUNGAN ARTIKEL KE BAHAGIAN 3)
@ozispace
@ozispace Жыл бұрын
Bahas tentang Imam Mahdi,Dajjal & Nabi Isa (57:00)
@mohdsaibayaacob3819
@mohdsaibayaacob3819 21 күн бұрын
Manhaj SALAF dan manhaj Salafiyyah adalah BERBEZA. Manhaj Salaf adalah al-Itsbat Bi La Kayfiyyah ataupun al-Itsbat Ma'a at-Tanzih. Manakala manhaj Salafiyyah pula ialah Tafwid al-Kayfiyyah. Jauh bezanya. Sebab itulah Salafiyyah menganggap Asha'irah dan Maturidiyyah termasuk dlm kalangan ahli bid'ah bersama-sama dgn Jahmiyyah, Muktazilah, Shi'ah dll.
@ruangilmu1178
@ruangilmu1178 2 жыл бұрын
Tak semua khilaf itu di anggap, apabila khilaf itu menyelisihi jumhur yang terlalu amat sangat banyak maka khilaf tersebut tertolak. Macam Abu Hanifah kata boleh nikah mut'ah. Abu Hanifah menyelisih Ahlussunnah. Tergelincir, Abu Hanifah tidak keluar dari Ahlussunnah sebab itu. Namun kita katakan tak sengaja tersalah dalam fatwa beliau rahimahullah. Begitu juga persoalan lain, baik dalam Aqidah atau pun fiqih, apabila telah masyur ada kesepakatan di atas sebuah perkara kemudian datang seorang menyelisihi kebanyakan orang maka sekalipun dalam Ulama Ahlussunnah kita tolak khilaf tersebut. Wa Allahu 'alam... Semoga Allah memberi kita hidayah dan taufiq...
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
Rukun Iman ada 6.. yang pertama ialah percaya kpd Allah..ini adalah Asas Aqidah,yaitu: "Awalludin Makrifatullah"..awal agama adalah mengenal Allah dari Segi Dzat A'fal dan Sifat Allah.Ini yang dibincangkan olih Asy-Syariah-Maturidiyah ,berlawanan dengan pegangan Trinity Tawhid yg hanya membincangkan Sifat2/nama2 Allah.
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
Sengketa hanya berlaku bila Ustaz2 Wahabi mengangap Asya'irah wal maturidiyah sesat.
@kuzaidkudeen2926
@kuzaidkudeen2926 Жыл бұрын
Sama juga Asya'irah dan maturidi jgk mengeluarkan salafi dikalangan ASWJ
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 3 жыл бұрын
APA benda damai Aliran Sunnah waljamaah..mereka tak pernah sengketa..yg celarunya adalah firqah yg diluar Ahlulsunnah waljamaah...!!!?????
@muzakkirazmi6424
@muzakkirazmi6424 3 жыл бұрын
Ahli sunnah tak pernah menkafirkan mana 2 puak yg tak sama aliran .tapi wahabi akan bidahkan apabila org yg tak sama dgn aliran dgn nya
@ridri3580
@ridri3580 Жыл бұрын
Terbaru UAI, MENGKAFIRKAN sesiapa yang makan keropok lekor...ahli sunnahkah dia atau wahabi?
@muhammadirfan5611
@muhammadirfan5611 19 күн бұрын
Membid‘ahkan perbuatannya atau membid‘ahkan pelakunya, terutamanya secara muqayyad/mu‘ayyan (tentu)? Kemudian, adakah sama membid‘ahkan dengan mengkafirkan? Adakah sama mengkafirkan dengan memastikan masuk neraka?
@muzakkirazmi6424
@muzakkirazmi6424 3 жыл бұрын
Mendamaikan ahli sunnah wal jamah macam mana .kalau awak dok bidah kan apa yg.org dari mazhab 4 amal kan .kalau batul handak mendamai kita buat lah amal yg sama .Janganlah dok bidahkan
@amerkushairi2093
@amerkushairi2093 2 жыл бұрын
Cuba bgtau sikit apa amalan 4 mazhab yg dibidahkan oleh salafi...mcm sembang je ko ni
@faizfaiz965
@faizfaiz965 2 жыл бұрын
Apa cth perkara dari imam/ulamak muktabar mazhab 4 yg asri yusoff & lain² tu bid'ahkan? Yg sering terjadi: Perkara² yg di'claim' dari ulamak muktabar mazhab 4, tp tiada pun diajar oleh mereka. Bahkan ada yg mereka sendiri pun bid'ahkan juga. Dari mana² dtgnya, guru utara semenanjung claim mimpi, syeikh Yemen zaman terkemudian ajar, tapi claim dari mazhab 4.
@muhammadirfan5611
@muhammadirfan5611 19 күн бұрын
"Kalau batul handak mendamai kita buatlah amal yg sama," kalau macam ni tak ada ulama yang damai.
1/2-Mu'awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
1:50:07
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 6 М.
Как бесплатно замутить iphone 15 pro max
00:59
ЖЕЛЕЗНЫЙ КОРОЛЬ
Рет қаралды 7 МЛН
Now THIS is entertainment! 🤣
00:59
America's Got Talent
Рет қаралды 40 МЛН
[Sahih al-Bukhari - Kitab Azan] - Sesi 100 - Solat Malam
1:27:34
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 97
AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad - Maulana Asri
34:48
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 36 М.
Kamal Ataturk Masih Dikagumi - Ustaz Amin
1:06:06
Al-Imran
Рет қаралды 101 М.
Rahsia Air Hujan Yang Ramai Tak Tahu :: Ustaz Auni Mohamed
52:22
Al Irsyad Studio
Рет қаралды 278 М.
Program Bicara Isu Islam Semasa
3:40:55
Faculty of Economics and Muamalat
Рет қаралды 16 М.
Как бесплатно замутить iphone 15 pro max
00:59
ЖЕЛЕЗНЫЙ КОРОЛЬ
Рет қаралды 7 МЛН