Рет қаралды 74
Al-Quran memuliakan seseorang dan al-Quran juga akan menghinakan seseorang.
أنَّ نَافِعَ بنَ عبدِ الحَارِثِ لَقِيَ عُمَرَ بعُسْفَانَ، وَكانَ عُمَرُ يَسْتَعْمِلُهُ علَى مَكَّةَ، فَقالَ: مَنِ اسْتَعْمَلْتَ علَى أَهْلِ الوَادِي، فَقالَ: ابْنَ أَبْزَى، قالَ: وَمَنِ ابنُ أَبْزَى؟ قالَ: مَوْلًى مِن مَوَالِينَا، قالَ: فَاسْتَخْلَفْتَ عليهم مَوْلًى؟! قالَ: إنَّه قَارِئٌ لِكِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وإنَّه عَالِمٌ بالفَرَائِضِ، قالَ عُمَرُ: أَمَا إنَّ نَبِيَّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ قدْ قالَ: إنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بهذا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ به آخَرِينَ.
الراوي : عمر بن الخطاب | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 817 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
.
Nafi bin Abdul Harith (seorang Gabenor di Mekah dan memeluk Islam pada masa Nabi buka kota Mekah iaitu 8 Hijrah) bertemu Umar di Usfan, dan Umar melantik Nafi’ Bin Abdul Harith sebagai Gabenor di Mekah, maka
Umar berkata: Siapakah yang kamu lantik sebagai pemangku untuk mengawal penduduk Mekah itu ketika ketiadaan engkau? (Ini menunjukkan Umar seorang yang bertanggungjawab, bijak, peka). Maka Nafi’ bin Abdul Harith jawab: Aku melantik ابن أبزى. Siapa ابن أبزى ؟. Nafi’ bin Abdul Harith jawab: Dia seorang مولى iaitu hamba. Umar terkejut dan bertanya Nafi’ ambil hamba sebagai pengganti ketiadaannya di Mekah?
Nafi’ bin Abdul Harith jawab: Dia adalah seorang pembaca Kitab Allah Taala, dan dia mengetahui tugas-tugas agama. Umar berkata: Ingatlah Nabi kamu s.a.w. bersabda: أِنَّ الله يَرْفَعُ بهذا الكِتَابِ أَقْوَاماً, وَيَصْنَعُ به اّخَرينَ
Sesungguhnya Allah mengangkat satu kaum dengan kitab ini (al-Quran) dan menurunkan/merendahkan satu kaum yang lain dengan al-Quran juga.
Perawi: Umar bin Al-Khattab | Kemas kini: Muslim | Sumber: Sahih Muslim | Muka surat atau nombor: 817 | Ringkasan hukum hadis: [Sahih]
Umar setuju dengan pengganti Nafi’ bin Abdul Harith semasa Nafi’ bin Abdul Harith tiada di lembah (Mekah). Kenapa Umar setuju? Walaupun seseorang itu asalnya مولى iaitu hamba tetapi dia jadi hebat dengan sebab al-Quran. Tengok cara sahabat Nabi berfikir. Bila al-Quran ada bersamanya, maka hebatlah seseorang itu. Layak menjadi pengganti pemimpin. Sebaliknya jika tidak bersama al-Quran, walaupun dia keturunan Raja, disisi Allah dia tak mulia.
Jom kita belajar tadabbur al-Quran untuk jadi mulia disisi Allah www.youtube.co...