Рет қаралды 3,005
SK Jengka Pusat 2 | 2021 - Lagu SKJP2
Indahnya sekolah kita
Kebanggaan kita semua
Bersatu menjunjung cita
SKJP2
Warga bersatu suara
Menjunjung harapan bonda
Menjulang di serata
Berilmu berakhlak berjasa
Sekolah gemilang warga cemerlang
Harapan dan pegangan kita
Menuntut ilmu akhlak disatu
Menjadi insan yang mulia
Sekolah gemilang warga cemerlang
Bersama kita buktikan
Semangat kental terus membara
Hingga ke puncak jaya
#gemilangkanjp2
Lagu Sekolah SKJP2 telah dicipta oleh Cikgu Sharizul bin Abrahim dan liriknya ditulis bersama dengan Cikgu Syarifah Noramiza binti Syed Ibrahim. Lagu ini dicipta sekitar tahun 1999.
Cikgu Sharizul adalah kumpulan guru yang pertama bertugas di SK Jengka Pusat 2 sewaktu pembukaan SK Jengka Pusat 2 pada 01 Ogos 1995. Sekarang Cikgu Sharizul bertugas di SK Jengka 16 sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Manakala Cikgu Syarifah Noramiza Syed Ibrahim bertugas di SK Jengka Pusat 2 pada sekitar tahun 1998. Setelah berkahwin, beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan bertugas di salah sebuah sekolah di sana.
Pada tahun ini, Lagu SKJP2 telah diberi nafas baru bersempena dengan ulangtahun yang Ke-25 penubuhan SK Jengka Pusat 2. Gubahan susunan muzik baru ini adalah hasil kolaboratif bersama Encik Nasrulhaq bin Shahdan (Nemo Cherpen Band).
Lirik lagu sekolah ini mencerminkan kesungguhan dan usaha gigih seluruh warga SK Jengka Pusat 2 ke arah kecemerlangan dalam pelbagai bidang khususnya Pembangunan Modal Insan dengan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
Semoga SK Jengka Pusat 2 sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan dan melahirkan insan-insan yang berilmu, berakhlak dan berjasa.
.