Tak Sangka Campsite Ni Awesome! Kem Survival Anjong Charandong

  Рет қаралды 18,468

Nasi Lemak TV

Nasi Lemak TV

2 жыл бұрын

Salam & hi geng NLTV! Setelah fully vaccinated, kami akhirnya berpeluang untuk kembali bercamping weekend baru ni. Memang excited lain macam sebab betul-betul dah lama tak bercamping. Especially wife, balas dendam punya camping katanya. Excited punya pasal seminggu awal dah pack barang & charge semua peralatan. Kalau dulu sehari sebelum gerak baru tergedek-gedek kami nak pack.
Memandangkan masa tu border negeri belum dibuka, kami cuba cari tempat camping sekitar negeri Selangor. Jadi akhirnya kami jumpa campsite yang menarik ni, Kem Survival Anjong Charandong. Ikut kata tuan tanah, campsite tu dah berusia lebih kurang 20 tahun! Orang kata kalau beranak, dah belia remaja gitu. Tapi dekat facebook belum banyak info, itu yang kami teruja nak pergi ke sana.
Mula-mula kami tak expect apa-apa sangat dari campsite ni. Tapi sungguh tak disangka, campsite ni memang best sangat! Dengan owner yang peramah & tak lokek berkongsi macam-macam cerita, kawasan campsite yang sangat terpelihara, sungai yang cantik & bersih, siapa yang tak suka? Walaupun kemudahan yang disediakan hanya yang basic (toilet & parking), tapi ada pakej lain kat sini! Pakej masakan kampung yang memang rare. Sebab jarang jumpa kat tempat lain.
Uniknya, kat sini korang boleh jungle trekking, boleh memancing. Tubing & rafting pun boleh kalau korang ada kelengkapannya. Petang-petang boleh ronda-ronda sekitar campsite, tengok orang main paragliding. Kayu api? Berlambak! Free pulak tu. Memang terbaik owner campsite ni. Memang baik hati, humble orangnya. Kami nak ambil kesempatan ucap terima kasih lagi sebab bagi layanan terbaik, siap bagi kami rasa masakan best kat campsite.
Pesanan kami, kalau korang nak camping kat sini korang kena hadam dulu perkara ni: 1) Ini kem survival, jadi kemudahan basic sahaja yang disediakan. Jangan pula nak minta tandas siap tiles. 2) Tuan tanah baik orangnya, jadi jagalah tempat ni sebaiknya dengan menguruskan sisa sampah korang dengan baik. 3) Kalau korang nak tempah pakej sekali dengan makan, better buat awal2 supaya senang nanti. 4) Tempat ni kena masuk melalui gate Taman Milenium Kuala Kubu Bharu, pagar ditutup jam 6 petang.
Barangan kami harga mampu milik sahaja. Bukan level bangsawan mahupun kayangan. Level kebanyakan je. Jom cuci mata:
Tshirt Nasi Lemak TV (limited stock): shp.ee/u2a4bkp
Khemah: shp.ee/axe8gp7
Toilet tent: shp.ee/6vec259
Kerusi: shp.ee/p24ngz7
Meja: shp.ee/6buebm7
Bantal: shp.ee/jseh7q7
Headlamps: shp.ee/n773de7
Mini blender: shp.ee/kiv3sqp
Pisau: shp.ee/d24e4qp
Cooking set: shp.ee/vvsc7vu
Coffee grinder: shp.ee/dpijwip
Coffee dripper s/less steel: shp.ee/j4vq3ip
Foldable saw: shp.ee/guk64n7
Foldable bbq grill: shp.ee/grzpavp
Poles: shp.ee/tgsegup
Foldable storage boxes: shp.ee/6un27cp
Fairy lights: shp.ee/cnzwscp
Cinema light box: shp.ee/fr2exfp
Powerbank: shp.ee/gcmbbdp
Decathlon OS: shp.ee/jsgvbtp
Ohana OS: shp.ee/96r84nv
Berminat nak camping di sini?
Campsite contact:
Dato (W) Azmi @ TokMi 0173436981
Harga:
1) Daypack/picnic: Dewasa - RM10, 9-15 tahun RM5 (Tapak percuma)
2) Camping Bermalam: Dewasa - RM 25, 9-15 tahun RM15 (Tapak RM15 untuk 2 khemah)
Music:
Bumba Crossing by Kevin MacLeod is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 license. creativecommons.org/licenses/...
Source: incompetech.com/music/royalty-...
Artist: incompetech.com/
Gurindam Jiwa | Instrumental Lagu Melayu Cover by Salim Violin & Dwi Argi
• Gurindam Jiwa | Instru...
#camping #campingmalaysia #campinglife #campsite #outdoor #khemah

Пікірлер: 58
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Salam & hi geng NLTV! Setelah fully vaccinated, kami akhirnya berpeluang untuk kembali bercamping weekend baru ni. Memang excited lain macam sebab betul-betul dah lama tak bercamping. Especially wife, balas dendam punya camping katanya. Excited punya pasal seminggu awal dah pack barang & charge semua peralatan. Kalau dulu sehari sebelum gerak baru tergedek-gedek kami nak pack. Memandangkan masa tu border negeri belum dibuka, kami cuba cari tempat camping sekitar negeri Selangor. Jadi akhirnya kami jumpa campsite yang menarik ni, Kem Survival Anjong Charandong. Ikut kata tuan tanah, campsite tu dah berusia lebih kurang 20 tahun! Orang kata kalau beranak, dah belia remaja gitu. Tapi dekat facebook belum banyak info, itu yang kami teruja nak pergi ke sana. Mula-mula kami tak expect apa-apa sangat dari campsite ni. Tapi sungguh tak disangka, campsite ni memang best sangat! Dengan owner yang peramah & tak lokek berkongsi macam-macam cerita, kawasan campsite yang sangat terpelihara, sungai yang cantik & bersih, siapa yang tak suka? Walaupun kemudahan yang disediakan hanya yang basic (toilet & parking), tapi ada pakej lain kat sini! Pakej masakan kampung yang memang rare. Sebab jarang jumpa kat tempat lain. Uniknya, kat sini korang boleh jungle trekking, boleh memancing. Tubing & rafting pun boleh kalau korang ada kelengkapannya. Petang-petang boleh ronda-ronda sekitar campsite, tengok orang main paragliding. Kayu api? Berlambak! Free pulak tu. Memang terbaik owner campsite ni. Memang baik hati, humble orangnya. Kami nak ambil kesempatan ucap terima kasih lagi sebab bagi layanan terbaik, siap bagi kami rasa masakan best kat campsite. Pesanan kami, kalau korang nak camping kat sini korang kena hadam dulu perkara ni: 1) Ini kem survival, jadi kemudahan basic sahaja yang disediakan. Jangan pula nak minta tandas siap tiles. 2) Tuan tanah baik orangnya, jadi jagalah tempat ni sebaiknya dengan menguruskan sisa sampah korang dengan baik. 3) Kalau korang nak tempah pakej sekali dengan makan, better buat awal2 supaya senang nanti. 4) Tempat ni kena masuk melalui gate Taman Milenium Kuala Kubu Bharu, pagar ditutup jam 6 petang. Barangan kami harga mampu milik sahaja. Bukan level bangsawan mahupun kayangan. Level kebanyakan je. Jom cuci mata: Tshirt Nasi Lemak TV (limited stock): shp.ee/u2a4bkp Khemah: shp.ee/axe8gp7 Toilet tent: shp.ee/39ksrjp Kerusi: shp.ee/p24ngz7 Meja: shp.ee/6buebm7 Bantal: shp.ee/jseh7q7 Headlamps: shp.ee/n773de7 Mini blender: shp.ee/kiv3sqp Pisau: shp.ee/d24e4qp Cooking set: shp.ee/vvsc7vu Coffee grinder: shp.ee/dpijwip Coffee filter: shp.ee/j4vq3ip Foldable saw: shp.ee/guk64n7 Foldable bbq grill: shp.ee/grzpavp Poles: shp.ee/tgsegup Foldable storage boxes: shp.ee/6un27cp Fairy lights: shp.ee/cnzwscp Cinema light box: shp.ee/fr2exfp Powerbank: shp.ee/gcmbbdp Decathlon OS: shp.ee/jsgvbtp Ohana OS: shp.ee/96r84nv Berminat nak camping di sini? Campsite contact: Dato (W) Azmi @ TokMi 0173436981 Harga: 1) Daypack/picnic: Dewasa - RM10, 9-15 tahun RM5 (Tapak percuma) 2) Camping Bermalam: Dewasa - RM 25, 9-15 tahun RM15 (Tapak RM15 untuk 2 khemah)
@Ska1981keyboardist
@Ska1981keyboardist 2 жыл бұрын
Mmg terbaik camp site ni...tok mie pun ramah orang nya..kuala kubu bharu mmg menjadi tarikan pengunjung dari luar ketika kini..saya juga orang kkb. Terbaik tok mie 🙏🙏🙏👍👍🇲🇾
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Mcm ni lah kalau org baik2, ramai yg selesa dgn beliau. Down to earth orgnya 😄 Utk tuan & warga KKB, semoga KKB semakin maju jaya.. 👍🏻 Byk tempat2 cantik kat sana.
@liyanaazhar6799
@liyanaazhar6799 2 жыл бұрын
Alhamdulillah.. dah sampai Anjong Charandong sebab tengok video ni. Selamat camping 3 hari 2 malam..survival, basic amenities tapi memang best. Anak2 happy dengan mandi sungai 5x sehari 😂. Tido lena sejuk... order makan tengah hari last day, sedap sangat. Tq for making such a great video. Apa yang disajikan benar belaka...
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Welcome 😃… Terima kasih sudi singgah & tengok channel youtube kami. Campsite ni mmg best, owner pulak baik. Lepas ni boleh la repeat lagi. Tengok anak-anak campers lain pun mandi sungai puas2. Lama sgt duduk rumah sbb PKP sblm ni kan. Btw, thanks again for compliments. Kami seronok baca komen puan 😊😊
@noorhazlanithnin-dentaltec2280
@noorhazlanithnin-dentaltec2280 2 жыл бұрын
Terbaik tempat ni😍👍👍👍. InsyaAllah, sampai nnti
@ARaskyOutdoors
@ARaskyOutdoors 2 жыл бұрын
cantik tent..camping yang hapening..nature concept dan wild, itu yang best!
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Wild camping mmg best kalau ckup peralatan semua 😎….tp ni separa wild ni hehe
@SACamping
@SACamping 2 жыл бұрын
Menarik tempat ni. InshaAllah satu hari nanti nak ke sana.
@nurain382
@nurain382 2 жыл бұрын
Jom!
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Ye, boleh rasai suasana ala survival camping. Yg paling best owner mmg baik & sempoi 😊
@KasHariz
@KasHariz 2 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Terbaik.. Selera tgk menu tradisional. 🙂❤️
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Menu mmg unik, untuk saya mmg pertama kali cuba. Boleh tahan sedap 😁
@bbnuboysgocamping_malaysia6435
@bbnuboysgocamping_malaysia6435 Жыл бұрын
Video yang menarik..Dulu2 pernah dtg tapi air nya macam tak cantik jadi mcm seram nk terjun hahahaha…Insyaallah nanti bila2 free kami visit sini…thxs utk video yang menarik ✌🏻✌🏻
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV Жыл бұрын
Masa kami pergi air cantik elok. Mungkin lain2 keadaannya ikut musim. Boleh try lagi ke sini nanti. Terima kasih sudi layan video kami 😄
@MKSTORY
@MKSTORY 2 жыл бұрын
Camp baru nie.. bestnya nampak sungai dia.. 👍
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Sungai dia mmg best, nak rafting & tubing pun layan kat sini.
@DarkAgencyLifestyle
@DarkAgencyLifestyle 2 жыл бұрын
Sgt informatif.. terbaik 🤜🤛
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Terima kasih 😎
@alanhussainchannel
@alanhussainchannel 2 жыл бұрын
Sempoi bos👍👍 misi bls dendam lama x camping yer..terbaik bos setup semua😊 port menarik xpenah tau sblm ni👍
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Haha.. Lama sangat tunggu lengkap vaksin tu hari. Dah boleh rentas ni, mai la tuan Alan turun Selangor. Kami pulak turun Perak. Baru bervariasi 😄😄
@alanhussainchannel
@alanhussainchannel 2 жыл бұрын
@@NasiLemakTV sy pun x sabar nak camping belah sna..tggu ada ruang dan peluang ja ni😁
@MatzisJusdi
@MatzisJusdi 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan/puan, lama tak buat video camping...apapun review campsite kali ni sangat bagus untuk di cuba...
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam, terima kasih sebab sudi singgah tgk video ni. Ada kelapangan nanti cubalah ke sana, boleh cuba sekali menu masakan kampung oleh owner campsite 😊
@CairulZizan
@CairulZizan 2 жыл бұрын
nasik lemak tv semakin majuuuu...tahniah bang
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Terima kasih sudi support. Lately busy sikit belum berkesempatan nak edit video 😊
@HeriKari
@HeriKari 2 жыл бұрын
Wah. Tak pernah dengar pulak nama campsite ni. Boleh pi ni nanti. Thanks review tempat ni bang
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Cuba2, kalau boleh request dkt tapak kitaorg ni best skit agak privacy tp jauh skit la dri toilet
@lepakdibulan8059
@lepakdibulan8059 2 жыл бұрын
Lama tak keluar video bang, terbaik 👍👍👍
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Terima kasih sudi singgah ☺️
@izawatiismail7685
@izawatiismail7685 Жыл бұрын
Tmpg tny campsite ni ada sinki ke
@azriezaid604
@azriezaid604 2 жыл бұрын
ni baru betul balas demdam. :D
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Lama xboleh camping jery.. Vaksin pulak dpt AZ mmg lama menunggu la
@izzanmakhir4537
@izzanmakhir4537 2 жыл бұрын
Internet coverage macam mana ya?
@rahmatnazri
@rahmatnazri 2 жыл бұрын
terliur tgk menu😅
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Bila camping selera lain mcm…hehe
@wooihenry
@wooihenry 2 жыл бұрын
awesome video...bro, khemah tu berbaloi? tahan hujan lebat dan kuat angin ?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Price wise mmg berbaloi. Dari segi ketahanan angin & hujan so far okay. Pole tengah tu pun memang kukuh.
@cygombak8353
@cygombak8353 6 ай бұрын
bnyak ikan x tmpat ni?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 6 ай бұрын
Dia ada spot yg byk ikan, masa saya nak balik tu tgk ada org dpt byk ikan..
@fhakrisalim8299
@fhakrisalim8299 Жыл бұрын
Dtg untuk berkelah saja boleh ke.??xnk camping,ssuai x utk budak² umur 5thun..??
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 10 ай бұрын
Boleh dtg utk berkelah sj…apa2 hal contact owner campaite utk confirmation…
@cleaningteamkl5461
@cleaningteamkl5461 2 жыл бұрын
Kat sini elektrik memang takde la kan bang?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Ya..kat sini mmg tak ada elektrik, so kalau nak camping kt sini kena stanby lampu sendiri
@aphesz_
@aphesz_ 2 жыл бұрын
utk newbie yg bearu nak main camping dgn family anak 3 orng ni recommend ke bang?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Boleh je…ms saya camping tu, rmai je yg camping kat sini bwk anak2, ada tapak khemah yg sesuai utk family dgn anak2
@hasifsalleh9362
@hasifsalleh9362 2 жыл бұрын
portable toilet tent tu beli mane ye , ade link tak ?cantik warnanya
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Boleh tgk link ni, brand Naturehike. Harga murah sikit berbanding Decathlon shp.ee/6vec259
@hasifsalleh9362
@hasifsalleh9362 2 жыл бұрын
@@NasiLemakTV tq tuan infonya
@sureshm.perumal96
@sureshm.perumal96 2 жыл бұрын
👍
@zayyanhamizantv6265
@zayyanhamizantv6265 2 жыл бұрын
Selalu pergi area KKB,boleh try campsite ni.ada no contact tempat ni x?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Ni contact no owner: Dato Azmi @ TokMi 0173436981
@asnitaasmi6773
@asnitaasmi6773 2 жыл бұрын
Salam nak Tanya...tapak khemah ni nombor berapa yer?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Wsalam, maaf lambat reply. Tapak ni paling hujung sekali. Lebih privacy berbanding tapak lain. Cuma nombor tak psti. Boleh contact Tok Mi (no kat description) untuk maklumat kedudukan tapak ni.
@ahmadnooryahaya2739
@ahmadnooryahaya2739 2 жыл бұрын
AS SALAM. KLAU NK KEM. SURVIVAL MACAMANE NO CALL. APE NO DIA
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 2 жыл бұрын
Wsalam.. Ni ni owner, Tok Mi - 017 343 6981
@shimazaman3284
@shimazaman3284 10 ай бұрын
Camping ikut trend ke?
@NasiLemakTV
@NasiLemakTV 10 ай бұрын
Maksudnya?
I wish I could change THIS fast! 🤣
00:33
America's Got Talent
Рет қаралды 119 МЛН
Я нашел кто меня пранкует!
00:51
Аришнев
Рет қаралды 4 МЛН
I Can't Believe We Did This...
00:38
Stokes Twins
Рет қаралды 85 МЛН
From Taiping With Love, Telegraph Museum, Kampung Menteri Kuala Sepetang
28:15
Trip macam tak nak balik (30.06.24) (11)
40:23
Angler Khalifah
Рет қаралды 1,5 М.
Port Camping Sejuk - SIR Camping Site, Nampak Genting Highland
16:41
5 Basic Knots For Camping/Outdoor | Camping Malaysia | Camping Tips
8:01
Montanic Adventure Channel
Рет қаралды 20 М.
Pasir Putih Resort, Kalumpang || Lot 12 yang strategik
16:40
Lensa Kami
Рет қаралды 16 М.
I wish I could change THIS fast! 🤣
00:33
America's Got Talent
Рет қаралды 119 МЛН