Рет қаралды 31,591
ayat songsang atau dikenali sebagai ayat terbalik merupakan antara aspek tatabahasa yang penting untuk dipelajari.
Dalam sistem Bahasas Melayu, terdapat dua corak susunan ayat iaitu ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.
Dalam ayat susunan biasa, bahagian subjek adalah di hadapan, bahagian predikat.
Ayat Contoh:
Ali / menendang bola di padang.(subjek; Ali, predikat; menendang bola di padang)
Ayat susunan songsang pula ialah ayat yang telah mengalami proses tranformasi atau perubahan daripada ayat susunan biasa.
Dalam ayat susunan songsang, bahagian predikat dipindahkan mendahului Subjek melalui proses pendepanan.
Ayat contoh:
menendang bola di padang /Ali
Proses pendepanan dalam ayat songsang berlaku dalam dua cara iaitu;
1) pendepanan seluruh predikat
2) pendepanan sebahagian predikat.
semoga paparan video pendididkan ini memberi manfaat kepada para pelajar dan penonton sekelian. terima kasih