Рет қаралды 308
Ride solo pertama di tahun 2024. Dalam video kali ini adalah ride on bike terakhir hamba dalam misi menuju ke Teluk Melano. Perjalanan hari ini bermula dari Kg. Mata Parang, Samarahan jam 9.30 pagi dan akan menempuh perjalanan sejauh 156 km dalam masa 2 jam 30 minit (jika tidak ada halangan). Pada perjalanan ini hamba akan menggunakan highway Pan Borneo dan juga jalan kebiasaan. Hamba akan melewati daerah Samarahan, Bau, Lundu dan Sematan namun hamba tidak akan masuk ke jalan Bandaraya Kuching kerana mengelakkan perjalanan yang sesak. Keadaan cuaca pagi ini mendung dan hujan yang kadang2 berangin di beberapa tempat, menyebabkan hamba berhenti beberapa kali di hentian2 di sepanjang highway ini. Alhamdulillah dengan semangat dan doa, hamba sampai ke destinasi dituju dalam jam 12.20 tengah hari. Hamba check in di salah sebuah homestay then berkeliling sekitar kg. Teluk Melano ini.
Ikuti pengalaman hamba seketika berada disini pada video berikutnya. Terima kasih sahabatku cikgu Mahadi sekeluarga kerana menumpangkan hamba bermalam. Moga Allah membalas jasa tuan sekeluarga, dan hubungan setiakawan akan terus kekal selamanya..
Beri sokongan kepada hamba dengan menekan butang LIKE COMMENT SHARE SUBSCRIBE.. #ridesolo #JSOKA Channel