No video

Tepung Pelita | Resepi mudah dan puas makan sekeluarga

  Рет қаралды 310

Mimpi Laila

Mimpi Laila

Күн бұрын

Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
7-8 helai daun pandan
5 cawan air @ 1000ml
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair-cair)
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau
sudu kecil garam (kasar atau halus)
Bahan-bahan untuk lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk acuan daun pisang:
Lap bersih daun pisang dan layurkan seketika diatas api.
Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar dan tindan 2 untuk satu acuan supaya acuan lebih kukuh.
Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu betukkan menjadi kotak dan staplerkan di kedua-dua hujung.
Jika daun terlalu panjang, gunting dan kemaskan.
Cara untuk membuat lapisan hijau/pandan:
Kisar halus daun pandan bersama air (Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar).
Tapis kisaran daun pandan menggunakan tapis yang halus untuk dapatkan air pandan tanpa hampas halus masuk ke dalam adunan.
dan tuang kedalam periuk.
Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur , tepung beras dan gula pasir lalu kacau hingga sebati semua haban sebelum dimasak menggunakan api yang kecil sehingga menjadi likat dan halus.
Masukkan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.
Cara untuk membuat lapisan santan:
Masukkan santan, tepung beras dan garam dan kacau hingga sebati.
Masak adunan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat serta halus.
Setelah masak, masukkan kedalam acuan lapisan pandan.
Sejukkan seketika kedalam peti sejuk dan kemudian tepung pelita siap untuk dihidang.
Tips:
Jika tiada daun pisang sebagai acuan, boleh saja gantikan dengan acuan plastik atau daun pandan yang dianyam menjadi pentak.
Jika menggunakan santan kotak, cairkan sehingga 800 ml @ 4 cawan.

Пікірлер: 9
@normienorminchannel705
@normienorminchannel705 2 жыл бұрын
Terbaik perkongsian menu nya 👍
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 2 жыл бұрын
Terima kasih 🤗
@normienorminchannel705
@normienorminchannel705 2 жыл бұрын
@@mimpilaila3512 Tonton channel saya juga ya..🙏🙏😃
@kalerdapochannel7752
@kalerdapochannel7752 2 жыл бұрын
Wah.. Sedapnya.. Mmg sesuai untuk juadah berbuka ni... Terima kasih untuk resepinya.. Terbaik 👍👍
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 2 жыл бұрын
👌🥰
@cheritakamek
@cheritakamek 2 жыл бұрын
Wah... sedapnye 😍
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 2 жыл бұрын
😍. Thank you
@ateestanley9091
@ateestanley9091 Жыл бұрын
One of my fav tradisional kuih but jarang jumpa d Sabah. Taaapun.
@mimpilaila3512
@mimpilaila3512 Жыл бұрын
Let me know if you come to semenanjung ya. 😊
Tepung Pelita kuih tradisional Kelantan kesukaan suami
12:00
Azlita Masam Manis
Рет қаралды 45 М.
Чёрная ДЫРА 🕳️ | WICSUR #shorts
00:49
Бискас
Рет қаралды 6 МЛН
WILL IT BURST?
00:31
Natan por Aí
Рет қаралды 28 МЛН
wow so cute 🥰
00:20
dednahype
Рет қаралды 30 МЛН
Kuih Boko Tepung Beras | Kuih Muih Orang Dulu Dulu
4:50
Rezeki Dapur Kita
Рет қаралды 84 М.
29 OGOS 2024 - BERITA TENGAH MALAM
29:00
Berita RTM
Рет қаралды 1,4 М.
SYAMSUL DEBAT | TRAJEDI BUNUH DI MALAYSIA ?!!
48:50
Syamsul Debat TV
Рет қаралды 130 М.
Sambal Goreng Bersantan | Sekali makan nak lagi
3:33
Mimpi Laila
Рет қаралды 400
Чёрная ДЫРА 🕳️ | WICSUR #shorts
00:49
Бискас
Рет қаралды 6 МЛН