Hello bang Nazz. Saya berasal dari Sarawak. One of the owner triton athlete. Saya dah guna lebih 8 bulan sekarang. Sebelum ini saya gunakan triton 3.2 auto model 2011. Ye betul. Roadtax disini jauh lebih murah berbanding di Semenanjung. Tp still mahal utk saya sbg pekerja estet dan kontraktor. Kedua model ini amat terkenal disini dan juga byk juga dicuri. Kedua model ini ada kelebihan masing. Pengalaman saya dah try byk jenis pickup truck. Saya juga berasal dari kpg halaman yg amat jauh dari kwsn bandar dan jln raya utama. Ambik masa 2-3 jam barulah sampai di jln raya utama kalau dari kpg saya. Mostly jln ke rmh panjang saya mmg bertanah dan berbukit bukau. 90% saya yakin semuanya bertanah. Itupun kalau cuaca okey, jln tak licin. Redah anak sungai sedalam 2-3 kaki tu perkara biasa utk kami disini bang. Sbb itulah hilux dan triton terkenal dan laku keras di Sarawak/Sabah. Itulah kereta kami, lori kami dan kuda besi kami utk angkut berbagai jenis barang. Kalau dari segi comfort, triton mmg menang besar. Ianya selesa terutamanya seat bhg belakang decline anglenyer lebih byk berbanding hilux. Hilux terkenal sbb suspensinya yg amat keras. Triton juga keras suspensinya tetapi tidak sekeras hilux punya. Dari segi power delivery tu, keduanya menang.
@NazzAbdullah2 жыл бұрын
Baru sy tau suasana sebenar di sana. Tq so much ye for sharing. Sy ni pon banyak lagi kena belajar..
@hendrycarlos53452 жыл бұрын
Saya setuju dengan opinion abg ni
@misterputato92902 жыл бұрын
@@NazzAbdullah terima kasih bang sbb baca feedback saya. Saya ceritakan utk semua kita based on apa saya lalui selama ini
@misterputato92902 жыл бұрын
@@hendrycarlos5345 terima kasih tuan
@hendrycarlos53452 жыл бұрын
Sama² kasih
@alitalib50462 жыл бұрын
Saya menggunakan Hilux Revo 2.4 Automatik sejak 2016.. selama 4 tahun di Jalan Balak Off-road, Jalan Berbatu, Berlumpur, merentas Sungai sampai tenggelam tayar. Memang lasak penggunaan. Masalah yang biasa bagi Revo, saya kena selalu tukar Breakpad setiap 12,000km dan Lining Break pad bengkok selepas 30,000KM, mungkin berpunca selalu membreak semasa turun bukit dan merentas sungai. Ramai Orang cakap Hilux terasa keras suspensi belakang kan, memang betul keras kalau Bucket tu kosong. Kalau bawa muatan dalam 500kg dalam Bucket baru rasa selesa. Saya selesai kan masalah suspensi keras dengan buka 1 Spring sahaja. Lepastu memang kuranglah rasa melantun atau bergegar tu. Satu lagi, pelik Hilux ni...Kita macam tak sedar kelajuan kita dah lebih 120KM/sejam di jalan raya, terasa macam bawa 80km/j saja. Kalau tak tengok meter atau buka tingkap Hilux tu, memang tak sedar kita telah laju. Penggunaan Diesel Euro5 dan Diesel Biasa, ada sedikit perbezaan pada HILUX. Euro5 saya mencuba di highway kelajuan Hilux senang untuk cecah 160km/J berbanding Diesel biasa mengambilasa agak lama untuk cecah kelajuan tersebut. Penggunaan Diesel Off-road+ Jalan bertar RM120 lebih kurang 60liter boleh jalan sehingga 650km. Itulah serba sedikit pengalaman 1st generation Hilux Revo 2016.
@noname6570 Жыл бұрын
Salam bang nazz..sy owner triton 2019..sy slalu race dgn member hilux 2.4 time balik kja sbb sama kpg & bandar ke kpg perjalanan tu ambik masa sejam lebih so klu dh boring tu kami race..part laju,triton memang king 😂😂 tapi part bawa barang berat,hilux memang gagah..kawasan offroad plak member hilux slalu tarik triton sy keluar..so utk bro2 yg 70% dalam bandar better korang ambikla triton..kalau luar bandar kwsn offroad ambiklah hilux..part comfort pula tu terpulang pada owner masing2 sbb minat masing2.
@eljy41262 жыл бұрын
Saya pakai Hilux Vigo 3.0 Special Edition (Putih + stripe merah & bukan TRD). Dh 8 tahun pakai. Mileage dekat 200k. Dh hbis bayar bulanan dlu RM1190. Roadtax RM400+. Insurans skrg RM1300+. Tempat kerja dr rumah 75km. Ulang alik 150km setiap 5 hari / 1 minggu. Dia punya average minyak. 10km / 1 liter. 1 liter skrg RM2.15. Kos sbulan pkai Hilux ni 75 liter / 1 minggu × RM2.15 / 1 liter × 4 minggu + RM200 servis / 5000km = RM845
@puteranansarunai60022 жыл бұрын
Saya guna Mitsubishi Triton 2.5L VGT tahun 2013. Mmg betul handling sangat baik terutama dkt corner. Dan seperti yg Nazz cakap, saya kdg2 lupa yg saya pandu 4x4. Cumanya ketika hujan dan jalan basah jgn sesekali memecut ketika di selekoh. Boleh oversteer beb.. Even dkt jln lurus, sbb tork terlalu tinggi utk imbangi berat blkg kereta dlm keadaan RWD.. Satu lagi, suspension dan enjin direka utk kegunaan di jalan kasar jadi tentulah lebih tahan lama dan lebih kukuh jika hanya digunakan sbg kenderaan harian. Tiada masalah.
@netizenhumble2 жыл бұрын
for me, triton is the best overall: power, safety, performance, comfort, price, suspension, maintenance, fuel efficient, new alluminium-alloy engine, gear ratio, 4 mode offroad technology, supersellect diff-lock technology, small turning radius, lighter kerb weight n looks more handsome...but I agree that hilux rear suspension harder make it suitable for heavy usage offroad
@NazzAbdullah2 жыл бұрын
Dua2 model ni best bagi saya.. Naik hilux interior dia rasa lagi premium drp triton.. Utk spec yg ni pun ada 7 airbag, 360 camera, electric seat dll.. Tp kelebihan triton ni korang akan rasa immediately once korang tekan aje pedal minyak.. Mmg sgt2 ketara. Apapun ini pandangan peribadi sy. Pd owner Hilux & Triton pls sharekan ape pengalaman korang..
@MOHAMADASYRAFBINNORDIN2 жыл бұрын
Dua2 best. Tp yg tak best dua2 roadtax mahal walaupun boleh guna waktu banjir. Sepatutnya kerajaan kena kurangkan roadtax utk 4x4
@ajadhr6192 жыл бұрын
Okay la
@rainsyahdante67022 жыл бұрын
Kalau sy triton, kalau ada dmax sy pilih dmax
@renjidodo85942 жыл бұрын
Sy owner Triton... Comfort level mmg best utk driver n family... Minyak jimat jg bg Sy...handling terbaik ... Tight area parking sng masuk sbb turning radius kcik... Compare dgn Hilux kwn Sy..mgkn infotainment lbh mnarik tp duduk seat blkg mcm dilambung ombak biarpun d jalan tar...Sy area sarawak...so jln mmg bnyk xrata..
@hakimkamal11262 жыл бұрын
buat dmax 1.9 dgn Triton bang nas
@alifzikry16462 жыл бұрын
Pernah bawa kedua-dua model dalam jangka masa yang agak lama. Personally, Mitsubishi Triton lebih menjadi pilihan hati atas sebab keselesaan pemanduan, agility, dan performance dari segi pickup yang lebih baik. Mungkin kerana teknologi MIVEC turbo. Harga pun jauh lebih menarik dengan apa yang ditawarkan dari Mitsubishi.
@iskandarbujang50412 жыл бұрын
Aku orang Sarawak. Bagi aku semua kereta truck sama bro. Terpulang pada cara kita memanafaat, menggunaannya juga minat sesorang. Tak payah bertekak,mengejek kata jenama ini ok dan itu pulak tak ok. Jenama ini kuat ini tak kuat. Kau minat kau beli. Macam pilih bini, kita suka dia, lepas tu jangan banding-bandingkan dengan bini orang lain. Kuat,cantik,gagah,prestasi semuanya subjektif. Terpulanglah kepada kesukaan Dan minat masing2. Jangan memandai2 kata servis ini mahal Dan itu murah. Tapi kenyataannya kata2 kita itu serkap jarang, tidak betul.Kita pakai kereta truck ni patut diam2 saja mulut tu. Syukur Dan enjoy saja dengan rezeki yang Allah bagi dengan kita jangan sombong..... Aku pengguna tegar pickup truck dan Cukup Aku katakan aku suka dengan keselesaannya dan penjimatan bahan apinya. Tak payah kita banding2kan dengan yang lain... Kebanyakan ciri2 yg ada pada Semua jenis kereta berciri truck ada dimiliki bersama. Pengguna ya pro selalunya diam2 saja. Tak bising2 Buat apa mahu gaduh2,banding2, Minat beli tak minat jangan beli. Tak payah nak racun org lain. Sekadar pendapat dari sesorang pengguna pick up truck.......
@isaisa88032 жыл бұрын
sy suka comment awak bro,terbaik👍
@keanehafiz1132 жыл бұрын
Terbaiikk bro..sy setuju sgt
@ramboiv53132 жыл бұрын
Bg aku plak aku suke tgk review perbndingan untuk tau kelebihan dan kekurangan..aku minat hilux tp aku akui triton lg selesa..mcm abg ckp dh suke ape kekurangan pn kite beli😁
@athrunboy1152 жыл бұрын
Saya salah satu pengguna truck pickup di Sarawak....sebab kampung jauh...saya pilih Isuzu Dmax 1.9 Auto Premium untuk long distance driving...road tax baru Rm110.30 setahun...dah setahun lebih drive tiada masalah...kerja masuk keluar estate...kampung dan highway.
@puterinurdamea32662 жыл бұрын
utk pick up, ketahanan & kekuatan tntulh toyota hilux...tp utk kecantikan, cutting potongan body yg mnawan & keleseaan pemanduan dpt kpd mitsubishi triton..trpulanglh kpd kepuasan sndri!!! trbaik perkongsian info bro nas☝🏻👍🏻👍🏻🇲🇾
@noreidzwan29872 жыл бұрын
Alhamdulillah dari 2018 pakai triton tiada sebarang masalah, performence piauu macam baru beli yg penting korang jaga servis . Aku mmg recomended pada sesiapa yg nak beli 4x4. Pernah elak kereta tiba2 break aku elak x membuang berbanding hilux aku pernah pakai mcm nak tebalik hayun dia. Enjin mivex 2.4 turbo mmg best. Tapi jgn lah bawak laju2.. rilex2 sudahh...😆😄
Hilux lebih nyaman driving kalau ada loading barang.. Kalau bolih cuba bandingkan semasa bawa barang 250kg.. Kalau kereta lebih confortable masa jalan kosong, jikalau ada bawa barang lebih 200kg kereta confortable akan terasa terhayun hayun macam naik perahu yang berombak.. Saya pakai Hilux Vigo tahun 2009,,kawan saya ada yang pakai Ford XLT, Triton, D max,, selepas 8 tahun hanya kereta hilux yang saya pakai masih bertahan sehinga sekarang..
@Abbas-wi2lv Жыл бұрын
Saya memandu selama 40 tahun di Sabah dan dah beli toyota, isuzu, nissan dan terakhir triton sebab nak cuba. Nampaknya sorry to say la. I love triton.
@MoZuMoY82 Жыл бұрын
Satu lagi bang belun try tu..ford..
@wien6155Ай бұрын
Sama bro..dah lebih 10 tahun guna toyota dengan triton..nampaknya toyota ni banyak ragam juga..toyota ni banyak masuk bengkel😂😂..cuma harga toyota ni tak turun2..dari segi ketahanan toyota sbnrnya banyak masalah juga..😂
@SallehuddinSallehuddin-mi9hn2 жыл бұрын
Mmg terbukti triton lagi baik dari setiap faktor..saya hari2 lenjan triton ni.., driving feel rasa seakan suv, turning radius kecil..mmg senang ambik uturn Dan parking,jauh lagi comfort berbanding Hilux..cabin luas fuel consumption jimat..triton lagi baik untuk kegunaan daily use.. accelerate pun sedap dgn tork yg tinggi..tapi tu semua masih belum memusnahkan populariti Toyota Hilux..😁asalkan nmpk pikup trak semuanya Hilux😂..
@emilylimsl98842 жыл бұрын
Depends on your taste. Tapi Hilux juga lebih baik bermaksud engin power, durability, comfort, fuel consumption, space dan design. Pun, Hilux ada dual zone automatic control, Automatic Headlamps dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) aka Adapative Cruise Control sebagai Triton tak ada.
@BJey-ui6ud2 жыл бұрын
Hahha....kuat betul..semua panggil hilak...but emily..if u compare between triton and hilux if u sit inside..u fell like swinging...until u motion sickness
@emilylimsl98842 жыл бұрын
I sat on both of Hilux and Triton during test drive with my friend, I have no complaints for both about riding inside and it is not really bad. It all depends people taste and feeling.
@BJey-ui6ud2 жыл бұрын
@@emilylimsl9884 hehehe...offkos lah if you test on even rd...go try on gravel n muddy...sure seronok
@scatterswild64622 жыл бұрын
yg bodo jer ckp sume pikup ni hilux🤣
@sebastiansebt44602 жыл бұрын
2 2 dah test drive , Sya owner Triton 2021 sebijik macam Yang Nazz test ne. Untuk selesa Dan power jauh berbanding Hilux 2.4.Dengan Mivec 6 speed kaki X tahan nak tekan je🤣.Hilux suspension Keras tapi Dalam senyap Dari Triton Dan system suspension nampak lagi tahan. Bini kurang dah pakai kereta🤣 pakai Triton lebih selamat. Off-road? Apeadahal , ade mode off-road👍
@inderjitvarma69122 жыл бұрын
I'm using Hilux since 2009. No issues. Now depends your preferences.
@earnestjelanie74611 ай бұрын
Hello Sir, saya org Sarawak, bagi saya, kalau utk perjalanan jauh, tdk masuk off road saya akan pilih Triton, tapi kalau guna off road atau pengunaan lasak saya pilih Hilux, Saya sekarang guna Toyata Hilux, tapi keselesaan sememangnya Triton.
@lifeofian67132 жыл бұрын
Hilux memang diketahui dari dulu tahan lasak, spare part senang, tak pening kepala nak repair sana sini. Triton pulak kalau jenis 50% onroad 50% offroad amat berbaloi dibeli. Cuma hilux kalau bab handling, comfort memang tak ngam la lebih2 lagi kalau duduk belakang. Tak lupa juga hilux agak ‘panas’ dikalangan pencuri. In the end, kalau nak performance mantap ambil hilux. Kalau nak tidur lena, parking jauh dari hotel, punggung tak sakit jalan jauh ambil triton. Yg penting 4x4 on kalau redah banjir/offroad. Kalau sistem kong melinggong, bye2..haha.
@hafizyaakob57532 жыл бұрын
Assalamualaikum saya pilih Toyota Hilux, sebab emak pakai Toyota Hilux (2007) 💪🏻👍🏻 di negeri aku Sabah dah banyak orang pakai kereta pickup
@wanariff96442 жыл бұрын
Mantap
@marvinsaging Жыл бұрын
Saya dh guna hilux dlm 7 tahun..Tak pernah ada mslh untuk heavy duty work dan enjin msih sihat...Spare part senang dicari dan maintenance pun murah
@Ravimaran26022 жыл бұрын
Abang nazz, selepas Saya kerja, kereta yg kedua Saya Akan beli adalah Toyota Hilux atau mana² pick up truck..Tujuan utama Saya Akan beli kereta pick up tu bukan utk off road,tapi Saya nak Bantu mangsa banjir n org utk hantar Barang ug Tak muat Kat kereta secara percuma..Saya akn Bantu tanpa mengira perbezaan abang nazz.. love you abang nazz
@Jejake952 жыл бұрын
Hero banjir ialah kereta viva.. Bila masa pula 2 jenis kete yg dinyatakan di tajuk tu pula
@alagappasgostan99822 жыл бұрын
Kalau masih berjiwa tarik rpm panjang2 mcm bw sedan pilih triton lah.betul kata nazz.pilih kategori kita banyak drive kat mana.jalan bertar atau gravel.ofkos kita byk pandu atas jalan raya biasa berbanding jalan gravel.ye kalau nk lagi rigid body mmg hilux xda tandingan as work horse.kesimpulan saya pilih keselesaan untuk bw famili disamping kemudahan untuk saya buat bisnes kecil kecilan.kalau ada modal.mmg saya pilih hilux khas untuk sy naik seorang untuk buat kerja.kemudian sy beli vellfire untuk keselesaan muktamad as family car.disitulah triton menepati karektor pilhan saya.win to win solution for both side in my family.
@edyvnonie20612 жыл бұрын
Mantap bang..sy org Sabah ..saya juga pakai double cab Hilux 2.4 V jg beli pd taun lalu 2021..senang nak angkut barang..dengan bentuk muka bumi kat sini dan jalan yg tak berapa nak elok mmg sesuai pakai Hilux..
@atihsor14732 жыл бұрын
Dh 12 tahun hilux jadi transport utama kami. Husbnd beli pasai ayaq bah selalu kat kawasn kami. So far x penh menghampakn la.. sluruh semenanjung kmi p travel dgn hilux tu. Tapi kami pencinta pickup manual. Rsa lebih agresif dgn manual. Tp 4x4 yg lain pun sya rsa hebat jugk.
@gonsungar94202 жыл бұрын
@GABOK ekzos taruh bawah ok je, intake je kena jaga
@gonsungar94202 жыл бұрын
@GABOK sebab intake ni sedut angin dari luar ke enjin,kalau air masuk dari intake kalau nasib x baik hydrolock terus enjin.
@ekiyoutubepremium2 жыл бұрын
@GABOK eksoz angin kluar Intake udara masuk utk kebuk pembakaran. Beza tu.
@roslancasemahenthran85682 жыл бұрын
Hero banjir saya Toyota LC 200 2016 dengan Mitsubishi Pajero Exceed IV 2014
@firdausfirdauszin8147 Жыл бұрын
dulu bapa saya nak beli 4x4 ni semua jenis 4x4 kat Malaysia dia test-drive, last skali dia amek Mitsubishi Triton, walaupon anak2 suka Hilux tp bapa saya cakap triton lebih mesra pengguna
@cheonglam81872 жыл бұрын
Helo bro saya dari Bintulu Sarawak, we worked in Murum Dam at Belaga. No way we use Mitsubishi, laju bolehlaaa. The Best is FORD RANGER AND TOYOTA Hilux , stable and reliable. The best build reliable 4x4 is FORD RANGER dan TOYOTA. This is my personnel experince sebab saya pernah bawa Mitsubishi 4x4 setakat laju KING bolehla tapi tak stable. Tanya org yg pernah kerja kat BAKUN dan MURUM . Pergi Sarawak tengok sendiri , kebanyakkan ialah TOYOTA.TAPI FORD RANGER mahal sikit . kedua dua adalah the BEST. Tengok bajet. Never MITSUBISHI.
@jaybourne91722 жыл бұрын
Paling best Toyota Land Cruiser FJ 8 cylinder....POWER!!!!
@eljy41262 жыл бұрын
Hilux ok tn. Tapi kena modified sikit itu. Banyak kali juga tukar absorber. Tp mmg tahan la itu
@shafiqtahir46762 жыл бұрын
Triton aku suka design n performance dia atas jalan mmg tk nafikan mmg padu n laju sesuai utk daily n family car.. tp utk kerja.. better hilux ..mcm nash ckp laa.. bila bwak hilux rasa mcm kuat.. semua benda nak dilanggar.. lembu babi semua da merasa sapu.. stay steady lg.. n bila naik bukit n offroad kelebihan utk hilux sgt tggi.. onroad mmg hilux ni beralun.. tp dlm ladang sawet.. hilux jdi smooth.. n jenama2 lain plak jdi huru hara.. tu pendapat aku n aku peminat dua2 natang ni..
@farisfauzi59112 жыл бұрын
Sebelom confirm beli mana mana kereta. Elok masuk group fb diorang dulu. Setiap keta ada isunya sendiri. Cuma kena bijak pilih isu yg kita boleh terima
@SpiritualityLife772 жыл бұрын
Hero banjir saya adalah DMax 1.9. Betul, lepas pakai pikap tak akan kembali ke sedan 😄
@muhdhamzah69232 жыл бұрын
Yes bro. My dad nak sangat beli triton tapi parking tak muat, tapi xpe la sbb dah ade 3 kereta😅😅. Haritu dia naik hilux rasa nak muntah. Kalau naik triton ok la sikit. Hmm, kalau pendapat saya memang saya suka triton sbb iya lebih mudah.
@hishamrahman42982 жыл бұрын
Kalau comfrt dan long distane nissan navara the best car berbanding triton
@budakkampung58582 жыл бұрын
Harap boleh compare dgn semua 4x4 yg ada.. contohnye dmax, navara, triton, ford ranger, hilux
@muhdabu68362 жыл бұрын
Setuju 💯
@sitilaila79412 жыл бұрын
Sokong 💯
@xp92972 жыл бұрын
High maintenance navara ford dmax tak percaya tanya org sabah sarawak 3 brand ini jalan bandar boleh lr
@mohdanip51802 жыл бұрын
ford xleh...brg spare part mahal..pastu manja plak tu...xleh lwn dgn hilux dgn triton..triton dgn hilux mmg padu💪
@orang_tanah_melayu2 жыл бұрын
4x4 pickup truck skrg bukan mcm dulu lagi, skrg semua padu,.... Dulu kalau dgr sesebuah jenis 4x4 ade masalah, skrg INSYAALLAH dh tkde masalah ape2 jenis pengeluaran pon 🙏🏻
@muhammadrauf73512 жыл бұрын
Nice review bro nazz. Awal tahun ni, selepas beberapa comparison, akhirnya saya memilih Triton athlete. Mohon bro nazz review Triton Athlete VS Isuzu D-Max pulak
@naz93362 жыл бұрын
Bagi pengalaman saya pengguna hilux vigo camp 2014 sampai sekarang,saya dah buat mcm2 dah,sebelum ini saya main tinggi sampai naik 4 inci dari tinggi asal,bertahan 3 tahun,2017 saya mula main lowed sampai sekarang masih lowed lagi,apa yg saya puas hati dekat toyota hilux vigo ni,dah 7 tahun aku pakai,dah tune masuk remap alpatech stage 2 daily use 360 hp tork 700,semua tu dengan block asal lagi piston asal,cuma tukar turbo f55,radiator hks custom,clach brc,break 6 pot after market brembo,rim 19,ekzoz custom thai,puas hati dgn ketahanan enjin dia walaupun dah up power jauh dari power asal dia
@spjxx9132 жыл бұрын
13:00 Hampir nak langgar Bezza Biru 😅
@aramaitiifitness30022 жыл бұрын
Tengok poket juga lah..jangka pendek dan jangka panjang... So everything is up to you😁. Kalau maintenance on time, pandai jaga..rasanya xda beza utk smua 4x4.
@ryanchrist34802 жыл бұрын
Mitsubishi Triton,Isuzu D Max dan Toyota Hilux ada favorite kereta saya.Saya minat 3 kereta ini 😍💪🏻👍🏻.3 kereta ni tahan lasak,laju dan power.3 kereta ni Hero 4x4.👍🏻.Plis like my comment 😁.
@julesgan2 жыл бұрын
Macam dah keluar konteks dah. Masalahnya kalau pilih Mitsubishi Triton, official wading depth hanyalah 500mm, berbanding 700mm pada Hilux dan 800mm pada D-Max dan Ford Ranger. Tapi ok lah, kalau agility dan maneuverability (turning radius kecil) memang saya akan pilih Triton. Tapi Title tentang banjir...
@yenson00462 жыл бұрын
Klu diberi pilihan untuk ketahanan + kelasakan hilux is the best spare pare senang cari murah p mana² spare part sebut barang semua ada berlambak kalau triton power juga cuma barangan masih mahal dan susah nak dapat & dr pengalaman/feedback dari kwn² juga yg ada triton untuk offoad 1 tahun dah mula goyah dr segi suspension...dan aku dah naik beberapa kereta kwn yg dah setahun guna yup boleh rasa kekurangannya di sana kecuali kalau kita upgrade suspension..manakala hilux even 5-9 year masih nampak hensem..entah mungkin kerena hilux ni lebih utamakan ketahanan/kelasakan kot..
@saidkarto50812 жыл бұрын
Alhamdulillah..sy mmg nak bercadang ambil Triton...sbb keselesaan terutamanya penumpang belakang,hentakan dia kurang berbanding dengan Toyota Hilux Cuma toyota Hilux lasak apabila berada dijalan berlumpur..tapi,apa2 pun. Terpulang kepada pemandu yg sudah biasa jalan Ditanah merah dan berlumpur.. insyaallah..semoga ianya menjadi kenyataan untuk saya serta keluarga saya memiliki kenderaan Triton.
@fareast53642 жыл бұрын
Yupp aluminium block lagi ringan,tapi kena hati2 salah pilih minyak hitam dia akan cepat kering..kerapkan la owner triton check minyak hitam triton anda 🥰
@deejoegaming6258 Жыл бұрын
Sebab video bro ni sy da amik mitsubishi triton sebiji.. alhamdulillah memang mantap berulang kuala ganu-shah alam tiap minggu.. padu review bro. Jujur
@fauzanzainudin2662 жыл бұрын
Triton betul2 best bila duduk atas jalan tekan minyak je macam tak rasa apa2 lancar je..every week saya dari trganu ke kl naik tak rasa sakit belakang sebab bawak kereta jauh..bila lalu jalan rosak tak kuat rasa gegar..bagi saya triton all the best
@faiezlan93162 жыл бұрын
saya guna brand mitsubishi dari model storm lg. pastu sy tambah triton satu lg. bg sy offroad dan onroad setanding je dgn hilux
@fahmieadilieofficial2 жыл бұрын
Bapak sy ada sebijik, Toyota Hilux tahun 2007, Vigo Spec, brg rare punya, dgn sy sekali terjebak drive dia punya hilux, asal owner dia, mmg abg dia, which accurately boleh ckp uncle sy lh, mmg semua jln dia main belasah je, mmg lasak nk mampus, walaupun dh tua dh, alhamdulillah, owner dh yg kedua pun mmg x pernah meragam sama sekali😂
@enierockaluu92142 жыл бұрын
Bgi sy dua² kreta ni bgus. klu rsa nk sdap pndu atau lancar dijln raya lalu lubang gunalah triton. Tpi pngalaman sy hilux dri segi ketahanan..mcm sy dduk di kpg dn kdgkala prlu mmbawa beban yg berat mnghntar brg² bntuan. Pngalaman kmi prnah mmbawa bebn brg² yg prlu dihntar kpda pndduk dua² model ni ada,beza triton kmi isi brg hnya skadar bert tdak mlbihi se tan,mnakala hilux kmi isi brg bert dgn mlebihi bumbung hilux mgkin hmpir stu tan dn prnah diisi dgn bert mlebihi se tan lbih mnakala yg triton tdi hnya separas brg shja,Mngkin sbab² trtentu oleh sspnson.yg ni sy critakn beza utk model trak 4 pntu. Tpi klu mtsubsi mcm model yg lma sprti pajero agak lbih ssuai utk krja² bert dn ketahanan.klu utk meredh bnjir bgi pndpat sy model² lma lgi sesuai dgn than lasak👍Itu sja dri sy✌️😁
@hishamismail99932 жыл бұрын
Naz...satu ja Naz x cerita ...tentang keluasan, berapa panjang dan isipadu yg mampu ditampung muatan belakang....dan berat yg mampu ditanggung........itu yg org nak..apa PON terbaik
@dailystatic3616 Жыл бұрын
Depends dengan kesesuaian diri sendiri, untuk confort riding bawa family dengan offroad biasa triton jadi pilihan tpi untuk kerja heavy duty bawa masuk hutan offroad memanjang hilux lebih sesuai
@ingenueworks3218 Жыл бұрын
Sebenarnya Win Win Hilux - Heavy use tp xberapa comfort di jalan raya . target toyota utk kerja yg lanyak berat diluar bandar part2 yg keras Triton - standart comfort dijalan raya lebih utk kgunaan kerja di bandar daily use semua org selesa pakai target mitsubishi Select kegunaan individu sendiri mcm mana ✌🏼
@hazrinnehaz68475 ай бұрын
kerja pasang solar di sekolah kampung2 pedalaman.. dulu pakai hilux bos semua hangkang gearbox.. enjin lembik.. bukan sebiji.. total 8 biji dalam setahun.. sekali bos tukar semua kereta company ke triton, enjin tahan tukul gearbox mantap.. di sebabkan sendiri da rasa selesa dan ketahanan selama dekat 2 tahun, sy keluarkan athlete sebiji.. di bandar atau offroad xda masalah..
@amendecor4 ай бұрын
Bersemangat juga saya nak ambil Triton.. dah booking cuma kurang yakin.. terimakasih bro..tatap jadi .❤😅
@wien6155Ай бұрын
Org ramai mula sedar yg triton ni ialah pickup truk terbaik..cuma di sabah smua agung2 kan hilux sebab kbanyakan blum merasa triton..dlu saya pun pgguna tegar hilux tpi fuu boleh tahan major problem dia sbnrnya..😂,skrg dah tukar ke triton..
@ryan_sofeaisaac88.2 жыл бұрын
Truck pickup idaman... Dan bg aku TRITON, HILUX, D-MAX harus berkongsi kedudukan teratas sekali sbb semua cantik cun tough garang Bawah pada level 3 trucks pickup ni baru lah Navara, Ranger
@zamtsi11312 жыл бұрын
Pilihan terbaik jika pilih triton utk selalu bwk on road..sy ade dua2 hilux dgn triton..triton lagi syok bwk on road amik u turn pun sng.klu hilux 2 step baru bole msuk u turn kecik..time naik bumper hilux melompat mcm kangaroo,triton relax je..so buat la pilihan yg tepat ikut kegunaan kite.😁
@gabrieltg13392 жыл бұрын
Suspension Hilux keras, so bila ada bumb memang lompat lah. Tetapi, Hilux lebih tinggi dari Triton. Jadi untuk yang nak masuk hutan masuk jalan berlumpur pilih Hilux lah kalau kat pasar je Triton memang baik
@leleonet2 жыл бұрын
Sbg pemilik triton baru ni, sy rasa a few cons yg sy xbrpa berkenan: 1) xda cup holder kt tepi mcm hilux 2) button mute kt stereng xda 3) wiper spray yg tajam, x mcm toyota dia sembur cntik jer 😅 4) klu ada trlanggar jln x rata, seat seblh driver gegar kuat gila 😂 5) interior mmg antara paling x lawa klu banding double cab zaman skrg, tp harga je la murah ckit 😂😂😅
@joslyrasitrasitrabeh78252 жыл бұрын
Mitsubishi kereta pertama buatan Jepun, Jeep Mitsubishi adalah kereta utama tentera Jepun zaman perang dunia kedua, Mitsubishi sangat bagus dalam buatan engine yang laju dan up to date, teknologi paling maju berubah ubah mengikut zaman, safety paling bagus, handling perfect,
@nazana10102 жыл бұрын
Alhamdulillah..hampir 12tahun pakai Hilux...berkat guna sampai sekarang masih kukuh..paling menarik semua misi banjir sudah diredah walau keadaan air agak dalam..cuma bukan berarus utk keselamatan...Kalau ada rezeki Hilux / Fortuner pilihan saya...reliable part pun murah..
@sHaRiL-ih6mb2 жыл бұрын
Sama umur dgn hilux sy..jenis vigo comonrail je lah..tp ketahanan dia mmg trbukti..
@teguhyuwonopratiknyo8082 жыл бұрын
'Hailak' 2.8 liter LN166 2005.. Still runs smoothly and is affordable in terms of maintenance..
@ismailnorfazreen74242 жыл бұрын
Terbaik nazz abdullah atas share info satu lg y boleh tambah kalau bandingkan kualiti dgn ketahanan memang hilux jauh lebih baik tuan saya dah guna hilux 3 jenerasi n pernah cuba guna ranger ngan triton mmg byk ragamnya
@godlikestudio9908 Жыл бұрын
Aluminium engine mana boleh tahan high-pressure diesel ..tu pasal selalu leaking,head bengkok
@MujaniIdrus10 ай бұрын
Betul
@brian79362 жыл бұрын
Hilux..klau offroad tukar rim kecik sket...16inci tayar offroad GT Radial Adventuro atau Savero sama ada AT(All-Terrain)/ATAU MT(Mud-Terrain)...itu la spec selalunya guna di sarawak utk ulang-alik all-time offroad 3-10 jam mcm tu hahaa...guna standard rim boleh juga...tpi hati2 bila org dh grade jalan balak naya rim terhentak batu besar2 tajam...menangis tak berbunyi tngok rim stndard calar2atau kesan dent bibir rim😂...sebaiknya guna rim r16 inci dan tayar tebal...faktor tekanan tayar pun kena jaga brulah ada rsa comfort👍😁.
@mohdhanafimohdzulkifli26032 жыл бұрын
Aku pakai hilux rouge 2.8... 208hp 500nm.... Try compare dengan triton dan dmax.. Kompom korang akan suka gila dengan hilux rouge...
Awal2 video ada bgthu pasal banjir.. Patut info skali tahap dalam air yg 4x4 ni boleh redah... Navara pun ok..
@msarent40332 жыл бұрын
Ak pn pakai hilux...ak x fham kuasa power dia tu dri mne...4x4 ni faktor utama untuk bkrja laa..nk selesa baik alphard 😙..
@JosH-xf1jh2 жыл бұрын
Mitsubishi adalah kereta pertama buatan Jepun sebelum adanya kereta datsun, Toyota, Mazda, Jeep Mitsubishi juga adalah kereta untuk tentera Jepun, Mitsubishi juga juara dunia offroad rally dakar dan rally kereta sejak tahun 50 an , Mitsubishi termaju dalam automotif teknologi Jepun, Mitsubishi juga pembuat kapal terbang, kapal laut, dan segala macam industri berat Jepun
@fahmieadilieofficial2 жыл бұрын
weyyhh, Mitsubishi jgn main weyhh, enjin dia sekali dijaga dgn rapi, jgn harap dia pandai rosak, walaupun stock kuasa dia mmg x main2🤣🤣🤣🤣
@deborahesther82292 жыл бұрын
Japanese car evolution ranking first Mitsubishi second Mazda third Nissan fourth Toyota fifth is Isuzu
@jepborneo37742 жыл бұрын
apa pun pilihan. saya ttp pertahan kan ln166 saya. saya pakai beberapa tahun tapi blm ada masalah besar. cuma di highway x laju lah, di grabol pun x laju juga. tapi yg aku suka bila kita berhenti di tngh2 sungai atau di tengah2 bukit. x payah rivers lagi. masuk 4x4 jln terus..😁😁
@guardianangel51802 жыл бұрын
Terbukti sejak 60thn kereta toyota tahan lasak, 2nd value tinggi, part senang cari.
@saifulibrahim17952 жыл бұрын
Taliban pun pakai Hilux...memang hebatlah🤣🤣🤣
@mohdzulhifdzi99072 жыл бұрын
Betul abg nazz dua model ni dh test drive mmg triton lebih tenang berbanding hilux dan pernah juga drive hilux hmpir2 nk libas juga mungkin kena angkat barang berat sikit baru stabil kut tp kedua2 model ni mmg tahan bg sy dan same saja dgn truck pickup lain mmg di bina untuk ketahanan dan lasak👍
@syariffsyafiee49972 жыл бұрын
Hilux la pilihan ramai sejak dulu serta diyakini
@johanharris87662 жыл бұрын
Kalau ikut pilihan sye.. Sye xmasuk off road mne pn.. Ade la 4 ke 6 bulan skli.. So pilihan sye semestinye triton.. Sbb banyak city driving..
@FarisIkhwan-kg8sb2 жыл бұрын
Triton sya spruh tggelam...masa nk selamatkn kak ipar dan anak sedare kt kg tgh puchong...abis air msuk dlm kete..tpi kete msih hdup..hahahaha...steady triton l200...mknn 3000 pax sya hntr stiap hri dihulu langat utk msa bnjir..triton mmg byk kmudahan
@iz47592 жыл бұрын
Bro pakai Triton model mana
@rajeswary56322 жыл бұрын
Kalau nak best di highway dan daily drive sy suka ford ranger t6 xlt 2.2 off road pun ok juga tapi maintenance dia mahal sikit shaja tapi lain lain semua ok
@JoslyanakRasitPakmega Жыл бұрын
Mitsubishi Triton paling terbaik pemanduan laju jarak jauh selesa , teknologi maju
Dari segi keselesaan mungkin triton Lebih unggul tp dari segi kepercayaan, ketahanan, value jual semula yg tinggi hilux adalah yang utama di sabah & sarawak
@dirharada72022 жыл бұрын
Saya pakai Triton dekat 11 tahun dan amat berpuas hati dan senang jaga..sporty pon ya..Family car pon ok..suspension dia nice ..memang terbaik laaa
@donnykaron29212 жыл бұрын
Tak kira siapa yang hero,kalo ada redah banjir,wajib tukar minyak kat axel tu..sebab dah masuk air, Kalo tak,memang minyak axel campur dengan air nanti..
@muhammadamirwaqiuddinbinkh79622 жыл бұрын
Assalamualaikum abg Nazz boleh tolong reviewkan almera 2016 atau 2015 tak? Masih Berbaloi ka untuk beli pada tahun 2022 ni
@mengaiwarriors2 жыл бұрын
Sy pkai triton utk kgunaan harian...mmg terbaik.. athlete lgi cun dri yg dlm vdeo ni..dan brader ni pun dh inform,kgunaan harian di jalan raya mmg triton la best..org blkang pun selesa...klau dlm hutan rsanya hylux la mng..
@keyinn73042 жыл бұрын
selain design & power..pembeli kena ambik kira after sales seperti spare parts,2nd value & ketahanan..
@ajadhr6192 жыл бұрын
Isuzu dmax paling king pickup truck
@hj.mohammadhakimhashim9602 жыл бұрын
Saya pakai dmax 3.0...sebab kan rajin masuk Thai ...dan terikut dmax Thai peberet...Toyota 4x4 masih tetap no 1 pickup... InshaAllah ada rezeki akan simpan 2 model peberet ni...Thai pun dah main Toyota skrng ni
@shamsurimustapa59482 жыл бұрын
Triton model lama kalau langar air dia akn naik ke cermin depan,jika hilux tak naik ke cermin,adakah model baru ni naik ke cermin depan jgk jika langar air
@darwishwish76122 жыл бұрын
Sy kerja plantation...Hilux mmg king off road tp utk keselesaan xsesuai...mnakala Triton utk keselesaan sesuai & off road pun ok
@shahshaz6782 жыл бұрын
Kalau nak tahu kelebihan setiap kenderaan..drive untuk long distance.. Kelasakan engine... Jantung utama setiap kenderaan ialah power train..
@louisemerlo2 жыл бұрын
Triton 200.000 km masih dapat warranty, Hilux hanya 150.000 km
@dailystatic3616 Жыл бұрын
@@louisemerlowaranty tak menjamin untuk kelasakan sesebuah engine, tengok diatas jalan selepas beberapa tahun model mana yang masih banyak bergerak di atas jalan
@mohdhasrularun806010 ай бұрын
Sudah pasti Hilux LA pilihan hati...
@xilamx58652 жыл бұрын
Bang Naz, pls buat review untuk Nissan Navara, Nissan Navara sedap bila dipakai, bila lalu bumper jalan, kurang rasa, pastu speed tinggi 7 speed.
@agrofutureent.78052 жыл бұрын
Lepas 5 tahun cuba review antara hilux & triton mana yg lebih banyak masuk bengkel. Then lihat juga harga 2nd hand mana yang lebih tinggi.
@joejam48012 жыл бұрын
Kalau family triton sesuai utk 1st car. Hilux plak sesuai utk 2nd car. Bagi saya dua2 sesuai utk off road sesuai utk lasak. Dr segi teknologi 4wd mitsubishi much better. Tapi dr segi tahan lasak mind set tetap ingat apa model toyota sekali pun tetap tahan lasak sampai bila2.
@MRTAN-12 жыл бұрын
Yg kalini bkn nya hero sbb yg kalini banjir tinggi,klo jalan dh stuck kete dh park time keje banjir tinggi 4x4 pn tenggelam...kuasa tuhan tiada siapa yg blh halang...
Triton kalau bawa barang yg ringan2x atau yg mudah pecah mcm toufu boleh laa..
@auzaiezai3042 жыл бұрын
Btul.. knderaan 4x4 aksi sbenar apabila d off road
@joslyrasitrasitrabeh78252 жыл бұрын
Toyota orang suka bukan kerana bagus comfortable tetapi karena ejen jualan kenderaan Toyota sangat banyak besar after market yang bagus kerana sparepart ejen banyak dan jualan balik kereta yang bagus, kalau ejen pemasaran kenderaan Mitsubishi kurang tidak seperti di Indonesia
@theemperor79332 жыл бұрын
I feel you bro. Pegang je stereng 4x4 ni. Feeling jahat tu auto dtg. Xtaula knp.
@Olengkacak2 жыл бұрын
Begegar video dlm Hilux.. dlm Triton kurang gegar
@rajsharmachandrasekaran94382 жыл бұрын
Topik yg bermain minda sejak banjir besar disember 2021. Terima kasih bang Nazz👍
@jusrysampin27132 жыл бұрын
Peminat triton yg buat riview mmg dia cakap dia bagus..😂
@maxellyep50492 жыл бұрын
Bro ada video banding dmax x terrain, triton athlete dan navara 2021?