Terima kasih bagitahu kedudukan thermostat lubang dan kedudukan retainer klip tu. Moga dimurahkan rezeki.
@lanautotech Жыл бұрын
Sama².. ye retainer clip namanya... moga membantu
@dgreatcontents Жыл бұрын
Mantap bos, ini betul step lengkap untuk buat simple flush radiator + tukar termostat 👍
@lanautotech Жыл бұрын
Tq bag support harap membantu....😇👌
@khaironmujiman8333 Жыл бұрын
Baru sempurna tunjuk dari buka sampai siap pasag .baru terbaik abg pomen..4 star kami bagi.
@lanautotech Жыл бұрын
Tq bang support
@zaieyka61462 жыл бұрын
Tq bang bg ilmu..lpas ni boleh sy buat sndri kat rumah tanpa ragu²..smpai bila nk hntr kedai je..sndri pn xtau nk blajar
@lanautotech2 жыл бұрын
Sama².moga memberi manfaat...jgn pernah jemu belajar, jika ada keraguan,boleh pm saya Inshaa Allah saya cuba bantu👍✌️
@lelarentaka93062 жыл бұрын
Terima kasih. Dah lama berniat nk flush coolant sendiri tapi xde keyakinan dekat part thermostat tu. Dh tgk video ni baru lah rasa yakin sikit. 😁
@lanautotech2 жыл бұрын
Alhamdulillah.... sama² moga bermanfaat buat semua... yg penting bleeding kena cun ye tuan... semoga berjaya...jika ada keraguan boleh komen pm ig atau email saya arelanforeman@gmail.com
@hamrinnuar9313 Жыл бұрын
@@lanautotech ...maksud bleeding kena cun MCM mana Tu?
@lanautotech Жыл бұрын
😅 maksudnya, bleeding sistem penyejukan perlu benar2 mengeluarkan udara(air pocket) dr dalam sistem, jika tidak akan berlaku udara terperangkap di dalam block enjin dan menyebabkan sensor mengesan kepanasan melampau (overheat).. kesan nya adalah kipas radiator akan berpusing tanpa henti dan boleh rosakkan komponen yg lain...harap membantu
@massrimokhtar57005 ай бұрын
Penerangan yg jelas,terbaik bro.
@lanautotech5 ай бұрын
@@massrimokhtar5700 tq support tuan
@chankokhoi449611 ай бұрын
Terima kasih banyak-banyak kawan video yang bagus 👍👍👍👏👏👏
Sama2 bang...tq support.... semoga dilimpahkan rezeki dan sihat buat abg sekeluarga... amiin
@izzatrosli45628 ай бұрын
Tq bang atas ilmu yg diberikan.. Moga murah rezeki
@lanautotech8 ай бұрын
Sama² tq support... moga bermanfaat...😇
@muhfadly40169 ай бұрын
Terbaik ilmu tuan
@lanautotech9 ай бұрын
Tq tuan support
@azmiejasnih11 ай бұрын
Mantap bos.... Saya ada soklan ni pasal kete saya kalau bawak bawah 90 dari ampang -melaka... Ok jee .. temp tak naik dan aircond ok... Tapi bawak 100 tak smpai 5 minit naik mendadak😅... Haritu dah g hantar flush coolant... Tapi tngok radiator ngan tangki spare masih kotor... Saya rasa saya kene kencing ngan pomen
Abg boleh cuba cuba utk flushing sekai lagi.... periksa juga pusingan kipas, jika bermasalh periksa relay dan motor kipas... jika bermasalah boleh ke bahagian radiator (sumbat)dan thermostat(jem)... jika bermaslaah lagi akhir baru waterpump atau gasket head...
@lanautotech11 ай бұрын
Kos upah antara 30-50 bergantung lokasi dan tempat
@tawauburgers504510 ай бұрын
Terbaik ilmu
@lanautotech10 ай бұрын
Tq tuan
@jokopliahmad909 Жыл бұрын
Salam bos,tq ilmu nya☺️👍👍
@lanautotech Жыл бұрын
Wasalam... sama² moga bermanfaat... tq support😇👌
@zukrianbahri9789 Жыл бұрын
Terbaik bosku
@lanautotech Жыл бұрын
Tq bang support
@azahanmekelsom5172 жыл бұрын
Terbaik
@lanautotech2 жыл бұрын
Tq boss
@ragingblazex500415 сағат бұрын
kemas, sgt detailed. bang, normal running temperature dia, meter tunjuk dua atau tiga bar? utk saga blm.
@lanautotech15 сағат бұрын
Selalunya 3-4 bar bergantung pada kondisi siatem penyejukkan
@ragingblazex500414 сағат бұрын
@lanautotech owner lama buang thermostat, bawa kereta lebih 3000 rpm, temp naik sampai 5 bar. boleh jadi ke punca overheat?
@lanautotech14 сағат бұрын
Bnyak sebab bang.... 1. Thermostat jem 2. Radiator cap rosak 3. Radiator sumbat 4. Waterpump leaking & rosak Tetapi jika berlaku permasalahan di atas dan kereta pernah overheat perlu buat top overhaul utk tukar gasket head...kerana jika cuba perbaiki sistem penyejukkan sekali pun bebanan pada head gasket akan berlaku dan jika dibiarkan boleh sebabkan kerosakan serius pada head (bengkok).... dan perlu ditukar terus
@ragingblazex500414 сағат бұрын
@@lanautotech terima kasih bang, betul juga tu. head gasket. mmg perasan oil filter mcm berkarat mungkin drpd water pump.
@lanautotech14 сағат бұрын
Ye bang kena cek satu2 harap membantu... ladang berlaku kebocoran kecil pada waterpump pipe...punca air dalam tangki radiator dan dlm enjin berkurang...boleh sebabkan temperature naik
@hawajiratag23648 ай бұрын
thx. info
@lanautotech8 ай бұрын
Wc 😇
@nadzrizal27742 жыл бұрын
Terbaik sifu
@lanautotech2 жыл бұрын
Tq 😁✌️👌
@solononomy Жыл бұрын
Thank you lan
@lanautotech Жыл бұрын
Welcome✌️
@SOME-RANDOM-GUY457 Жыл бұрын
Bila pasang washer tu bleed hole macam takde function sebab kena tutup ngan washer...so saya x pasang washer
@lanautotech Жыл бұрын
😇👌 boleh je bang xda masalah macam waja dan gen 2 tak ada crush washer tu.... cuma kerisauan leaking tetap ada bang.... sebab bolt 8mm model campro lama jenis besar sedikit bahagian kepalanya...yg model baru bolt 8mm lebih kecik dan panjang sedikit....
@munirsaman1567 Жыл бұрын
bagus video ni--- boleh tolong buat tutorial mcm mana nak tukar THERMO SENSOR SWITCH persona ni ??? sbb ada isu lepas tukar thermostat / flush system / tukar coolant tetapi kipas radiator masih aktif sebaik beberapa minit engina di'off'kan ada kaitan ker dgn automatic transmission fluid yg lampau panas?
@lanautotech Жыл бұрын
Terima kasih sebab support video n channel saya... saya usahakan utk buat THERMO SENSOR SWITCH.. Utk issue tuan hadapi adalah disebabkan beberapa perkara... 1. *_Bleeding_* -jika system tidak di bleeding dengan cukup makan thermo sensor atau fan switch akan detect suhu meleibihi paras panas ditetapkan ecu dan akan trigger fan utk pusing 2. _Thermostat_ Thermostat telah diganti baru tidak terbuka atau jammed, jarang terjadi namun peratusan tetap ada... cara periksa adalah dengan semasa ejin sedang idling apabila suhu naik atau semasa tggu kipas pusing boleh periksa suhu hose atas dan bawa... alternatif lain ialah buka thermostat dan buat pemeriksaan dgn rendam thermostat dlm air panas... 3. _Thermo switch/fan switch_ -sensor tidak berfungsi dengan baik dan sebab kan bacaan ke ecu tidak tepat dan ecu trigger fan tiada cara lain melainkan tukar adalah terbaik walaupun boleh servis atau repair 4. _Fan motor_ -berpunca dari socket kipas terbakar dan sebabkan fan trigger apabila kunci dimatikan... bnyak terjadi utk persona 1st gen/preve turbo/ saga flx 5. _Relay / circuit board_ -ada terjadi sesetengah pada model apabila relay short dan terbakar pada kaki atau connector relay dan ada juga berlaku short circuit pada board di relay box 6. _Radiator cap_ - jarang terjadi tetapi jangan dipandang remeh. Terjadi spring malfungsi di mana spring cap tidak dapat menahan tekanan/pressure radiator kerana ia bersifat tear wear dan perlu ditukar setiap 6bulan atas faktor kualiti. Apabila tidak menahan tekanan dgn sempurna, tekanan air akan keluar dan sebabkan isipadu air radiator berkurang dan thermo/ switch akan detect kepanasan melampau dan terus trigger fan utk pusing... ini terjadi semasa enjin hidup atau baru dimatikan 7. _Water pump_ - sangat jarang terjadi pada permasalahan ini.. isu ini terjadi apabila fan blade water pump rosak atau fan blade loose, apabila terjadi air yg panas lambat dipam ke radiator, dan akan sebabkan air yg panas lambat disejukkan, apabila kunci dimatikan air masih sangat panas dalam blok dan switch akan detect kepanasan melampau dan sebabkan ecu trigger fan utk pusing... Akhir sekali tentang transmission fluid yg terlalu panas ya betul ianya disejukkan oleh radiator namun penyejuk minyak berada pada bahagian bawah radiator tuan, iaitu ianya berada pada tahap air radiator telah disejukkan dan kembali ke bahagian thermostat lalu ke enjin, peratusan masih ada namun tidak tinggi... Suhu tepat utk atf boleh diperiksa dengan menggunkan SCANTOOL namun bergantung kepada model kereta kerana sesetengah _data bit_ tcm tidak dapat dibaca kerana ecu tidak coding untuk bacaan suhu transmission fluid pada SCANTOOL dan sesetengah SCANTOOL terpilih sahaja boleh dibaca dan digunakan dan ada sesetengah _data bit_ langsung tiada dan hanya disejukkan mengikut spesifikasi tetapi tidak connect ke tcm... Harap jawapan saya membantu tuan memeriksa sistem kereta tuan...✌️😇
@muhdadrian67342 жыл бұрын
Terima kasih bro👍
@lanautotech2 жыл бұрын
Sama² bro... harap membantu✌️👍
@mrreed1464 Жыл бұрын
Kalau dh tukar temostart lps tu kipas x berti sebb ape bang persona lama jln kipas satu,atau bleeding x cun ke lobang kecik dh hadap atas
@lanautotech Жыл бұрын
Saya usahakan utk jawab dan tuan cuba periksa masalah saya senaraikan... 1. Bleeding kurang sempurna (airpocket masih ada dan lambat keluar kerana masih tidak keluar habis sebab kedudukan thermostat tidak selari) 2. Radiator sumbat 3. Thermo sensor kotor/rosak/short 4. Radiator cap loose pressure( jika proses bleeding lengkap) 5. Socket kipas radiator bermaslah 6. Relay fan 1&2 bermaslaah Jika tidak pernah mengalami masalah kipas non stop, sila rujuk no 1,2,6... Tuan mulakan dengan bleeding semula
@gametv62592 жыл бұрын
Mantap boss
@lanautotech2 жыл бұрын
Tq boss
@mohdshahrani2743 Жыл бұрын
Ok ka coolant biru ni bos.. sbb sblm ni pakai yg hijau cmpur air
@lanautotech Жыл бұрын
Setakat ni saya guna hampir ke semua customer saya... no problem boss
@mohdshahrani2743 Жыл бұрын
@@lanautotech ok bos..t kasih respon.. 👌👌👍
@lanautotech Жыл бұрын
Sama² bos
@MaSya90Ай бұрын
Bos nak flushing tak nak bukak hose takpe ke?just bukak skru bleeding saiz 8mm tu je, boleh ke guna cara tu?
@lanautotechАй бұрын
Boleh tetapi tidak disarankan sama sekali kerana proses flushing memerlukan kuantiti air lama atau coolant dikeluarkan sepenuhnya dari sistem penyejukan... paling minima perlu buka butterfly nut di bhagian bawa radiator... harap membantu
@MaSya90Ай бұрын
@lanautotech maksud sy, sy akan buat cara mcm bos buat dalam video bos ni, cuma bezanya sy tak nak buang hose atas bawah dan thermostat, sy nak buat flushing dengan bukak bleeder saja, boleh ks bos pakai cara ni..bagi sy cepat dan senang tak payh susah² nk buang klip hose tu
@hamrinnuar9313 Жыл бұрын
Setiap Servis coolant mesti ka buat flushing Dan tukar termostat
@lanautotech Жыл бұрын
Setiap kali tukar coolant wajib flushing...thermostat pula setiap 150k batuan perjalanan dan pastikan original...harap membantu
@sukahatiadam2 жыл бұрын
Terima kasih
@lanautotech2 жыл бұрын
Sama² harap membantu
@tejaeja425311 ай бұрын
salam bang, apa punca hose radiator kat termostat boleh tercabut ya, haritu kena tgh highway
@lanautotech11 ай бұрын
Wasalam... salah satu punca thermostat jem atau kipas running xcun punca relay bang... air yg panas tendang.... pernah kena hose bwah preve jenis klip... rezeki owner tak overheat
@MaSya90Ай бұрын
Macamana cara nk tahu kereta ada thermostat atau tiada, sbb beli kereta sekeng
@lanautotechАй бұрын
Tuan boleh gunakan beberapa langkah ini... 1. Hidupkan enjin beberapa minit hingga hose atas sedikit panas,tuan boleh pegang hose bawah jika masih sejuk tanda thermostat masih ada jika panas thermostat tiada 2.buka cap radiator dan hidupkan enjin jika thermostat tiada, air kelihatan berpusing 3. Suhu pada tolok di meter akan sedikit sejuk atau lambat panas 4. Buka hose bawah, boleh lihat terus keberadaan thermostat
@MaSya90Ай бұрын
@@lanautotech alhamdulillah kereta sy masih ada thermostat kalau cmtu, mekasih bnyk bos membantu, semoga bos terus dimurahkan rezeki
@aimanazman6810 Жыл бұрын
salam bang ..kalau tak pakai washer tu takpa dak??
@lanautotech Жыл бұрын
Xpakai pun xpa bang cuma thermostat akan sedikit longgar dan tidak berfungsi dengan sempurna
@khontsuen Жыл бұрын
Confuse la bang, sesetengah pomen cakap, lubang tu mesti duduk pd pkul 12. Apa fungsi sebenar lubang tu bang?
@lanautotech Жыл бұрын
Boleh sahaja bang cuma saya lebih terapkan mengikut panduan asal pemasangan kilang dan manual asal sahaja bang... pukul 12 pun tiada permasalahan.... fungsi lubang itu adalah utk mengeluarakan lebihan udara atau air pocket yg terperangkap semasa melakukan proses flushing atau semasa penukaran coolant atau selepas melakukan top overhaul/general overhaul atau apa sahaja yg melibatkan pengisian semula coolant... jika tiada lubang itu air pocket yg terperagkap sukar utk keluar dari sistem penyejukan dan akan terperangkap dalam block secara langsung akan menyebabkan temp naik ata overheating.... harap membantu
@khontsuen Жыл бұрын
@@lanautotech T/k, sangat jelas bang. 🤝
@shahrulnizamhazirmohammed28047 ай бұрын
@@lanautotechpemasangan dari kilang pun lubang tu tletak pukul12 saya dah buka thermostat proton exora kedudukan thermo senget sikit lubang tu pukul12...
@lanautotech7 ай бұрын
@@shahrulnizamhazirmohammed2804 ye betul bang ada saya jumpa senget sikit ada yg saya jumpa tegak jam 12.... pemasangan yg saya beri ni dari buku manual enjin.... jika abg nak pasang semula jam12 pun boleh.... tujuan lubang tu adalah bg memudahkan mengeluarkan udara terperangkap dalam block semasa coolant diisi semasa penukaran coolant, waterpump, atau selepas top overhaul atau overhaul dilakukan.... harap membantu
@firdausmohamed61802 жыл бұрын
Mantap...tumpang tanya collant jenis proton yg biru ni ckup ke 4 liter skli spare tank.. atau perlu 7 liter
@lanautotech2 жыл бұрын
Tq bang sebab bertanya... saya pakai total 4liter ngam siap bleed + spare tank full level ( condition dalam keadaan radiator kosong + thermostat saya buka n pasang) jika buka w/pump mungkin lebih... tapi saya standby 5 liter... ini untuk saga flx 1.3 bang... 7 liter x silap untuk flushing ikut standard SC..
@firdausmohamed61802 жыл бұрын
@@lanautotech ok tq bang.. sy pkai flx 1.3... mmg nk bt flushing tukar hose atas bawah n tukar thermostat skli.. sbb dah order yg 4 liter punya.. tkot masa bt kja tk ckup plak nanti.. tu bertnya dlu.. tq bang
@firdausmohamed61802 жыл бұрын
@@lanautotech one more.. nk bleed tu kereta nk hidupkan atau tak ?
@lanautotech2 жыл бұрын
Kereta x perlu hidupkan... jika boleh buat masa enjin sejuk..👌✌️
@lanautotech2 жыл бұрын
Oo ok bang... boleh sahaja order extra 1 liter bang... cuma pastikan coolant yg sama..premix
@senseiii8098 Жыл бұрын
nak tanya bang, kalau bleedhole tu mana2 arah je, apa efek dia eh?? xda masalah ke??
@lanautotech Жыл бұрын
Jika bleed hole atau jiggle pin terlari ke arah lain tiada masalah cuma agak sukar untuk apabila mengelurkan lebihan udara yg terperangkap semasa menukar coolant,water pump,radiator,hose....kerana udara akan berada di baagian atas dan terperangkap dlam enjin atau saluran air... tujuan letak jiggle pin bahagian bagi memudahkn udara keluar sahaja... jika teralih memang susah dan perlu lakukan bleeding angin dgn kerap dan ini akan menyusahkan dan perlu ambil masa yg lama... harap jawaan saya membantu😇
@r.c27633 ай бұрын
Halo bang..kreta sya saga flx masa cek radiator hose tu yg atas dia panas sgt n yg bawah panas sikit ja..kalau mcm tu mmg problem thermostat ka?
@lanautotech3 ай бұрын
@@r.c2763 ye tuan betul tu...tetapi kena periksa juga juika berlaku radiator yang sumbat... sangat disarankan jika tuan setvis sekali radiator dan menukar coolant yang baharu
@r.c27633 ай бұрын
@@lanautotech coolant baru ja tukar bang..lpas tu jd mcm tu😅
@lanautotech3 ай бұрын
@@r.c2763 ooo kalau baru tukar coolant pasti ada air trap dalam system bang...kena bleeding dulu... bagi keluar semua udara dlaam pipe baru thermostat beroperasi seperti biasa
@r.c27633 ай бұрын
@@lanautotech baik terima kasih bang🙏🏻🙏🏻
@muhammadizzat3565 Жыл бұрын
Masa buka bleeder nut tu, tak perlu start engine ke?
@lanautotech Жыл бұрын
Tak perlu tuan..... terus buka bagi angin semu keluar... bila dah tutup bleeder nut, baru hidupkan enjin
@muhammadizzat3565 Жыл бұрын
@@lanautotech ok baik Tuan, terima kasih kerana share ilmu nya. 👍
@lanautotech Жыл бұрын
Sama² tuan
@amirulzack9311 ай бұрын
Tukar thermostat, klip lama blh pkai blk ke?
@lanautotech11 ай бұрын
Boleh bang tk ada masalah cuma sesetengah kereta saya pernah cuba tetapi patah didalam... agak sukar jika berlaku demikian... tetapi dalam kes saya kena tu, karat dalam paip agk teruk....
@Penyudarat594 ай бұрын
Tukar thermostat saja boleh ke? Tanpa tunpa washer/clip semua
@lanautotech4 ай бұрын
@@Penyudarat59 boleh bang jika washer dan pin lama masih dalam keadaan baik... risiko ada jika pin patah atau washer reput
@epyy21106 ай бұрын
Bang... Masa saya siap flushing coolant dan tambah coolant baru, kipas tak pusing masa tgh topup air proses running in.. Apa punca yee? Dh tggu 15 mnit tp kipas tak pusing. Meter suhu dh tnjuk 3 bar dh
@lanautotech6 ай бұрын
Selalunya kipas akan lambat pusing jika radiator cap tak pasang.... jika tuan tggu sedikit masa lagi hingga pusing pun ok... yang penting suhu jangan lebih 3 bar... punca lambat pusing selalunya tekanan air panas di dalam radiator tidak cukup kerana cap dibuka
@rizalhanapiah56 Жыл бұрын
En..takperlu on engine ke semasa flushing?
@lanautotech11 ай бұрын
Xperlu... cukup sekadar guna tekanan air dr hose pili...😇
@linejerung.3 ай бұрын
Bos,sy beli kt sparepart dia bg yg 811761 (82) blh ke utk flx 1.6cc ?
@lanautotech3 ай бұрын
@@linejerung. boleh je bang sama spec asal... tapi 78 lagi baik sebab akan buka cepat
@linejerung.3 ай бұрын
@@lanautotech dgr lg baik 78 tu yg risau ok ke tk ya😢😅
@lanautotech3 ай бұрын
@@linejerung. oo xpa bang sikit sahaja perbezaannya 4°c sahaja tetapi besar utk suhu... jika ada kesempatan boleh gunakan 78°
@linejerung.3 ай бұрын
@@lanautotech baik,terima kasih infonya, bos🤲🤲🤲
@lanautotech3 ай бұрын
@@linejerung. sama2
@tengkorakjack3711 Жыл бұрын
Bang mase abg start kreta radiator cap tu trbukak dari awal ke mcm mne
@lanautotech Жыл бұрын
Ye...lepas masukkan coolant baru, blleding, dan biarkan cap radiator terbuka dr awal sebelum start
@tengkorakjack3711 Жыл бұрын
@@lanautotech alhamdulillah...moga dimurahkn rzeki abg insha'ALLAH...terima kasih atas perkongsian bang...
@tengkorakjack3711 Жыл бұрын
@@lanautotech bang contoh lah klau kita trsalah thermostet mcm mne ...?sptut 82 tpi beli 78 boleh ke bang pkai
@lanautotech Жыл бұрын
@@tengkorakjack3711 jazzakallah khairan... amin moga tuan juga dilimpahkan rezeki sekeluarga... tq support channel saya
@lanautotech Жыл бұрын
Thermostat tiada permasalahan 78° atau 82° 78° cfe turbo (e.bold/suprima/preve) 82° non turbo... mna2 boleh pkai tpi selalu saya guna 78° dan pastikan original
Thermostat original + 4l coolant premix / non premix original + upah semua anggaran antara 150-200 bergantung kepada lokasi dan situasi tempat saudara buat dan berada... harap membantu
@musiba2618 Жыл бұрын
@@lanautotech lg satu tuan, sye syak thermostat sbb kerete sye meter temperature turun naik kjap 3 bar kjap 2 bar...
@lanautotech Жыл бұрын
@@musiba2618 boleh jadi tuan... kemungkinan besar tetap ada tambahan jika usia jentera dan jarak batuan yang tinggi
@besrijomion5711 Жыл бұрын
Saya dah tukar thermostat..tetapi suhu enjin masi juga panas..mohon pencerahan untuk saga vvt
@lanautotech Жыл бұрын
Baik bang ini sekadar pandangan dan pendapat saya sahaja... pemeriksaan visual perlu dilakukan untuk penyelesaian terbaik.... Ada beberapa soalan bagi mengetahui punca permasalahan dihadapi oleh tuan. 1. Adakah temperature naik sebelum penukaran thermostat? 2. Adakah kipas berpusing mengikut suhu dan pemasaan yang sesuai? 3. Pernah belaku masalah seperti overheat? Tuan telah melakukan penukaran thermostat tetapi masih mengalami masalah temperature naik... ada beberapa faktor tuan perlu periksa... -jika sebelum ini belum pernah naik temperature tetapi naik selepas penukaran thermostat, proses bleeding air pocket dgn membuka nut bleeding masih belum lengkap dan sempurna... perlu _bleeding_ semula. -jika pernah naik temperature, terutama jika maximum, kerosakan punca perlu diperiksa, samaada (radiator tersumbat/thermostat jammed/fan motor jammed/fan relay short circuit/ fius putus/ thermo sensor rosak/radiator & water pipeline leaking/waterpump leaking/fead or serpentine belt putus (idling & driving).... Sekiranya tuan sedang menghadapi atau pernah terjadi perkara di atas penukaran thermostat sahaja tidak mencukupi.... Contohnya tuan pernah thermostat jammed atau kipas tidak berfungsi sehingga terjadi temperature naik maximum _overheating_ pemeriksaan lengkap perlu dilakukan tuan, kemungkinan besar masalah yg terjadi boleh mengakibatkan kerosakan _head gasket_ dan proses top overhaul perlu dilakukan. Harap jawapan saya membantu...😇🙂 Jika memerlukan pertanyaan lanjut boleh email saya arelanforeman@gmail.com atau pm ig utk bantuan lanjut...
Jika semua barang original, anggaran 200-300 bergantung kepada kos upah lokasi
@e_pin10 ай бұрын
Nape sy dh cabut klip tp msih x blh cabut jgk thermostat
@lanautotech10 ай бұрын
Ye betul tuan... Bnda tu dah karat kena cungkil guna screwdriver atau long nose plier... Hati² tuan kerana boleh luka atau cedera.... Lepas keluarkan bersihkan guna berus dawai kasar atau sandpaper sebelum masukkan yh baru
@e_pin10 ай бұрын
@@lanautotech terima kasih kongsi ilmu bang
@lanautotech10 ай бұрын
Sama² bang...semoga bermanfaat dan membantu
@Ezamm87 Жыл бұрын
kaau keras sangt pin tu mcm mane nak bukak bang
@lanautotech Жыл бұрын
Ada kes pin patah... abg boleh ketuk dgn lembut di sekeliling thermostat bahagian luar utk longgarkan ia... kemudian cuba semula... sebab jika lama x buka karat akan ada sekeliling thermostat
@shazshahrul2 жыл бұрын
thrmostat sya xde lubang bang 82c. yg ori ada lubang 78c 82 ble pakai x bang
@lanautotech2 жыл бұрын
Ye boleh bang semua sama yg beza adalah spring bukaan 78° & 82°.... lubang pada thermostat utk memudahkan aliran udara keluar semasa bleeding radiator waktu flushing atau penukaran thermostat
@shazshahrul2 жыл бұрын
@@lanautotech tq bang👍
@rayzurga413311 ай бұрын
sy ada beli thermostat baru 82°C,tapi tiada lubang kecil mcm yg ori skg ni 78°C...blh pakai jg la kn
@lanautotech11 ай бұрын
Boleh bag cuma susah nak bleed amgin sikit...kena bleed 2-3x
@rayzurga413311 ай бұрын
@@lanautotech ok bos,terima kasih 👍
@farizfikri95134 ай бұрын
Cun2 punye lah
@lanautotech4 ай бұрын
Tq bang support...
@NZAINAL8414 күн бұрын
Tak perlu tembak angin ke bang dlm saluran enjin
@lanautotech14 күн бұрын
Jika berlaku pengaratan wajib bang... mcam dalam video ganti coolant spec sama tiada masalah jika tak tembak angin cukup sekadar flush dengan air hingga coolant semua keluar