Akhirnya Menerima Diagnosis ADHD Dewasa |

  Рет қаралды 10,123

hasrizal

hasrizal

Күн бұрын

PLAYLIST VLOG ADHD: adhd.hasrizal.com
Tawakkal kepada-Nya.
Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya. Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya.
Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bukan mata mengeji dan hukum.
Bagi sahabat yang senasib, berusahalah untuk jangan self-diagnosed atau diagnose orang lain. Berusaha untuk mendapatkan bantuan profesional oleh pakar terlatih (dan ia mungkin membabitkan perbelanjaan yang tidak murah).
Hanya selepas didiagnosis secara klinikal dan 'rasmi' oleh konsultan psikiatris, saya berani untuk menulis perkara ini. Mungkin diagnosis ini agak terlambat untuk membantu menyelamatkan saya daripada belenggu the 'unfinished business' selama 20 tahun ini, mudah-mudahan ia menjadikan kehidupan berbaki lebih bermakna dan baik untuk terus berperanan lagi berbakti.
Apa itu ADHD Dewasa: • What is Adult ADHD? Ho...
Perlukah diagnosis semasa sudah lewat usia: • Should You Be Assessed...
Hasrizal
Naas Ireland
www.hasrizal.com
| #adhddewasa | #adultadhd | #rizaladhd

Пікірлер: 64
@ainafarzana6741
@ainafarzana6741 2 жыл бұрын
“Sounds more like an excuse than an explanation” literally spot on. Memang kalau nak explain condition kita dekat orang lain rasa bersalah sangat takut diorang ingat kita malas dan tak nak faham condition ADHD ni macam mana🥲 may allah ease everything for people like us
@memeranque
@memeranque 2 жыл бұрын
Terima kasih Ustaz. Sebak bila baca kisah journey Ustaz. Bukan perjalanan yang mudah Ustaz, ramai yang akan pandang hal ini seakan beralasan. Moga Allah permudahkan journey Ustaz yang seterusnya. Moga terus menerus jadi asbab hidayah kepada ummah. Saya antara pembaca blog saifulislam dan karya² Ustaz. Sangat membantu untuk saya mengorientasikan arah dan menjawab segala persoalan ketika melalui fasa "quarter-life crisis". Kalaupun Ustaz rasa tak banyak sumbangan Ustaz, cukuplah di sini saya katakan karya² Ustaz telah banyak membantu saya yang seorang ini keluar dari lembah kebingungan untuk mencari makna sebenar hidup ini. Saya rasa ramai juga yang akan mengaku sedemikian. Terima kasih ustaz kerana memanifestasikan persoalan ustaz dalam bentuk penulisan. Teruskan berjuang Ustaz.
@yasminmumtazahmad8462
@yasminmumtazahmad8462 4 ай бұрын
I feel you, Sir. It is so me. Part thesis tu ...Allah je tahu susah nak digest.
@dedekd5
@dedekd5 2 жыл бұрын
Salam ustaz, saya juga dalam proses bersama psikologis untuk mengenal pasti adhd dlm diri. Masih di peringkat awal. Saya melihat adhd adalah superpower bukannya kekurangan. Ianya difference in cognitive bukannya disorder. Adhd membawa kita memberi idea baru, perspektif baru, cabaran baru, always excited with new ways, new solution, always think differently. Kita struggle bila nak cari cara yang sesuai disebabkan dunia terlalu 'lurus' dan 'teratur'. Ia adalah perbezaan cara berfikir, bukannya kekurangan. It is superpower. A gift from Allah, that we need to learn how to use it dengan baik.
@MuzamilHanafiah
@MuzamilHanafiah 2 жыл бұрын
ya ianya superpower bila kita boleh hyperfocus in something we are interested in
@mechapraline8315
@mechapraline8315 2 жыл бұрын
apa pun tahniah kerana tuan berani mendapatkan diagnosis dan berkongsi dengan kami. diusia sebegini tak mudah bagi seorang dewasa untuk berkongsi perkara yang sangat sensitif seperti ini.
@NEE1605
@NEE1605 2 жыл бұрын
Saya baru dpt initial diagnose dgn ADHD.. Dgr tuan sebut all the symptoms.. It just like me.. I thought this just a normal person would do or related with my personality.. Awareness video like this actually help me to see this not normal.. Thank you for sharing.. I'm struggling with my work right now. That's why I need proper diagnose and medication.. Fighting!
@najihahzulkipli6681
@najihahzulkipli6681 2 жыл бұрын
Terima kasih atas perkongsian ini, ustaz. Ia mengajar saya untuk melihat orang lain dengan lebih empati. Baarakallahu feekum ustaz
@aszifaris7689
@aszifaris7689 2 жыл бұрын
Ustaz, ustaz selalu berani mengexpose sesuatu tentang diri ustaz. Perjalanan ustaz byk menjadi kekuatan untuk saya juga terus menghadapi hidup. Saya harap saya seberani ustaz untuk expose dan membincangkan ttg diri saya ( sometimes). ❤️
@mechapraline8315
@mechapraline8315 2 жыл бұрын
walaupun video ini pendek, tapi banyak perkara baru saya belajar tentang struggle adhd dewasa. terima kasih sangat kerana berkongsi dengan kami semua
@kongshannice4488
@kongshannice4488 2 жыл бұрын
Perkongsian ini membantu kita untuk lebih berempati dengan diri sendiri dan orang di sekeliling yang mungkin ahli keluarga sendiri. We never know what people are struggling with. Terima kasih, ustadh.
@zabilikhsan1798
@zabilikhsan1798 2 жыл бұрын
Setiap kekurangan akan dilengkapi dengan kelebihan yang ada. Moga ustaz terus berkarya dan menginspirasi melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat. Hidup ini menjadi lebih bahagia dengan melakukan perkara yang kita sukai. Terima kasih ustaz!
@imran-jb5mg
@imran-jb5mg 2 жыл бұрын
allah with us. never lose hopes. terima kasih ustaz.
@yaninen7369
@yaninen7369 2 жыл бұрын
Anak angkat saya adhd.. Setelah 14 tahun.. Baru di diagnose dengan adhd.. Menyebabkan banyak jawapan akhirnya terjawab.. Sekarang.. Saya minta ibu kandung dia pergi buat assessment setelah hampir 20 tahun hidup dalam penuh keserabutan sehingga dapat anxiety yang sangat teruk. Sebab saya di Beritahu.. Adhd boleh diwarisi.. Itu menimbulkan Tanya Tanya.. Adakah ibunya.. Juga adhd! Ustaz.. 💪💪💪💪 Saya sangat yakin, hikmah nya sangat banyak selepas apa yang berlaku. keep going.. Allah ada.. all is well
@azriladha
@azriladha 2 жыл бұрын
Boleh listkan symptom/behavior anak angkat tu?
@khairinhussin8626
@khairinhussin8626 Жыл бұрын
Pakar yang saya bawak anak saya. Pun cakap yg sama. Ramai adhd dewasa baru tahu mereka ada adhd apabila mereka bawa anak yg didiagnose dgn adhd. Saya sama macam ustaz Hasrizal yang hyperfocus kalu benda tu saya minat. Tapi kalau tak menarik minat saya. Otak saya mmg akan tarik saya ke pelbagai directions.
@ordinaryguy9860
@ordinaryguy9860 2 жыл бұрын
Moga Allah rahmati ustaz, amiin.
@Nur-qb9mb
@Nur-qb9mb 2 жыл бұрын
Allah will always assist your struggles, ustadzuna.
@behabella
@behabella 2 жыл бұрын
Terima kasih ustaz atas perkongsian. Anak perempuan saya juga di diagnosis dgn ADHD pada usia 16 tahun. Bermula dengan anxiety dan selepas beberapa sesi terapi dengan psychiatrist, baru la di diagnose dgn ADHD. Dan ini menjawab banyak persoalan kenapa dia begitu dan begini dan kenapa dia sering dibuli masa sekolah rendah dulu. Alhamdulilah, bila dah dapat rawatan ni, byk perubahan yg positif pada dia. Dan yg penting, kami ibu-bapa dapat memahami situasi sebenarnya. Doakan anak saya berjaya kehidupan dunia akhirat walau apapun cabaran yg dia bakal hadapi.
@souitaka121
@souitaka121 Жыл бұрын
Pergi check di mana ya?
@nuna5842
@nuna5842 Жыл бұрын
Mind to share, diagnose di mana ya? Berapa kali sesi sebelum diagnose?
@amo81015
@amo81015 Ай бұрын
Sy umo 43. Hidap ADHD. Kehidupan harian sy sering struggle. Sy jgk antara pelajar terbaik waktu SPM 1998. tp selepas masuk ipt, sy x boleh catch up study..selepas struggle, akhirnya give up tanpa berjaya habiskan pengajian. Kemudian, d selubungibpulak dgn perasaan kecewa yg hyper. Cita² nk dptkn PHD. tp peringkat Dip. pun sy dh tewas.
@bobidderis3880
@bobidderis3880 2 жыл бұрын
Salam tuan. Saya perlukan pakar psikiatri yg faham ADHD dewasa. Aktivis ADHD Malaysia pun percaya saya 100% ADHD sejak kecil. Saya dah jumpa pakar psikiatri dan dia menafikan simptom saya. Saya sangat perlukan jawapan. Saya sangat impulsive dalam kehidupan. Saya gagal dlm pelajaran, tukar kerja banyak kali, jadi people pleaser, pemarah dan extremely emotional, boros, suka bergaduh dgn org terutamanya rakan sekerja dan bos, gaduh dgn org awam, saya kemalangan lebih 6 kali dan hampir maut pd tahun 2020 akibat kemalangan motorsikal. Saya melutut merayu tolonglah siapa² yg baca post saya ni utk recommend saya pakar psikiatri yg bagus utk saya jumpa dan diagnosis kes saya .. Saya pernah overdose ubat banyak kali utk ambil nyawa sendiri krn kecewa dgn diri yg selalu gagal ...saya seorang yg ada anxiety dan major depressive disorder krn puncanya yg saya yakin saya ada ADHD... Tolonglah 🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙇🏻‍♂️🙇🏻‍♂️🙇🏻‍♂️
@orangdulu2718
@orangdulu2718 2 жыл бұрын
Apa yang ada pada awak itulah ada pada anak lelak ADHD saya. Saya juga mencari2 penyelesaian masalah anak saya.
@aisyahayob6880
@aisyahayob6880 2 жыл бұрын
Encik tinggal di mana? kalau di KL, sy ada cdgn nama klnik pakar psikiatri swasta
@khairinhussin8626
@khairinhussin8626 Жыл бұрын
Saya telah membawa anak saya berjumpa doctor Hazli di Alaminda. Psikiatris yang sangat helpful. Sebelum ni, psikiatris yang anak saya jumpa menafikan simptoms2 anak saya ke arah adhd. Downside: waiting list doctor Hazli panjang. Anak saya aritu almost 2 mths baru dapat slot.
@thoiebahahmadmukhtar7215
@thoiebahahmadmukhtar7215 6 ай бұрын
⁠​⁠@@aisyahayob6880as salam puan, boleh berikan cadangan psikiatri swasta di KL?
@zaharahssalleh5211
@zaharahssalleh5211 2 жыл бұрын
SubhanaAllah...Allah Maha Baik.Saya ikuti setiap perbincangan ustaz dan byk membuka minda saya.ADHD hanya resistance untuk memegang sehelai kertas...itu yang saya nampak.
@sadiqsalihoddin1087
@sadiqsalihoddin1087 2 жыл бұрын
Perkongsian yang menarik, ustaz.
@mohdsyazwannuddin1975
@mohdsyazwannuddin1975 2 жыл бұрын
saya dulu di sekolah selalu tidur dlm kelas, macam2 cikgu suruh buat, minum milo waktu sarapan, tidur awal, zikir dan selawat serta pelbagai lagi, tapi still tidur Akhirnya bila dah besar baru faham bahawa saya ni awal pagi kurang function sikit, lambat nak start engine, sebab tu mengantuk sebab nak pergi sekolah kena bangun sebelum subuh, tak semua org akan segar waktu pagi, ada yg aktif waktu tengahari, ada waktu petang, ada waktu tengah malam, semuanya pelbagai ragam manusia diciptakan Allah
@ikramyeo87
@ikramyeo87 2 жыл бұрын
Ubat ritalin & concentra menjadi santapan harian bagi kita yang ada ADHD. Pergi pengaturcaraan kerja (occupational therapy) pun sekadar belajar teknik nafas untuk menenangkan diri daripada anxiety dan depressi.
@asnawatie1
@asnawatie1 7 ай бұрын
hurm macam saya dan anak dara sy.. suka sgt tidur dlm class or exactly lepas habis jawab exam paper.. cuma beza anak sy dia ada ingatan kuat dan excellence dlm academic..wpun suka tidur😆
@mechapraline8315
@mechapraline8315 2 жыл бұрын
saya dapat relate kerana saya sendiri punya anak autistic+adhd. kadang apa yang anak saya lalui saya dapat imbau kenangan zaman kecil dahulu seolah saya sendiri ada ciri-ciri autistik itu sendiri.
@paenmotmot
@paenmotmot 2 жыл бұрын
Autistic mmg boleh diwarisi. Kalau di luar negara jika anak ada Autistic, ibuayah juga akan diuji oleh doktor utk nak tau ibuayah ada Autistic atau pun tak. Di malaysia sy tak pasti mcm mana.
@orangdulu2718
@orangdulu2718 2 жыл бұрын
Saya ada anak lelaki umur 28 tahun. Dari umur 7 tahun dah dikesan ADHD. Masih sekolah rendah ada juga buat rawatan di Klinik Kanak2 & Remaja Kempas Johor Baharu. Bila dah remaja dia x mau pegi dan saya tidak mendapat sokongan dari suami. Saya rasa suami juga ada ADHD sebab tengok simptom2 dia dan anak sama. Sekarang anak saya tidak bekerja selepas PKP. Saya tidak tahan dengan perangainya tidak boleh kawal marah, sula cakap bohong, tidak menghormati barang orang lain & barang2 dirumah ada saja yang rosak. Memang saya x tahan perangainya. Kadang2 saya fikir lebih baik dia mati dari hidup mendatangkan masalah pada saya.
@iamhasrizal
@iamhasrizal 2 жыл бұрын
Tiada yang dapat mencederakan jiwa kita lebih daripada apa yang anak-anak kita sendiri lakukan. Pedihnya luar biasa hingga Nabi Ya’qub a.s hilang penglihatan. Pengetahuan kita mengenai ADHD juga membolehkan kita memahami ada antara masalah anak kita adalah kerana ADHDnya dan ada yang adalah masalah moral beliau sendiri. Ada masa-masanya kita kena berehat daripada cuba repair anak dan mengharapkannya berubah. Sebaliknya mencari kekuatan di dalam doa Nabi Ya’qub a.s semasa disakiti oleh kelakuan anak-anaknya: قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ﴿ ٨٦ ﴾ (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Surah Yusuf, Ayat 86
@ChyPtk32
@ChyPtk32 2 жыл бұрын
Terima kasih atas perkongsian, Ustaz. Banyak tulisan Ustaz yang saya ambil manfaat darinya. Semoga Allah merahmati Ustaz atas sumbangan yang Ustaz berikan, walau Ustaz fikir ianya nampak kecil tapi di sisi Allah ada ganjaran yang besar nilainya.
@YusufAdin357
@YusufAdin357 2 жыл бұрын
Ibu saya umur 60 tahun. Penghidap bipolar disorder. Saya anak sulung pun teruji melihat penderitaan ibu. Semoga ustaz terus kuat.
@EunHaeTiey
@EunHaeTiey Жыл бұрын
Saya pernah satu tahap sgt stress knp mak saya kerap marah saya lupa. Knp sy xle fokus blja. Tuhan dah takdir tahu pasal ADHD lambat.xpela.cuma bila kenang rasa sedih sangat
@hasdean
@hasdean 2 жыл бұрын
Tq Ustaz. It means a lot to me.
@kumahasayaweh3602
@kumahasayaweh3602 Жыл бұрын
thesis!!! that's the thing that bring me to notice adhd. ur symptomps just the same with mine. i suka belajar, i suka dengan hal baru, gpa pun diatas rata2. but thesis is like a big wall 😭, made me stuck. bcz the topic is not interesting to me 😭😭😭😭
@iamhasrizal
@iamhasrizal Жыл бұрын
Hopefully you’ll find a way out that works for you to move forward fruitfully. Thanks for visiting my channel.
@whattimeisit9627
@whattimeisit9627 Жыл бұрын
aku juga baru mulai skripsian dan ternyata ADHD 😭😭😭😭😭
@zaio
@zaio 2 жыл бұрын
#moveforward
@maryamahmad6582
@maryamahmad6582 2 жыл бұрын
الله مستعان أستاذنا
@fathimahhanapi4769
@fathimahhanapi4769 2 жыл бұрын
Terima kasih ustaz...
@dendenju
@dendenju Жыл бұрын
Tqvm ust
@shirayuki6752
@shirayuki6752 2 жыл бұрын
Saya juga ada masalah jika perlu buat sesuatu yang memerlukan berstruktur. Terima kasih ustaz atas pencerahan ini. Dulu bekas boss saya pun detect saya ni ada adhd. Saya belum bekesempatan untuk jumpa psikitrist. Dulu saya tak mampu habiskan degree. Cara sekolah dengan universiti berbeza. Saya sangat perform di sekolah tapi apabila masuk universiti saya tak mampu habiskan. Saya salute ustaz mampu habiskan belajar walaupun ambil masa sampai 8 tahun. Saya macam ustaz, rasa bosan buat sesuatu yang sama. Tapi bila travel atau buat sesuatu yang baru, saya semangat. Sejak bekas boss saya bagi tahu macam tu, saya selalu ingatkan diri saya yg saya ni lain dari yg lain. Struggle is real untuk teruskan kehidupan seperti orang normal lain.
@iamhasrizal
@iamhasrizal 2 жыл бұрын
Sorry to hear your struggle. Keupayaan saya habiskan belajar tanpa diagnosis dan intervention mungkin setakat bachelor degree sahaja. Itu pun memang rezeki Allah tolong di saat akhir. Untuk masters, empat kali cuba selama lebih 15 tahun, tak berjaya. It’s okay. Teruskan usaha sahabat. Saya doakan.
@shirayuki6752
@shirayuki6752 2 жыл бұрын
@@iamhasrizal Aaminn.. May Allah bless and ease our journey in this world 🤲..
@rondamakan
@rondamakan 2 жыл бұрын
Penting tetapi tidak menarik. Macam saya tak habis masters 😅
@ikramyeo87
@ikramyeo87 2 жыл бұрын
Samalah. Masalah fokus menjadi cabaran besar dalam menghabiskan master degree saya.
@foreverarmy9840
@foreverarmy9840 2 жыл бұрын
Mcm mana nak tau kita ada adhd ke x? Terus check Dr ke? Sy ambik master tp xabis. Setahun jugak rasa murung. Sampai tukar no fon n deactivate semua medsos.
@iamhasrizal
@iamhasrizal 2 жыл бұрын
Boleh mulakan di sini: www.additudemag.com/adhd-symptoms-test-adults/ Hasilnya boleh memberi petunjuk tetapi hanya boleh disahkan oleh psikiatris atau psikologis klinikal yang bertauliah. Elakkan self-diagnosed.
@azizaahmad9249
@azizaahmad9249 2 жыл бұрын
الحمد لله حاضر وجزاكم الله خيرا
@SafeZone03
@SafeZone03 Жыл бұрын
10:01 so funny masha Allah😂😂😂
@azizaahmad9249
@azizaahmad9249 2 жыл бұрын
Checklist utk saya…😂 Touchg 60….
@user-xj9lk7bc9c
@user-xj9lk7bc9c 2 жыл бұрын
Percakapan yang sangat bermutu ustaz
@ayuninazihaha1706
@ayuninazihaha1706 Жыл бұрын
Maaf kalau saya salah, maksudnya ustaz dari kecil dah ada ADHD, tapi baru terima diagnosis bila sudah dewasa. Betul ke?
@iamhasrizal
@iamhasrizal Жыл бұрын
ADHD adalah kondisi yang ada semenjak kita lahir. Ia bukan diakibatkan oleh kejadian-kejadian tertentu pada peringkat umur tertentu. Kerana itu, semasa diagnosis, doktor akan menyelidik simptom-simptom ADHD semenjak usia kecil, dan memastikan tiada head injury atau apa-apa trauma yang boleh menjadi punca kewujudan simptom seperti ADHD, tetapi bukan ADHD.
@whattimeisit9627
@whattimeisit9627 Жыл бұрын
makasih bang, saya sebagai warga negara Indonesia merasa terbantu dengan konten ini, semangat! btw di Indonesia hanya segelintir orang yang mengerti tentang ADHD, semoga Malaysia terus maju! Salam dari Indonesia bang
@xavierazz_
@xavierazz_ Жыл бұрын
Oh
@mhusaini0185
@mhusaini0185 2 жыл бұрын
I am sorry if I am part of the world who view wrongly before. I did. But I am sorry.
ADD/ADHD | What Is Attention Deficit Hyperactivity Disorder?
28:15
Understood
Рет қаралды 9 МЛН
When you discover a family secret
00:59
im_siowei
Рет қаралды 36 МЛН
Will A Guitar Boat Hold My Weight?
00:20
MrBeast
Рет қаралды 147 МЛН
王子原来是假正经#艾莎
00:39
在逃的公主
Рет қаралды 27 МЛН
Why Gifted Kids Are Actually Special Needs
36:03
HealthyGamerGG
Рет қаралды 6 МЛН
The Best Career for ADHD
12:08
Rick Has ADHD
Рет қаралды 50 М.
Why ADHD is Linked with Addiction
35:34
HealthyGamerGG
Рет қаралды 1,4 МЛН
DekatMic  [E03] Cerita PESAKIT MENTAL di MALAYSIA! ADHD, Anxiety
1:00:13
DekatMic Podcast
Рет қаралды 9 М.
Infographics: What is ADHD?
2:13
Reynolds Journalism Institute
Рет қаралды 213 М.
ADHD: finding what works for me
12:02
TED-Ed Student Talks
Рет қаралды 215 М.
Pathological Demand Avoidance (PDA) Misconceptions
18:55
Kati Morton
Рет қаралды 71 М.
King's College London: Neurobiology Animation
3:35
King's College London
Рет қаралды 71 М.
When you discover a family secret
00:59
im_siowei
Рет қаралды 36 МЛН