Bismillahirrahmanirrahim🩵✨ "Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: Surah Taha: 20: Ayat 75🩵✨ "(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat". Surah Taha: 20: Ayat 76🩵✨ "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. Surah Taha: 20: Ayat 82🩵✨ "Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". Surah Taha: 20: Ayat 98🩵✨ "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka Memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan. Surah Al-Jathiyah:45: Ayat 14🩵✨ "Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). Surah Al-Jathiyah:45: Ayat 20🩵✨ 'Sesungguhnya orang yang membencimu(wahai Muhammad), dialah yang terputus (dari Rahmat Allah). Surah Al-Kautsar: 108: Ayat 3🩵✨ Allahumma Solli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa'Alaa aliSayyidina Muhammad 🩵✨
@nuraishaa6 сағат бұрын
astaghfirullahalazim.. orang2 kita jadi macam tu..patah hati semua kena hallaau..bagus