Рет қаралды 131,199
CARA-CARA CANGKUK DAN PASANG UMPAN UDANG HIDUP MEMANCING DI PANTAI - TEKNIK SURFCASTING
• CARA-CARA CANGKUK DAN ...
Dalam video kali ini admin kongsikan beberapa cara cangkuk dan pasang umpan udang hidup yang biasa digunakan untuk memancing di pantai, muara sungai atau menebing. Cara-cara cangkuk dan pasang umpan yang betul amat penting supaya umpan tidak mudah tercabut semasa buat balingan dan dapat strike bila umpan dimakan ikan. Ada cara ekor udang dipotong untuk memudahkan kita cangkuk mata kail dan umpan tidak berpusing sewaktu buat balingan jauh. Ada cara udang hidup sengaja dipotong kepala atau buang kulit kepala untuk menjadikan umpan kita lagi bertambah killer dan lebih cepat strike. Yang penting umpan udang masih segar digunakan berbanding menggunakan udang yang telah lama mati dan isinya dah tidak segar. Teknik dan cara ini amat praktikal dan efektif untuk digunakan apabila kita memancing menggunakan joran panjang/surfcasting. Mungkin ada macam2 cara lagi yang otai2 lain buat tapi ini antara cara yang biasa admin gunakan.
Semoga ia berguna dan bermanfaat untuk sahabat2 yg baru nak belajar cara-cara cangkuk dan pasang umpan udang hidup memancing di pantai. Selamat mencuba.
Shbt2 jgn lupa like, share dan Subscribe KPF Channel ini ye.
Terima Kasih Support..
Terbaikkk👍🏻👍🏻
#KPF
#KPFCHANNEL
#KPFSURFCASTING
#UMPANUDANGHIDUP