[DIRAYAH] Hadis Palsu - Nabi Ayyub Berpenyakit Kulit Kronik Sehingga Dibuang Dan Dipulaukan Kaumnya

  Рет қаралды 4,738

Media Hadith Darulkautsar

Media Hadith Darulkautsar

Ай бұрын

darulkautsar.wordpress.com/
[Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM [USUL DIRAYAT HADITH]
USUL DIRAYAT KETIGA - Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka. CONTOH - Nabi Ayyub a.s. Menghidapi Penyakit Kulit Yang Kronik Sehingga Dibuang Dan Dipulaukan Kaumnya.
( Video Penuh -
1- • Sesi 4 - Riwayat Tak S...
2- • Sesi 5 - Riwayat Tidak...
3- • Sesi 6 - Riwayat Tidak...
Maulana Muhammad Asri Yusoff
.
CONTOH HADITH PALSU - Kisah Nabi Ayyub a.s. mengalami penyakit kulit luar biasa selama lebih sepuluh tahun, menyebabkan semua anak buah dan pengikut beliau menjauhkan diri dari beliau adalah sebuah kisah yang masyhur dan tersebar dengan meluas dalam masyarakat Islam di seluruh dunia. Nabi Ayyub a.s., kerana penyakitnya itu dipandang begitu hina oleh masyarakatnya sehingga beliau dianggap tidak layak lagi berada dalam perkumpulan orang ramai. Beliau a.s. sebaliknya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah dan kotoran. Selain isteri dan dua orang kerabat beliau, tiada siapa pun yang menjenguk dan menghiraukan beliau yang sedang menderita itu. Kisah penderitaan Ayyub begitu popular kerana ia dikatakan berpunca daripada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat baginda yang dikemukakan oleh sekian ramai ahli tafsir terkenal.
Antara yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Wahab dan Ka’ab ialah: (i) Nabi Ayyub telah mengalami penyakit kusta di seluruh tubuhnya.
(ii) Tidak ada bahagian tubuh Nabi Ayyub yang terselamat daripada penyakit itu kecuali hati dan lidahnya yang dilindungi Allah untuk beliau berzikir kepada-Nya.
(iii) Orang ramai memandang jijik dan meluat dengan Nabi Ayyub.
(iv) Orang ramai telah membuang Nabi Ayyub di tempat pembuangan sampah dan kotoran.
(v) Tidak ada orang yang mengasihani Nabi Ayyub dan bersimpati dengannya selain isterinya.
(vi) Isteri Ayyub telah menghadapi banyak sekali cabaran, dugaan dan kesengsaraan semasa menjaga Nabi Ayyub dalam penderitaannya.
(vii) Kudis-kudis ditubuh Nabi Ayyub dikatakan berulat.
(viii) Nabi Ayyub dikatakan sentiasa dikerumuni serangga dan binatang-binatang melata. Pebangkai (binatang-binatang yang memakan bangkai binatang lain seperti anjing, serigala dan lain-lain) juga dikatakan sentiasa mengintai peluang untuk menggonggong tubuh Nabi Ayyub.
KOMENTAR
Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub itu sebenarnya bercanggah sama sekali dengan `aqidah Islam tentang para nabi dan rasul Allah. Menurut `aqidah Islam para nabi dan rasul juga manusia. Apa yang berlaku kepada orang lain sebagai manusia boleh juga berlaku kepada mereka selagi ia tidak haram. Cuma yang mustahil ada pada mereka atau berlaku kepada mereka ialah penyakit-penyakit yang mengaibkan atau keadaan-keadaan yang menghalang orang ramai mendekati mereka. Penyakit-penyakit seperti gila, kusta, buta dan lain-lain tidak mungkin berlaku kepada para nabi dan rasul, kerana ia merupakan penyakit-penyakit yang akan menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin. Masyarakat pula tentu sekali menganggap orang-orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti itu sebagai tidak sempurna. Keadaan ini akan akan membuatkan orang ramai menjauhkan diri dari mereka. Sebagai akibatnya, tidak sempurnalah hujah Allah terhadap manusia. Antara yang tercatat di dalamnya ialah mustahil berlaku kepada para nabi dan rasul itu penyakit gila. Kerana ia adalah suatu kekurangan. Sama seperti gila, penyakit-penyakit lain seperti kusta, sopak, buta dan lain-lain penyakit yang membuatkan manusia menjauhkan diri daripada pengidapnya. Adapun hikayat-hikayat yang tersebar di kalangan orang ramai tentang Nabi Ayyub mengalami penyakit kulit yang menyayat hati, semuanya karut semata-mata.
(ix) Menurut riwayat as-Suddi (seorang pendusta besar), penyakit kulit yang dideritai Nabi Ayyub itu telah membuatkan daging ditubuhnya menjadi reput dan tanggal sedikit demi sedikit sehingga akhirnya yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan urat-urat sahaja.

Пікірлер: 24
@sahrulakmal6551
@sahrulakmal6551 Ай бұрын
Salam, boleh saya tau status Nabi Isa as yg dikatakan Tidak berkahwin sedangkan berkahwin merupakan Sunnah para Rasul
@idrisabdullah1150
@idrisabdullah1150 Ай бұрын
Nabi Isa bukn time zaman nabi Muhammad...
@sahrulakmal6551
@sahrulakmal6551 29 күн бұрын
@@idrisabdullah1150 ku sebut Sunnah para Rasul. Maksudnya semua Rasul dari Nabi Adam hingga Muhammad
@meorshazril5309
@meorshazril5309 28 күн бұрын
x dan lg kot.. nanti die turun balik sape la bertuah jd bini die
@seharumgetahsekerap3645
@seharumgetahsekerap3645 26 күн бұрын
​​@@sahrulakmal6551jangan memandai kata berkahwin tu sunnah para Rasul. Banyak nabi yang bujang. Nabi Allah Daniel a.s bujang sampai wafat. Nabi Allah Jurjais a.s bujang. Nabi Khidir a.s bujang. Nabi Yahya a.s pun bujang. Kahwin ni disunnahkan di zaman Rasulullah saw untuk umatnya yang beriman dengan al-Quran. Jangan biasakan baca hadis sekerat2.
@seharumgetahsekerap3645
@seharumgetahsekerap3645 26 күн бұрын
Rasulullah saw kata siapa tak berkahwin bukan umat baginda. Maknanya hukum sunnah pada kahwin disyariatkan buat umat Rasulullah saw. Pada zaman sebelum Rasulullah saw, banyak abid dan alim yang membujang sampai mati kerana mengabdikan diri hanya untuk beribadah. Termasuk para Nabi dan Rasul. Jangan ingat Nabi dan Rasul tu puluh2 orang je. Nabi ada 200,000 lebih. Rasul ada 313 orang.
@salmania.rahman5524
@salmania.rahman5524 29 күн бұрын
Tak semestinya jasad yg tak dimakan tanah tu orang yg alim firaun pun dizamannya jasad masih utuh dan ada jg org yg berugama kristian pun ada juga .
@Santgr-hsn
@Santgr-hsn 27 күн бұрын
Memanglah jasad firaun tak dimakan tanah, sbb setiap keluarga firaun bila mati je jasad diorang diawet pakcik oi... Termasuk binatang yg dianggap dewa pun diawet tu sbb jasad dia sampai sekarang ada...
@ishakismail9402
@ishakismail9402 Ай бұрын
Minta maaf ust macamana dgn Nabi Muhammad s. a. w naik ke langit di sidratumuntaha ada tawar menawar dgn Allah minta kurangkan solat? Sedangkan Rasullullah Akhlak yg Agong! Maaf ingin tahu kalu salah tanya tolong betulkan ambo.
@norhudaabubakar4627
@norhudaabubakar4627 28 күн бұрын
kisah tawar menawar jumlah solat adalah kisah yang Allah nak tunjuk pada kita sifat pemurah Alllah. kisah ini tidak bermaksud Rasullullah degil dan membantah suruhan Allah. Allah menjelaskan Nabi Musa yang bagi idea ini kepada Nabi Muhamad. Kisah ini tidak mengurangkan akhlak Baginda sebab Allah mengizinkan tawaran tersebut. Jangan sangka akhlak yang Agung itu sehingga Baginda itu setaraf malaikat.. Kisah tawar menawar ini bukan karangan manusia, ia kisah yang datang dari Allah DEMI menunjukkan Akhlak Allah kepada hambanya. Allah yang maha mengetahui. Allahu alam.
@shahrol6747
@shahrol6747 Ай бұрын
Maulana asri antara agamawan yg aku kagumi dan hormati.. Cuma ada sedikit pertanyaan, jika digunakan ideologi maulana asri, bagaimana pula kisah nabi yunus yg melarikan diri dari berdakwah kepada kaum nya? Sehingga dihukum oleh Allah?
@meorshazril5309
@meorshazril5309 Ай бұрын
Tu dlm Quran.. Surah ape x ingat tp juz 29
@norhudaabubakar4627
@norhudaabubakar4627 28 күн бұрын
Allah yang keluarkan kisah Nabi Yunus putus asa dalam berdakwah sebab umat dia teramat DEGIL. Tujuan nya untuk mendidik kita bahawa Nabi Yunus bukan ajaib!! Cakap sekali dan diikuti oleh kaum nya. Mendidik bahawa tugas berdakwah itu berat. Stress dan putus asa boleh berlaku kepada mana-mana pendakwah hatta seorang Nabi. Allah benar berkuasa menghukum hambanya walau Baginda adalah seorang Nabi. dan Allah hendak kita me contohi sikap para Nabi yang tersalah seperti Nabi Yunus & Nabi Adam..mereka SEGERA istiqfar selepas melakukan kesalahan. Allahu alam.
@meorshazril5309
@meorshazril5309 28 күн бұрын
@@norhudaabubakar4627 cume mereka memilih yg kurang utama.. nabi2 kesalahan deme x sampai berdosa..
@norhudaabubakar4627
@norhudaabubakar4627 28 күн бұрын
@@meorshazril5309 Ya, sebagai pengajaran dan tauladan kepada umat Islam.
@muttaqinal-amin6886
@muttaqinal-amin6886 Ай бұрын
Bagaimana mereka ni berpikir sebenarnya, jatuhkah maruah org yg berpenyakit dan dipulau, nabi pun dipulau dan disihir, adakah hadis menjadi palsu sbb benda ni walaupun sanadnya sahih atau hasan.... Kemuliaan manusia hanya dlm takwa, hadis menunjukkan sifat istiqamah seorang nabi berbanding seluruh manusia lain, jika ditolak hadis yg sahih sanadnya hanya sbb perkara ini, hilanglah contoh bagi kita ttg sifat istiqamah manusia yg menderita
@mediahadithdarulkautsar4593
@mediahadithdarulkautsar4593 Ай бұрын
Salam...sudi kiranya meneliti video penuh berkenaan isu Nabi Ayyub ini sebgaimana berikut - 1- kzbin.info/www/bejne/jpbEfYyBe9B5g80 2- kzbin.info/www/bejne/eKanXqBpet9nbtU 3- kzbin.info/www/bejne/o4HHqWVrodOed9k Dalam video-video ini dihuraikan TIADA satu pun hadith yang sanadnya sahih atau pun hasan. Maka ianya tidak boleh dijadikan hujjah. Penghinaan kepada seorang Nabi seperti dibuang ke tempat pembuagan sampah oleh umatnya adalah lebih besar isunya dari kesabaran dari menghadapi ujian penyakit. Dan isu ini perlu disekalikan dalam menilai kasahihan hadith-hadith tersebut.
@sahrulakmal6551
@sahrulakmal6551 Ай бұрын
Salam, boleh saya tau status Nabi Isa as yg dikatakan Tidak berkahwin sedangkan berkahwin merupakan Sunnah para Rasul
@meorshazril5309
@meorshazril5309 Ай бұрын
​@@mediahadithdarulkautsar4593kirenye kisah nabi Ayub sakit tu betul, cume kene sakit ape & perinciannye tu la x betulkan? X silap dlm Quran Allah ajo nabi Ayub ikat 100 ranting/lidi/kayu & pukul bininye sekali sahaje berbanding pukul 100x.. Surah ape x ingat.. 😅😅
@norhudaabubakar4627
@norhudaabubakar4627 28 күн бұрын
kisah penyakit nabi ayub yang katanya penyakit kulit sehingga berulat dan keluar dari nanah nya adalah kisah dari Bani Israel. atau kisah Israilliat. kisah israilliat ini kebanyakkan tidak benar dan menambah-nambah sahaja. Tiada hadis sahih yang menceritakan penyakit Nabi Ayub yang sebenar. Paling kuat ialah Baginda menghidap sakit sendi. Penyakit kulit itu kisah yang datang dari orang Yahudi. Allahu alam.
@norhudaabubakar4627
@norhudaabubakar4627 28 күн бұрын
@@sahrulakmal6551Berkahwiin adalah sunnah Nabi Muhamad yang itu ada dalam hadis. Tapi jiika Allah tak rezekikan Nabi Isa berkahwin maka bukan urusan kita untuk pastikan Nabi Isa supaya ikut sunnah. Allah tiidak akan ditanya tentang apa yang DIA buat, tapi kita lah yamg akan ditanya… adakah kita mengikut sunnah Rasullullah. Allahu Alam.
@kamsankamsan9050
@kamsankamsan9050 Ай бұрын
Cerita mat bedul wahablah...gali semula kubor tengok masih kekal jasad atau hamgus...baru aku caya
@wanalias4562
@wanalias4562 Ай бұрын
Itu kamu punya pasal, nak percaya atau tidak. Tak jadi hal.
@darmaanggling8622
@darmaanggling8622 Ай бұрын
Jenazah orang2 melayu yg kebal semasa hidup pun masih utuh jasadnya, walaupun semasa hidup bnyk berbuat syirik
НЕОБЫЧНЫЙ ЛЕДЕНЕЦ
00:49
Sveta Sollar
Рет қаралды 7 МЛН
Normal vs Smokers !! 😱😱😱
00:12
Tibo InShape
Рет қаралды 48 МЛН
Kisah-Kisah Para Sahabat NABI ﷺ | Siri 2 Kitab Hadis 40 | Ustaz Muhaizad Muhammad
1:02:51
Prof Abdul Manam & Kepincangan Tauhid Rububiyah (Bhg. 1)
41:36
Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Рет қаралды 10 М.
#757 Mak Ayah Nabi Masuk Neraka?!
21:21
Syihabudin Ahmad
Рет қаралды 70 М.
205 | Kisah Nabi Soleh a.s | Ustaz Auni Mohamed
1:00:11
Abu Khadijah
Рет қаралды 153 М.
[HADIS PALSU] Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya
11:38
Media Hadith Darulkautsar
Рет қаралды 1 М.
НЕОБЫЧНЫЙ ЛЕДЕНЕЦ
00:49
Sveta Sollar
Рет қаралды 7 МЛН