Ernie Zakri - Astana |

  Рет қаралды 200,447

Ernienators Updated

Ernienators Updated

9 ай бұрын

Пікірлер
@zaimyusoff
@zaimyusoff 9 ай бұрын
*BEDAH ASTANA KARYA ERNIE ZAKRI* _oleh Za'im Yusoff_ 1. Apabila Astana disahkan Ernie Zakri sebagai sebuah kesinambungan Ku Bersuara, paling tidak hal ini boleh dilihat daripada dua segi. Satu, penerusan semangat melawan kezaliman ke atas diri persona. Kedua, pelengkap kepada naratif Ku Bersuara tetapi melalui POV (sudut pandang) yang berlainan tetapi selari dari segi jeda masa. Apabila digabungkan kedua-dua segi ini, Astana adalah suara mereka yang bersama berjuang dengan persona yang dizalimi yang berasal dari Ku Bersuara. 2. Suara mereka itu merujuk kepada suara penyelamat bagi insan yang dizalimi. Seperti suara seorang rakan yang berjuang bersama-sama rakannya yang lain untuk keluar dari kezaliman yang mungkar. 3. Dalam kes Astana, hal ini diterjemahkan menerusi semangat "berdua terus berjuang" oleh para rakan dalam kalangan peminat Ernie Zakri yang tegar lagi kental bersuara melalui #JusticeForErnie dalam insiden separuh akhir muzik-muzik ke-38 yang kecoh di awalnya. Alhamdulillah, hakikatnya kita berjaya mencipta #Astana Cinta apabila lagu ini layak ke #AJL38. Tahniah! 4. Suara teman seperjuangan sebegitu juga boleh juga dilihat sebagai sosok guru yang membimbing anak muridnya keluar dari belenggu derita nan duka. Dari sudut ini, jika hati kita sentiasa disenandungkan dengan semangat para anbiya; kita juga boleh melihat sosok pesona rakan seperjuangan atau guru pembimbing ini seperti kelakunya Nabi Muhammad solla Allahu 'alaihi wa aalihi wassalam menyelamatkan para sahabat yang dahulu pekat dalam kezulmatan kufar; baik dari akidah yang salah seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab mahupun penindasan yang parah seperti kejadian Saidina Bilal bin Rabah - radhiya Allahu 'anhuma. Verse 1: Engkau yang mekar dalam belukar Namun dunia yang ingkar Kau ku memetik di saat getir Meninggalkan onak 5. Astana bermula dengan bunyi persis semboyan, seiring dengan tabiat rakan seperjuangan atau guru pembimbing yang berikar setia lalu mengisytiharkan - "Kau tidak bersendirian dalam perjuangan menentang kezaliman ini". Mengapa? Kerana engkau begitu berharga (Engkau yang mekar), meskipun engkau lahir dalam kehidupan yang tidak begitu membantu malah membantut (dalam belukar) ataupun dalam persekitaran yang toksid (Namun dunia yang ingkar) yang sentiasa mahu melawan perjuanganmu. 6. Dalam keadaan sedemikian mencabarlah, rakan seperjuangan atau guru pembimbing ini melihatmu dan membawamu keluar bersama dengannya (Kau ku memetik) untuk meninggalkan suasana terperuk yang memburuk itu (di saat getir, meninggalkan onak). 7. Di sini menarik, terdapat bunyi jari-jari dipetik sekali gus mengukuhkan hal yang ingin ditegaskan di sini adalah perbuatan "memetik" yang menjadi titik ubah (turning point) kepada pesona yang dizalimi untuk mula keluar dan membina dunia yang lebih segar apabila "dipetik" oleh rakan seperjuangan atau guru pembimbing. 8. Kata "onak" mengingatkan kita akan peribahasa mahsyur, 'pisang emas di luar, onak duri di dalam' yang sebenarnya senada dengan naratif Ku Bersuara dan Astana yang mana peribahasa itu bermaksud tutur kata yang manis tetapi berisi tipu muslihat. 9. Masihkah kita ingat akan bait Ku Bersuara, (Dijanjikan mahligai cinta / Terkaburi belaian manja / Yang ku sangka tenang / Rupanya tersimpan rahsia) - di mana cerita janji manis ini diimbau semula dalam Astana melalui (Rangkai katanya / Meracun jiwa / Jangan sekali kau dengar) lantas menguatkan lagi keterkaitan antara kedua-dua lagu ini seperti yang ditegaskan Ernie sedari awal. Pre-Chorus: Haruskah kita yang tempuhi beban Berteman penyesalan Sedarlah dirimu halakan tuju Ke arah sebenarmu 10. Apabila melawan kezaliman, perjuangan itu tidak mudah bahkan susah dan payah, lalu fitrah manusia pasti merasa penat dan lelah yang mungkin menimbulkan persoalan pada diri yang berjuang seperti (Haruskah kita yang tempuhi beban / berteman penyesalan). 11. Tetapi kepenatan ini tidak harus begitu dilayan sebaliknya harus segera diberikan peringatan seperti (Sedarlah dirimu / halakan tuju / ke arah sebenarmu) agar objektif perjuangan terus difokus agar masa depan lebih lurus lagi terurus. Chorus: Genggamlah tanganku Kan ku bawa dirimu Tinggalkan dunia yang rapuh Kau dan aku Hapuskan ragumu Junam mimpi mimpiku Mencipta astana cinta Kau dan aku 12. Korus Astana sebetulnya membawa penafsiran yang langsung yakni rakan seperjuangan atau guru pembimbing itu mengajak persona yang dizalimi untuk bersama-sama dengannya seia sekata dalam menatang perjuangan. 13. (Tinggalkan dunia yang rapuh) dalam erti kata lain menuju 'dunia lain' yang lebih kukuh - boleh bermaksud berhijrah dari dunia toksid ke dunia lebih baik lagi produktif atau dalam konteks Islam, menuju ke objektif akhirat yang lebih kukuh lagi abadi. Bermakna perjuangan yang bersandarkan kebenaran sebagaimana menurut titah perintahNya yang akan membawa ke dunia baru yang jauh lebih terjamin seraya benar-benar diingin. 14. (Hapuskan Ragumu) dalam erti kata kukuhkan ikatan iman dan kepercayaan bahawa perjuangan ini benar bahawa di akhir yang kita jejak adalah astana cinta yang kau dan aku sama-sama cipta (Mencipta Astana Cinta / Kau Dan Aku). 15. Memandangkan Astana adalah ejaan lain bagi Istana, lalu bait ini senada dengan lagu lagenda Rahim Maarof berjudul Istana Menanti yang merujuk kepada istana di dalam syurga mengisyaratkan destinasi akhir perjuangan yang teramat bernilai. 16. Dari segi lain, bait Astana Cinta menjawab bait Ku Bersuara bagi bait (Dijanjikan Mahligai Cinta). Secara teks, mahligai dan astana/istana adalah serupa yakni kediaman para raja dan kaum kerabat. Tetapi jika didalami lagi, astana/istana khusus untuk kediaman raja atau kepala negara sahaja berbanding mahligai yang turut juga mencakupi kaum kerabat diraja. Di sini, ada beza yang halus tingkat destinasi yang ingin diketengahkan Astana seraya menjadikan Astana amat teliti mengarangi bunga-bunga bahasa liriknya. 17. Ada satu bait dalam korus ini yang agak bermasalah jika dipandang selapis iaitu (Junam mimpi-mimpiku). Tetapi jika kita renung dan tenung, konsep kata mimpi boleh membawa isyarat mimpi sebagai impian juga mimpi sebagai hal yang bertentangan dengan realiti yakni angan-angan yang kemungkinan besar tidak kesampaian. 18. Dalam konteks lagu Astana, saya berpandangan (Junam mimpi-mimpiku) dengan terjemahan rasmi Inggerisnya, (Destroy all my dreams) adalah dimaksudkan dengan angan-angan yang tidak kesampaian. Dalam erti kata lain, rakan seperjuangan atau guru pembimbing mahukan persona yang dizalimi itu sama-sama merealisasikan segala impian mereka bukan sebagai angan-angan, bukan sebagai mimpi sebaliknya menjadikan impian mereka sebagai suatu realiti yang berjaya digenggami! Verse 2 : Rangkai katanya Meracun jiwa Jangan sekali kau dengar Jangan kau resah Ku akan hadir Berdua terus berjuang 19. Verse 2 menegaskan dengan lebih berkesan lagi akan keterkaitan Ku Bersuara dengan Astana. Bukan sekadar bait (Rangkai katanya / Meracun jiwa / Jangan sekali kau dengar) menjawab bait Ku Bersuara (Dijanjikan mahligai cinta / Terkaburi belaian manja / Yang ku sangka tenang / Rupanya tersimpan rahsia) tetapi juga bait (Jangan kau resah / Ku akan hadir / Berdua terus berjuangan) adalah turut merupakan balasan kepada (Resah jiwa diperguna / Aku tersedar jaga dari lena)! Simply connected with brilliance! 20. Bait (Jangan sekali kau dengar) merujuk kepada kata-kata musuh baik yang manis penuh muslihat atau pahit penuh hasad. Dalam konteks keimanan, kata-kata itu termasuklah bisikan manusia juga jin yang mencakupi syaitan dan iblis juga - minal jinnati wannas. Bridge: Bebaskanlah dirimu Dengarkan aku Ku bawa lihat dunia Dari sudut mataku 21. Kemuncak Astana menurut saya adalah pada Bridge yang menganjurkan kekebasan di akhir di mana sudut pandang persona dizalimi bertukar menuruti sudut pandang rakan seperjuangan atau guru pembimbing. Di sini kita memahami, Ernie dan para pengkarya Astana memberitahu dunia - dahulu Ku Bersuara, hari ini roh perjuangan itu harus menurut sudut pandang yang lebih cerlang lagi benar dalam Astana. 22. Moga Astana ada rezekinya di #AJL38 nanti! Mari kita doakan. Ameen. _Sekian._ _Selesai 9.53pm; 25 Disember 2023_ _Tulisan Za'im Yusoff_
@ernienators_updated
@ernienators_updated 9 ай бұрын
Kita lurve!❤️
@MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN
@MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN 9 ай бұрын
Well stated 🔥
@zaimyusoff
@zaimyusoff 9 ай бұрын
thank you pin! sebenarnya lama dah nak tulis, alhamdulillah baru sampai hajat tonight! syukurrrrrrrrrrr! :) moga Ernie menang #AJL38 tiada yang mustahil!@@ernienators_updated
@aiman4002
@aiman4002 9 ай бұрын
wahhh!! akhirnya abang zaim kembali 😭🫶🏻
@zaimyusoff
@zaimyusoff 9 ай бұрын
@@aiman4002 haha kemain menanti ya :') ni semangat ni nak bedah "Masing-Masing" pulak eh :D
@aydann8374
@aydann8374 9 ай бұрын
Tak tahu kenapa Aku happy sangat bila tngok Ernie sendiri yg nyanyi😭
@nabilamsyarzakir5061
@nabilamsyarzakir5061 9 ай бұрын
Sbb ni Ernie kot..She lyricist and composer..Aura Ernie dh meresap dalam lagu ni❤
@syahirwan-x1p
@syahirwan-x1p 9 ай бұрын
Version SFMM pun dah trending , imagine big version final AJL confirm meledakkkk! We demand Ku Bersuara 2.0 !🎉🎉
@n5144
@n5144 9 ай бұрын
AJL tembak terussss🔥🔥🔥🔥
@sznlove7422
@sznlove7422 9 ай бұрын
Fokus pada reaksi wajah ernie utk setiap bait kata² dia lontarkan... amaze kan. ?..
@jayrahimie6174
@jayrahimie6174 8 ай бұрын
Teknik nyanyian dia perggggggg.. Ini la di katakan colour of voice
@dahlanzt1221
@dahlanzt1221 9 ай бұрын
Fans Ernie .. marilah kita berdoa agar lagu Astana mara ke A.J.L 38 esok .. semakin ramai yang mendoakan .. semakin hampir Astana Top 12 A.J.L 38 .. mudah mudahan 🙏🙂
@hisyammuhammad9038
@hisyammuhammad9038 9 ай бұрын
Aamiinn
@xenzs5037
@xenzs5037 9 ай бұрын
Aaminnn
@BetulNiTomie
@BetulNiTomie 9 ай бұрын
aamin..kali ni mesti win punye🔥
@azyyatiabdellah1465
@azyyatiabdellah1465 9 ай бұрын
Aamiin
@haiqalsmdmf90
@haiqalsmdmf90 9 ай бұрын
Aaminnn
@officialzeezoearief4007
@officialzeezoearief4007 9 ай бұрын
SUMPAH TEKNIK ACROBATIC SUARA DIA MMG BEST TEROKK!!! MEREMANG DGR… BKN SEKADAR SUARA TINGGI TP TEKNIK VOCAL DIA.. DAMN SO GOOD!!! ULANG 100 KALI…
@yuyuma1012
@yuyuma1012 9 ай бұрын
Semoga lagu astana dapat no 1 AJL nanti aminnn Ernie zakri the best
@harris__
@harris__ 9 ай бұрын
Vocal power cam ni patutnya dh menang bnyk awards semoga tahun depan kemenangan berpihak kepada Ernie 💖
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
Aminn..Semoga semua baik2 sahaja..Kemenangan adalah rezeki yg tuhan tentukan..harap ernie menang byk award…
@Percipitate643
@Percipitate643 9 ай бұрын
Dia dah pernah menang AJL n AIM for the best vocal.
@zulhilmizamry
@zulhilmizamry 7 ай бұрын
aamiin semoga ernie dapat any awards masa ajl38 nnti
@muhmadar98
@muhmadar98 9 ай бұрын
semoga astana AJL arrangement nya gah macam ku bersuara , harap ada la adlib gempak and dpt buka mata ramai lagi org Malaysia ni agar lebih mengenali ernie dan menghargai bakat beliau
@zulhilmizamry
@zulhilmizamry 7 ай бұрын
yas aamin
@zaraiimana
@zaraiimana 9 ай бұрын
Ernie ni power teknik vocal pun power tak menjerit2 yg menyakitkan telinga, cantik high note dia
@salnasdean3106
@salnasdean3106 9 ай бұрын
Stuju, x overdo
@hzqlkn7313
@hzqlkn7313 9 ай бұрын
Frr
@syiddiqinsuriadi249
@syiddiqinsuriadi249 7 ай бұрын
Saya rasa ernie akan fokus dekat vokal dan inshaallah boleh dapat ANUGERAH VOKAL TERBAIK
@fauzipojie814
@fauzipojie814 9 ай бұрын
kak ninie ni antara yg juri akn tgk dulu dlm pnilaian...
@mfaiman_06
@mfaiman_06 9 ай бұрын
ramai yg nanti-nantikan performance ernie smpai boleh trending kt youtube ❤
@mixnianaaaa
@mixnianaaaa 9 ай бұрын
trmasuk hatters yg nak cri point untk menjatuhkan ernie🗿
@mfaiman_06
@mfaiman_06 9 ай бұрын
​@@mixnianaaaa diorang dh xde point dh HAHAHAH skali ernie bgi chest part 😮
@mfaiman_06
@mfaiman_06 9 ай бұрын
​​@@mixnianaaaa 2:45 ni chesty mix kan
@irfaniskandar849
@irfaniskandar849 9 ай бұрын
Lock vocal terbaik ajl38 🫶🏻🫶🏻
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
Wow trending wohh..x sedar nok..30 trending…jomm kita stream ramai2…cukupkan 1M….Maksudnya ramai yg tunggu perfomance ernie kannn
@woogo1958
@woogo1958 9 ай бұрын
Klu bole like semua komen and keep streaming, komen jgn guna emoji...kekalkan kak ninie trending ernienators
@missfarqi1155
@missfarqi1155 9 ай бұрын
daebak!!!!!
@EmmaZainal.
@EmmaZainal. 9 ай бұрын
Doa saya semoga ernie menang ajl... 🥰🤲🏻 slayyyy lh ernie..!!
@ahmadsyukriahmad
@ahmadsyukriahmad 9 ай бұрын
Tebus segala yang perlu ditebus Ernie 🙌🏻
@ejenscoobyxfactor6019
@ejenscoobyxfactor6019 9 ай бұрын
AJL NI MINTA² ADA REZEKI QUEEN KITA. AAMIIN
@mixnianaaaa
@mixnianaaaa 9 ай бұрын
Juara n also Vokal Terbaik❤
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
Aminnnn…
@xoking0
@xoking0 9 ай бұрын
Macam dah lama Xtengok Ernie btl2 all out level insane mcm aku cinta dan ku bersuara
@chaeyoungz-f4f
@chaeyoungz-f4f 6 ай бұрын
ya lagu gundah tu last la pstu ajl37 ernie mcm tknk keluarkan semua hrp la malam ni ernie all out dan balas balik award dri ajl34 tu
@harris__
@harris__ 9 ай бұрын
ASTANA layak ke AJL38 congrats Ernie zakri ✨
@henlo1765
@henlo1765 9 ай бұрын
Lagu ni ada vibe2 feel good, sassy2, bestnye tak sabar nak tgk arrangement AJL nanti
@mdsaadhamdan4963
@mdsaadhamdan4963 9 ай бұрын
Final nanti Ernie buat sikit tarian..sy rasa mmg gempak.sekadar cadangan..
@xdmzac8018
@xdmzac8018 9 ай бұрын
Ernienators kita menang!!! Kak Ninie sah ke #AJL38 bersama Astana ❤🎉
@aamrockey
@aamrockey 9 ай бұрын
Ramai rindu Ernie Zakri and now dah 18 on trending!
@irfanbinharunstudent64
@irfanbinharunstudent64 9 ай бұрын
17 dah
@frs_mrzq9761
@frs_mrzq9761 9 ай бұрын
16 dah
@mfaiman_06
@mfaiman_06 9 ай бұрын
15 dh
@mohdfais2696
@mohdfais2696 9 ай бұрын
14 dah
@luqmannaim3008
@luqmannaim3008 9 ай бұрын
Tak sangka blh trending..... Mari naikkan sampai top 10 trending....
@azizahyusof6608
@azizahyusof6608 9 ай бұрын
Wow dah trending rupanya.Tahniah Ernie ke final ajl 38 ye.Memang ikhlas betul Ernie menyampaikn bait2 lagu astana ni dgn penuh makna dan berkesan dgn vokal yg sgt merdu dan padu.Moga Ernie terus sihat dan dpt membawakn lagu ini lebih meremang dihari final nnt dgn arrangement muzik yg lebih segar dan indah.
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
jom stream lagi…trending 21 dah wehh x sangka…ramai tunggu perfomance ernie rupanyaa kann..
@aliefaiman4079
@aliefaiman4079 9 ай бұрын
Nak bagi lagi naik trending tu kena buat cane ekk?....kita xberapa paham youtube mcm mana
@lyricsvibes6259
@lyricsvibes6259 9 ай бұрын
​@@aliefaiman4079kena selalu stream video ni dah realese dalam 3 hari dah cecah 46k & video artis yg lagi 1 tu dah realese baru 7.1k bukan nak compare siapa bagus siapa tidak tapi di sini kita nampak org ramai mmg tggu perfomance kak nini .
@muhmadar98
@muhmadar98 9 ай бұрын
​@@aliefaiman4079usually banyak komen , slalu stream and xguna emoji
@UtehEmpire
@UtehEmpire 9 ай бұрын
Ending dia.. gempak.. huhuhu..uuuhukkuhu.. 😂😂😂😂
@fathy_rizqi4328
@fathy_rizqi4328 9 ай бұрын
slay gile
@syawalhasnol1281
@syawalhasnol1281 9 ай бұрын
Juara ni
@aismilo767
@aismilo767 9 ай бұрын
Kak ninie on fire 🔥🔥❤❤
@alyaizzati647
@alyaizzati647 9 ай бұрын
Melody lagu ni best doo
@lindayunos2598
@lindayunos2598 9 ай бұрын
Goosebumpssss wehh.. semoga lagu ni jd juaraaaa AJL nnt..insyaAllah Aminn
@SHAHRUL2207
@SHAHRUL2207 9 ай бұрын
Tak sabar nak dengar version new Arrangment Astana(Ku Bersuara 2.0)
@norshamshielaothman2583
@norshamshielaothman2583 8 ай бұрын
special btl la head voice ernie ni . sgt different dr artis lain penuh teknikal kdg x kedengaran lgsg dia tukar head - chest , chest - head . sedap sgt ni ernie
@ia9665
@ia9665 9 ай бұрын
AJL nanti please ramai ramai undi persembahan terbaik. Kami kat dewan nanti line takde 😢
@MsFidde
@MsFidde 9 ай бұрын
Okeyyy!
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
kann pelik nape kat dewan xde line nok…ada tpi sgt slowe dohh…
@madihaabdullah3249
@madihaabdullah3249 9 ай бұрын
Keluar dewan jap utk undi pastu masuk balik😁
@Iqbal-qx1zi
@Iqbal-qx1zi 9 ай бұрын
Rmai org kot...coverage kcau ​@@masjusjohn961
@adhhaidil
@adhhaidil 9 ай бұрын
Bayangkan ajl38 nanti ernie menang both vokal terbaik dgn persembahan terbaik. Mesti auto goosebumps kan sbb teringat ajl34?.
@ammmr-x5u
@ammmr-x5u 9 ай бұрын
wow sfmm pun dh trending kalau AJL lagi boom InsyaAllah , Vokal terbaik utk kak ninie . ameeenn
@DK_U
@DK_U 9 ай бұрын
akan menjadi trending❤ 2024
@doublea9522
@doublea9522 9 ай бұрын
Vibe dia mcm ku bersuara sfmm dulu. Dgn konpidennya, attire putih tu, tapi yg ni version yg diupgrade mcm dlm cover aura tu. Moga ada rezeki ke ajl kak ninieee. Walau apa pun resultnya kami sentiasa igt kata-kata kak ninie, "karier saya adalah sebuah perjalanan, bkn pertandingan....." , keep producing masterpiece gurl 🔥🔥
@tatakae.shinri9004
@tatakae.shinri9004 9 ай бұрын
Ye ernie ada cakap Astana ni kesinambungan dari Ku Bersuara
@nurnajihahnasuha4802
@nurnajihahnasuha4802 9 ай бұрын
Clean betul transition 😭😭😭😭😭😭🤍🤍🤍🤍🤍
@ahmadsyukriahmad
@ahmadsyukriahmad 9 ай бұрын
All the best Ernie, tebus segala yang perlu ditebus
@rusydanrosli1179
@rusydanrosli1179 9 ай бұрын
Baru sfmm dah trending, cant imagine how ajl soon
@chaeyoungz-f4f
@chaeyoungz-f4f 6 ай бұрын
alhamdulillah dlm masa 20jam dh 56k view tk lama trending la tu InsyaAllah
@M_Daniel7777
@M_Daniel7777 9 ай бұрын
Last part tu hebat
@MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN
@MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN 9 ай бұрын
18 on trending wehh!!! Fan account ja tpi paduu. Penangan ErnieZakri
@mkhambali_
@mkhambali_ 9 ай бұрын
Sebab tu peminat mahukan Ernie sendiri yang menyanyikan lagu ini Nyanyian yang sempurna ❤ . Tak sabar nak tengok Astana versi AJL 38 . Semoga urusan Ernie dan Team dipermudahkan . 🤲🏻
@komeradtomat4987
@komeradtomat4987 9 ай бұрын
Sentiasa tk mengecewakan seorang insan yg bernama Ernie Zakri...walaupun ada masalah yg melanda sebelum ni tapi beliau tetap tenang mempersembahkan lagu ni dengan sangat baik dan mantap sekali...all the best kak ninie n team Astana road to AJL...moga mendapat rebut kembali apa yg sepatutnya menjadi milikmu...insyaAllah ameen
@ejenscoobyxfactor6019
@ejenscoobyxfactor6019 9 ай бұрын
Ni baru SFMM dh trending,blum lagi AJL. HAISHHH..
@chaeyoungz-f4f
@chaeyoungz-f4f 6 ай бұрын
alhamdulillah dh msuk no 10 dh ajl punya tp tula si prime gi block sbb copyright 😭😭😭
@mohdnazeri5070
@mohdnazeri5070 9 ай бұрын
Tahniah ernie zakri mara ke AJL38
@ajiquelajim1460
@ajiquelajim1460 9 ай бұрын
Vokal terbaik unlocked
@lielalalielo6469
@lielalalielo6469 9 ай бұрын
lagu ni kekuatannya pada melody&arrangements. unique&fresh blend with ernie's colourful voice+perfect vocal technique..for me this Genre: Ernie . she's the music🥲 she's something different..im so proud🇲🇾 semoga ada yg membuka mata untuk menghargai bakat penyanyi&komposer2 ini suatu hari nanti inshaallaah..
@muhmadar98
@muhmadar98 9 ай бұрын
harap sangat astana AJL nnti arrangement nya segah ku bersuara AJL, insyaallah kalini bole menang sebab bukan juri tah pape
@lielalalielo6469
@lielalalielo6469 9 ай бұрын
​@@muhmadar98insyaallaah kalau ada rezeki ameen..thankyou so much for the kind words☺️
@azizahsharif9284
@azizahsharif9284 9 ай бұрын
Kemerduan suara seseorang penyanyi adalah berbeza. Ada kelebihan masing2
@syahirwan-x1p
@syahirwan-x1p 9 ай бұрын
Masih trending ekkkkk 🎉
@faridfariz7893
@faridfariz7893 9 ай бұрын
Perrhhh vocal dia, kawalan nafas yg baik
@zahrinyunusfamily9529
@zahrinyunusfamily9529 9 ай бұрын
Lagu ni sangat catchy
@adhi149
@adhi149 9 ай бұрын
Love love kak ernie vocal superb
@pakdeeishak8961
@pakdeeishak8961 9 ай бұрын
takde apa nak dibuktikan lagi dh..skg ni ernie xperlu nak tunjuk power dia punya dh..sebab semangnya dia dh power..janji sedap je..contoh mcm lagu masing-masing..merdu je kt telinga..jalan terus ernie..!!💪😄
@amirulfaiz3871
@amirulfaiz3871 9 ай бұрын
Lagu layak ke final
@muhdaidil8988
@muhdaidil8988 9 ай бұрын
Sama sama doakan segalanya dipermudahkan untuk ernie and team, semoga vokal terbaik berada dlm gengamannya semula, aamiin🔥
@msiok2channel975
@msiok2channel975 9 ай бұрын
Ernieee..i love u ..🫰🫰🫰 sedappp btul suara tu baa..telan keset blg
@noynizam3827
@noynizam3827 9 ай бұрын
Artis keluaran RTM memg padu2..minat ernie dari awal kemunculan lgi..menang bintang RTM dgn lagu aisyah kau teristimewa😍😍😍😍
@nurzurlan8528
@nurzurlan8528 9 ай бұрын
Sangat2 setuju...Erni Zakri Juara Bintang RTM 2009
@muhammadhafizuddin2175
@muhammadhafizuddin2175 9 ай бұрын
sedap weh dia nyanyi 🥲
@hafizredza2204
@hafizredza2204 9 ай бұрын
Aku harap Sgt nanti persembahan ernie ada choir ramai ii, korg sendiri pun tahu kan kalau ernie nyanyi ada choir mcm mane vocal dia
@chaeyoungz-f4f
@chaeyoungz-f4f 6 ай бұрын
alhamdulillah kak ninie tunaikan permintaan fans nya 😍😍🔥
@shahnazs86
@shahnazs86 9 ай бұрын
Smooth nya suara dia.. aduhhhh terkesima.. naik bulu roma.. lov her voice alwaysss ❤❤
@Hariz08
@Hariz08 9 ай бұрын
Semoga juara alj38 Aminn
@shafiqlicious9311
@shafiqlicious9311 9 ай бұрын
Meremang🔥
@ahmadsyukriahmad
@ahmadsyukriahmad 9 ай бұрын
Kan ku bawa dirimu tinggalkan dunia yang rapuh
@Ash-tn1ex
@Ash-tn1ex 9 ай бұрын
semoga Ernie diberi kesihatan yg baik masa AJL38. Dapat tebus apa yg perlu ditebus
@anwarhery5685
@anwarhery5685 9 ай бұрын
MY SUPERSTAR
@akhmaall
@akhmaall 9 ай бұрын
Ernie surely akan buat memorable performance lagi untuk #Astana ni !!! ❤️❤️
@hafiziz3453
@hafiziz3453 9 ай бұрын
She deserve to win. Strong woman. Even last minute baru dapat tau dia akan perform, still boleh perform dgn baik. Sikit pun xgoyang & profesional. Tak sabar2 nak tunggu AJL. Love u Ernie !
@masjusjohn961
@masjusjohn961 9 ай бұрын
kannn..x cukup praktis tu..tpi trending..tu kelebihan ernie
@ayisazwar_845
@ayisazwar_845 7 ай бұрын
​@@masjusjohn961kan macam tk cukup warm up sbb dgr mix voice kak ninie cam BERAT lagi cam tk cukup warm up tapi still onzz
@wanrah9410
@wanrah9410 9 ай бұрын
Suka betul dengar suara kak Ninie Love so much ❤❤ Berdiri bulu roma bila dengar suara nya😬😬
@n5144
@n5144 9 ай бұрын
Itulah ernie zakri..setiap performace dia kita tertunggu2😅
@storiesgamestudio
@storiesgamestudio 9 ай бұрын
Part last tu mahal weyyy❤😍✨
@MaherZainFansClub
@MaherZainFansClub 9 ай бұрын
Ariana Grande style gituuu
@azwannazri445
@azwannazri445 8 ай бұрын
tah brpa kali dok ulang 2 dh ni haha
@mikaelzein5700
@mikaelzein5700 9 ай бұрын
💚💚
@nuraliah8463
@nuraliah8463 9 ай бұрын
tak sabar tunggu astana versi ajl
@n5144
@n5144 9 ай бұрын
Aduhh..tak sabar nak tengok Astana 3/3/2023
@iamaizatmeen
@iamaizatmeen 9 ай бұрын
​@@n51443.3.2024😂
@amiehemie
@amiehemie 9 ай бұрын
Mmg fight vocal terbaik dgn aina…rasa erni akn bawa vocal terbaik utk edisi kali ni…😊😊
@ejenscoobyxfactor6019
@ejenscoobyxfactor6019 9 ай бұрын
Trending bhaiii.. GO QUEEN
@Hariz08
@Hariz08 9 ай бұрын
Kak ninie memang power🔥🔥🔥💥
@roszaidisupardi7922
@roszaidisupardi7922 9 ай бұрын
Lain maciammmm chanel fanclub EZ ni hehehe. Trending 15 .. rezeki . Fly high EZ
@dewaichwannn
@dewaichwannn 9 ай бұрын
semoga masuk final ajl ya mba ernie, salam fans dari Indonesia
@roszaidisupardi7922
@roszaidisupardi7922 9 ай бұрын
Alhamdulillah. Masuk AJL. Makasih doa nyaa
@amirulfaiz3871
@amirulfaiz3871 9 ай бұрын
Udah masuk ajl final
@fazlianakhalid1523
@fazlianakhalid1523 9 ай бұрын
Kak nini the best😍❤️
@iamrose7294
@iamrose7294 9 ай бұрын
Tak sabar nk tgk Astana AJL38. Terus berjuang Ernie, tebus apa jua yg diinginkan❤️❤️
@rusydanrosli1179
@rusydanrosli1179 9 ай бұрын
Best lagu ni. Ni asyik lagu2 cinta and balada je juara. Letih
@xenzs5037
@xenzs5037 9 ай бұрын
CONGRATS KAK NINIE LEPAS KE AJL 38 ❤❤❤.... Kak Ninie buat arragement Grande² tau🤗
@madihaabdullah3249
@madihaabdullah3249 9 ай бұрын
Dear Ernie, if by chance you're reading this, pls go all out utk AJL kali ni. Pls dptkan arranger yang pandai tonjolkan kelebihan penyanyi dan lagu, mcm Genervie or Aubrey. Semoga ada rezeki untuk Ernie di final nnt. Amin.
@roslinawong4454
@roslinawong4454 9 ай бұрын
Antara penyanyi yang suara dia sangat sedap didengar macam air tenang yang mengalir. DIVA IN THE MAKING after Siti Nurhaliza 🥰
@datunooraiman6833
@datunooraiman6833 9 ай бұрын
Boleh jadi pengganti tokti.
@dassyiraallia671
@dassyiraallia671 9 ай бұрын
❤❤❤❤bestnya
@shamim2857
@shamim2857 9 ай бұрын
Sedap giler lagu ni Kak Ernia nyanyi❤
@nh.d
@nh.d 9 ай бұрын
Ini dia baru bagi sikit belum keluar semua lagi ni ,saya pasti pentas akhir nanti Ernie akan bagi lebih lagi . Puas tengok performance ni dengan riak wajah dia macam Ernie lepaskan apa yg terpendam sebab lagu ni ada isu yang tersangkut apa pun tahniah Astana ke pentas akhir😊 .Mesti lagi gempak Ernie bagi😊
@ftinvvv
@ftinvvv 9 ай бұрын
not Ernie performance for Astana trending 😂 Ku Bersuara 2.0 letss goo❤
@fie_fa
@fie_fa 9 ай бұрын
Yeahh ernie nyanyiiiii
@safuanjalil9196
@safuanjalil9196 9 ай бұрын
2:45 weh sumpah x expect ernie tarik mcm ni lain sikit dari yg asal. Sumpah lurve teroks 😭😭😭😭😍😍😍
@muhmadar98
@muhmadar98 9 ай бұрын
time ku bersuara AJL ernie ada wat muka gitu
@tatakae.shinri9004
@tatakae.shinri9004 9 ай бұрын
@@muhmadar98noo,maksud dia for lagu astana ni,kalau ku bersuara tu dh tau🤭
@zahinzakaria4395
@zahinzakaria4395 9 ай бұрын
Perasan jugak lain dia tarik… and nice teruk
@tatakae.shinri9004
@tatakae.shinri9004 9 ай бұрын
@@zahinzakaria4395 masa dia live kat rtm tu pun ada dia tarik mcm kat sfmm ni,tapi kat rtm tu lebih strong lagi mixed voice dia
@tatakae.shinri9004
@tatakae.shinri9004 9 ай бұрын
@iraf_cte238 yang kat rtm tu full energy🤭
@ewansyah7434
@ewansyah7434 9 ай бұрын
Kompom AJL.. N konsep like KUBERSUARA.. tebus kekalahan yg disangkal aritu.. inshaAllah erni.. mantap Ctzonersss here.m
@muhammadhafizuddin2175
@muhammadhafizuddin2175 9 ай бұрын
mak ernie dah mengamuk 😂
@MaherZainFansClub
@MaherZainFansClub 9 ай бұрын
Rugi TV3 tak upload video² SFMM kat KZbin. Tengok dah trending video ni. Mantap Ernie.. I wish you all the best for AJL38. Tebus apa yang perlu ditebus! Astana kesinambungan Ku Bersuara.
@Creampuf113
@Creampuf113 9 ай бұрын
biasa je..xde yg menarikkk...bosan dh lama2
@MaherZainFansClub
@MaherZainFansClub 9 ай бұрын
@@Creampuf113 Ok? Leklu. Ni baru sfmm la.
@ezrul16
@ezrul16 8 ай бұрын
@@Creampuf113 Lebih baik dari penyanyi lain. Kalau kata bosan, yang lain lebih membosankan.
@insyiraaaaaaa
@insyiraaaaaaa 8 ай бұрын
TV3 tak kesahkan pun. Semua video AJL even yg trending pun depa dah padam. Yg tinggal just video full AJL je
@MaherZainFansClub
@MaherZainFansClub 8 ай бұрын
@@insyiraaaaaaa Video full AJL tahun lps pon xde kt YT
@esmilasaim
@esmilasaim 9 ай бұрын
Sedap gilerr
@PelangiSenja92
@PelangiSenja92 9 ай бұрын
Sedap gile la woi
@kushahrul7287
@kushahrul7287 9 ай бұрын
#21 on trenddingg
@Nnciak
@Nnciak 9 ай бұрын
Semoga erni zakri nyanyi lagu ni d juara AJL 38,dan menang aamiin.
@mixnianaaaa
@mixnianaaaa 9 ай бұрын
uishh gilak² belom AJL lagi dh trending😭😩😩 ni ernie tau tk ni?? klau tau mesti kak ninie happy
@lyricsvibes6259
@lyricsvibes6259 8 ай бұрын
bila ajl ?
@davidp11677
@davidp11677 8 ай бұрын
@@lyricsvibes6259 3 Mac
@mixnianaaaa
@mixnianaaaa 7 ай бұрын
3/3​@@lyricsvibes6259
@muhdfirdaus4272
@muhdfirdaus4272 9 ай бұрын
Fuhhh mantap !! Go ernie ❤
@hisyammuhammad9038
@hisyammuhammad9038 9 ай бұрын
Alhamdulillah...jumpa di final. Tahniah Ernie Zakri. 🎉🎉🎉
Astana - Ernie Zakri | #AJL38
4:40
Ernienators Updated
Рет қаралды 60 М.
Ernie Zakri - Korban [Official Lyric Video]
4:30
Rocketfuel Network
Рет қаралды 1,2 МЛН
Players vs Corner Flags 🤯
00:28
LE FOOT EN VIDÉO
Рет қаралды 55 МЛН
OYUNCAK MİKROFON İLE TRAFİK LAMBASINI DEĞİŞTİRDİ 😱
00:17
Melih Taşçı
Рет қаралды 12 МЛН
The day of the sea 😂 #shorts by Leisi Crazy
00:22
Leisi Crazy
Рет қаралды 1,3 МЛН
Celebrities Shutting Down Disrespectful Interviewers
17:44
Heavi
Рет қаралды 16 МЛН
KORBAN | Ernie Zakri (Rhearsal Full Dress) AJL37
5:16
yanaothman_official
Рет қаралды 9 М.
FanCam AJL37 | KORBAN | Ernie Zakri
5:31
AZM TV
Рет қаралды 8 М.
AJL38: Ernie Zakri - Astana (FANSCAM)
5:12
MYBERITA - Berita Digital Pilihan Anda!
Рет қаралды 12 М.
Ernie Zakri - Astana (Official Music Video)
3:51
Rocketfuel Network
Рет қаралды 366 М.
WHOA! When Judges Recognize Voices of FAMOUS Singers!
18:00
Top Talent
Рет қаралды 7 МЛН
Aina Abdul & Ernie Zakri | Kau Kekasihku | Bintang RTM 2024 (Akhir)
3:30
Radio Televisyen Malaysia
Рет қаралды 127 М.
Gundah-Ernie Zakri AJL35 (Fan Cam)
4:58
yanaothman_official
Рет қаралды 42 М.
HammAli & Navai - Всем заметно
3:33
HammAli & Navai
Рет қаралды 860 М.
Afruza - Baxtlimisan (Official Music Video)
4:42
Afruza
Рет қаралды 456 М.
6ELLUCCI - BOLEKSIN | ПРЕМЬЕРА
3:15
6ELLUCCI
Рет қаралды 146 М.
Әлиғазы Төртқара - Казахский Шатунов
3:02
Aligazy Tortqara
Рет қаралды 124 М.
RaiM - Intro (album teaser)
2:08
RaiM
Рет қаралды 48 М.
Sanzhar - Сен жылама | Official Music Video
2:53
Sanzhar Zhumasitov
Рет қаралды 343 М.
Жақын адамым 2
2:36
Али Ахмет - Topic
Рет қаралды 94 М.