Рет қаралды 115,039
Bismillahirrahmanirrahim,
Selain roti, Pizza adalah yang kerap sis sediakan untuk family. Cara penyediaannya yang mudah, hanya ulian tangan dengan menggunakan bahan yang minima untuk kulit pizza. Bahan topping pula anda boleh ubahsuai dengan apa-apa topping kegemaran.
Doh Pizza dan roti tak sama, teksturnya berbeza. Lihat video sampai habis ya.
Selamat mencuba😍
Pizza Homemade (2 biji saiz 10 inci)
📷 / suriantikitchen
Bahan-bahan :
🔵 3 cawan tepung gandum (atau tepung high protein)
🔵 1 - 1 ½ cawan air (suhu bilik)
🔵 3 sudu besar minyak zaitun
🔵 2 sudu besar gula kaster
🔵 2 sudu kecil yis segera
🔵 1 sudu kecil garam
🔵 1 sudu kecil baking powder
Bahan topping (boleh ubahsuai letak apa-apa topping kegemaran)
🔵 Sos pasta
🔵 Keju mozarella parut
🔵 Tuna dalam tin
🔵 Nanas dalam tin
🔵 Bawang holland
🔵 Lada benggala
🔵 Sosej (telah direbus)
🔵 Daun oregano kering
Follow Surianti_Kitchen :
Instagram : / surianti_kitchen
Facebook : m.facebook.com...
KZbin : / suriantikitchen
#jendeladapursurianti #homemadepizza #pizzasurianti