Рет қаралды 91,707
#MatSallehCariMakanLondon #MSCM
Jellied Eels atau dalam Bahasa Melayu, Agar-Agar Belut merupakan makanan tradisional British yang berasal sejak abad ke-18, dan terkenal di London.
Revolusi Industri merupakan kemuncak populariti makanan ini apabila Jellied Eels menjadi makanan harian orang di London. Oleh kerana keadaan Sungai Thames yang kotor dan tercemar ketika itu, banyak spesis ikan yang tidak bertahan, kecuali belut.
Jellied Eels merupakan makanan yang mudah untuk disediakan. Belut dipotong dan dimasak dalam air dan cuka, kemudian ditambah sedikit rempah seperti buah pala dan jus lemon. Oleh kerana belut merupakan makanan yang semula jadi gelatin, belut yang dimasak mengeluarkan protein, seperti kolagen dan apabila disejukkan terhasil jeli.
Saksikan video ini untuk melihat reaksi dan komen Rhys William mengenai Jellied Eels.
Share dan Tag kawan-kawan yang anda rasa geli atau suka makanan ini!
- - - - - - - - - - - - - - -
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » bit.ly/2mUNck4
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » bit.ly/2Y6xHab
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
RHYS WILLIAM » / si_rhys
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel KZbin di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di KZbin adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist KZbin Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.