KHASIAT DAN CARA MEMPROSES SERTA MEMASAK REBUNG MADU

  Рет қаралды 1,676

Cikgu Najwa Berkongsi

Cikgu Najwa Berkongsi

8 ай бұрын

Rebung madu adalah salah satu sayuran tempatan yang sangat mudah didapati. selain sedap ianya juga mempunyai banyak khasiat.
Antara khasiat rebung madu ialah :-
1) MEMBANTU MENCEGAH KANSER
Seperti mana juga tumbuhan lain, sayuran ini juga mengandungi phytonutrients yang boleh berfungsi sebagai antioksidan yang sangat kuat.
Kita sudah sedia maklum bahawa antioksidan adalah salah satu daripada sebatian penting yang mampu menghalang tubuh badan kita daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Selain itu juga, sayuran ini turut mengandungi chlorophyll yang mampu membantu menghalang mutasi sel.
2) Membantu merendahkan kolesterol
Menurut kajian yang dijalankan oleh Jhon dan Park dari Washington State University, didapati bahawa sayuran ini akan memberi kesan positif kepada kolesterol dalam darah.
Rebung juga mengandungi serat yang sangat tinggi sekali gus menjadikannya sebagai salah satu peranan yang penting dalam usaha merendahkan kolesterol dalam darah.
Pengambilannya dalam amaun yang banyak dan kerap mampu mengurangkan kadar LDL (kadar ketumpatan lipoprotein) yang juga dikenali sebagai lemak yang jahat.
3. Membantu memperbaiki sistem penghadaman
Seperti mana yang diketahui ramai, serat adalah nutrien yang sangat penting untuk memastikan sistem penghadaman kekal sihat.
Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi nutrien ini akan menyebabkan pelbagai masalah terhadapnya.
Jadi, pengambilan rebung yang sangat kaya dengan serat pasti akan membantu.
Ia bukan sahaja akan membantu melancarkan pergerakan usus anda malahan juga membantu memastikan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.
4. Membantu merawat sembelit
Selain sangat bagus untuk sistem penghadaman, serat juga dikenali dengan keupayaan semula jadinya untuk membantu merawat masalah sembelit.
Serat di dalam sayuran ini akan membantu melembutkan najis agar ia lebih mudah melepasi saluran usus besar sekali gus melegakan masalah sembelit.
Jadi, selalu tambahkan rebung ke dalam diet anda jika anda tidak mahu masalah sembelit ini berulang lagi.
#5. Membantu mengurangkan berat badan
Untuk pengetahuan anda, sayuran ini juga sangat rendah kalori dan lemak.
Ini menjadikan rebung sebagai salah satu daripada sajian yang sangat sempurna buat individu yang sedang mencuba untuk mengurangkan berat badan mereka.
Selain itu, pengambilannya juga boleh membuat anda berasa kenyang lebih lama.
Ini sekali gus akan mengurangkan pengambilan makanan dan berat badan anda juga.
#6. Membantu menormalkan metabolisma badan
Sayuran ini juga mengandungi amaun mangan tinggi yang boleh membantu proses pembentukan enzim metabolik.
Pengambilannya boleh membantu menormalkan metabolisma dengan membekalkan tubuh badan dengan mangan.
#7. Membantu merendahkan tekanan darah
Selain itu, sayuran ini mengandungi kandungan serat yang sudah pasti akan memberi kesan kepada tekanan dalam darah anda.
Bukan itu sahaja, kandungan potasium yang tinggi di dalam rebung juga akan dapat membantu mengawal kestabilan cecair dalam tubuh badan sekali gus mengekalkan tekanan dalam darah yang sentiasa normal.
#8. Membantu mencegah serangan jantung
Phytonutrients yang terkandung di dalam sayuran ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam memastikan fungsi jantung selalu berada dalam kondisi yang baik.
Menurut kajian, phytosterols yang juga terkandung di dalamnya mampu mencegah kolesterol LDL terurai dalam tubuh badan.
Kolesterol ini akan berisiko meningkatkan serangan jantung. Dalam pada itu, ia juga mengandungi potasium yang juga sangat penting untuk mengawal kadar degupan jantung yang normal.
#9. Membantu mencegah diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam rebung mampu melambatkan proses penyerapan gula ke dalam darah jadi ia akan memastikan kadar glukosa sentiasa kekal di paras normal selepas makan.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi adalah sangat berbahaya dan ia akan mengakibatkan rintangan insulin yang sekali gus akan meningkatkan risiko diabetes.
#10. Membantu mencegah anemia
Zat besi adalah mineral yang penting untuk pembentukan sel darah merah.
Kekurangannya boleh mengakibatkan anemia, satu kondisi di mana sel darah merah sangat rendah lalu memberi kesan kepada peredaran oksigen terhadap keseluruhan tubuh badan.
Pengambilan sayuran ini yang kaya zat besi mungkin dapat membantu.
#11. Membantu meningkatkan sistem imunisasi
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa manfaat rebung sebenarnya sangat kaya dengan mineral, vitamin dan antioksidan yang mampu meningkatkan fungsi sistem imun untuk melawan penyakit.
Antioksidan yang terdapat di dalamnya mampu menguatkan lagi sel imun untuk melawan radikal bebas dan menghalang ia daripada masuk ke dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif kpd tubuh badan.
dipetik dari hellodoktor.com/pemakanan/fak...
#cikgunajwaberkongsi
#khasiatrebungmadu
#khasiatmanfaat
#rebung

Пікірлер: 9
@SUPARNOCHANNEL
@SUPARNOCHANNEL 8 ай бұрын
Alhamdulillah rebung madu sedap sekali banyak manfaat nya terimakasih ilmunya
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 8 ай бұрын
Alhamdulillah. Syukurlah dapat jimat belanja
@NirwanGunawan
@NirwanGunawan 8 ай бұрын
😅😋 Rebung Madu.. Ouuwmaak.. ‼️ sedap lah.. Khasiat nya juga banyak macam.. Terimakasih Cikgu telah Urai kan manfaat 🤗👏 nya .. Assalamualaikum 🙏
@ogtours860
@ogtours860 8 ай бұрын
Sejuk ya rebong byk angin
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 8 ай бұрын
Takat ni makan Alhamdulillah.
@user-lh2wc8kd5l
@user-lh2wc8kd5l 8 ай бұрын
Salam Cikgu, saya selalu tengok video cara buat sabun dan lain2. tertunggu tunggu resepi sabun lain
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 8 ай бұрын
InshaaAllaah. Coming soon
@zalehanoh1489
@zalehanoh1489 8 ай бұрын
Assalamualaikum cikgu. Saya selalu ikut cikgu dr buat sabun, balm, minyak. Boleh tak saya nk dptkan no telefon cikgu?
@cikgunajwaberkongsi6900
@cikgunajwaberkongsi6900 8 ай бұрын
0124646455
PATIN MASAK TEMPOYAK | Buat Bapak Mentua Bertambah Nasi‼️
11:03
Gulai Ikan Tongkol yang pekat & padu untuk Nasi Dagang
10:00
Che Nom
Рет қаралды 435 М.
🌊Насколько Глубокий Океан ? #shorts
00:42
Вечный ДВИГАТЕЛЬ!⚙️ #shorts
00:27
Гараж 54
Рет қаралды 14 МЛН
Incredible magic 🤯✨
00:53
America's Got Talent
Рет қаралды 38 МЛН
PEMBUATAN SABUN CUCI PIRING DARI ECO ENZYME
8:27
Bambang Cholis Suudi
Рет қаралды 11 М.
Gulai Ikan Kembung sedap melambung
8:26
Che Nom
Рет қаралды 157 М.
Gulai Tempoyak Mak Sumpah Sedap
5:08
Sheila rusly
Рет қаралды 162 М.
Proses Rebung Madu Kualiti Terbaik
3:58
Wak Genjer
Рет қаралды 14 М.
JOM....BERSAMA-SAMA KITA MEMBURU REBUNG BULOH MADU SEGAR DARI LADANG.
11:24
🌊Насколько Глубокий Океан ? #shorts
00:42