Рет қаралды 56,035
Resepi koci labu kuning leleh
Bahagian Doh
2 cawan labu kuning (anggaran 590gram)
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
sedikit air
bahagian inti
1/2 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
1/4 cawan gula
1 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
bahagian leleh
2 cawan santan pekat
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
daun pisang secukupnya
Cara Penyediaannya
1.layur daun pisang terlebih dahulu
2.Rebus labu sehingga empuk
3.Toskan dan lenyek sehingga lumat.sejukkan
4.untuk inti hanguskan gula putih hingga kekuningan.
5.Masukkan sedikit air,gula melaka,dan daun pandan
6.Kemudian masukkan kelapa dan masak sehingga kering kemudian masukkan satu sudu tepung gandum dan kacau sehingga tepung masak.sejukkan
8.Untuk leleh masukkan santan,tepung beras dan garam kedalam mangkuk adunan.kacau sebati kemudian tapis
9.Masak adunan sehingga mendidih.
10.Masukkan tepung pulut,labu dan garam ke dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati dan masukkan sedikit air jika adunan keras
11.Ambil sedikit adunan dan masukkan inti ditengah kemudian bulatkan.taruh adunan diatas daun pisang dan letak satu sudu leleh dan bungkus kuih koci
12.ulang sehingga selelai
13.Panaskan air pengukus dan kukus koci labu antara 15 - 20 minit.
#kocilabuleleh#resepikuihtradisional#kuihlegend#mahanisalma