Рет қаралды 328
LEXUS GX550
Sejak Lexus Brunei memperkenalkan Lexus LX, ia telah banyak menarik minat ramai untuk memiliki sebuah SUV jenis off-road dan dengan itu, Brunei telah melangkah untuk memperkenalkan barisan model baru SUV seperti Lexus GX550.
.
GX550 adalah prestasi baru yang di adaptasi dari platform GA-F digabungkan dengan reka bentuk baru melalui “Lexus Driving Signature”. Lexus GX550 dimuatkan enjin 3.4L V6 Twin-Turbocharged yang mempunyai keimbangan dari kuasa, penjimatan minyak dan kesunyiannya. Tambahan lagi, fungsi off-road juga diperkenalkan dengan system E-KDSS menjadikan kereta ini mempunyai traksi yang dipertingkatkan dalam apa jua jenis rupa bumi. Apatah lagi, kerusi yang direka khas untuk mengurangkan rasa letih semasa memandu.
.
Mari kitani mendengar ulasan dari Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin mengenai Lexus GX550.
Lexus GX550 (Overtrail) -
Panjang - 5,015mm
Ketinggian - 2,000mm
Wheelbase - 2,850mm
Wheelsize - 18" Rim Aloi dengan Matte Gray Finish