LITTORAL MISSION SHIP BATCH 2 - TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

  Рет қаралды 102,259

DIMENSI PERTAHANAN

DIMENSI PERTAHANAN

3 жыл бұрын

Laporan IHS Janes menyebut Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sedang menilai Kumpulan Batch ke-2 untuk Kapal Peronda "Littoral Mission Ship". Dilaporkan 5 buah rekaan kapal dilaporkan telah dihantar kepada TLDM untuk penilaian.
Pembina Kapal dari Amerika Syarikat, Swiftship dilaporkan menawarkan konsep kapal peronda 70.7 meter. Ia dilengkapi persenjataan meriam 40mm dan 4 buah enjin MTU membolehkan kapal memecut kelajuan maksimum 30 knot.
Damen dari Belanda menawarkan Kapal Peronda Stan Patrol 6811 mempunyai panjang 70.2 meter. Ia mengikut konsep Stan Patrol 6211 dimana dilengkapi persenjataan utama meriam 40mm dan 2 unit Remote Weapon Station mesigan 12.7mm.
Fassmer dari Jerman menawarkan konsep kapal peronda 70.2 meter. Tiada maklumat lanjut mengenai konsep yang ditawarkan, namun Kapal Peronda keluaran Fassmer menjadi pilihan negara Amerika Latin seperti Chile dan Colombia.
2 syarikat pembina kapal tempatan turut serta, Destini merupakan kontraktor utama projek Kapal Peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu 3 buah kapal peronda diasaskan dari rekaan OPV Damen 1800 dilaporkan menawarkan rekaan sama kepada TLDM.
Sebuah lagi syarikat tempatan, berpangkalan di Labuan, Preston Shipyard dilaporkan turut menawarkan konsep kapal peronda 70 meter bagaimanapun tiada maklumat lanjut ketika ini. Preston Shipyard merupakan syarikat servis MRO untuk kapal di Labuan termasuk servis baikpulih kapal milik TLDM.
Sebelum ini, Panglima Tentera Laut (PTL) mengumumkan perancangan tambahan 8 buah lagi Kapal Peronda LMS semasa Hari Ulang Tahun TLDM pada April lalu.
Kumpulan Batch pertama LMS ketika ini, Kelas Keris masih dalam proses penerimaan dan pembinaan. Kapal pertama telah diterima TLDM iaitu KD Keris pada Januari lalu, manakala kapal kedua KD Sundang masih belum diterima berikutan penularan Covid19. Manakala bakinya 2 buah dijangka diterima pada tahun 2021.
Kumpulan Batch pertama LMS dibina oleh China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC) di Wuchuan Shipbuilding Industry Co Ltd Wucang Port, Qidong, Shanghai, China. Ia hasil kerjasama bersama pembina kapal tempatan, Boustead Naval Shipyard (BNS) melalui kerjasama dan melibatkan pemindahan teknologi.
BNS pada 2018 telah memperkenalkan varian Kapal Peronda 75 meter dikenali Revolutionary Littoral Mission Ship. Ia lebih panjang dari LMS asal dan mempunyai DNA dari Kapal Peronda New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan LCS. Dalam penilaian Kumpulan Batch ke-2 LMS, rekaan BNS tidak termasuk dalam senarai berkemungkinan BNS menghadapi masalah dalaman ketika ini berikutan kelewatan penyerahan Kapal Frigat, Littoral Combat Ship (LCS), Kelas Maharaja Lela.
Swiftship, Damen dan Fassmer dilihat calon kuat untuk Kumpulan Batch ke-2 LMS berbanding Destini atau Preston. Ketiga-tiga syarikat asing berkenaan memiliki reputasi kukuh berbanding syarikat tempatan.
Damen dilihat calon yang biasa kelihatan dalam penilaian TLDM berikutan kini giat menawarkan rekaan Damen Enforcer untuk Projek Kapal Bantuan Pelbagai Guna (MRSS) untuk TLDM.
Jadi tanda tanya ketika ini apa yang terjadi dengan 15 to 5?
Malaysia Defence Review MDR boleh diikuti di:
KZbin: / @dimensipertahanan1485
Facebook:
/ malaysiadefencereview

Пікірлер: 439
@timothy8035
@timothy8035 3 жыл бұрын
Swiftships OPV memang best, kalau dpt yg ni memang power abislah, boleh dijadikan mini frigate pun ok
@elhafiz2314
@elhafiz2314 3 жыл бұрын
Corvette bang
@lobakputih202
@lobakputih202 3 жыл бұрын
celah mana mini frigate... hahahahahaha
@interglobalinterglobal7710
@interglobalinterglobal7710 3 жыл бұрын
@@lobakputih202 tak salah pun cakap dia...kalau ikut rekod yg lepas2 bila tldm beli mcm2 boleh jadi...boleh je kapal tu letak exocet blok 2, pengesan kapal selam dan heli diguna utk serang kapal selam atau pasang torpedo launcher, cuba ambil contoh frigate kd rahmat...kecik jer
@tokbelalang4002
@tokbelalang4002 2 жыл бұрын
betul nak Timothy atok setuju benar, pandai juga kau memilih .
@arjunajuna6866
@arjunajuna6866 2 жыл бұрын
Sesuai ada helipad
@dliciouschef
@dliciouschef 3 жыл бұрын
yess bagi pandangan saya ( Swiftships terbaik) serba serbi lengkap.
@nago5751
@nago5751 3 жыл бұрын
Dua perkara besar yg perlu di elakkan ....rasuah dan tak amanah dalam tanggungjawab yang diberikan jika mahu sukses dalam apa jua projek lebih lebih lagi yg melibatkan pertahanan negara ....rasa kesal dgn apa yg berlaku !.
@rackarkright7706
@rackarkright7706 2 жыл бұрын
Kesukaan org politik tu kenyang berpuluh tahun
@haizulfariediskandar3750
@haizulfariediskandar3750 2 жыл бұрын
LMS sepatutnya sebuah kapal yang pelbagai guna dan mempunyai keupayaan swing role mengikut misi tersendiri. Antaranya ia mesti boleh dipasangkan dengan modul senjata dan modul sensor seperti radar, optronik dan sonar mengikut misi-misi pelbagai, contohnya anti ranjau, memasang periuk api, peninjauan dan perisikan, bantuan logistik dan kemanusiaan, perang bawah laut, rondaan, anti kapal selam, search and rescue, salvage, anti lanun dan macam-macam lagi dalam satu platform. Pelbagai misi ini boleh dicapai menggunakan containerised modul khusus untuk satu-satu misi dalam satu ruang khas yang di panggil Mission Bay. Mission bay berupaya melancar dan recover pelbagai jenis kenderaan laut seperti amphibious vehicles, RHIB, unmanned underwater vehicle (UUV) dan unmanned surface vehicle (USV) dengan pantas tanpa mengira cuaca (stern launch and recovery ramp). Harap kerajaan buat pilihan terbaik.
@TheLUSMAYS
@TheLUSMAYS 3 жыл бұрын
Sepatut nya NGPV Kedah Class perlu upgrade persenjataan mcm SwiftShip tu, Meriam dah ada tambah Anti Air Missiles Dan SSM missiles yg ada pada Swiftship tu.. Blue print dah ada boleh la tambah lagi NGPV Kedah Class lagi dah boleh buat dlm Negara sendiri mesti lagi gempak
@syafribinmohamadbasirmoham2228
@syafribinmohamadbasirmoham2228 3 жыл бұрын
Friget jns baru kalau tak silap I dibina pada2012
@syafribinmohamadbasirmoham2228
@syafribinmohamadbasirmoham2228 3 жыл бұрын
EXZOCET
@nago5751
@nago5751 3 жыл бұрын
Kerajaan sila perhatikan bajet pertahanan supaya semua cadangan dari publik tidak jadi sia sia...kerana dengan adanya bajet barulah semua keperluan dapat dicapai...
@sanibladders3127
@sanibladders3127 3 жыл бұрын
Swift ships jenis yg terbaik pd saya
@yatznastyz150
@yatznastyz150 3 жыл бұрын
Yg swiftship tu mcm gempak je
@zarithsyahrin5316
@zarithsyahrin5316 3 жыл бұрын
No 2 cantik n gagah, buat ape ada kapal klu senjata sikit, taring mau ada bro, 👍🏻😁👍🏻
@chc8649
@chc8649 3 жыл бұрын
kalau bina local mesti ada delay / tak dapat kapal langsung !
@supercat9350
@supercat9350 3 жыл бұрын
Kebiasaannya pihak tentera akan pilih yg terbaik daru segi kos, kegunaan dll spt sblm2x ni.. kuantiti mmg kurang, tp kualiti.. cth paling ketara kapal selam
@jimmylapok7391
@jimmylapok7391 3 жыл бұрын
Utk batch 2 ny nampak nya swiftship sesuai dengan kekuatan persenjataan yg dimiliki...begitu juga kapa opv german .....
@Azwan-jr4qd
@Azwan-jr4qd 2 жыл бұрын
Pilihan kapal OPV dari negara Turki patut di lihat dan di nilai... Oleh pihak Malaysia...
@shahrilshah8571
@shahrilshah8571 3 жыл бұрын
Swift ships opv terbaik antara semua
@mohamedzulkifly8966
@mohamedzulkifly8966 3 жыл бұрын
Apa pun aku dah fade up dgn pembina tempatan... Tak habis2 buat tak siap.. Baik suh org lain buat jerr...
@handaunishiakashi2556
@handaunishiakashi2556 3 жыл бұрын
Buat malu kat negara2 jiran jee... Habis duit rakyat jeee kapal xsiap mang cilaka laaaa...
@Adolf.Kittler_
@Adolf.Kittler_ 3 жыл бұрын
@@handaunishiakashi2556 dari pada baru siap terbakar cam kapal siluman tetangga
@boyjengka9556
@boyjengka9556 3 жыл бұрын
@@Adolf.Kittler_ itu citer lama,indonesia skarang dh siap bina kapal pengangkut MRSS bpe biji dah depa bina, frigat damen lagi dh 2 biji,kpal kcr,ni on going kapal pengangkut tank....bukan nk merendahkan negara kita, negara kita ni boleh je bina kapal,bukti?? Destini dh siap sebiji kapal Coast guard apmm lagi 2 tgh bina,satu lagi syarikat dari sarawak dh siap buat 2 kapal pengangkut dan latihan utk negara UAE beb,dan dah guna utk operasi ketenteraan pon,tapi yg bab kelas maharaja lela ni silap dari syarikat tu sendiri tak tahu sama ada kes dalaman atau apa...
@pemburu307
@pemburu307 3 жыл бұрын
@@Adolf.Kittler_ kita harus belajar dari 0 sedikit demi sedikit maka akan jadi bukit. .jangn tergantung ke negara luar. INGAT BAYI BARU LAHIR TIDAK ADA YANG LANGSUNG BISA BERLARI.
@shamshulanuar1097
@shamshulanuar1097 3 жыл бұрын
@@boyjengka9556 sysrikat dari Sarawak buat kapal ybtuk UAE? Oh ya ka. Ini satu perkembangan menarik Thanks for the jnfo. Apa nama syarikat itu? Dia buat kapal Dagang ke kapal perang?
@duanwan9232
@duanwan9232 3 жыл бұрын
Amerika punya power...design pun padu...
@sahariramli527
@sahariramli527 3 жыл бұрын
Semua kapal navy malaysia sepatutnya ada seorang Hafiz Quran dan amalan baca quran zikir tahajud dan doa berjalan 24 jam tiap tiap Hari.
@mehmed02
@mehmed02 3 жыл бұрын
awk buat 24jam x?
@chc8649
@chc8649 3 жыл бұрын
Sokong. Harap kerajaan beli direct dari kilang without going through crony with extra commission
@edulemang3921
@edulemang3921 2 жыл бұрын
Dah ada bro ..navyman rmai ustaz
@iswandey-hy7eb
@iswandey-hy7eb 2 жыл бұрын
swiftship pilihan terbaik.. boleh tambah fast combat ship jgk dari turkey bagi memperkuat perairan negara
@dliciouschef
@dliciouschef 3 жыл бұрын
Damen Opv APMM dah ada ... ambil yg lain plk bagi ada banyak variasi.
@bestbeast74
@bestbeast74 3 жыл бұрын
Swiftship terbaik..
@NabilR94
@NabilR94 3 жыл бұрын
Swiftships design lebih kurang freedom class lcs je min
@parancismadjimpan7851
@parancismadjimpan7851 3 жыл бұрын
Bagi sy isu pembinaan kpl perang BHIC adalah yg terbaik.Rakyat Malaysia harus peka?Bnyk aset yg di tempah akhir di batalkan di sebabkan dipolitikkan,
@FaizalMohdMustapa
@FaizalMohdMustapa 3 жыл бұрын
Damen 1800 kot. Confirmed boleh siap on time, size sama mcm LMV Singapura jadi boleh tiru depa punya module. Kalau waktu terdesak boleh pinjam kapal APMM.
@fhfhcjfnf1638
@fhfhcjfnf1638 2 жыл бұрын
Swiftships sebuah kapal yg terbaik buat TLDM... Semoga pihak kerajaan Malaysia akan memilih kapal swiftships .. bagi mempertingkatkan kekuatan tempur TLDM..
@adilwiraabdullah1489
@adilwiraabdullah1489 Жыл бұрын
lms batch 2 harus diteruskan ,perlahan-lahan ok jgk.
@mrxxavier9081
@mrxxavier9081 3 жыл бұрын
Lagi suka sigma fast attack varian 7310..modern
@pahlawantxrpahlawanpahlawa38
@pahlawantxrpahlawanpahlawa38 3 жыл бұрын
Pendapat aku beli atau ambik dari lua je senag jangan ambik dari tempatan. .dah banyak kes kapal tak siap2 tungu lama barang oder dari lua tak dapat lepastu kene kelua modal lain
@jimmylapok7391
@jimmylapok7391 3 жыл бұрын
Mungkin kita perlu frigate berat ..guide missile frigate seperti ficanteri FREMM...dari itali...
@peoplefrompluto2760
@peoplefrompluto2760 3 жыл бұрын
Setuju. Frigate moden, sistem senjata lg advance. Mhal tp kelebihan byk. Xsalah rasa nye kerajaan blnje byk utk asset tentera,dlm mse sme kurangkn belanjawan sektor2 lain. Dan rakyat xperlu mlalak kata mbazir, sbeb asset tentera ini penting.
@batu3030
@batu3030 3 жыл бұрын
Tahniah syarikat tempatan. Dah dpt kepercayaan syarikat asing. Anak tempatan beroleh ilmu yg tiada disediakn kat universiti. Kecewa dgn kenyataan ahli parlimen tua baru3 ni yg cadangkn kita beli saja kapal . Niat nak sakau komisen lah tu.
@SoutheastUncensored
@SoutheastUncensored 3 жыл бұрын
Terbaik min
@taufikshahrial7364
@taufikshahrial7364 3 жыл бұрын
Swift ships oder lebih sikit..baru ada taring..kapal kosong je baik x payah beli..
@muhdhaziq2198
@muhdhaziq2198 3 жыл бұрын
Sabar slow² ATM tgh sunsun plan tu
@gripen6512
@gripen6512 3 жыл бұрын
@@yamcha8309 betol
@jackmaniix6955
@jackmaniix6955 3 жыл бұрын
@@yamcha8309 Bukan budget takda lbih tepat nya kerajaan bg peruntukan sedikit bab pertahanan contoh nya belanjawan 2021 RM300+++billion lbih utk negara tapi bab pertahanan kerajaan hnya bagi berpa persen saja utk pertahanan 😢😢😢
@azizahjaafar913
@azizahjaafar913 3 жыл бұрын
@et
@space_invaderr
@space_invaderr 3 жыл бұрын
Lms class keris hanya ada senjata 30 mm h/pj dgn 2 browning gun ajee 😂😂
@mrxxavier9081
@mrxxavier9081 3 жыл бұрын
Sy pling suka stanpatrol boleh dijadikan fac..
@fhfhcjfnf1638
@fhfhcjfnf1638 Жыл бұрын
Pilihan paling tepat adalah kapal dari swiftship ..
@abensem3082
@abensem3082 3 жыл бұрын
Trbaik...tuk channell yg khusus dlm bidang ketenteraan sbgai info pd rkyat Msia dr segi fkta aset2 ATM...tahniah dn tq pd Admin smuga brtambah maju jaya seiring zaman dn wktu beredar...
@leftcasterchannel2927
@leftcasterchannel2927 3 жыл бұрын
Better suruh admin kaji betul2 sebelum share kt public hakikat sebenar.. p turun kt yard tnya direct kt crew kapal apa yg mereka hadapi.. klu tnya staff yard depa bgtaw yg good2 je laa psl yard depa.. just cadangan utk admin tambah baik..
@abuubaidah6065
@abuubaidah6065 3 жыл бұрын
Berita terbaru sebuah syarikat tempatan tlh berjaya membina dron yg boleh berlepas dan mendarat secara me negak disamping berupaya membawa roket amat sesua dioperasikan dikapal2 tldm.
@goneateng8230
@goneateng8230 2 жыл бұрын
ALLAHUAKBAR..!!! "berjuang terus...."
@smt2868
@smt2868 3 жыл бұрын
KENAPA Project pembenaan Kapal TLDM Sering bermasaalah tak malu ka Kerajaan Malaysia. Apa yg Mentri pertahanan buat? . SPRM kenapa siasat tapi tak ada pendakwaan?? GILAA.
@hopelesscowboy7537
@hopelesscowboy7537 3 жыл бұрын
@@BedroomHistorianOfficialYT rm300 juta ke usd 300m bang
@hopelesscowboy7537
@hopelesscowboy7537 3 жыл бұрын
@@BedroomHistorianOfficialYT tulah macam mane nak maju bagi company tempatan buat banyak masalah dia sepatutnya malaysia patut bagi DSNS tu buat 4 unit kapal tu lagi 2 baru bagi company tempatan buat asal dapat tot
@hopelesscowboy7537
@hopelesscowboy7537 3 жыл бұрын
@@BedroomHistorianOfficialYT kan ni lagi dengan china selalu ceroboh wilayah kita dorang tu sekarang bukannya hantar coast guard je destroyer pon dorang penat hantar ceroboh laut kita...
@hopelesscowboy7537
@hopelesscowboy7537 3 жыл бұрын
@@BedroomHistorianOfficialYT malu dengan negara indonesia dorang boleh buat kapal selam, rasa project kapal selam tu baru lagi dari project lcs ni
@hopelesscowboy7537
@hopelesscowboy7537 3 жыл бұрын
@@BedroomHistorianOfficialYT tulah tu, yang dibangga su 30 tak abis2 lepastu cakap rahsia kerajaan bagai ingat amerika ke nak berahsia kita ni aset tentera kebanyakkan beli dari luar rahsia apa nye kadang menyirap jugak dengan orang tak reti bahasa nie
@malikishak6227
@malikishak6227 3 жыл бұрын
Kita harus guna water skuter atau squadski dari brand yang terkenal seperti johnson atau mercury..... rondaan dipersisir pantai atau sungai Selain mini hovercraft untuk rondaan tanpa kira suasana pun...
@lobakputih202
@lobakputih202 3 жыл бұрын
Rekaan kapal syarikat Damen memang padu.....
@awangmurtada2813
@awangmurtada2813 3 жыл бұрын
kenapa kompeni korea dh jepun x cuba nasip.. guys
@ancientone9985
@ancientone9985 3 жыл бұрын
Up SWIFTSHIPS 😋😋😋😋
@hfkwokkwok9141
@hfkwokkwok9141 2 жыл бұрын
Dari komen komen / cadangan/ perbahasan..bro bro ini pasti bekas anggota TLDM..👍👍👍👏👏👏 Patut MINDEF / BNS tidak berkurangan “expertise / manpower” untuk bina LCS atau LMS. Project LCS sepatut nya tidak mungkin dan harus ada “masalah yg begitu tenat” yg di laporkan oleh PAC. Walaupun kami tidak langsung tidak ada “pengetahuan” tentang pembinaan kapal / jenis alat system dll”..tetapi dari komen / penjelasan/ cadangan / perbahasan..semua senang di fahami dan masuk akal walaupun “asas sahaja”..U people should “geng up” and secure some project from LCS..🙏🏻🙏🏻🙏🏻🤲🤲🤲👍👍👍
@wolf8900
@wolf8900 3 жыл бұрын
Haramkan boustead bina tak siap
@rayzain3057
@rayzain3057 2 жыл бұрын
Luar negara tidak perlu fikir tentang kebajikan pekerja mereka kalau tidak Kesian......nasib Labu Labi.Yang penting ada persenjataan semua dimensi bukan misil 6inci.
@adamqurai8632
@adamqurai8632 3 жыл бұрын
Baik amik dari us lgipon kita dh la kekurangan kuasa tembakan
@ahmadshahidan9344
@ahmadshahidan9344 Жыл бұрын
Damen tu terbukti, Swiftship takut ada problem
@hasanalbasrikerni5226
@hasanalbasrikerni5226 2 жыл бұрын
Kapal peronda Yoon youngha class dari Korea selatan terbaik
@leftcasterchannel2927
@leftcasterchannel2927 3 жыл бұрын
Preston Labuan nk offer??? Xyh nk offer bagai laa, dlm video, dlm kertas boleh laa offer bagai.. bg buat sebiji, nth apa2 jadinya.. tu baru kapal kecik, ni nak offer saiz PV, saiz Frigate makan tahun laa baru siap.. modal x kena dgn hasil..
@kakitroll5001
@kakitroll5001 3 жыл бұрын
Hahaha.tu la.dtg naval group nak assess yard capability pun dh fail.MMHE takpe la jgk.
@ceupok3753
@ceupok3753 2 жыл бұрын
Coverage 360".canon.airframe missle.surface to surface middle and guttling gun
@darthazua
@darthazua 3 жыл бұрын
Kalau dibandingkan dgn frigate ini mangsa buruan je. Apapun zmn dah berubah LMS dah semakin canggih dan mula ambil peranan corvet. Impian saya nak tengok kita ada aircraft carrier je.. Kecil pun tak apa. Bukan semua negara mampu letak jet tempur di sempadan perairan.
@mohdyusof4030
@mohdyusof4030 3 жыл бұрын
all body of this ship had bulletproof or not?if had it fair enough to use in Malaysia sea
@PortgasDAce-yn2ir
@PortgasDAce-yn2ir 3 жыл бұрын
Nice MALAYSIA 🇲🇾❤️
@bongoineo2728
@bongoineo2728 3 жыл бұрын
LMS 2 ni ikut spec LMS 1..700tan panjang 69meter?
@shamsulmajidi9940
@shamsulmajidi9940 3 жыл бұрын
Swiftships Opv trbaik....tapi d mlysia ni ada laa macai yg nk JV dgn cmpny mcm BNS haa....pastu hampeh....duit brbilion hbis d telan org2 yg x brtangung jawab
@noorasikin9826
@noorasikin9826 3 жыл бұрын
👍👍👍
@oldman4993
@oldman4993 3 жыл бұрын
Semoga Tentera Malaysia difokuskan dr krjaan pmbelian aset tempur dan peralatan tentera utk kesiapsiagaan anggota2nya.. Mrk lah pasukan perang yg paling tunggal yg akan khadapan meNyahkan pasukan perang musuh yg setanding mrk (jumlah besar), serta mngaturgerak persediaan perang bgi melindungi rakyat dan negara di setiap inci perbatasan negara yg amat luas... Jika direnung peta msia mcm kecik, HAKIKATnya ngara kita terlalu luas yg mmudahkan serangan luar dr segenap sudut jika mrk mahu.
@naimhaziq88
@naimhaziq88 3 жыл бұрын
CIWS xde ke untuk defend kapal ??
@mohdafiq2395
@mohdafiq2395 3 жыл бұрын
So far xde stahu aku ade BAE Bofor naval gun. Klau ade bgus tu..
@user-eo6wi9tc1h
@user-eo6wi9tc1h 2 ай бұрын
X boleh ade ciws mamarika n bitish marah , malaysia xleh ade senjata berat atas kapal , hanya guna senapang patah je , 🤣
@hikmahuddinhasbullah3928
@hikmahuddinhasbullah3928 3 жыл бұрын
siap dh ke lcs ni?
@redhatcrew9494
@redhatcrew9494 3 жыл бұрын
Pilih semua je agar tak pilih kasih ke nk rakyat pilih🤣😂
@mohdasribinosman4282
@mohdasribinosman4282 2 жыл бұрын
Kalu nak yg lokal, boleh tambah kelas samudera tp kena upgrade sistem n fire power.
@matahari2913
@matahari2913 2 жыл бұрын
semua berkenan dgn swiftships OPV..fuyooo....kalau dpt 6biji pn xpe dh..kalau............
@detox78
@detox78 2 жыл бұрын
Berangan itu free. Kahkahkah..
@zakisidek7192
@zakisidek7192 3 жыл бұрын
Swif ship tu padu terookkk...😍
@megatsyedhassantunkusyedza1527
@megatsyedhassantunkusyedza1527 3 жыл бұрын
Bagi saya sebagai veteran NAVIGATION TLDM biar mahal tetapi berkualiti tinggi jangan beli murah kualiti rendah...kami pun tak pening kepala ibarat alah membeli menang memakai...contoh barang cina dengan barang USA.. harga murah cantik tetapi tak sampai 4 tahun dah buang habis eksesori...rakyat Malaysia harus memikirkan kualiti bukan kuantiti...terima kasih.
@dimensipertahanan1485
@dimensipertahanan1485 3 жыл бұрын
Skrg byk pki barang Perancis atau Jerman
@rayzain8717
@rayzain8717 3 жыл бұрын
Dapat projek mula2 beli rumah,kereta mewah ,keluar negara dan kahwin satu atau dua lagi.
@namazlur78
@namazlur78 3 жыл бұрын
Swiftship mmg bagus tp berapa pulak harga. Takat LMS ni elok Damen OPV tu ja. Takyah missile bagai
@mrxxavier9081
@mrxxavier9081 3 жыл бұрын
Damen opv tu overkill utk lms dh taraf korvet..melainkan utk ganti laksamana dan kasturi
@eddyrased
@eddyrased Жыл бұрын
Nampak mmg sempoi, harga camna.. Nk beli 15 bijik 😂
@mohdisa7313
@mohdisa7313 3 жыл бұрын
Betul ker ni nak tambah beli LMS batch 2 Jgn tak jadi pula buat malu malaysia saja sedangkan kapal maharajalela pun blom siap angan² lh pula nak beli yang baru lagi..harap kerajaan baru besok ² jgn abaikan pasal aset pertahanan negara kita ..memang kita tak nak berperang tapi keselamatan kita mesti cukup ampuh utk bertahan sebab di asean pun kita sdh nampak tertinggal dr segi aset dgn negara jiran kita di sekeliling..mohon lh kerajaan ambil berat sikit tambah bajet utk kuat kan pertahanan negara kita malaysia jgn sampai di buli dan di hina negara lain...satu lg kita berbelanja bukan nak berboros semata mata tp ikut kemampuan bajet dan keadaan semasa kita patut berhati² sebab jiran kita di sekitar asean berlumba² tambah aset tentera nya yang amat ketara negara filipina sdh keluarkan bajet besar utk tentera mereka kita harus perkuatkan juga aset tentera kita supaya kita dgn mereka seimbang lg baik kita lebih kuat dr mereka ingat malaysiaku syg..filipina ada sejarah tuntut ke atas sabah hati hati saja jadi kita kena Bersedia takut apa yang di war² kan mereka nanti adalah benar.mohon kerajaan jgn terlalu bnyak masuk duit ke poket sendiri ..
@mohamedzulkifly8966
@mohamedzulkifly8966 3 жыл бұрын
Damen with Axe Hull...
@mohdfairuz3730
@mohdfairuz3730 Ай бұрын
Bkn ke kompom ambik ada clas ke
@arjunajuna6866
@arjunajuna6866 2 жыл бұрын
Swiftship mmg perfect boleh tanding dgn LMV Singapura
@awangkunurafzainizam2765
@awangkunurafzainizam2765 3 жыл бұрын
swiftship tu cantek and power
@izzonesaid3366
@izzonesaid3366 3 жыл бұрын
Harap swiftship atau opv 80 yang terpilih dan dibina sepenuhnya di dockyard syarikat tersebut..
@azzzz222
@azzzz222 3 жыл бұрын
Semua projek aset tentera zaman najib Ada jer masalah dari 6 helikopter utk tentera darat sampai ker Kapal lcs 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ ,nasib baik heli tu dah siap cuma nak hantar jer
@formatforsanalammelayupula7693
@formatforsanalammelayupula7693 2 жыл бұрын
👍🏼❤️
@leonghoongwai4983
@leonghoongwai4983 17 күн бұрын
Can it ready for combat
@mohamadazlan3903
@mohamadazlan3903 3 жыл бұрын
Bagi jelah kat sape2 jgn preston je..
@leftcasterchannel2927
@leftcasterchannel2927 3 жыл бұрын
Sim Ta Jim Wau = SETUJU!!!
@shameerroshan5707
@shameerroshan5707 3 жыл бұрын
Kapal ini harus dilengkapi dengan ciws phalanx atau seTara dengan nya torpedo ringan dan air defense missiles.
@amirhusaini6753
@amirhusaini6753 3 жыл бұрын
apa jadi dgn ramcangan 15 to 5 yg asal? tak menganggu ke LMS batch 2 ni tukar kapal jenis lain dari batch 1?
@dimensipertahanan1485
@dimensipertahanan1485 3 жыл бұрын
Mungkin hull lain tp sistem sama, tp ikut spec mcm ada perubahan, yg sama nk deploy rhib je 🤣😂
@princejupiter7775
@princejupiter7775 3 жыл бұрын
@@dimensipertahanan1485 kacuk ke sbb first LMS system china yg ke 2 ni tk tau la system apa tp rasanya model barat ?
@azzzz222
@azzzz222 Жыл бұрын
Aku rasa design kapal swiftship dgn fassmer jer yg diterima tldm ,tldm nak kapal 80-95 meter panjang ,Dan Dipersenjatai missile serangan darat/kapal Dan air defense missile
@handaunishiakashi2556
@handaunishiakashi2556 3 жыл бұрын
Kapal besar pun xguna gak klu sistem persenjataan sikit kurang daya tempur musuh tgk pun xgerun..😅
@HZRYYY
@HZRYYY 3 жыл бұрын
nama pun littoral mission ship, mmgla😂 untuk meronda je, kalau nk yg besar dan bnyk senjata baik amik destroyer
@thecontinentalcontinental5671
@thecontinentalcontinental5671 2 жыл бұрын
Jika Rasuah melata maka jadilah kes lcs kelas maharaja Lela ...tahun 2025 baru dapat satu ..
@zzzz34236
@zzzz34236 3 жыл бұрын
Swiftships 6 biji cukup, tp weapons jgn FBNW 🤣
@ameirazizol6745
@ameirazizol6745 2 жыл бұрын
Tu ah tak pasal cacat cam kelas kedah
@mohdnasrulfauzi2572
@mohdnasrulfauzi2572 3 жыл бұрын
Kenapa kita x terus order 18lms sbb dlm perancangan pun nk jumlah yg sama.mungkin jika order bnyk dapat diskaun dan pembayaran kita boleh secara ansuran untuk tempoh 4-5thn mengikut perjanjian
@faizhaikal1498
@faizhaikal1498 3 жыл бұрын
Diskaunlah sgt
@mohdnasrulfauzi2572
@mohdnasrulfauzi2572 2 жыл бұрын
@@faizhaikal1498 kau ingat beli kat supermarket je ke ada diskaun
@ijattshah
@ijattshah 2 жыл бұрын
Aset tentera mesti ditambah baik, seiring dengan teknologi yg semakin canggih ini...kerajaan kena besar kan lagi modal @ duit for the next bajet Malaysia 2022...
@yaamatow131
@yaamatow131 3 жыл бұрын
Kalau beli Kapal perang banyak rakyat sokong kerajaan ini yang rakyat mahu untuk menjaga laut malaysia
@mrxxavier9081
@mrxxavier9081 3 жыл бұрын
Takpun sigma fast attack design..7310 or mitk damen upkan jadi 75 or 80m dgn berat 1000 ke 12000 tan
@norshafiqabubakar6375
@norshafiqabubakar6375 3 жыл бұрын
Jgn AWARD bagi bousted
@megatsyedhassantunkusyedza1527
@megatsyedhassantunkusyedza1527 3 жыл бұрын
Saya sebagai veteran NAVIGATION TLDM swiftship OPV adalah terbaik..memandangkan ia ada semua kategori keupayaan untuk ancaman dan pertahanan sekaligus sesuai untuk kapal peronda kapal TLDM.
@dimensipertahanan1485
@dimensipertahanan1485 3 жыл бұрын
Tu kena kelulusan US
@afiicenzo
@afiicenzo 3 жыл бұрын
Ada peluru hijau ka ?
@user-gi8px2sh4v
@user-gi8px2sh4v 3 жыл бұрын
Rancangan TLDM mengecilkan jenis kapal dari 15 kpd. 5 jenis sahaja adalah plan yng bijak.... tapi persenjataan LCS dan NGPV amat minima... sepatutnya setiap kapal ni di lengkapkan dgn ADS Pantsir S2 dan misil pemusnah calibr.. baru kecik2 cili api
@adamidaham9666
@adamidaham9666 3 жыл бұрын
kapal perang swift ships tu lawa bhai reka bentuk dia
@mohamadaliffshafiqazizan2788
@mohamadaliffshafiqazizan2788 3 жыл бұрын
mcm Freedom Class Frigate
@mohamadsyamil1055
@mohamadsyamil1055 3 жыл бұрын
@@mohamadaliffshafiqazizan2788 betul tu,ada juga orang yang sama macam fikiran aku 👍
@lucy845
@lucy845 3 жыл бұрын
Bila dah ada bajet tu mohon TLDM amik je kapal LMS buatan luar negara. jdkan projek LCS sebagai pengajaran dan iktibar. yg ini pulak amik je Fassmer buatan jerman tu hah..hmm
@BGMATBGMAT
@BGMATBGMAT 3 жыл бұрын
Nama je yg baru, kapal dan sistem tetap lama, perbaiki dulu kapal2 yg ada tu kebanyakan kapal sistem out
@lanunmalaya6248
@lanunmalaya6248 3 жыл бұрын
Sudah tiba masa untuk malaysia buat sendiri kapal perang tak kira dari darat udara dan laut sampai bila mahu beli ..
@chc8649
@chc8649 3 жыл бұрын
Engine kereta pun tak mampu buat sendiri, nak buat kapal perang sendiri? Kalau nak maju, kena ada reformasi ... tukar semua politicians yg rasuah
@lanunmalaya6248
@lanunmalaya6248 3 жыл бұрын
@@chc8649 inshallah suatu hari nati kalau kau toleh ke belakang memang tak kemana ..
@delta8115
@delta8115 3 жыл бұрын
Tahun 90an mase Aussie ajak join buat kapal Ronda. TLDM xnk join sbb nk kapal yg lebih besar. Skg nk kapal Ronda yg kecik pulak
@dimensipertahanan1485
@dimensipertahanan1485 3 жыл бұрын
Kapal yg JV dgn Australia tu kecik 57 meter shj, lg satu time tu ada masalah diplomatik pesalah kes dadah warga Australia dijatuhkn hukuman mati di Malaysia
@ruzaidizaidi1583
@ruzaidizaidi1583 2 жыл бұрын
Harap lps ni, ade kapal pemusnah, boleh join dgn Turki,
@lobakputih202
@lobakputih202 3 жыл бұрын
Rekaan kapal syarikat Swiftship untuk LMS Malaysia macam USS Fortworth....
@faizhaikal1498
@faizhaikal1498 2 жыл бұрын
Sama macam uss freedom
@mrxxavier9081
@mrxxavier9081 3 жыл бұрын
Sigma fast attack pun mcm cun..75 meter bleh pecut 30knots
@suparmantino6255
@suparmantino6255 3 жыл бұрын
Syt tempatan punya mana
@peoplefrompluto2760
@peoplefrompluto2760 3 жыл бұрын
Tmbah kapal jenis frigate. Dr mbazir buat yg kecik2. Kd lekiu to pn da brusia. Buat survey tgok design frigate dr eropah. Yg penting jgn guna teknologi cina. Frigate yg sedia ad, upgrade dgn sistem lebih canggih.
@pisanggoreng2993
@pisanggoreng2993 3 жыл бұрын
Xsilap mmg ade yg bmslah pn
@peoplefrompluto2760
@peoplefrompluto2760 3 жыл бұрын
@@pisanggoreng2993 Nk murah tp kuantiti byk. Hmmm. mmg silap deal dgn cina ari to. Syg, kapal baru tp senjata pn adehhhh. sedeh.
@peoplefrompluto2760
@peoplefrompluto2760 3 жыл бұрын
@@yamcha8309 senjata meriam n missile dr france kn. Xpela lps ni jgn ad urusan ketenteraan dgn cina. Korea selatan n turki pn blh hasil kn kapal yg padu. Biar mahal, asl kn kualiti tbaik.
@peoplefrompluto2760
@peoplefrompluto2760 3 жыл бұрын
@@yamcha8309 Adehhh. Kuat beli brg shopee la ni. Buat kaji selidik la dlu sbelum nk putuskn utk buat kapal. Jgn dek murah, on selalu. ksudahanye jd kapal pameran. Bwk move on la kalau sblom ni pnh mgundi mat saburr.
@mukhrizfadzil1464
@mukhrizfadzil1464 3 жыл бұрын
@@peoplefrompluto2760 kau ingt beli kapal mcm beli spender bapak kau ?... ckp mcm senang je kan...
Submarines Size Comparison
4:11
Gravity
Рет қаралды 4,8 МЛН
Lehanga 🤣 #comedy #funny
00:31
Micky Makeover
Рет қаралды 28 МЛН
Gli occhiali da sole non mi hanno coperto! 😎
00:13
Senza Limiti
Рет қаралды 10 МЛН
ПОМОГЛА НАЗЫВАЕТСЯ😂
00:20
Chapitosiki
Рет қаралды 27 МЛН
Пройди игру и получи 5 чупа-чупсов (2024)
00:49
Екатерина Ковалева
Рет қаралды 2,3 МЛН
LIMA2019 Airshow Langkawi - Royal Malaysian AF Su-30 MKM
18:34
wittmann51
Рет қаралды 923 М.
75M Corvette - Offshore Patrol Vessel of the Future
3:25
Swiftships USA
Рет қаралды 895 М.
Cedein Deden by Brassband TLDM
2:12
IKRAM LIPAT
Рет қаралды 3,1 М.
ADA untuk LMS Batch 2 2 TLDM, pertingkat hubungan Malaysia Turkiye
3:21
Air Times News Network
Рет қаралды 8 М.
LMSB2 Malaysia ! TDA - STM Meterai Kerjasama Projek MLS & MPMS
8:46
Uniforms Channel
Рет қаралды 14 М.
Review of All Malaysian Armed Forces Equipment / Quantity of All Equipment
51:40
Naval Group Delivers the 1st Gowind 2500 Corvette to the Egyptian Navy
2:50
After 100 years, Afghanistan and China were connected.
8:02
SHKamran
Рет қаралды 139 М.
Perkembangan LMSB2 TLDM 3 Buah Kapal Pertama Dari Syarikat ?
6:49
Uniforms Channel
Рет қаралды 17 М.
Air to Air I Sukhoi SU-30MKM I NO 11 SQN, TUDM I AVGEEKMY
3:36
Avgeekmy Malaysia
Рет қаралды 42 М.
Lehanga 🤣 #comedy #funny
00:31
Micky Makeover
Рет қаралды 28 МЛН