Kouji-san, berpuasa ni bukan sahaja tidak makan dan tidak minum, tapi juga berbuat baik kepada org lain, membantu orang, bersedekah, tidak melakukan perkara tidak senonoh.
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Okay! Terima kasih kerana beritahu benda tu! Saya cuka berbuat baik kepada orang lain!
Terima kasih banyak kerana hantar advice yang berguna semua!!😆 Puasa Ramadahan bermula esok!! Wowwww!! Tak sabar nak merasai pengalaman ni bersama dengan anda semua!! Semalam saya tidur awal untuk berlatih makan sahur tapi bangun tadi...Aiyo saya bangun lambat. Esok saya pasti bangun ya!
@AliMikey2 жыл бұрын
No hal la kouji-san cause sharing is caring🤗
@zainonkadir2 жыл бұрын
selamat berpuasa kouji san. tentu mengujakan untuk mencuba berpuasa..
@salmaishaq95122 жыл бұрын
Kalau kouji suka dengar muzik... kami ada banyak lagu2 bertemakan ramadhan. Kouji cari je dalam utube. Kouji boleh tambahbaik BM kouji sambil memperkayakan kosakata. Saya dulu pun banyak dengar lagu2 bah.inggeris untuk lebih mahir. Selamat berpuasa dan Ramadhan al-mubarak.
@RayMak2 жыл бұрын
Selamat berpuasa ❤️❤️❤️
@amirulirsyad56582 жыл бұрын
Rupanya ray mak orang melayu
@justwatchyoutube65832 жыл бұрын
@@amirulirsyad5658 dia cina la.. Ayaa
@amirulirsyad56582 жыл бұрын
@@justwatchyoutube6583 oh ya,tapi dia Malaysian kan
@justwatchyoutube65832 жыл бұрын
@@amirulirsyad5658 betul. Dia Malaysian. Tapi tadi kau cakap dia "melayu" sedangkan dia cina
@amirulirsyad56582 жыл бұрын
@@justwatchyoutube6583 ye,saya typo tu
@MariaH-mx4xm2 жыл бұрын
Malam ini. Kamu baca dalam hati.. Ingin berpuasa kerana allah. Insyaallah. Esok kamu x sakit ketika berpuasa.. Aminn
@JH-dd8uu2 жыл бұрын
Bagi orang Islam, puasa ni untuk mendekatkan diri dengan Allah. Kebaikan yang dibuat dalam bulan Ramadan akan diberi pahala (reward) berganda-ganda daripada bulan-bulan lain. Bulan ini untuk melatih rohani (inner strength / soul) kita. Banyakkan minum air kosong bila bersahur. Pisang, susu, cereal dan kurma bantu kekalkan tenaga siang nanti. Tapi jangan paksa diri kalau tak tahan puasa sehari. Mungkin ambil masa beberapa hari untuk sesuaikan diri. Makan sikit-sikit bila berbuka. Takut nanti dapat sakit perut pulak. Selalunya kami makan sikit dulu, kemudian pergi solat. Lepas tu baru sambung makan. Hati-hati bila beli makanan. Pilih yang nampak segar dan baru dimasak. Ada juga peniaga yang tak jujur dan jual makanan basi. Jaga diri elok-elok bulan ni. Cuba jangan jatuh sakit ye 😊
@bujangperantau53062 жыл бұрын
sy non muslim..tp sy slalu cuba utk ikut berpuasa..bnyk manfaatnya apabila kita berpuasa
@MintDino2 жыл бұрын
tips for fasting: 1. Eat sahur late 2. Breaking fast early (don't delay it) 3. Eat more vegetables, protein during sahur & avoid sugary meals bcoz it will make you're hungrier 4. We Muslims must pray for 5 times a day, but you guys can do meditation instead like what nobu used to do before 5. Don't buy lots of foods for breaking the fast, so that it will not be wasted Good luck for you guys! ^^
@Ruriko.Y2 жыл бұрын
another tip: do not take caffeinated drinks during sahur.
@TheLilaclove2 жыл бұрын
Kouji boleh cuba kisarkan beberapa biji kurma bersama susu. Minum susu kurma ni semasa sahur, ia boleh beri tenaga untuk berpuasa. Kouji boleh buat air ni pada waktu malam dan simpan di dalam fridge, esoknya sahur boleh terus minum. Tak perlu kelam kabut untuk sediakan pada waktu pagi. Tapi, jangan beli susu kurma yang dah siap dalam kotak, sebab yang tu sangat manis. Selamat berpuasa Kouji and the gang 😊
@fatini96262 жыл бұрын
Shun boleh buat suami😂😁 rajin, periang , pembersih ciri² suami idaman..ahahah gurau²
@norimahmisri74652 жыл бұрын
Boleh juga cuba berbuka puasa di masjid atau surau. Biasanya di masjid-masjid besar seperti di Putrajaya ada slot untuk warga asing/pelancong untuk bersama2 berbuka puasa dan bersolat tarawih. Selamat berpuasa Kouji , Nobu Shun dan Poko.
@suttiga2 жыл бұрын
Kouji san, boleh try pergi hutan and waterfall untuk different content pulak selepas raya, recommend hutan eko rimba kanching, nice view and waterfall that you can swim. Bring water and spare clothes is recommended.
@LanzFranchess2 жыл бұрын
selamat berpuasa sebulan penuh... secara tidak langsung puasa ini juga melatih diri... jangan risau, banyak kebaikannya... tips, jangan banyak tidur, buat aktiviti harian seperti biasa... respect kouji, nobu, shun dan poko!
@crazyspice39512 жыл бұрын
Hai Kouji, Nobu, Shun & Poko!!! ❤️❤️❤️❤️ Secara rasminya umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Ahad, 3 April ini. Jadi, malam besok (hari Sabtu), semua orang akan mula bersiap untuk menyambut bulan Ramadan. Biasanya waktu bersahur pada hari pertama memang sangat mengujakan (exciting). Selamat bersahur & berpuasa untuk Kouji, Nobu, Shun & Poko (dan juga) untuk semua umat Islam di Malaysia ✌️✌️✌️✌️✌️✌️
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Terima kasihhhh!!!😍
@jonmath41822 жыл бұрын
Mengujakan to some would mean challenging rather than exciting haha
@Raaz3872 жыл бұрын
Bagi orang Islam Ada dua kegembiraan Bila Kita berpuasa Yang pertama gembira waktu berbuka Dan Yang kedua gembira Bila bertemu Allah SWT nanti ....puasa bukan sahaja tahan lapar tapi kena juga berbuat banyak kebaikan antaranya banyak bersedekah
@raudhatunnur2 жыл бұрын
During sahur: eat dates before eating main food. eat high fiber and more protein food. DONT consume: caffeine (dehydrated), no oily foods and no spicy food. Drink only enough plain water not overdrink. Start break fast with dates also to not get shock stomach.
@MariaH-mx4xm2 жыл бұрын
Actually if you puasa. It can rejuvenate your body system back.. So.. End up your body will be younger.. The colon can rest.. And we will know how is other people feelings when hunger.. Selamat berpuasa to all of you guyss.. Congrats 😍😍
@farhahjaffar77602 жыл бұрын
Kami mmg digalakkan utk bersihkan rumah utk menyambut ramadhan kerana bagi umat Islam bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan penuh keberkatan.
@werkwerk262 жыл бұрын
Berpuasa juga mengingatkan kita kepada orang yang miskin dan tiada makanan minuman... Selamat berpuasa kouji san😆
@imsoonbaes2 жыл бұрын
memandangkan kouji dan member nobushun world baru pertama kali berpuasa di Malaysia .. ini adalah beberapa tips untuk kekal cergas dan sihat di bulan ramadan 😊😊 1. Perlu minum air kosong yang banyak ( untuk mengelakkan badan kita daripada terhidrasi di bulan ramadhan ) 2. kurangkan minuman yang bergula dan berkarbonat iaitu air yang bergas 3. kurangkan minuman yang berkafein seperti air teh dan air kopi 4. kurangkan garam ( untuk mengelakkan tubuh badan terhidrasi 5. banyakkan makan sumber protein dan serat untuk tubuh badan 6. Berbuka puasa dengan sihat ( jangan makan terlalu banyak ketika berbuka .. makan sedikit sahaja dulu .. rehat dalam 20 minit baru makan kembali ) 7. Rehat yang cukup 8. Boleh makan apa2 suplemen untuk memberi tenaga ketika berpuasa Kouji juga boleh rendamkan kurma bersama air kosong .. dan simpan di dalam peti ais .. esok nak sahur baru minum … boleh beri tenaga seharian ketika berpuasa dan mengelakkan daripada sakit gastrik dan sebagainya … 😉😉😉 apa2 pun selamat berpuasa buat Kouji dan member Nobushun world .. gambatehh💪🏼💪🏼💪🏼💪🏼😊😊😊
@FateHuh2 жыл бұрын
Ganbatte kudasai! Selamat berpuasa 😁 Beberapa hari yang pertama mungkin terasa lapar, tetapi setelah seminggu ke dua minggu, pasti Kouji dah biasa rasa berpuasa 👍
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Arigatougozaimasu!
@hakimieyusof54292 жыл бұрын
Kalau kouji puasa sebulan, selepas puasa pasti kouji akan rindu untuk puasa lagi, kerana puasa itu adalah nikmat
@EJAALEE2 жыл бұрын
Terima kasih Kouji san kerana berminat mendalami agama Islam, semoga Kouji san, Nobu san, Poko san dan Shun san dikurniakan hidayah untuk memeluk agama Islam. Aamiin 🤲🏼🥰
@liljaa0462 жыл бұрын
You know instead of praying Salatul Fard (obligatory prayers) you can take the time to read the translation of Qur'an in your language or English or Malay. It will be very beneficial for your experience in Ramadan. In Shaa Allah
@capybarapizza252 жыл бұрын
nice music taste ! denims music is some rlly good stuff
@hakimuragaming70492 жыл бұрын
saya harap tahun ni dapat beraya di kampung
@Ahmad-ux1wh2 жыл бұрын
Antara hikmah berpuasa adalah merasai kesusahan orang lain yang tidak bernasib baik. Orang yang kurang berkemampuan. Teruskan kouji!
@cikta13122 жыл бұрын
Makan n minum kenyang2 waktu sahur yang disarankan. Insya Allah Kouji boleh tahan puasa dalam cuaca panas Malaysia. Kami orang Melayu biasanya sahur makan nasik n apa2 lauk je.. Kalau Kouji nak sahur makan sushi pun boleh jugak.. asalkan kenyang.
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Ye, kepanasan Malaysia menyusahkan saya berpuasa!
@youknow_ihaveNoChiNGU2 жыл бұрын
@@KoujiJepun dan kalau boleh kouji jangan tidur selepas puasa. Kalau nak tidur tunggu sebelum tengah hari kalau tidak kouji akan rasa cepat lapar atau sangat lapar;D
@salmh84542 жыл бұрын
Waktu bersahur elakkan makan makanan yg tinggi garam yg akn menyebabkan haus dan saya baru tau sebenarnya jgn minum air putih banyak2 kerana dalam tempoh beberapa jam,badan kita akan kehilangan byk air dan akan sebabkan badan kita tak bermaya.
@youknow_ihaveNoChiNGU2 жыл бұрын
@@salmh8454 betul tu. Kalau nak kurangkan haus, waktu malam tu minum air masak dengan konsisten ( macam 2 jam secawan air ke macam tu) dan waktu pagi minum air bila terus lepas bangun sahur, dan sebelum subuh secawan. Kalau minum air masak berlebihan, otak akan beri isyarat ke otak untuk singkirkannya dan secara tidak langsung badan akan membuang air secara berlebihan dari yang sepatutnya. That's why kita boleh cepat haus bila minum air masak berlebihan
@salmh84542 жыл бұрын
@@youknow_ihaveNoChiNGU wah..baru tahu info selebihnya..tq
For tips kan saya rasa kouji jangan berfikir sangat yang kouji sedang berpuasa sebab ianya akan buat kouji jadi lemah jadi kouji buat sahaja aktiviti seperti biasa k. And bila buka puasa tu kan selalunya lebih seronok buka puasa ramai ramai. For your information la kan kouji selepas buka puasa kami akan solat isya Dan tarawih di masjid. Solat tarawih ni solat yang kami lakukan sewaktu bulan ramadhan sahaja that's why bulan ni bulan yang istimewa.And selepas solat tarawih selalunya kami akan ada moreh.Moreh ni macam makan sikit sikit sahaja selepas solat. Kami makan macam kuih muih macam tu la.Tapi kalau dah kenyang tak makan pun tak apa. Kami selalu sokong kouji dan rakan rakan. Selamat berpuasa selama sebulan😄Ganbatte !!💪💪 Nnti sambut la hari raya di sini juga boleh rasa ketupat dan lemang kan☺️
@serindit15972 жыл бұрын
Untuk bersahur, minum susu kurma. Memberikan tenaga sepanjang hari. Untuk minimise cost...beli susu segar dan kurma. Buang biji kurma. Blend susu, kurma dan ice cube. Untuk berbuka, masak nasi di rumah. Cuma beli lauk sahaja. Atau beli paste (ready to cook) dan ayam yang siap di potong, ikan atau apa yang suka. Cara masak, guna paste dan campur ayam atau ikan atau yang di sukai. Boleh jimat jika makan berempat. Hari yang pertama berpuasa, jangan tgok jam. Jika hendak take a nap (tidur), tidur jangan sampai pukul 4 petang. Selepas 4 petang, jika tidur, badan akan jadi lesu (weak). Selamat berpuasa. 😊
@inspirasibaru80082 жыл бұрын
2000th lalu seseorang berkata: Matius 6:17-18 Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahwa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu.
@Itz_tasha_2 жыл бұрын
Semasa berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, dari sebelum terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari tetapi kami perlu menahan nafsu dari membuat dosa seperti menjaga mulut (bercakap tentang perkara yang tak elok), mata (tidak melihat perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa), hati (tidak dengki terhadap org lain), tangan (tidak menyentuh perkara-perkara yang haram), telinga (tidak mendengar lagu yang mempunyai unsur-unsur haram), kaki (tidak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tidak elok)
@ahmadsyafiqrifqisukri37312 жыл бұрын
Kouju bulan puasa ini tak baik beli makanan banyak sangat nanti membazir dan membazir juga benda yang tidak elok dan jika kita tidur dari pagi hingga berbuka puasa maka puasa kita akan batal😅 Apa pun yang saya nak cakap selamat berpuasa you can do it😊😊😊
@dddidie25112 жыл бұрын
I also not muslim, I ever join my friends puasa too, its really fun, early morning wake up eat together, then afternoon go pasar ramadhan together, then go back eat and share the food....thats the fun...
@Maniac-0072 жыл бұрын
Tips berpuasa dari seorang pesakit GERD, kurangkn makan ketika berbuka. Makan sedikit sebelum tidur, dan makan lebih ketika bangun sahur. Elakkan minum kopi kerana ia boleh dehidrasi(dehydrate) badan anda.
@edotchan2 жыл бұрын
Kouji-san.. don't forget to drink 1 cup of plain water every hour or two after berbuka puasa during the night. This is to rehydrate your body
@BuckWheat062 жыл бұрын
Saya mungkin bkn org muslim but saya hrap kouji-san dapat berpuasa penuh 1 bln ini. Btw, がんばれね kouji-san!!. Fighto💪🏻✨
@KoujiJepun2 жыл бұрын
ありがとうございます😊
@BuckWheat062 жыл бұрын
どういたしまして🤗
@amsyarnazri2 жыл бұрын
がんばれね
@muhammadnajmi44492 жыл бұрын
Louis
@amiruzfadhlan34782 жыл бұрын
Saya cadangkan Kouji makan lebih banyak daging sewaktu bersahur supaya tahan kenyang lebih lama dan jangan minum air manis waktu sahur. Air mineral sudah cukup.
@maryammmbsrt62342 жыл бұрын
Tips utk tak cepat letih masa puasa Makan kurma min 7 biji Makan nasi sikit Lauk sikit Minum air kosong secawan In shaa Allah pukul 4 ptg pon tak rasa letih dan lapar sangat. Lepas zohor tidur sampai ke asar 😂 Lepas asar, boleh lah masak untuk berbuka 😉 Masa berbuka Jangan minum air yang ada susu pekat, badan akan rasa lemah dan mengantuk. Nanti tak dapat buat solat terawih. Berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Kouji, yang penting makan kurma masa sahur. Antara kurma yang sedap, ajwa. Kurma yusof taiyoob yang namanya Marya dan Safia. Kurma macam tu telan banyak pon tak muak.
@koisukesakura79052 жыл бұрын
Kouji san, saya ade tips kalau nak kurangkan rasa lapar masa siang. Buat air rendaman kurma. Caranya senang je, kouji hanya masukkan 3 biji kurma dalam segelas air tapi jangan lupa buang dulu biji kurma. Biarkan semalaman, so malam tu dlm jam 8-9 pm boleh buat air rendaman kurma tu. Nak sedap simpan dalam peti sejuk, time sahur nanti boleh terus minum air kurma tu. Kurma tu pun jgn lupe makan sekali. Jumlah kurma mesti dalam bilangan ganjil, boleh 3 atau 5 biji. Nk lebih pun boleh tapi kena bilangan ganjil. Kot la terlambat bangun sahur, x sempat nak makan at least ade air kurma. Setiap tahun saya buat air kurma dan minum time sahur. Memang siang tu x terasa lapar sangat. Cubalah. Ade orang blend dengan air susu.
@sitizalehatan14822 жыл бұрын
Selamat berpuasa.The first day or two you will get a headache.Just bear the pain.After berbuka all of you will be fine.Then yr fasting will be smooth sailing till end of Ramadhan.All the Best
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Okay! Saya tahan sakit kepala tu ya!
@ameyweyy32812 жыл бұрын
@@KoujiJepun jangan lupa beli minyak cap kapak untuk sapu di kepala(dahi) ketika pening...wajib ada.
@jonmath41822 жыл бұрын
Go to Watson or kk supermart, or any pharmacy or local convenience store, you can get this minyak cap kapak in a small bottle, just a few ringgit. Don't rub your eyes if your finger has that oil on. For your tummy, if it feels cold in the afternoon although the weather is hot, then rub just one thin coat of balm buah pala (nutmeg balm), again you can buy this in small bottle at the same shops
@mietawar8002 жыл бұрын
Macam2 advise pelik2 hihi🤣🤣🤣
@Aeybiseediy2 жыл бұрын
Disebalik imej hyper dan nakal Shun, dia sebenarnya seorang yang pembersih dan pandai masak! Comel hehe
@abusabus37752 жыл бұрын
Tips semasa sahur pagi supaya tidak berasa lapar dan dahaga ketika berpuasa ; Ambil kurma dan siat siatkan kurma kemudian rendam kurma dengan angka ganjil seperti 3 atau 7 biji didalam segelas air minum,rendam sebelum tidur dan minum air rendaman itu semasa anda sahur....
@lennybright49542 жыл бұрын
Esok pagi jangan lupa sahur Kouji, don't push your self to puasa, jika tidak larat, boleh sahaja makan. Happy fasting guys 😊
@badrulhakimi92772 жыл бұрын
1 je nasihat kalau pergi bazaar ramadhan kawal diri. kerana bila lapar, macam2 makanan yg kita nampak sedap dan nak beli. jadi bila ke bazaar ramadhan beli 3-4 makanan sahaja. kerana bazaar ramadhan di buka 26-27 hari (kerana kebiasaan jumlah peniaga berkurang pada hari 27-30). jadi tiap hari boleh beli makanan berlainan. Ganbate!!! kamu semua boleh buat lah!
@ernanadira74702 жыл бұрын
kouji, it's okay. tak perlu paksa diri untuk berpuasa. cuba puasa seminggu dahulu. kalau rasa boleh untuk kouji teruskan, so boleh teruskan sahaja. Untuk membeli barang makanan itu, kouji boleh je pergi supermarket biasa yang murah 💗 saya pun jarang beli barang keperluan di aeon atau pasaraya besar 🤣
@AliMikey2 жыл бұрын
Semoga Kouji-San dan kawan2 jepun sentiasa dilancarkan puasanya dan sihat selalu, respect💯😇🙏
@KoujiJepun2 жыл бұрын
Terima kasih😍
@ayahpinkofficial27692 жыл бұрын
Bestnya tahun ni...SOP semua dah longgar...kes makin turun..😭💕💕...Nanti lepas raya boleh buat open house
@AliMikey2 жыл бұрын
@@ayahpinkofficial2769 aamiin, semoga segala urusan Anda dipermudah dan boleh berjumpe dengan big family time raya😇👍
@AliMikey2 жыл бұрын
@@KoujiJepun sama2
@mimsensei82592 жыл бұрын
Semasa sahur, lebih penting minum air secukupnya berbanding makan kerana semasa berpuasa, cuaca Malaysia yang panas mungkin akan menyebabkan badan awak dehyrated semasa siang jika kurang air. Ada orang boleh tahan berpuasa hanya dengan minum air sahaja semasa bersahur. Kedua, rasa nak makan & minum hanyalah perasaan nafsu & mental. Jangan terlalu memikirkannya semasa berpuasa. Semakin awak memikirkannya, semakin susah awak nak tahan makan & minum. Jalani aktiviti seperti biasa cuma buang aktiviti makan & minum sahaja pada siang hari. Jangan terlalu takut & risau, buat seperti tiada apa-apa. Ini ialah latihan minda & hati. Awak melatih badan awak untuk control awak punya desire yang suka suruh awak buat perkara tidak baik. Jika ada masa, boleh interview lecturer pakar agama Islam atau kawan yang ambil kursus agama Islam di universiti awak untuk belajar falsafah puasa. Jika awak belajar falsafah (philosophy) puasa, awak akan lebih bermotivasi untuk berpuasa.
@skull57322 жыл бұрын
Selamat berpuasa... tomorrow starting fasting... cabaran 1 bulan menahan lapar dahaga... menahan nafsu .... mata..telinga...hati... semoga kita mampu menghadapi cabaran ini dan semoga bulan mulia ini dapat menginsafkan kita semoga...
@ryzalalmarazy20762 жыл бұрын
Wah, kalau kamu puasa.. kamu akan rasa nikmat berbuka ouasa nanti. Berpuasa ini selain sebab2 yg lain.. ianha bertujuan juga untuk merasa kan bagaimana org yg tidak bernasib baik menahan lapar dan tak makan..
@drbakshaharuddin72932 жыл бұрын
Janganlah memaksa diri ya. Buat setakat yang mampu sahaja. Orang Islam kebanyakannya telah dilatih untuk berpuasa sejak kecil dan sedikit demi sedikit. Contohnya puasa 6 jam, 8 jam, 12 jam... Hinggalah boleh berpuasa penuh.
@awangslemang50902 жыл бұрын
Jika nak berpuasa pastikan anda lebihkan minum air masak(mineral water) ketika bersahur... Sebab sekarang ini musim panas jadi anda akan merasa terlalu dahaga(thirsty)... Bila cukup air anda akan rasa kurang letih... Sekiranya hendak membeli buah pastikan anda membeli setiap hari sebab buah yang kurang segar menyebabkan anda kurang berselera... Yang pastikan untuk kurangkan rasa lapar & letih lebihkan makan kurma pada waktu sahur sekurangnya 3 biji sebelum makan nasi & sebagainya... Atau anda boleh je beli jus kurma... Selamat berpuasa... Semoga sempat menyambut Hari Raya sebab orang Malaysia sambut Hari Raya 1 bulan... Setiap hari ada open house terutama hujung minggu... 😄
@intansyafiqah48912 жыл бұрын
Jangan lupa niat puasa😊 "Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu ramadan tahun ini kerana Allah taala"
@muhamadtaufik9602 жыл бұрын
Semogo kouji, nobu, shun dan poko berjaya berpuasa selama 1 bulan ni..tapi untuk pengetahuan kouji dan kawan2, berpuasa ni bukan sekadar menahan makan dan minum sahaja..tapi melawan hawa nafsu dan menjadi manusia yang terbaik
@khairynizam98262 жыл бұрын
Ganbatte kouji san. Untuk 5 hari pertama berpuasa mungkin agak susah, tapi percayalah selepas 5 hari kamu akan terbiasa dengan berpuasa, cubalah berbuka puasa di pelbagai tempat bersama subscriber anda terutama di rumah mereka.. cuba buka peluang untuk subscriber berbuka puasa dengan anda, pasti anda dapat pengalaman baru. untuk belajar tentang puasa anda perlu bersama orang local untuk tahu bagaimana kami berpuasa.
@faitheimaan46062 жыл бұрын
Kouji-san, ramai yang sudah komen pasal berpuasa dan makanan. saya mahu cadangkan, kalau mahu cuba spiritual experience juga, boleh cuba buka puasa di masjid besar. selalunya, masjid akan menyediakan makanan buka puasa. boleh datang awal, boleh juga bawa makanan sendiri. Pada waktu malam, masjid kelihatan cantik juga, boleh ambil gambar. mungkin ada sesetengah masjid yang tidak benarkan non-muslim masuk ke dalam, tetapi kebanyakan boleh. selamat berpuasa ;-D
@dzolakim95762 жыл бұрын
fasa berpuasa 1. 10 hari pertama - semangat nak puasa, rasa ok. 2. 10 hari kedua - badan dah mula rasa x larat, kalau boleh tak nak buat apa2 3. 10 hari ketiga - biasanya kalau berjaya lepas 10 hari kedua fasa ketiga ni badan dah boleh sesuaikan diri. tips - kita tak perlu makan banyak2 pun masa berbuka. cuma pastikan minum air secukupnya sebelum berpuasa esok harinya.😅
@suhaila62042 жыл бұрын
Baru tahu NobuShunPoko dan Kouji duduk serumah..... Anyway... Semoga kamu semua dapat merasakan suasana bulan ramadhan yang meriah ya di Malaysia😊😊 selamat berpuasa kepada semuanya termasuk Kouji dan yg lain. And, harap kamu dapat stay di Malaysia sampai raya🤩 pasti akan ada yang undang kamu utk ke rumah mereka buat beraya. Pasti best punya!!!
@azwasaaidns39362 жыл бұрын
Kouji kun & rakan² TIDAK wajib puasa, jadi tak perlu risau untuk makan jika letih. Puasa boleh kuruskan badan & kurangkan kos, tetapi syaratnya TIDAK boros semasa berbelanja. Kouji kun juga boleh membeli di Speed Mart untuk harga yang lebih murah (tetapi mungkin beberapa barangan tiada di sana seperti makanan basah- ikan, sotong etc). Oh ye, tentang nestum ada banyak pilihan..perisa original, campuran dengan coklat (seperti dalam video ini), oat, madu etc. Instant drink di Malaysia biasanya begitu..nanti boleh tengok juga ya. Kalau cari makanan Jepun, boleh cuba di Family Mart NU Sentral & pilihlah membeli di tempat yang berhawa dingin jika panas macam NU Sentral atau KL Sentral, lagipun ia hab/ pusat untuk public transport
@jonmath41822 жыл бұрын
Congratulations fighting shun for being the one with the highest sense for cleanliness!! 👏👏👏 When I was a student around your age, I ate sahur around 12 midnight or 1am before getting into bed. Now I cannot afford to have it too early due to gastric problem. Although you guys are still very young, but you are not used to our fasting yet. Furthermore your stomachs are also not very familiar with the spicy malaysian food yet. Worse, your entire bodies have not acclimatised to the hot weather. So, you are highly advised to get up, one way or another, at 5am (or earlier if you're doing serious cooking), have your sahur meal that's not only pleasant to your taste buds but also friendly to the stomach - it gets you feeling full for a long time (roti canai is sedap and it does make you feel full but only for 1-2 hours) - and don't forget to drink too (i suggest 750-1000ml minimum throughout the evening before bed, and 400-600ml, about 2 glasses, during sahur), then stop eating and drinking around 6am. Allow 1 hour ideally to get everything nicely tucked inside your tummies. And don't go back to sleep or lie down at least 30-40 minutes after your meal. During iftar (breaking of fast) at around 720-725pm, don't rush into a heavy meal. Start with 2-3 pcs off kurma (dates) - oh I suggest the soft and moist type, not the dry type - together with a glass of water, avoiding gassy (carbonated) and overly cold drinks. Iced bandung is the best, also iced cincau, cold lin chi kang, iced longan, and iced barley. Be sure not too cold and not too sweet. But don't gulp down one glass in a hurry. Finish one glass within at least 10 minutes. Meanwhile, eat some yummy traditional malay Kuihs you can buy from the bazaar, for eg apam balik, tepung pelita, kuih kochi, putu piring, etc. Avoid spicy stuff, except a few curry puffs (karipap) or shared 1-2 murtabak (beef is better). If it's a hot day, you can try 2-3 lengkong (agar-agar) of different varieties to help cool you down. Take a ½ hour break, while using that time to have another glass of drink. Then you can start with the proper meal, not eating like you're in a rush to catch a plane. Don't forget to have 2-3 more glasses of drinks during this course. And 1 more glass 20-30 minutes before bed. This way, you should be able to sustain your fasting for the entire month of Ramadan, insyaAllah 👍
@sfmohd512 жыл бұрын
Bila anda berbuka puasa makan bersederhana. Jangan nak balas dendam sebab sepanjang hari berpuasa. Jangan makan makanan pedas dan air bergas. Anda boleh minum air soya, tebu, jus buah2an dan susu tapi bergilir2 setiap hari. Bukan beli semua jenis air masa nak buka puasa dalam sehari. Satu dua jenis cukup. Jangan membazir. Kalau boleh minum air kurang gula. Air panas macam teh dan kopi boleh juga tapi yang kurang gula. Ambil gula yg banyak boleh rosakkan badan anda. Banyakkan minum air masak/mineral pada waktu malam untuk persiapan puasa esok hari. Bila pergi bazar Ramadan beli makanan yg perlu saja. Jangan ikut nafsu nak beli banyak makanan tapi membazir. Beli makanan cukup2 untuk berbuka dan sahur. Yang penting pilih gerai yang bersih dan makanan berzat.
@junaidahnasir74952 жыл бұрын
Setelah berpuasa jangan minum air berkarbonat. Di galakkan minum jus buahan. Semasa sahur, selepas makan nasi buat minuman yg terdiri dari susu, kurma dan oat. Spy rasa kenyang lama dan baik utk perut. Jika tak makan nasi juga boleh.
@KN-qo9wz2 жыл бұрын
Hi..ini cara saya ajar anak2 untuk start berpuasa. Start with half day fasting, then slowly increase the fasting hours until they get a full day fasting. no need to force. sometimes i allow them to drink little water in the noon then continue fasting for the rest of the day. For a beginner u can follow the same technique if its too hard to start a full day fasting.🤗
@junaiditimbang84972 жыл бұрын
kouji-san,jgn banyak tidur ketika puasa.Cabaran ketika puasa adalah ketika anda melakukan aktiviti harian(normal life) seperti biasa dalam keadaan nafsu anda dilatih.Ambil pengajaran dari puasa yang anda lakukan iaitu about your desire ketika diri dalam keadaan lapar dan dahaga.semoga anda dapat menikmati erti puasa yg sebenar.Gd luck Kouji 👍
@21anis2 жыл бұрын
Kouji, kalau nak beli barang harian seperti cereal, nestum, susu, roti dan sebagainya, cari kedai runcit seperti "99 Speedmart", harganya lebih murah, tak perlu membeli di Aeon selalu, memang di situ kos agak tinggi. Kalau nak beli buah-buahan dan sayur, lebih baik beli di pasar pagi atau pasar tani. Memang lebih murah. Selamat berpuasa Kouji! 😁 I hope it will be a meaningful journey for you!
@dillazak2 жыл бұрын
saya memuji bahasa melayu Kouji. sangat bagus dan tertib. semoga kouji dan kawan kawan bersemangat untuk berpuasa selama sebulan.
@youknow_ihaveNoChiNGU2 жыл бұрын
6:30 uish tu sebenarnya boleh dikira mahal, kouji🤣 harga average tembikai di Malaysia adalah RM1-2 satu kilogram✨ harga tembikai kouji beli tu boleh beli sebiji tembikai sebenarnya😅
@hanancan85692 жыл бұрын
Kouji, nanti kalau nak pergi bazaar Ramadan, cari gerai/stall yang famous.. Atau tanya locals dulu.. Harap tak jumpa makanan yang tak sedap.. Nanti cuba ajak Azrey pergi terawih yer.. Jangan beli banyak jenis makanan untuk berbuka ya. Nanti tak mampu nak habiskan. Sehari cuba 1 meal yang berat, 1 desert cukup. Sepatutnya kita boleh jimat duit bulan puasa ni..
@syfakay2 жыл бұрын
kouji boleh beli barang makanan harian di kedai seperti speedmart/KK kami malaysian beli barang makanan harian disitu, sangat affordable! jika beli di seven eleven, mahal. kalau nak lagi jimat duit, kouji perlu beli beras sekampit & masak nasi di rumah saja, makan dengan telur atau kicap. Nasi sangat membantu dalam bulan puasa, makan sepinggan nasi bersama lauk seperti telur,kicap atau sardin waktu sahur👍🏻 dan segelas air. Makan kurma juga! InshaAllah kouji boleh tahan puasa kalau berbuat demikian. Tak cukup kenyang kalau hanya makan cereal di waktu sahur, tapi makan nestum pon okay juga
@faridahshamsudin31712 жыл бұрын
Kalau boleh..belajar baca bismillah sebelum makan..nnt kouji akan rasa lebih sedap dan nikmat makanan tu bila makan...SELAMAT BERPUASA!! 💪👍♥️
@mohdimranyusof28892 жыл бұрын
Kouji dan kawan kawan...Boleh cuba berpuasa tapi jangan paksa diri ya. Kalau tak tahan, boleh berbuka puasa. Jangan sampai sakit pula..
@namikazelevi2 жыл бұрын
Selamat berpuasa semua. Tip berpuasa: JANGAN MAKAN MAKANAN PEDAS DAN BERMINYAK MASA SAHUR. Kalau tak Sayonara laaa😂. Ini berdasarkan pengalaman saya. Saya taktau la kalau orang lain
@masrisanusi44612 жыл бұрын
Tahniah la adik2 Jepun semua..sanggup nak try puasa...jangan paksa sangat...kalau dapat full day puasa..tahniah..nanti raya abang jemput datang rumah...
@BeyfighterFaris2 жыл бұрын
Yes Kouji. Beli buah dan makan bila berbuka. Makan buah dulu, rileks kejap baru makan makanan lain. Ini penting untuk adjust perut supaya tak rasa senak
@nurulaisyah56622 жыл бұрын
Kamu boleh cuba minum air yang direndam dengan kurma semalaman semasa sahur. Air itu akan memberi kamu tenaga sepanjang hari
@Manggis072 жыл бұрын
Berpuasa adalah...kita cuba merasa betapa laparnya orang miskin yang tidak mampu untuk membeli makan..contoh seperti negara yang sedang berperang yang rakyatnya tertindas..seperti orang afrika yang kelaparan..islam mengajar puasa supaya kita bersyukur kerana kita masih mampu untuk makan yang enak2..
@felesiaawang7052 жыл бұрын
beli bread,telur,salad untuk persediaan sahur yang mudah.Kurma di rendam dalam susu dan minum waktu sahur.
@zariqafsha2 жыл бұрын
Don’t forget to buy Tepung Pelita at bazar Ramadan.. it’s a dessert you may like. For grocery, you can just buy at Giants, or Mydin, which are slightly cheaper than aeon. Btw, the first week, you may struggle to fast, esp in this kind of weather. But after that, you’ll get used to it and puasa will be an easy task for you.
@sitinurulafiqah66442 жыл бұрын
untuk sahur selain makan nestum dan susu, u juga boleh buat minuman 3biji kurma d buang biji rendam kan dlm air mineral simpan dalam peti,,bila bangun sahur u boleh minum terus air dan mkn kurma itu..,sangat baik untuk kesihatan.. n lagi 1 tips bila u nak sahur hanya makan cereal boleh saja bangun lewat sikit spye xterlalu penat d siang hari.. kami sebagai orang islam biasa bangun awal sahur sebab masak untuk keluarga dan kebanyakkan kami dah biasa makan berat waktu sahur.
@daskizchannel912 жыл бұрын
Tip dia senang je. SAHUR di akhir wktu... Mkn buah, minun air yg mencukupi, mkn kanan yg anda perlu jgn terlalu kenyang..
@biciburns69102 жыл бұрын
1. Kalau perut masuk angin, lepas buka puasa boleh minum teh halia, teh pudina atau makan makanan berkuah/bubur dahulu. 2. Jangan makan makanan yang terlalu pedas semasa bersahur nanti selalu ke tandas dan kamu akan terdehidrasi. Kalau boleh, makan makanan seimbang untuk mengelakkan sembelit. 3. Untuk mengelakkan bibir kering, boleh sapu gel/Vaseline. Sebab cuaca panas mungkin kulit bibir ramai orang akan pecah-pecah. 4. Ubat kumur boleh membantu mengurangkan nafas berbau. Bila berpuasa ini antara masalah paling biasa. 5. Ada perkara-perkara yang membatalkan puasa juga. Bagus kalau kamu dapat baca :) Semoga cita-cita semua orang akan tercapai. Jangan tamak beli semua kuih di bazar nanti tak habis makan lol
@heyydyy17592 жыл бұрын
Bulan puasa ni kamu akan jumpa buah Kurma/Tamar. Sebelum berbuka, kamu makan buah kurma ni 1 biji atau 3 biji atau makan dalam jumlah yang ganjil. Selepas makan kurma, minum minuman panas dulu, jangan terus minum air sejuk (ais). Sebab nak buang angin dalam perut kita tu. Lepas tu baru kita boleh makanan yang lain-lain.
@username6661.2 жыл бұрын
Tips dari saya untuk Berjimat cermat semasa puasa: -Beli 3 kotak kurma and simpan,no need to buy again(kalau habis,beli lagi).masa sahur and berbuka 1 biji seorang sahaja,itu yg kami sekelurga(5 org amalkan).can try if you want👍. -kalau mau jimat duit untuk buah-buaha,beli buah yg bnyak ISI,contoh pisang and mangga .beli buah pisang ( 3 sikat).1 org makan 1 or 2 biji pisang. -BERAS untuk nasi beli PAKET BESAR,1 PAKET BESAR boleh tahan untuk 1 BULAN. Kurangkan beli bnyak makanan di basar ramadhan,beli yg penting saja kalau mau beli.CONTOH if you dh masak nasi and mau HIDANGAN SAMPINGAN,you can buy AYAM goreng,MURTABAK and KUIH-MUIH.GoodLuck and SELAMAT BERPUASA.STAY HEALTHY AND STAY SAFE❤ LOVE YOUR KONTEN❤❤❤
@alyabatrisya76282 жыл бұрын
Berpuasa sangt baik utk kesihatan..tp dgn keikhlasan...cabar diri sendiri bole berpuasa atau sebaliknya..slmt berpuasa..
@zailiha73412 жыл бұрын
Tahniah utk anda dlm berbicara dalam Bahasa Malaysia..selamat berpuasa kouji Japan.
@nurhawa24272 жыл бұрын
Orang Malaysia sahur makan nasi dengan lauk(protein & sayur).. Kurma dan buah pula untuk kenyang lebih lama:) kouji juga boleh beli madu asli.. madu asli berfungsi seperti kurma, untuk memberi tenaga yang banyak untuk aktiviti seharian, tapi harga madu asli sangat mahal 😂 Jangan lupa minum air putih Banyak-banyak ok? All the best >
@jonmath41822 жыл бұрын
Air putih tu susu la kan, kan?
@junezainudin39882 жыл бұрын
Air putih tu air mineral
@liyanafahmi69922 жыл бұрын
kouji-san, dari pengalaman saya berpuasa sejak kecil, tips saya adalah untuk sentiasa make yourself busy jadi tidak rasa lapar dan tidak terlalu mengingati makanan dan minuman. tetapi jangan selalu lakukan aktiviti yang lasak kerana nanti cepat lapar dan dehydrated. ki o tsukete, do your best but jaga diri juga ya 😆
@ikmalizham89902 жыл бұрын
Lihat" blimey" channel youtube, dah bertahun tahun di malaysia. Terbaik. Mereka dari korea .
@chelsea37942 жыл бұрын
Just a friendly reminder if you are forget or not aware that Sahur time ends at Subuh prayer time starts, not when the sun rise. Thats if you really want to follow the real time of puasa 😊 Ganbate Kouji san.
@Isa-nh6hf2 жыл бұрын
kouji san..untuk bersahur biasanya orang Malaysia biasanya makan nasi dengan lauk yg simple sahaja atau makanan yg agak berat juga contoh seperti nasi goreng, mee goreng dan lain2 makanan yg akan membuat kamu merasa selesa dan menahan lapar dalam masa yang lama, buah buahan cuma makan sampingan saja dan jangan lupa makan sedikit kurma dan minum susu atau Nestum ataupun Milo..at last selamat berpuasa.,😆😆baik untuk kesihatan
Kalau puasa sebulan, 3-5 hari mula puasa memang badan akan sangat tak selesa atau letih. Tapi lepas tu, rasa normal sebab badan dah biasa.
@ChuBerry062 жыл бұрын
*maybe Kouji akan dpt merasai pergi ke bazaar Ramadhan kat Malaysia 🇲🇾❤️ waktu bulan puasa , semua makanan kat Malaysia ni memang sedap² ... Rugi kalau Kouji dan kawan² kalau xcuba makan-makanan unik kat Malaysia ni 😍 xsabar nk puasa 😖💞*
@cikkeh57592 жыл бұрын
Kouji, jangan lupa minum air yang cukup lagi2 musim panas ni. Cuba lah bersahur dengan kurma 3 biji juga.
@meiydarissa60342 жыл бұрын
Selamat berpuasa kouji.. I have another tips for you.. semasa bersahur makan lah nasi dan makanan yang mempunyai protein seperti ayam dan ikan bersama sayur.. selain itu minum air sebanyaknya supaya perut kamu boleh tahan hingga petang
@zultalib2 жыл бұрын
Kouji san puasa bukan saja kita tak minum makan tapi semua anggota badan kita juga puasa. Mata puasa dari melihat perkara2 haram, telinger beepuasavdari mendengar fitnah dan perkara yg kurang baik, lidah berpuasa dari menybut atau berkata2 perkara yg tak baik. Dan seterusnya sampai ke kaki.
@بحرهايج-ع3د Жыл бұрын
كل سنة وانت طيب، يمكنك ان تحضر الفربي وهو خلط الحليب والموز ويمكن 5رطبات معن ويمكنك اضافة عصير اللوز ،لكن في ليبيا يوجد شيء نسميه سرويله (بسيسه)وهي خلطه خاصه تتكون من عدة انواع منها الزميتة الكسبر والعدس والدخن الكركم واشياء اخرى وتعجن بزيت الزيتون وتوكل بالرطب والفربي
@deehari2 жыл бұрын
Jika Kouji sakit kepala ketika berpuasa, letak ais belakang leher / belakang kepala (boleh cuba isikan air dari paip ke dalam botol mineral kosong, sebab ni untuk letak pada kepala, bukan air untuk minum 😅. Boleh guna air dari paip). Jika rasa tidak selesa pada perut dan dada seperti pedih perut / dada, letak minyak aromaterapi pada perut, dada dan bawah tapak kaki untuk legakan rasa tidak selesa pada perut atau dada ketika berpuasa. Untuk hari pertama berbuka puasa, jangan lupa beli dan minum air kelapa atau air tembikai. Air kelapa atau tembikai boleh legakan perut setelah seharian berpuasa. Untuk sahur, better cuba minum susu kurma, biasanya ada dijual di kedai, jenama Good Maid atau Farm Fresh. Susu kurma atau buah kurma boleh beri tenaga ketika berpuasa. Selamat berpuasa Kouji 😊✨ My fave Japanese band is One Ok Rock 😎✨
@deehari2 жыл бұрын
Kouji, ini video Mukbang Susu Kurma pelbagai brand kzbin.info/www/bejne/hXrKhoOdp9x9g5Y
@isdfkjhgd112 жыл бұрын
1:49 "Ada..tch, ad banyak nyamuk" hahahah aduhh, comel betol reaksi kouji sini 😂
@annaave98292 жыл бұрын
Tips, minum air secukupnya semasa bersahur serta makan kurma, dan kurangkan bercakap masa berpuasa supaya tidak berasa haus. Semasa berbuka, mulakan dengan benda manis seperti buah kurma dan jus buah. 😊