Sejarah Pekan Temoh, Perak (Part 2 - Final)

  Рет қаралды 8,112

Malayan History TV

Malayan History TV

Күн бұрын

Ikuti sambungan pengembaraan saya menjejak sejarah Pekan Temoh di Perak. Pekan Temoh ini terletak di dalam Daerah Batang Padang dan juga salah satu daripada berbelas pekan yang dibuka di Lembah Kinta pada kurun ke 19 yang ketika itu bergantung sepenuhnya kepada hasil industri perlombongan bijih timah. Melalui pembukaan lombong-lombong bijih timah yang begitu banyak, ianya telah menarik penghijrahan orang-orang Cina majoritinya terdiri daripada etnik Kantonis dari Guangdong, China dalam jumlah yang ramai ke Lembah Kinta. Pada awal kurun ke 20, pemerintah British mula menggalakkan pelabur-pelabur dari Eropah untuk membuka ladang-ladang getah di Perak dan usaha ini sekali lagi telah memangkin perkembangan ekonomi kawasan Temoh kepada dua perusahaan utama iaitu hasil bijih timah dan juga getah.
Walaupun tidak terdapat banyak sumber rujukan bertulis mengenai sejarah Pekan Temoh, namun hasil kajian saya terhadap susur galur sejarah pembukaan Pekan Temoh saya cuba garap sebaik mungkin untuk perceritaan semula berdasarkan kepada pembacaan artikel dan pelbagai buku yang turut menyentuh sedikit sebanyak mengenai Pekan Temoh. Pengalaman peribadi saya sendiri melalui pekan ini pada suatu petang beberapa tahun lalu seakan telah membawa saya ke akhir kurun ke 19 melihat penghidupan masyarakat di Temoh.
Pada part 2 ini, saya akan menceritakan mengenai kepentingan pengangkutan rel keretapi dalam pembangunan Pekan Temoh dan permintaan tinggi kepada sumber bijih timah dan getah diperingkat global pada awal kurun ke 20 sekaligus membantu menyemarakkan lagi ekonomi dan pembangunan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Saya juga akan membawa anda melewati pekan satelit Temoh Station yang terletak pada jarak 3 - 4 kilometer dari Pekan Temoh proper serta berkongsikan beberapa peristiwa menarik yang terjadi di Temoh berdasarkan kepada sebuah buku yang ditulis oleh Prof Gary Lit Ying Loong bertajuk "If the Sky were to fall" yang dicetak oleh Gerakbudaya Enterprise.
Buku ini boleh diperolehi dipautan berikut:
www.gerakbuday...
Lokasi video part 2 dan terakhir ini adalah di sekitar Pekan Temoh Station dan Pekan Temoh proper termasuk bangunan-bangunan bersejarah seperti bekas Balai Polis lama Temoh, pejabat Pos Temoh, bekas tapak Keretapi Temoh Station dan Sekolah Kebangsaan Temoh di mana kesemua bangunan ini telah dibina pada awal kurun ke 20.
Rujukan kedua:
Komik "Mat Som" karya Dato' Lat, Berita Publishing Sdn. Bhd. (1989).
Music credits:
1. Sunshine by Kevin MacLeod (incompetech.com);
2. Nocturne in E Major by Chopin (classical rendition);
3. Muzik Asli Ghazal (instrumental);
4. Cinematic Piano by MokkaMusic:
Track: Cinematic Piano [Cinematic Music] by MokkaMusic / Soul • (No Copyright Music) C...
Music provided by "MokkaMusic" channel and inaudio.org; and
5. 80'S Synthwave by MokkaMusic ("Synthetic Pleasures") at • 80's Synthwave by MOKK...
6. Cello in Suite 1 in G Prelude (classical) by Kevin MacCleod (incompetech.com);
7. Sad Emotional Dramatic Ambient Music - Circle of Life by Composer: Whitesand (Martynas Lau) [2017];
8. Gymnopedie No. 1 by Erik Satie (classical rendition);
9. Heartbreaking by Kevin MacCleod (incompetech.com);
10. Lagu Menanti Saat Bahagia nyanyian Momo Latiff (lagu Melayu klasik 1950an);
11. Lagu Aikoku Koushin (lagu patriotik Jepun era Perang Dunia Kedua); dan
12. Lagu Tanah Melayu nyanyian Kamsani.

Пікірлер: 53
@rosleyabdhamid8863
@rosleyabdhamid8863 Жыл бұрын
Aku mengikuti channel ni sejak Mei 2022 dan aku terkejut penceritaannya agak detail dan disokong dengan bukti2, dokumen2, peta dan buku2 terutama dari UK. Bahasa dan gaya penceritaan yang mudah difahami. Aku percaya peminat2 sejarah akan menjadikan channel ini sebagai bahan rujukan. Kita kekurangan pakar2 sejarah malah sejarah itu sendiri telah diputar belit oleh penjajah. Tak mustahil satu hari nanti kita akan ada seorang lagi Prof Khoo Kay Kim. Teruskan usaha ini kembangkan lagi. Amin.
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
terima kasih tuan di atas komen dan juga doa. saya berharap perkongsian saya di cenel ini akan dapat mendidik rakyat kita sendiri mengenai keunikan sejarah setempat. saya juga berharap semuga kandungan ini dapat memberikan manfaat menyeluruh dalam aspek pemugaran sejarah di Malaysia. terima kasih sekali lagi di atas doa tuan.
@srirayasti6908
@srirayasti6908 Жыл бұрын
​@@malayanhistorytv Bangunan di belakang tuan iaitu restoran Cina colour purple tu, cuba risik², ikut penceritaan orang² tua itu adalah kesan terbakar pengeboman dr kapal terbang Jepun nak attack Balai Polis tp tersasar.
@srirayasti6908
@srirayasti6908 Жыл бұрын
​@@malayanhistorytvTerima kasih buat video sejarah pekan Temoh, kampung saya. Jarak Temoh & Temoh Station hanya 3 km & jarak ke Teluk Intan hanya sekitar 40 km saja.
@kongseefoo7585
@kongseefoo7585 8 ай бұрын
Tyvm for explanation.
@zehraaril205
@zehraaril205 Жыл бұрын
Ni baru content ilmiah. Moga mendapat perhatian kerajaan Malaysia
@JenutTN
@JenutTN Жыл бұрын
Malangnya, content2 berkaitan sejarah kurang dapat sambutan berbanding content pasal hiburan dan mistik
@zhbfakar
@zhbfakar 4 ай бұрын
My hometown
@hafizhisyam
@hafizhisyam Жыл бұрын
Terasa keiklasan perkongsian ilmu dr content nie... tahniah bro, semoga terus berkarya berkongsi ilmu2 bermanfaat...
@zahemiazulislami2595
@zahemiazulislami2595 15 күн бұрын
Saya telah pun membeli buku yang tuan syorkan tu. Pengalaman kepayahan & trauma masyarakat dulu perlu difilem & dipertontonkan kpd generasi muda hari ini agar mrk sedar susah payah org terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dan supaya mereka tidak mudah lupa diri. TETAPi, itulah, filem2 spt Embun, Paloh, Putera, sekadar menyebut beberapa, semuanya sarat dgn mesej dan sinematografi yang hebat.... sayangnya, filem sebegini tidak akan mencapai BOX OFFICE dan pastinya produser pun x mahu rugi, Harap akan ada filem periodic sehebat filem Mat Kilau tempoh hari jika ingin mengangkat SEJARAH kita
@mohdroslimohdrajuli1361
@mohdroslimohdrajuli1361 8 ай бұрын
Teman lahir di Kg Hj Ariff (Kampong Air Semambu)
@Fazrihaiman2014
@Fazrihaiman2014 4 ай бұрын
Arwah embah sya pun kampung haji ariff.
@stsallace
@stsallace 8 ай бұрын
Selepas saya membaca buku itu, saya menjadi peminat sejarah pekan Temoh.
@othmanzainal1180
@othmanzainal1180 Жыл бұрын
Bertuah rasa nya insan macam tuan dan kawan2 yang mampu mengalas tanggung jawab mengulas sejarah negara dengan akak baik.. Harap pihak kerajaan dapat membantu dari segi dana dan sebagai nya..
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
Terima kasih.
@imambawehmdhalim5035
@imambawehmdhalim5035 8 ай бұрын
Rumah kedai dkt pjbt pos Temoh itu tempat pendulang bijih menjual bijih timah...tokehnya org Melayu ... Temoh station jadi pusat menurunkan barang2 utk pembinaan empangan hidroelektrik di Ulu Sg Btg Padang, termasuk yg di Cameron Highland...satu struktur menempatkan kren khas utk menurunkan barang2 berat telah dibina ..tak pasti masih ada atau tlh di buka runtuhkan...
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv 7 ай бұрын
Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini.
@dzulkarnaenhardy4637
@dzulkarnaenhardy4637 8 ай бұрын
Di depan kedai cina temoh stesyen, ada rumah kedai usang, di situ salah satu lokasi shooting cicakman 2
@yonghan3361
@yonghan3361 10 ай бұрын
ringkasan yg detail, berhati hati waktu encik dan rakan jalan di tempat yg tiada orang, sebab sukar diduga apa yg berada di sekeliling
@kadirabdullah5861
@kadirabdullah5861 2 ай бұрын
Isteri saya orang Kampung Baru, Temoh Stesen
@RazakAziz-x7g
@RazakAziz-x7g 4 ай бұрын
Sungai2 di Malaysia banyak yg sudah tercemar tak seperti dulu
@kelly-khengleong8503
@kelly-khengleong8503 9 ай бұрын
I just found this channel and would very much like to follow the history. Please would you kindly add English subtitles.
@mohamedfarekabubakar
@mohamedfarekabubakar Жыл бұрын
Terima kasih atas perkongsian ini.
@dzulkarnaenhardy4637
@dzulkarnaenhardy4637 8 ай бұрын
Di temoh tu tak silap saya pejabat pos, depannya ada padang bola. Khabar orang lama, padsng tu pernah jadi tempat parking artikeri tentera british
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv 7 ай бұрын
Terima kasih di atas maklumat berharga ini.
@inahamdan7430
@inahamdan7430 Жыл бұрын
Antara perkara yg penting ttg sejarah Jepun ialah bagaimana mulia hati org melayu menolong bangsa Cina yg ditindas jepun dan sejarah kolonial mengajar melayu lebih cerdik.. malangnya kekayaan masa lalu tidak semua rakyat bole merasa..yg kaya makin kaya tp org kampung ttp berhati mulia..
@SumarwadiSumarwadi
@SumarwadiSumarwadi Жыл бұрын
Ya Temoh terbahagi 2 , satu Temoh Stesen kedua Temoh Tawon stesen ketepi Temoh asal nya bangunan papan tapi telah di bakar oleh komunis , dn di bangun semula dgan bangunan batu Tapi skarang sudah tidak beroperasi lagi ada nya landasan berkembar dan perkhidmatan KTMB kuasa eletrik maka peka Temoh jd PKM mati Begitu juga pekan Banir yg berhampiran Temoh , Antara Temoh Banir Tapah Road sekian
@Oppo-w9y6y
@Oppo-w9y6y 7 ай бұрын
SAUDARA ATHARIJAZLAN TVSEJARAH ALLAHRAHMATISAUDARA!
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv 7 ай бұрын
terima kasih. Amin
@whylsl
@whylsl 9 ай бұрын
Dear Sir, thank you for making such important video & sharing this part of history in "safe keeping" in KZbin (before all the older generation gone!). FYI, my grandparent is from Temoh, yes it is true that many of them hide in the hill/mountain behind Temoh & Chenderiang towns during Japanese invasion (>3years) and these local gang up to protect & keep local safe from Japanese soldiers (formed group of people later known as MPAJA to protect local from Japanese & as to "control & police the many local people" as no law & order after British left), while Japanese continue to capture & kill any chinese resident outside there. And my grandfather died in the hand of the soldiers. All the story you told here similar to my illiterate parent who shared & recounted similar stories, the suffering and tortures from the Japanese army which etched inside their mind & memory till the die. Many young & healthy were captured & sent to Burma, non returned home after the war ended. Also majority of the 1st generation lcoal in Temoh are from Hakka descendent (not cantonese) as they are originated and came from various part of northern & eastern Guangdong (Ganhou, YangShan, Foshan, QingYuan, Heyuan, Wuzhou etc) and, board their ship at Guangdong port (where Cantonese majority ). Again, thank you very much for making such video!
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv 9 ай бұрын
Thank you for the comment. I'm actually still learning in discerning the main Han sects (Hakka, Hokkien, Cantonese and Teochew) which emigrated from China and resides within the Kinta Valley area. I agree with you that Hakka probably comprises most of the Han sect which settled in Temoh. I will improve my research for future video as I'm planning to make a long and comprehensive video on the history of the Kinta Valley which relies mostly on tin mining industry. Thank you again for sharing your ancestors recounts of the old memories. Love and respect!
@wiraangkasa5600
@wiraangkasa5600 Жыл бұрын
Hebat Tuan, mantap penceritaan Tuan mengenai sejarah pekan-pekan lama dlm Negeri Perak...Terima kasih menyebut Dato' Lat, komik beliau dan Kota Bharu mengingatkan semula kehidupan semasa saya masih kecil pada tahun 1992 hingga 1997 bersekolah darjah 1 hingga 6 di SK Kota Bharu dan berpindah di Taman Lawan Kuda Gopeng pada tahun 1998 hingga 2002...pada 2003 berpindah ke Batu Kurau Taiping dan menetap sehingga sekarang... Terima kasih Tuan
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
Saya masih ada perancangan satu video khas mengenai serangan hendap Tentera Scotland dari Unit 2nd Argyll & Sutherland Highlanders di Stesen Keretapi Kota Bharu, Perak pada 28 Disember 1941. Serangan tersebut mengorbankan 12 orang Tentera Jepun yang turun dari Batu Gajah melalui rel pada waktu malam. Peristiwa tersebut masih jarang diketahui umum. Selain itu juga saya merancang untuk membuat video khas sejarah kawasan Lembah Kinta khususnya penempatan/ kg. Cina sepanjang Sg. Kinta dari Tronoh - Tg. Tualang - Batu Gajah ke Ipoh. Bagi saya kawasan ini sangat unik dan patut diketengahkan lagi. Semasa saya menaiki motorsikal ke kawasan tersebut, saya dapati ada satu Kg. Sikh yang dibuka pada kurun ke 19. Satu-satunya perkampungan Sikh di Malaysia. Saya akan cuba membuat kajian terperinci mengenai kampung tersebut. Terima kasih tuan di atas komen.
@wiraangkasa5600
@wiraangkasa5600 Жыл бұрын
@@malayanhistorytv Terbaiiikkkk Tuan mengkaji Sejarah Perang Dunia Kedua di Malaya, semoga Tuan diberikan kesihatan yang baik, kemudahan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dlm pengkajian sejarah utk pengetahuan semua golongan terutama anak2 muda dan pelajar2, kerana banyak sejarah yg ditinggal dilupakan begitu sahaja mungkin atas sebab2 tertentu, klu Tuan inginkan informasi berkaitan Kg Kota Bharu kampungnya Dato' Lat boleh kita berhubung atau berjumpa In Sha Allah
@mohamadshafeq7900
@mohamadshafeq7900 Жыл бұрын
Salam admin....buat pencerahan sejarah landasan keretapi taiping ke port weld dan landasan keretapi dr ipoh ke teluk intan...........
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
Satu cadangan yang baik. Saya plan nak buat episod khas jajaran rel keretapi Teluk Intan ke Tapah Road terlebih dahulu kerana ada penulisan yang sangat bagus dari UKM (dissertation student).
@rizdan2293
@rizdan2293 Жыл бұрын
Baru sy tahu asal usul Temoh ni, susah gak nak dpt info tentang Temoh walopun kg sy di tlk intan. Syabas semoga tuan suksess dlm vlog2 merungkai sejarah dan di sebalik sesuatu sejarah
@wanhazwan9952
@wanhazwan9952 Жыл бұрын
Seronok tngk kampung ayah sy..dulu2 teringt setiap kali blk kampung mesti pegi kedai runcit cina tu..
@kaknoriff7007
@kaknoriff7007 Жыл бұрын
kedai ii runcit cina masih beroperasi
@kadirabdullah5861
@kadirabdullah5861 2 ай бұрын
Kedai Amoi
@kadirabdullah5861
@kadirabdullah5861 2 ай бұрын
Bangunan rumah kedai di Temoh Stesen sudah dirobohkan dan dibersihkan kawasannya
@zaprunnizammohdali7755
@zaprunnizammohdali7755 Жыл бұрын
Masjid temoh...pun lama.
@kaknoriff7007
@kaknoriff7007 Жыл бұрын
masjid temoh station masih utoh lagi
@JenutTN
@JenutTN Жыл бұрын
Pekan Temoh Stesen tu antara produk pelancongan baru yang boleh diketengahkan oleh Tourism Perak
@wewenang5167
@wewenang5167 2 ай бұрын
bagunan smeua dah roboh, penduduk pekan pon dah tak ramai.
@dzulkarnaenhardy4637
@dzulkarnaenhardy4637 8 ай бұрын
Khabar dari orang lama stesyen keretapi temoh stesyen dulu ada kantin dan 5 buah gudang lama, tapi dibakar, saya tak ingat, dibakar oleh tentera jepun atau komunis
@imambawehmdhalim5035
@imambawehmdhalim5035 8 ай бұрын
Di salah satu gudang itu dulu diadakan acara menyambut kemerdekaan...saya kanak2 lagi ..dibawa menonton acara itu...aneka ragam.
@badrifacebook5346
@badrifacebook5346 6 ай бұрын
Komunis
@aaka1828
@aaka1828 Жыл бұрын
Terbaikk
@zaprunnizammohdali7755
@zaprunnizammohdali7755 Жыл бұрын
2 bulan sudah ronda sini...
@jikochieakim395
@jikochieakim395 Жыл бұрын
Masuk melaka plk tuan..penuh sejarah melaka ni..🤗
@malayanhistorytv
@malayanhistorytv Жыл бұрын
terima kasih atas cadangan tuan. saya akan usahakan beberapa kisah mengenai Melaka. Antara dalam perancangan saya adalah mengenai sejarah Pekan Jasin. Channel ini akan fokuskan kepada kisah-kisah sejarah yang jarang kita dengar. terima kasih sekali lagi atas cadangan yang baik.
Sejarah Pekan Temoh, Perak (Part 1)
31:58
Malayan History TV
Рет қаралды 19 М.
Do you choose Inside Out 2 or The Amazing World of Gumball? 🤔
00:19
Win This Dodgeball Game or DIE…
00:36
Alan Chikin Chow
Рет қаралды 42 МЛН
Don't look down on anyone#devil  #lilith  #funny  #shorts
00:12
Devil Lilith
Рет қаралды 15 МЛН
Minecraft Creeper Family is back! #minecraft #funny #memes
00:26
Kota bharu #gopeng kampar Perak Yang mendamaikan!lonely town
4:20
Fahad Mk [fearless vlog]
Рет қаралды 5 М.
PEKAN SIPUTEH | DIKATAKAN  SEBUAH PEKAN MATI NAMUN MEMPUNYAI AURA KLASIK BEGITU KUAT
10:08
Channel 20 sen (Channel 20 sen)
Рет қаралды 50 М.
被忽略的小鎮 A Neglected Town // 地摩 Temoh
2:32
10c FILM
Рет қаралды 175 М.
Do you choose Inside Out 2 or The Amazing World of Gumball? 🤔
00:19