Рет қаралды 71,738
Peribahasa yang sesuai harus diselitkan dalam karangan secara kreatif. Janganlah tulis cara-cara yang biasa sahaja.
Contohnya, dalam karangan Bahasa Melayu SPM atau PT3, calon-calon boleh menulis peribahasa dengan cara-cara berikut.
1. Pepatah Melayu ada mengatakan, 'bersatu teguh bercerai roboh.'
2. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia seharusnya menghayati hakikat pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh' agar perpaduan senantiasa terpelihara.
3. Rakyat Malaysia tidak harus mengalpakan pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh'.
4. Pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh' menyimpan makna yang cukup mendalam.
Cikgu Suguz - kreatif dalam penulisan