Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul : Edisi Hibah Takaful

  Рет қаралды 5,028

Pusaka atau Saka!?

Pusaka atau Saka!?

3 жыл бұрын

Ramai orang ambil takaful untuk selesaikan hutang piutang jika dia dah meninggal dunia nanti.
Tak kurang juga yang mengharapkan supaya pasangannya gunakan duit itu untuk besarkan anak-anak anda.
Dengan kata lain, ramai ambil hibah takaful sebab pampasan tu boleh beri terus kepada peneirma tanpa perlu difaraidkan.
Tapi, kalau anda ambil takaful secara HIBAH, semuanya tu mungkin menjadi angan2 dan janji-janji kosong.
Sebab apa? Sebab ikut hukum dan undang-undang, penerima hibah takaful tak perlu pun buat tu semua.
Sebab duit pampasan hibah tu hak milik dia 100%, terpulang pada dia nak buat apa.
Kecuali hibah takaful ini digabungkan dengan kaedah AMANAH.
Macam mana caranya?
Jom tonton video ini.
Music: www.bensound.com/
Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo
/ wanhaslim.wanibrahim

Пікірлер: 39
@KaTakLoMPaT
@KaTakLoMPaT 2 жыл бұрын
Terima kasih sgt jelas penerangannya...
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Sama2
@azmizeselamat3101
@azmizeselamat3101 2 жыл бұрын
Hibah Di buat atas kasih, cinta, kepercayaan dan sayang terhadap pasangan.. in shaa Allah pasangan akan urusan hibah tu dgn baik. Otherwise, just jadikan penama hibah tersebut sebagai wasi. Tanya hati masing2 terhadap pasangan anda..
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Betul, saya setuju. Ikatan amanah ini adalah usaha pemberi mendapatkan jaminan dari segi undang-undang. Bergantung sejauh mana pemilik tu rasa pentingnya hasrat dia dilaksanakan. Bergantung sama ada nak berusaha betul2 atau sekadar ada sahaja. Terpulang kepada masing2 Sebab banyak kes manipulasi daripada orang luar, sama ada secara "halus" atau terang-terangan. Pasangan mungkin orang yang baik, tapi tiada jaminan bagi orang disekeliling. Dan juga hati mudah berubah.
@azmizeselamat3101
@azmizeselamat3101 2 жыл бұрын
Hibah ialah aset yg mudah untuk di cairkan. Sangat berguna untuk pasangan kelanggsungan hidup sementara menunggu pemberian faraid harta pusaka. Wang hibah juga boleh di gunakan untuk membayar wang guaman atau amanahraya.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Hibah ni adalah kaedah pewarisan harta. Mungkin yang tuan maksudkan adalah hibah takaful iaitu menghibahkan pampasan takaful. Hibah harta ni lebih luas lagi iaitu boleh jadi hibah rumah, hibah akaun bank, hibah asb, hibah kereta dsb. Saya sangat setuju bahawa hibah takaful akan membantu survival waris2 dan antara harta yang mudah cair. Tetapi bab pusaka ni bukan semuanya boleh selesai dengan duit terutama dari hibah takaful. Itu antara mitos yang ramai orang percaya. Sebab berapa banyak kes orang2 kaya dan waris2 kaya masih tak setel. Contohnya kes Naza, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan banyak lagi. Pusaka ni melibatkan perkara teknikal dan kompleks. Tempat tuntutan bukan di amanah raya sahaja, tetapi boleh jadi di pejabat pusaka kecil atau mahkamah tinggi sivil. Di pejabat pusaka kecil, tak boleh guna lawyer. Boleh hubungi saya kalau nk tahu lebih lanjut. Saya rasa tuan ni ejen takaful kan? Sebab saya pun ejen takaful selama 8 tahun sebelum ini
@zanialzakaria9795
@zanialzakaria9795 2 жыл бұрын
Tuan, saya ada 8 beradik dan 2 telah meninggal sebelum kedua ibu bapa saya meninggal. Maksudnya 2 adik beradik saya meninggal dulu sebelum ibu dan bapa saya meninggal dunia. 2 ( abang dan kakak ) saya yang meninngal itu ada meninggalkan waris iaitu anak-anak serta suami dan isteri masing2. Soalan saya, adakah mereka juga (waris-waris abang dan kakak) saya itu dapat juga bahagian pembahagian pusaka yang akan diuruskan nanti. Untuk maklum ibu dan bapa saya tiada berpesan apa apa pun berkaitan hal ini.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Mereka bukan waris yang berhak. Tetapi cucu-cucu kepada ibu bapa tuan boleh tuntut bahagian wasiat wajibah. Tertakluk kepada 4 negeri sahaja iaitu Selangor, Neg 9, Melaka dan Kelantan Boleh rujuk di sini www.malaysia.gov.my/portal/content/30319?language=my
@zanialzakaria9795
@zanialzakaria9795 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka terimakasih tuan.
@azzammurlinda6376
@azzammurlinda6376 2 жыл бұрын
camna saya buat takaful hibah utk parent saya, dan penamaan atas saya. jadi apa hukum dia? dan ada perlu di agihkan ke
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Kalau penamaan di takaful secara hibah, maka pampasan tu tak perlu difaraidkan. Ia milik mutlak penerima
@zahirberong7711
@zahirberong7711 2 жыл бұрын
Slm tuan, saya tiada waris untuk hibahkan/pindahkan beberapa ekar tanah. Saya bercadang hendak 'amanahkan' tanah itu kpd masjid setempat utk mereka uruskan dan ambil hasilnya utk selama2nya tanpa menukar hak milik. Bagamana caranya?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Salam. Boleh ke Majlis Agama Negeri dan minta buat waqaf khusus. Semoga Allah merahmati tuan.
@zahirberong7711
@zahirberong7711 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka InsyaAllah, sy akan ke majlis agama Kedah, terima kasih tuan.
@aslanaziz
@aslanaziz 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka terbaik
@phoebe2raz
@phoebe2raz Жыл бұрын
Soalan cik. Saya bukan Islam. Beli insurans takaful dan hibahkan kepada kawan baik saya. Kalau saya meninggal, insurans takaful akan diberikan kepada kawan saya. Soalan saya, ibu saya org Islam. Adakah dia mampu mencabar keputusan hibah itu?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Hibah takaful sudah ada akta sendiri iaitu dalam IFSA 2013. Kalau nk mencabar pun mgkn perkara teknikal spt hibah dibuat dgn paksaan, dsb
@phoebe2raz
@phoebe2raz Жыл бұрын
@@pusakaatausaka thank you tuan
@qiennoora
@qiennoora 2 жыл бұрын
Boleh ke sy pesan kat waris hibah utk selesaikn hutang & wakaf tp sy xde tinggalkan jumlah utk difaraidkan? Sy balu xde anak. Sy masih ada mak ayah & sorg kakak. Nk tnya kalau sy meninggal siapakah waris sy yg berhak dlm faraid?
@qiennoora
@qiennoora 2 жыл бұрын
Surat ikatan amanah tu wajib buat ke? Kalau sy xnak buat boleh? Cthnya sy percaya dgn wasi
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Untuk hibah takaful kan? Sebab hibah ni boleh merujuk kepada hibah rumah, hibah akaun bank, hibah kereta dan harta2 lain. Puan boleh pesan kepada penama yang puan masukkan dalam borang takaful utk bayarkan hutang dan sedekah (Wakaf biasanya merujuk kepada hartanah dan bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri). Cuma tanpa tanpa surat ikatan amanah tu, tiada bukti dari sudut undang2 puan dah buat pesanan tersebut. Bergantung kepada amanah penama itu. Kalau amaunnya banyak, saya cadangkan puan untuk sediakan surat ikatan amanah, sebab risiko tinggi Dari segi faraid, yang berhak adalah ibu dan bapa puan sahaja.
@qiennoora
@qiennoora 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka sy ambik sun life insurans (cimb) Cth sy meninggal ada pampasan 90k + duit saving. Duit ni sy akn bg kpd 2 penama
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
@@qiennooraInsurans atau takaful? Kalau insurans, tiada option hibah. Hanya takaful sahaja boleh hibah di syarikat takaful tersebut
@qiennoora
@qiennoora 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka insurans tu ada hibah takaful
@kipasudaraorg3299
@kipasudaraorg3299 2 жыл бұрын
Salam tuan...boleh saya minta nom fon tuan untuk saya bertanya lanjut?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Salam. Boleh hubungi saya : wanhaslimwanibrahim.wasap.my
@weskono3895
@weskono3895 Жыл бұрын
Salam Tuan, sy dlm proses utk beli rumah secara bersama (bersama wife - 2 nama). Ejen Takaful mencadangkan, amek MRTT paling minimun & kemudian buat Hibah takaful secara bersama, maksudnya sy hibah kpd isteri begitu juga sebaliknya. Pd pendapat tuan, cara ini blh dikatakan agak baik? sbb jika salah sorg meninggal, sekurang2nya ada hibah utk uruskan hutang rumah dll. Dan lagi 1, kite pun peru la bijak memilih Penama dalam kategori yg mana kn? contoh Hibah + amanah ke atau lain2 (penamaan takaful) Soalan kedua, apa maksud "takut dimanipulasi jika nilai terlalu banyak seperti Tuan ckp dalam video? sape yg nk manipulasi? pemegang amanah ke Tuan?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Salam tuan. Tahniah ye saya ucapkan. Utk mrtt vs mltt (takaful life) ni dua2 ada pros n cons. Dari segi costing menang mrtt, dari segi kegunaan menang kpd mltt. Bergantung kpd tuan. Boleh buat research lebih "mrtt vs mltt" Pampasan dlm bentuk cash akan diberikan terus dalam jumlah yg banyak (lumpsum) kpd penerima. Manipulasi yg kami observe adalah dr pihak2 lain seperti dari MLM, pinjaman, pelaburan, dsb. Senang kata, di mana ada gula, disitu semut menghurung
@weskono3895
@weskono3895 Жыл бұрын
@@pusakaatausaka ye tuan...sy faham perbezaan MRTT vs MLTT....cuma tu la, cadangan ejen utk amek MRTT paling minimum adalah utk supaya tdk terlalu terbeban & + backup dgn Hibah......tq atas maklum balas...
@taufiqadib2857
@taufiqadib2857 2 жыл бұрын
Q : kenapa hibah amanah ya - ikat dgn surat amanah? sebab hibah tu kan hadiah hak mutlak penerima.suka hati dia nak buat apa dgn duit tu ( hadiah tu kan hak dia ).
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Kalau nak beri sebagai hak mutlak penerima, tak perlu lah surat ikatan amanah. Tapi kalau ada tujuan tertentu, suka hati pemberi lah nak letak syarat dalam surat ikatan amanah. Takaful tu kan harta dia. Kalau penerima tak nak terima syarat, takyah terima. Bagi kat orang lain. Sebab tu bergantung kepada tujuan ambil takaful. Setiap orang berbeza-beza. Kaedah hibah bersyarat dan pengamanahan ni memang ada dalam hukum Syara' dan undang2
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
m.facebook.com/story.php?story_fbid=4131260340302522&id=100002557906690
@mohdqari1771
@mohdqari1771 2 жыл бұрын
hibah takaful nie elok utk org jnis makan gaji ckup2 bulan.. sbb bila suami mati byk nk pakai duit tu mula nk survive tanpa suami.. jd hibah takaful nie salah satu cara y bagus..
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Betul, saya setuju
MRTT vs MLTT? [Property] Nak beli rumah ke beli takaful?
16:15
Financial Faiz
Рет қаралды 88 М.
Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul
8:45
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 47 М.
Wait for the last one! 👀
00:28
Josh Horton
Рет қаралды 114 МЛН
ОСКАР ИСПОРТИЛ ДЖОНИ ЖИЗНЬ 😢 @lenta_com
01:01
FOOLED THE GUARD🤢
00:54
INO
Рет қаралды 62 МЛН
Stupid Barry Find Mellstroy in Escape From Prison Challenge
00:29
Garri Creative
Рет қаралды 21 МЛН
Hutang keliling PUNGGUNG! [Hutang] Macam mana nak bayar semua ni?
10:57
Tips bagaimana nak buat hibah sendiri?
7:53
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 5 М.
Medical Card VS  Hibah Takaful yg mana patut kita ambil?
8:09
Afiq Ipin
Рет қаралды 16 М.
Takaful HIBAH ni apa? Penting ke? [Takaful] Kenapa kecoh sangat?
11:48
Bolehkah Bahagi Harta Pusaka Suka Sama Suka Tanpa Ikut Hukum Faraid?
8:05
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 96 М.
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 2)
7:46
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 9 М.
TIPS HIBAH: ADAKAH HIBAH BOLEH DIBATALKAN/DITARIK BALIK ?
4:29
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 3 М.
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 3)
10:27
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 7 М.
Wait for the last one! 👀
00:28
Josh Horton
Рет қаралды 114 МЛН