Biskut Red Velvet Rangup yang Merah Menawan

  Рет қаралды 919,002

Che Nom

Che Nom

Күн бұрын

Hi Semua, sibuk buat biskut raya ke tu? Che Nom pun nk ambil peluang kongsikan satu lagi resepi biskut yang selalu buat kat rumah iaitu biskut red velvet. Ciri-ciri utama biskut ni ialah warnanya yang merah gelap, dan kebiasaanya kita hias dengan bahan bewarna putih seperti white coklat chip supaya warna lebih ceria dan menyerlah.
NOTA:
1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Che Nom buat bulat kecil diameter anggaran 2cm
2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. API ATAS BAWAH.
3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)
4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain. Kalau cuba ganti dengan lemon juice boleh cuba tapi Che Nom tak pernah cuba, try at your own risk.
OVEN: Firenzzi 60L
//Bahasa Melayu
---------------------------
Bahan-bahan untuk biskut red velvet:
½ cawan /117g mentega
¾ cawan /150g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cuka makan
1½ sudu kecil esen vanila
1½-2 sudu kecil pewarna merah
½ cawan /50g hirisan badam
½ cawan /90g coklat cip
Bahan-bahan untuk ayak:
1¼ cawan /160g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik (abaikan sukatan di video)
¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat
//English
-------------------------------------
Ingredients for red velvet biscuits:
½ cup / 117g butter (salted)
¾ cup / 150g castor sugar
1 egg yolk
1 teaspoon white vinegar
1½ teaspoons vanilla essence
1½-2 teaspoon red food coloring
½ cup / 50g almond slices
½ cup / 90g chocolate chips
Sift Ingredients:
1¼ cup / 160g plain flour
1 tablespoon cornflour
2 tablespoons rice flour
2 tablespoons cocoa powder
1 teaspoon baking powder (ignore measurement in video)
¾ teaspoon baking soda
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
#biskutraya #redvelvet #resepichenom

Пікірлер: 772
@jennifernuraliya5048
@jennifernuraliya5048 4 жыл бұрын
Alhamdulillah Che nom punya rezepi ni... Sy tengah baking malam2 hahahaha hbs je buka puasa terus buat..... Satu tray turun blm hbs sejuk dh kena ngap dng anak2... Sedap sangat alhamdulillah semoga Allah memberi rezeki yg luas buat Che nom dan family amin2, sekali lg terima kasih Che nom😘😘😘😘
@jennifernuraliya5048
@jennifernuraliya5048 4 жыл бұрын
@@CheNom sama-sama Che nom... Rezepi Che nom semua.... Senang nak buat dan paling penting semua Bahan2 pun tk susah nk di cari.... Memang rezeki aliya lah terjumpa channel Che nom.... 😘😘
@peacewarlove737
@peacewarlove737 4 жыл бұрын
Hi Che Nom. Made the cookies yest and it turned out so well that I plan on to making more again today. Kudos and I wish you and your family a fantastic raya celebration. Keep making more awesome videos :)
@rahmahshamsuddin9346
@rahmahshamsuddin9346 4 жыл бұрын
@@CheNom 0
@m.r.b.b8678
@m.r.b.b8678 4 жыл бұрын
@@CheNom assalamualaikum che nom boleh saya tahu biskutnya tak kembang sangat ke nanti sebab saya masuk baking powder dan soda biskutnya kembang sangat. Terima kasih
@raznaenineny2858
@raznaenineny2858 4 жыл бұрын
Che nom x pkai red velvet?
@wanairish5343
@wanairish5343 4 жыл бұрын
Terima kasih ya Allah hadirkan Che Nom dalam muka bumi. Che Nom banyak berikan manfaat buat semua orang. Uhuk uhuk semoga masuk syurga Che Nom. Ayangg Che Nom. Muahhh 😘♥️💕
@norizan8493
@norizan8493 6 ай бұрын
Terima kasih che nom.Tahun 2024 ni 4 resepi kuih raya Che Nom menjadi pilihan saya.Terbaik.Selamat Hari Raya🤗
@ftnnrjnnh2792
@ftnnrjnnh2792 3 жыл бұрын
i've tried the recipe. jadi cantik! but kena kurangkan gula sikit for this recipe sbb agak manis. thankyou che nom ❤
@akiraharun3268
@akiraharun3268 3 жыл бұрын
tepung gandum pakai brand apa ya?
@sugarrush9010
@sugarrush9010 3 жыл бұрын
@@akiraharun3268 Boleh pakai brand apa saje
@lucianacleopatranfriendcha6895
@lucianacleopatranfriendcha6895 3 жыл бұрын
Klu pakai tepung self raising boleh kan
@deeadawiyah1281
@deeadawiyah1281 3 жыл бұрын
@@lucianacleopatranfriendcha6895 lgi sedap guna tepung red rose.. just pendapat sy 😊
@ummizullaika7601
@ummizullaika7601 3 жыл бұрын
@@deeadawiyah1281 nak rest kan doh tu letak dalam peti ais atas yang beku tu or peti ais bawah je
@miramayhem
@miramayhem 3 жыл бұрын
Saya baru je try utk raya kali ni tp tukar kaler hijau tua sbb merah xde. Rangup and ringan je biskut. 1st batch bakar tercepat sgt, dah sejuk pon stil mcm chewy kt tgh2 biskut. Korang jgn rsau masuk je oven balik bakar dlm 3-5 minit suhu yg sama biskut akan rangup balik😘 thanks Che Nom byk dah ikut resepi akk smue menjadi👍
@deanor4141
@deanor4141 2 жыл бұрын
Aah saye buat pon jadi chewy. 😭
@maslindahmohammadmohd9071
@maslindahmohammadmohd9071 8 ай бұрын
ya allah che nom minta halalkn resepi ya .saya doakan che nom diberikan kesehatan dan di murahkan rezeki
@mathubalakrishnan2989
@mathubalakrishnan2989 4 жыл бұрын
Saya dah Cuba resipi ini. First time I try... Memang sedap👍 dan jadi juga. Anak bongsu saya suka sangat makan biskut ini.I ada share dan promote KZbin Che Nom dengan kawan i😘😊
@hanis_1646
@hanis_1646 3 жыл бұрын
Thanks che nom for the recipe saya dh cuba byk kali mmg menjadi tpi saya ubah sikit sukatan gula jadi 100 g (50g gula kastor + 50g brown sugar) dan saya xmasukkan cuka sbb nk jadikan dia crispy luar tapi moist kt dalam lepastu saya tmbh sikit masa bakar 20 minit..
@lizaannamary7254
@lizaannamary7254 2 жыл бұрын
Tq so much Che Nom sis.Saya baru buat, tapi saya bake lebih masa sikit sebab 1st time bakar 12 min was chewy.Bakar lebih 10 min dan dia sangat rangup...sedap..taste macam velvet cakes..puas hati sangat-sangat....1st try biskut ni, sangat berpuas hati.
@norhisham-do9ht
@norhisham-do9ht 7 ай бұрын
Saya akan cuba buat untuk first time dlm hidup.. kita orang lelaki biasanya tak ambik kisah lansung bab masakan.. asal ada makan.. tapi tengok video che Nom.. nak buat.. tengok nanti apa reaksi isteri dan anak4.. lagi pun lebih jimat dan sedap bila buat sendiri.. terimakasih che Nom.. 😂
@zulhishamtan4308
@zulhishamtan4308 2 жыл бұрын
Saya bukan seorg yg minat cookies. Disebabkan anak anak mintak, Saya cuba resipi Che Nom ni.... You know what! Really marvellous... Sedap! Dah buat 2 kali dah, tinggal sikit je.... Kena buat lagi ni! Thank you Che Nom. Selamat Hari Raya Adilfitri. Stay safe and be safe with the SOP.
@hanissyairah6199
@hanissyairah6199 3 жыл бұрын
Terima kasih atas resepinya Che Nom.. Sedap sngt biskut ni saya da buat utk kali kedua, bagi utk rakan sekerja saya. Masing-masing ingatkan saya beli dan kalau buat pun, mungkin utk berniaga. Padahal tak pun, semua puji. Sedap, rangup dan cair je dlm mulut. Semoga terus maju jaya Che Nom.
@cristea4576
@cristea4576 3 жыл бұрын
saya baru buat harini selepas waktu berbuka, first time jadi macam cookies subway selepas tu jadi okay , sedap & rangup! thank you che nom
@orbeat6557
@orbeat6557 4 жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom saya terpaksa juga cuba buat resepi biskut ni walau dah larut mlm sbb kalau tgk video Che Nom tiba-tiba membuak-buak smgt utk membakar. Tapi sy terlupa bubuh esen vanila pula haha. Rupa biskut semua comel-comel. Suka saya tgk warna dia yg meriah. Alhamdullillah terima kasih Che Nom utk resepi nya. 💕🤓
@orbeat6557
@orbeat6557 4 жыл бұрын
Sbb resepi biskut dari channel Che Nom juga saya dah ada 4 jenis biskut hasil tgn sendiri utk raya nanti. Alhamdullillah, moga murah rezeki Che Nom sbb murah hati berkongsi ilmu memasak utk org ramai. 😊
@naanaa3628
@naanaa3628 4 жыл бұрын
Yay memang tunggu che nom buat resepi ni. Saya buat cornflakes madu ikut resepi che nom, memang menjadi. Sedap dah tak terlalu manis. Belum raya dah habis sebalang haha. Terima kasih che nom share resepi yang best 💗
@kellykalisah9628
@kellykalisah9628 4 жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom,Saya dah buat biskut Red Velvet,jadi sedap dan rangup,tapi sy pakai White Chocolate Chips dgn Chocolate Chips,sbb badam hiris tak ada,terima kasih Che Nom resepi nya,selamat berpuasa ya.
@irnanatasyaahmad5215
@irnanatasyaahmad5215 4 жыл бұрын
Thank you for sharing. Dulu di asrama mak kawan selalu bawa untuk kami makan sama2 time bulan puasa,biskut red velvet ni. Inshaallah kalau ada rezeki saya try! :)
@buatorangsenyum8185
@buatorangsenyum8185 4 жыл бұрын
Dah mcm masuk kelas kimia dahh..explanation so good like a chemistry teacher 👍
@saraabdghafar5082
@saraabdghafar5082 Жыл бұрын
Saya dh try...mmg jadi btol...anak2 suka sangat..memang sedap ....gerenti jadi..siap buat niaga lg....tma ksh Che Nom..
@EmilyAlvia25
@EmilyAlvia25 7 ай бұрын
Alhamdulillah.. dah try coklat chip dan brownies .. Alhamdulillah menjadi .. nak try red velvet lagi .. terima kasih Che nom .. minta halal ye resepi Che nom .. semoga murah rezeki Che nom ..
@DapurSuriAti
@DapurSuriAti 4 жыл бұрын
Satu persembahan yang menarik. Biskut nampak cantik dan penuh menyelerakan. Membuatkan saya tak sabar untuk membuatnya.
@noraidahhamid4603
@noraidahhamid4603 3 жыл бұрын
Saya dah buat guna resipi Che Nom ni. Cantik sungguh kejadiannya. Tak sabar nak rasa waktu berbuka nnti. ♥️ Terima kasih ya. ❣️
@bungaimerejas
@bungaimerejas Жыл бұрын
Dh try buat smlm ,cma gula sy ada krg kan sedikit, sy guna buttercup dan perisa red velvet..rasa mmg sedap..Resepi che nom mmg mnjadi ...thank you😊
@bb-eb6hw
@bb-eb6hw Жыл бұрын
Hi boleh tau,awak kurangkan gula tu kepada berapa gram ya?
@nuralyanisam-unn5902
@nuralyanisam-unn5902 4 жыл бұрын
Terima kasih che nom kerana sentiasa kongsikan tips dan resepi yang sangat menarik dan menjadi❤️
@hzzz7273
@hzzz7273 2 жыл бұрын
Terima kasih bagi resepi ni Che nom. Sy ikut satu2 resepinya. Alhamdulillah menjadi. Level manis dia okay je bagi sy. Mak suruh buat lagi utk raya 2022 ni. ❤️❤️
@norlina6941
@norlina6941 4 жыл бұрын
Sy suka smua resepi Che nom..mudah nk fhm apa yg Che nom trangkn..sy da tray mmg mjadi..terbaiklah Che nom..
@yeehaw0.028
@yeehaw0.028 4 жыл бұрын
Anak2 che nom bertuah gile 😂
@qistinaamir1675
@qistinaamir1675 4 жыл бұрын
👏🏻👏🏻kalo boleh perbanyakkan resepi masakan che nom😍kebanyyakam resepi che nom semua sedap2😋😋terima kasih che nom atas perkongsian ini😘
@idamohamed8048
@idamohamed8048 3 жыл бұрын
Dah try..jadi..terima kasih che nom..sedap sangat..ikut je semua tips dan langkah yg che nom bagi. Cuma saya kurangkan gula jadi 100g shj..
@hanisahdollah5250
@hanisahdollah5250 4 жыл бұрын
Warnanyer yg mengancam sungguh menyelerakan. Tq Che Nom share resepi baru😍😍😍
@syamimisuhana8266
@syamimisuhana8266 3 жыл бұрын
Saya dah dua kali dah guna resepi ni yang first time dia pahit sikit tapi still sedap second time sedap sangat tq...! 😊
@ameliasulaiman4962
@ameliasulaiman4962 4 жыл бұрын
Terima kasih che nom, ikhlas memberi tunjuk ajar. Dah buat, memang sedap. May allah reward you for your good deeds.
@arlishash7519
@arlishash7519 4 жыл бұрын
Alhamdulilah. Thank you for this recipe. I've made it yesterday and it turned out well.
@nurhazirah4333
@nurhazirah4333 3 жыл бұрын
Saya dah try resipi ni memang sedap , orang yang baru belajar buat kuih macam saya ni pun boleh buat. Tapi bagi saya, resipi ni kena kurangkan gula sikit sebab over manis. Btw tq che nom!
@afiqahturidi
@afiqahturidi 4 жыл бұрын
Dah try resepi ni, menjadi.. Tak sabar nk hidang dekat diri sendiri hari raya nanti
@Azim-il7vz
@Azim-il7vz 3 жыл бұрын
kenpa che nom...kenapa😭😭 sedap sangat..saya double kan resepi pun ...cepat je habis....sedappppp😚😚😚😚😚
@pathminieminie4580
@pathminieminie4580 4 жыл бұрын
Raya nk pergi rmh che nom lah tgk biskut che nom bt sedap 😀👌👌💕
@shahira2423
@shahira2423 4 жыл бұрын
Saya dah try memang sedap rangup dn cukup rasa. Tq che nom. Mula2 tu buat guna resepi lain tapi rasa agak pahit try che nom pnye baru jadi.
@amirulhakimi2329
@amirulhakimi2329 4 жыл бұрын
Saya pun dh buat resepi Che nom mmg terbaiklah sedap biskut ni...tq Che nom kongsi kan resepi biskut red velvet coklat chip
@fatinshah
@fatinshah 4 жыл бұрын
Che noommm saya dah buat dah.. Sedap! Saya ada mention Che Nom kt twitter. Gula kastor tu saya ganti dengan gula halus. Saya kurangkan tapi masih lagi manis (sikit). Apa apa pun memang sedap makan time panas
@norparahsahirahharun2055
@norparahsahirahharun2055 8 ай бұрын
Sis pakai gula halua tu berapa gram?
@nurulafiqah4710
@nurulafiqah4710 4 жыл бұрын
Che nom please buatkan resepi green tea matcha cookies pulak hehehehe
@almiradelisha4010
@almiradelisha4010 4 жыл бұрын
Selamat hari guru Che Nom.. Walaupun Che Nom bukan guru tapi Che Nomlah guru masakan saya. Hehe.. Semoga Che Nom sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin
@almiradelisha4010
@almiradelisha4010 4 жыл бұрын
@@CheNom 😁🌹
@zainabchemat2271
@zainabchemat2271 3 жыл бұрын
Nk buat jgk nt..halalkan semua resepi dari cik nom yer..jzkr utk semua resepi yg sdp2....
@chansdimple9366
@chansdimple9366 2 жыл бұрын
Alhamdulillah menjadi biskut che nom ni asalkan ikut step by step resepi che nom.tq very much che nom.💗
@nursurayaaishah3920
@nursurayaaishah3920 4 жыл бұрын
Alhamdullilah che nom saya dah try resipe che nom dan menjadi. Xsabar nak tunggu next resipe
@cherubim59
@cherubim59 4 жыл бұрын
I just happen to come upon your site while looking for good sambal for nasi lemak. Then I found all these wonderful recipes. Thank you.
@leeyalan6203
@leeyalan6203 4 жыл бұрын
Tq for this recipe Che Nom... X sangka hubby yg kureng makan biskut pn mengulang bukak Tuppy🤭 Katanya sedap... Adik2 pon suka, siap suruh juai lagi...
@iejamgpa7830
@iejamgpa7830 4 жыл бұрын
Memang sedap sudah mencuba.klu dibuat dengan cara yang betul thnks resepi nie...terbaik👍💐
@amirah6165
@amirah6165 4 жыл бұрын
Saya dah try buat. Alhamdulillah jadi, rangup pulak tu
@azirazira2891
@azirazira2891 4 жыл бұрын
Suka dengar and tgk channel.che nom..tenang jr senang nak faham..terima kasih che nom resepi ni.. ada masa nk buat...in shaa Allah
@avezan82
@avezan82 4 жыл бұрын
Salam...Che Nom, saya ikut sebijik2 resepi ni. Tapi 12 minit tak masak, bila buat kuar, lembik lagi, takut saya nengok biskut RV saya ni. Saya pun tambah skit masa jadi 20-25 minit. Memang sodap lah resepi Che Nom ni. Tq Che Nom.
@shemadania4566
@shemadania4566 4 жыл бұрын
terima kasih atas resepi ni che nom, saya nk mula bisnes time pkpp ni , mintak halal ye ilmu ni che nom 🥰
@lai1164
@lai1164 4 жыл бұрын
Alhamdulillah menjadi resepi ni. Dah banyak kali buat guns resepi lain tapi ni first time menjadi
@NurAisyah-rb8de
@NurAisyah-rb8de 3 жыл бұрын
Alhamdulillah thank you very much che nom saya dah cuba and mmg jadi dan biskut dia sedap sgt2 rangup manis suma cukup..perfect
@HambaAllah-fo9kv
@HambaAllah-fo9kv 3 жыл бұрын
Assalamualaikum che nom.. again... Mohon halalkan resepi biskut red velvet ni yer saya guna untuk cari rezeki... Terima kasih bnyak².. moga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat che nom.. in shaa Allah.. aamiin.. 🙏🏻🙏🏻❤️❤️❤️
@jerangkongmalam
@jerangkongmalam Жыл бұрын
Saya da buat semalam. Terhangus sikit... Tapiii.. still sedap!😂 Tq che nom diaresepinya
@bernadettegeraldinedcruz5749
@bernadettegeraldinedcruz5749 4 жыл бұрын
This looks Fantastic Che Nom. Thanks ! Saya akan cuba untuk hari Krismas🎄
@hasnahzakaria6833
@hasnahzakaria6833 Жыл бұрын
Alhamdulillah,tkasih Che Nom video yg jelas,menarik dan plg best bila buat jadi👍😍 Moga Che Nom murah rezeki🥰
@nursyamimimuhamadfauzi1065
@nursyamimimuhamadfauzi1065 4 жыл бұрын
Che Nom, tq so much sbb sudi sharing smua jnis video msakan . Alhamdulillah sya buat kuih hri ni mnjadi sngt n my mom pun puji kta sdap. Tq sngt2 che nom 🥰🥰
@norfazylah6066
@norfazylah6066 4 жыл бұрын
jelas ilmu yg dsampaikan... 👏👏👏ni yg bt sy suka follow channel che nom...semoga dmurahkn rezeki che nom sekeluarga🤲🏻
@norshahiraabdulhadi3227
@norshahiraabdulhadi3227 2 жыл бұрын
kuih wajib setiap kali raya. terima kasih untuk resepi che nom
@ekieenros8282
@ekieenros8282 4 жыл бұрын
Nampak sedap.. Warnany menarik.. Boleh masuk dlm list biskut raya tahun ni.. Almond my favourite 😍😍😍
@normahm.jchannel9605
@normahm.jchannel9605 2 жыл бұрын
Sedap nmpknya...nk cubalah nnti...pasti ank2 kecil suka mknnya kan che Nom... terimakasih ye sahabatku...ats perkongsian resipi biskotnya...👍🏻👍🏻😍
@nuraqilahpetrous669
@nuraqilahpetrous669 2 жыл бұрын
biskut red velvet almond london cornflakes kuah kacang semperit smua ni guna resepi che nom... sy ni bukanlah peminat che nom tp asal cari resepi ,resepi che nom lh yg paling sesuai untuk sy buat..biskut red velvet ni dpt request pula dr tetamu..dia nak beli pula dari sy😂😂😂
@opposambas8642
@opposambas8642 Жыл бұрын
Hi Che nom I hope for your next video can let us know about how long you beat the butter..it's so helpful for the one just beginning to learn about baking 😆
@jannaabdullah9588
@jannaabdullah9588 4 жыл бұрын
Ok che nom. Masuk dalam list biskut raya tahun ni. 🤭
@oneib4519
@oneib4519 4 жыл бұрын
Biskut red velvet yg sedap pernah makan bila rangup gigit cair di mulut dan perasa macam aiskrim. Bila bab nk bentuk2 yg kena satu2 dan pembakaran yg kna ikut oven tu .. patutla wt kuih raya time tu x masak benda lain dh
@anydahinawder4541
@anydahinawder4541 3 жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom, saya nak ucap terima kasih atas resepi ni sbb dah 2 dua kali saya buat tk jadi. Thank youu
@VlogBebas
@VlogBebas 4 жыл бұрын
Assalamu alaikun akak,trimkasih resepi bisku Red velvet yang rangup
@vasanthiveerapan8935
@vasanthiveerapan8935 3 жыл бұрын
Thank you for your wonderful recipe, Che Nom......just tried it yesterday and it was super delicious and gorgeously red:)
@nuramirah2711
@nuramirah2711 4 жыл бұрын
mkin minat nak cuba mcm2 resepi klau tgk chnnel che nom. so far, semua menjadi. terima kasih che nom.
@kellykalisah9628
@kellykalisah9628 4 жыл бұрын
Masya Allah cantik biskut nya rasa mcm sedap,Insya Allah sy nak cuba buat ,Terima kasih Che Nom resepi nya.
@tyrazaii1597
@tyrazaii1597 4 жыл бұрын
bestnye che nom..tahun ni kita tempah je biskut😂 dah bersara sebab raya tahun ni xmeriah, so xbuat biskut..
@jessicaanang8782
@jessicaanang8782 7 ай бұрын
saya dah buat, Alhamdulillah menjadi cuma saya terfikir kalau skip cuka tekstur rangup tu akan sama tak…
@nurantasya2735
@nurantasya2735 4 жыл бұрын
Che nom, terima kasih untuk resipi cookies red velvet. Saya dah try semalam, tapi bakar guna air fryer! Tetap menjadi! Crunchy and sedap!
@sitizaridaishak3976
@sitizaridaishak3976 4 жыл бұрын
Sis, berapa suhu n time setting utk masak pakai af?
@snetiemohdzain3831
@snetiemohdzain3831 4 жыл бұрын
Salam che nom terima kasih brkongsi resepi biskut ni.sy dh buat & siap jual lg.cus bgthu biskut ni sedap.sy pn dh merasa mmg sedap. Blh sy tahu jenama apa pewarna merah yg che nom gunakan.tq 😍
@KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED
@KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED 4 жыл бұрын
Warna sangat menawan..sangat sedap dipandang mata..
@rinashahirah3351
@rinashahirah3351 4 жыл бұрын
Hi che nom, pernah buat kaswi resepi che nom, menjadi and senang and sedapp yakmatt.. Ingat nk buat red velvet susah tapi senang jugak tgk resepi ny, i shld try 😅 nak tanya che nom, apa function baking paper, kalau kita tak letak, dia ada kemungkinan hangit tak? Dan lagi satu, kalau yg pewarna merah tu, kita gantikan dgn sirap blh ke? Maaf che nom, saya baru nk berjinak² dalam baking 😅
@hambaAllah-mo7xn
@hambaAllah-mo7xn 4 жыл бұрын
Sirap tu lebih kpd perasa, nnt biskut rasa sirap. Baking paper tu utk x nak bg lekat dkt tray. X nk hangit kene pandai adjust suhu oven
@fatimahsaptu8401
@fatimahsaptu8401 2 жыл бұрын
Terima kasih che Nom kerana berkongsi resipi saya akan cuba menbuatnya
@amyzanazmi
@amyzanazmi 4 жыл бұрын
Serious sedap Che Nom. Saya baru cuba hari ni. Terima kasih atas resipi Dan moga Allah meluaskan rezeki Che Nom
@zukrina3957
@zukrina3957 3 жыл бұрын
just baked them, they came out really nice. i used unsalted butter and added around,,1/2 teaspoon of salt?? i also used full white chocolate chips since i didnt have any almonds on hand. i did find the dough to be a bit dry tho, but w a little milk ( around 1/2 - 1 tablespoon ) it turned out fine. overall i really recommend to try this recipe out and its fairly easy too :)
@azlinaaz6301
@azlinaaz6301 5 ай бұрын
sy pun dh cuba.. menjadi dan sedap.. terima kasih che nom
@zainalramjan8021
@zainalramjan8021 4 жыл бұрын
Mcm Mana ni che nom,,Saya buat Dua balang,,anak makan mcm mesin padi,,Tak sempat nak simpan Raya ni,,tq che noon
@yogashirley4442
@yogashirley4442 4 жыл бұрын
Saya suka semua resepi che nom Easy method pasti menjadi👍
@suearip
@suearip 4 жыл бұрын
Saya pernah try buat ikut satu resepi ni letak dried cranberries. Sedap jugak
@flowersephia923
@flowersephia923 Жыл бұрын
saya cuba buat biskut ni baru-baru ni. tapi sayangnya biskut saya tak menjadi. ia berubah menjadi lebih besar dari biskut che nom buat. lepas tu biskut saya jadi leper. aduhai apa yang tak kena ni ? kenapa biskut saya jadi leper ? 😭😭😭 lepas tu tak merah pun macam che nom punya. dari red velvet bertukar menjadi biskut black velvet 😂. tapiiii walaupun rupanya hazabedah rasanya sangatlah sedapppp 🎉🎉. cuma biskut je berubah menjadi besar macam subway cookies dan meleper. sedih sikit lah kat situ 😣💔 harapnya ada yang sudi bagi tips supaya biskut kita buat tak jadi leper. terima kasih che nom atas perkongsian resepi ☺️ 💫
@KittyCat-xq9ez
@KittyCat-xq9ez 3 жыл бұрын
So clear, slow and steady u explain. Love it. Will try soon. Well done 🌷
@Amalinamfauzi
@Amalinamfauzi 4 жыл бұрын
Must try ni!! Nak request Che Nom buat biskut semperit bunga yg klasik tu😋😋😋
@Amalinamfauzi
@Amalinamfauzi 4 жыл бұрын
Takpe Che Nom, faham😊
@khadijah1062
@khadijah1062 4 жыл бұрын
Assalamualaikum che nom, sy sedang buat red velvet guna resepi che nom. nanti sy update. ❤️✨ cuma sy kurang kan sikit gula 150 gram to 130gram
@eanEll4
@eanEll4 3 жыл бұрын
Kalau 130g tu manis dia macam mana? Still manis atau boleh kurangkan lagi?
@wanrohanabintiwomar4488
@wanrohanabintiwomar4488 4 жыл бұрын
Wah..dasyat nye kuih che nom hari ni...terhebat..
@suhaimiahmad7641
@suhaimiahmad7641 3 жыл бұрын
Alhamdulilah resepi che nom saya buat ni menjadi.. Sgt sedap.. Tq che nom..
@norlatifah8275
@norlatifah8275 4 жыл бұрын
Assallam..che Nom ..t'kaseh resepi nya ..sedap dn garing....semoga rezeki che Nom murah ..Aamiinnn 🤲🤲
@hanalovachannel4360
@hanalovachannel4360 4 жыл бұрын
Selamat hari raya Che Nom dari Hanalova Channel 🤗💖🌹 Red Velvet biscuit favourite kami 😋😋
@zulaihasleha4949
@zulaihasleha4949 3 жыл бұрын
Assalamualaikum che Nom boleh bagi tau batter apa yang selalu di guna terimakhasih selamat hari raya yang tak lama lagi
@humairamirah3585
@humairamirah3585 4 жыл бұрын
Dah buat guna resepi ni, dan dah habis. Kena buat lagi. Hee. Terima kasih che nom, tak lokek ilmu.
@norfazylah6066
@norfazylah6066 4 жыл бұрын
baru sdh try biskut ni...sedappp kruk krukkk crunchy...che nom very taste 💯⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️thanks che nom🥰
@blittlecute
@blittlecute 4 жыл бұрын
Perwarna merah tu brand apa sis guna ya
@keshlvv
@keshlvv 3 жыл бұрын
baru try! the cookies came out amazing! habis semua semalam, tak sempat nak simpan untuk raya
@surianibtisamsuddin7208
@surianibtisamsuddin7208 4 жыл бұрын
Terbaik cik nom.. Suka tgk cara cik nom kongsi resepi. 😍😍😍
@baoforfun
@baoforfun 4 жыл бұрын
Thank you Che Nom. Sy baru ja siap buat cookies ni mengikut resipi che nom. Seriously senang sgt nak follow and how i wish i could share u the photo of my cookies. 🍪😊
@jumiahhashim3410
@jumiahhashim3410 4 жыл бұрын
Terbaik.. Setiap resepi cik Nom mengunakan campuran tepung beras...
@noorhidayah4186
@noorhidayah4186 4 жыл бұрын
aduh che nom nie kalau masak xpernah xmenyelerakan...tgk rupa pon rse nak ngam je skrg biskut tu...lawa kejadiannya..kalau sy yg buat mesti da jd lempeng..hihi...time ksh che nom selalu share mskan yg mudah diikuti..
DESSERT TUTORIAL : BISKUT RED VALVET sangat rangup dan sedap
5:31
Salt Sugar Tutorial
Рет қаралды 51 М.
Semperit Klasik Tak Mudah Pecah, Cair Di Mulut
8:33
Che Nom
Рет қаралды 1,1 МЛН
OYUNCAK MİKROFON İLE TRAFİK LAMBASINI DEĞİŞTİRDİ 😱
00:17
Melih Taşçı
Рет қаралды 13 МЛН
Как мы играем в игры 😂
00:20
МЯТНАЯ ФАНТА
Рет қаралды 3,4 МЛН
Bike Vs Tricycle Fast Challenge
00:43
Russo
Рет қаралды 109 МЛН
Tart Nenas Gulung Gebu & Homemade Jem Nenas
11:39
Che Nom
Рет қаралды 1,2 МЛН
Cookie artisan who has been making cookies for 30 years
22:36
Yummy Yammy
Рет қаралды 107 М.
Biskut Kacang Mazola, buat sendiri puas hati.
6:19
Che Nom
Рет қаралды 552 М.
Swiss Tart Strawberry , gebu dan rangup  | Tak banyak bahan
4:45
Surianti Kitchen
Рет қаралды 215 М.
Biskut Double Chocolate Chips, rangup sangat!
7:28
Che Nom
Рет қаралды 181 М.
Biskut Almond London Rangup, Gebu dan Cair di Mulut
7:15
Che Nom
Рет қаралды 1,9 МЛН
Biskut Semperit Dahlia Susu bunga terletak | 3 Tips penting!
6:09