Рет қаралды 315,004
Kali ni, jom kita masak menu yang simple aja, tapi cukup sedap dan cara masakan pun seakan-akan nenek atau mak-mak dulu iaitu Bihun Goreng siam.
Bihun goreng ni agak berbeza dengan resepi bihun yg pernah di kongsi sebelum ni. Bagi Che Nom, bahan utama untuk hasilkan bihun goreng siam ialah yang pertama, taucu, iaitu soya masin yang diperap, memang unik rasanya.
Kedua, udang kering untuk rasa seafood yang sedap dalam masakan, dan air asam jawa sebagai bahan untuk seimbang kan kan rasa. Resepi ni juga tak perlu diletakkan sos cili atau tomato, kicap pun tak ada letak. Cuma keseimbangan tu datang dari bahan-bahan yang disebut tadi dan juga kepandaian kita balancekan rasa gul dan garam, juga rasa pedas dari cili kisar yang dimasak dalam tumisan. Memang cara org lama atau cara klasik untuk masak bihun goreng yang sangat sedap.
//Bahasa Melayu
-------------------------------------------
Bahan-bahan untuk kisar:
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar taucu (masin)
Sedikit minyak masak
Bahan-bahan lain:
½ cawan minyak masak
3 sudu besar cili kisar
1 ketul isi ayam
2 sudu besar sos tiram
Batang sawi
Bebola ikan
4-5 sudu besar air asam jawa
400g /1 bungkus bihun
Sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Daun sawi
Bahan-bahan untuk taburan:
2 ketul tauhu
Daun bawang
2 biji cili merah
2 biji telur rebus
//English
-------------------------------------------
Ingredients for the grind:
1 red onion
3 cloves garlic
1 tablespoon dried shrimp
1 tablespoon taucu (salted)
A little cooking oil
Other ingredients:
½ cup of cooking oil
3 tablespoons chilli paste
1 chicken breast
2 tablespoons oyster sauce
Mustard green stalks
Fish ball
4-5 tablespoon tamarind juice
400g /1 pack of vermicelli
A little water
Salt to taste
Sugar to taste (approximately 1 tbsp)
1 teaspoon chicken stock powder
Mustard green leaves
Ingredients for garnishing:
2 blocks of tofu
Green onion
2 red chillies
2 boiled eggs
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
#resepichenom #bihungoreng